1 Ogo 2021

Episod Akhir Drama Love Elsa



Drama Love Elsa, Episod Akhir Drama Love Elsa, Ending Drama Love Elsa,
Episod Akhir Drama Love Elsa Lakonan Zul Ariffin dan Uyaina Arshad

Drama Love Elsa lakonan Zul Ariffin dan Uyaina Arshad yang disiarkan di Astro Ria, telah pun tamat episodnya pada 26 Julai 2021 yang lalu. Drama Cik Ayu Mee Sanggul lakonan Amelia Henderson dan Aqasha akan menggantikan drama ini. Dalam episod akhir drama Love Elsa ini, Ammara dan Ridza bertemu semula di Langkawi. Setelah 8 tahun Ridza meninggalkan Ammara, akhirnya mereka bertemu tanpa sengaja. Walaupun Ammara kecewa dengan tindakan Ridza meninggalkannya, namun Ammara tetap meluangkan masanya untuk keluar bersama Ridza. Di kesempatan ini Ridza juga dapat bersama-sama dengan anak mereka Elsa. 




Akhirnya Ridza membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan Ammara dan Elsa, seterusnya kembali me rumah mereka semula. Dalam masa yang sama Kamarul telah keluar dari penjara dan mula mengintip pergerakan Ammara dan Ridza. Dia ingin membalas dendam pada Ridza. Kamarul kemudiannya menculik Elsa dan Ridza berjaya mengejarnya. Namun Kamarul gagal membunuh Ridza kerana dia telah ditembak oleh Rauf. Jadi ending drama Love Elsa ni mestilah happy ending kan. Bila mereka akhirnya bahagia dan bersama - sama semula. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post