9 Jul 2018

Episod 4 Hingga 6 Drama Pengantin 100 Hari




Pengantin 100 Hari, Drama Pengantin 100 Hari, Slot Lestary, TV3, Drama Melayu, Drama Bersiri, Sinopsis Drama Pengantin 100 Hari, Pengantin 100 Hari Cast, 2018, Poster, Pelakon Drama Pengantin 100 Hari, Amelia Henderson, Aiman Hakim, Aishah Azman, Zila Bakarin, Edika Yusof, Dato Rahim Razali, Jasmine Suraya, Fazreen Rafi, Ieka Zulkifli, Azhar Amir , Shahriza Mahmud, Hafiyah Hafiz, Fanna Azizan, Sinopsis Episod 4 Hingga Episod 6, Watak Pelakon, Ending Pengantin 100 Hari, OST,
Sinopsis Episod 4 Hingga 6 Drama Pengantin 100 Hari

Isnin ini Drama Pengantin 100 Hari ini dah nak msuk episod 7 dah dan jalan ceritanya makin complicated, kesian pada ketiga - tiga watak utama drama ini iaitu Amar, Sofea dan Erina yang masing - masing adalah mangsa keadaan. Barisan pelakon Drama Pengantin 100 Hari ini terdiri daripada Amelia Henderson, Aiman Hakim, Aishah Azman, Zila Bakarin, Edika Yusof, Dato Rahim Razali, Jasmine Suraya, Fazreen Rafi, Ieka Zulkifli, Azhar Amir , Shahriza Mahmud, Hafiyah Hafiz, Fanna Azizan dan ramai lagi. Rasanya jalan cerita drama Pengantin 100 Hari ini akan jadi makin sedih di episod - episod akan datang. Apa pun jom tengok sinopsis drama Pengantin 100 Hari Episod 4 Hingga 6 di bawah ini okey. Kalau korang nak baca sinopsis drama ini dari episod 1 hingga 3 boleh klik sini okey ➔ Sinopsis Episod 1 Hingga 3 Drama Pengantin 100 Hari

Sinopsis Episod 4 Hingga 6 Drama Pengantin 100 Hari

Setelah mengetahui perkara yang sebenar, Sofea bertindak lari dari rumah dan ke rumah kawan baiknya Farah. Manakala keluarga Sofea masih tertanya - tanya mengenai majlis resepsi Sofea sama ada jadi atau dibatalkan. Manakala ayah Amar telah memarahi isterinya Yasmin yang menyebabkan Sofea lari dari rumah. Amar pula berkeras ingin mencari Sofea walaupun dirinya dipaksa untuk berkahwin dengan Erina oleh ibunya. Yasmin yang panik melihat Amar yang tidak mahu mendengar cakapnya mula merayu pada Amar namun Amar masih dengan keputusannya sehingga memaksa Yasmin untuk mencederakan dirinya sendiri bagi menghalang Amar dari pergi mencari Sofea. Akhirnya Amar terpaksa mengalah dan mengikut kehendak ibunya kerana tidak mahu ibunya mencederakan diri sendiri lagi. Amar akhirnya terpaksa bernikah dengan Erina manakala Erina langsung tidak mengetahui mengenai dirinya yang kini merupakan isteri kedua Amar. Iqbal yang merupakan abang Sofia terpaksa menggantikan bossnya untuk menghadiri satu majlis perkahwinan kawan baik bosnya.



Setelah sampai di majlis perkahwinan itu, Iqbal terkejut besar melihat Amar telah bernikah dengan perempuan lain yang bukan adiknya. Hal tersebut membuatkan Iqbal menjadi marah dan menumbuk Amar dan menjadikan keadaan menjadi kecoh. Datuk Erina mula keliru dengan apa yang berlaku dan meminta penjelasan pada Yasmin dan akhirnya mengetahui kebenarannya. Datuk Erina tak dapat nak menerima hakikat yang cucunya kini adalah isteri kedua dan ingin membatalkan perkahwinan Amar dan Erina namun Erina menghalang kerana dia tidak mahu meninggalkan Amar. Datuk Erina kecewa dengan tindakan Erina yang masih memihak pada keluarga Yasmin dan juga Amar walaupun telah ditipu sedemikian rupa. Amar pula tidak mempedulikan apa yang berlaku di situ dan bertindak untuk keluar dari situ dan pergi mencari Sofia. Manakala Erina sangat sedih dengan apa yang berlaku dan berasa bersalah pada Sofea kerana telah merampas Amar dan Erina juga risau jika Amar membencinya selepas ini. Kawan baik Sofea iaitu Farah telah menghantar Sofea ke rumah kakak sulung Sofea iaitu Wardah. Namun Sofea hanya menangis bila ditanya tentang apa yang terjadi.

Keesokannya Sofea terus keluar dari rumah Wardah secara senyap - senyap manakala Iqbal pula telah datang berjumpa Wardah dan menceritakan segalanya pada Wardah. Kemudian mereka berdua telah pergi mencari Sofea di merata - rata tempat namun masih tidak menjumpai Sofea. Amar juga tidak menemui Sofea dan terpaksa pulang ke rumahnya, dia juga melayan Erina dengan kasar dan ingin menceraikannya namun Erina meminta tempoh 100 hari untuk menjadi isteri Amar sebelum akhirnya bercerai. Malah Erina juga berkeras untuk mencari Sofea bersama Amar walaupun dihalang oleh Amar, namun Erina berjaya menyakinkan Amar untuk menceraikannya di depan Sofea jika mereka berjaya mencari Sofea. Dalam masa yang sama Erina tetap melayan Amar dengan baik dan cuba menjadi isteri yang terbaik buat Amar, walaubagaimanapun Amar tetap melayannya dengan kasar dan tidak mempedulikan langsung tentang perasaannya yang terluka. Manakala Datuk Erina marah pada Erina dan tidak mahu melihat Erina lagi, malah dirinya juga turut memecat Erina dari syarikatnya. Malah segala perjanjiannya dengan Yasmin untuk menggabungkan syarikat mereka turut terbatal. 

Mak dan ayah Sofea masih tidak tahu apa yang berlaku pada Sofea, manakala Sofea telah tinggal semula di rumah kawan baiknya Farah. Sofea juga menyuruh Farah untuk merahsiakan perkara tersebut dari semua orang. Ketika sibuk mencari Sofea, Amar telah dilanggar kereta manakala Yasmin pula menuduh Iqbal sengaja melanggar Amar kerana Iqbal pernah mengugut Yasmin sebelum ini, kemudian Iqbal pula telah ditangkap polis. Farah telah memberitahu Sofea mengenai Iqbal yang ditangkap polis dan Amar yang kemalangan. Sofea pergi ke hospital untuk melihat keadaan Amar dan berasa terluka melihat Erina yang sedang menjaga suaminya itu. Sofea kemudian pergi dari situ dan berasa sedih kerana Amar sudah tidak memerlukannya lagi. Apa yang berlaku seterusnya?..

3 ulasan:

  1. alaaa kesiannya sofea tapi boleh je kalau dia masuk je wad tu. Drama betul

    BalasPadam
  2. mcm menarik. ada peluang nnti nak tgk la. :)

    BalasPadam
  3. Bestla gambaq niiii

    BalasPadam



My Random Post