23 Jul 2021

Drama Suara Hati Episod 1 Hingga 13 Lakonan Syafiq Kyle dan Hanna Aqeela (Astro Prima)



Drama Suara Hati, Drama Astro Prima, Slot Tiara, Drama Suara Hati Slot Tiara Astro Prima, Drama Suara Hati Full Episode, Info dan Sinopsis Drama Suara Hati, Drama Suara Hati Online, Drama Adaptasi Novel, Novel Suara Hati Karya Anis Ayuni, Drama Baru Syafiq Kyle, Drama Baru Hanna Aqeela, Drama Baru Aidil Aziz, Poster Drama Suara Hati, Pelakon - Pelakon Drama Drama Suara Hati,
Drama Suara Hati Episod 1 Hingga 13 Lakonan Syafiq Kyle dan Hanna Aqeela (Full Episode) Di Astro Prima

Drama Suara Hati akan disiarkan di slot Tiara Astro Prima mulai 19 Julai 2021 bagi menggantikan Drama Derita Untuk Bahagia lakonan Amar Baharin dan Azar Azmi yang telah tamat episodnya. Drama ini adalah adaptasi daripada Novel Suara Hati karya Anis Ayuni dan mempunyai 13 episod serta disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima. Antara pelakon drama Suara Hati ini adalah Hanna Aqeela, Syafiq Kyle, Aidil Aziz, Fazlina Ahmad Daud, Dato Seri Rezza Shah, Liza Rafar, Afzan A Rahman, Zera Hariz, Qistina Khaled, Syahir Shafein dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Emy Suffian (Pyan Screw) dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, rasanya ni pertama kali tengok gandingan Syafiq Kyle dan Hanna Aqeela ini. Apa pun aku memang suka dengan novel - novel karya Anis Ayuni ni. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Suara Hati di bawah ini beserta sinopsisnya sekali okey.

Syafiq Kyle sebagai Harris
Hanna Aqeela sebagai Hani
Aidil Aziz sebagai Naim
Zera Hariz sebagai Suraya
Afzan A Rahman sebagai Amir
Qistina Khaled sebagai Sarah
Syahir Shafein sebagai Ramzi
Liza Rafar sebagai Sha
Fazlina Ahmad Daud sebagai Khaty
Shah Rezza sebagai Jo




Sinopsis Penuh Drama Suara Hati Lakonan Syafiq Kyle dan Hanna Aqeela - Slot Tiara Astro Prima

Mengisahkan Hani, seorang pelajar universiti bercinta dengan Harris yang juga aktif dalam aktiviti sukan. Hani kemudian diperkenalkan ibu bapanya dengan Naim, seorang pensyarah sambilan di universitinya. Hani dan Naim mula mesra apabila Naim mula menolong Hani untuk projek universiti Hani. Tetapi Hani hanya menganggap Amirul Naim hanyalah kawan biasa kerana Hani tahu, Naim dalam ada cita-cita untuk melamar teman wanitanya sebagai isteri. Kebahagian Hani dengan Harris tidak berpanjangan apabila Harris dengan tiba-tiba menghilangkan diri tanpa khabar berita, dan terus membuatkan Hani kecewa. Hani yang kesedihan kerana kecewa dengan Harris, kemudian mula membuka pintu hatinya kepada Naim, yang juga baru gagal dalam percintaan. Harris muncul semula, tetapi sudah terlewat kerana Hani sudah pun menerima cinta Naim. Perkahwinan Hani dan Naim bahagia untuk beberapa ketika, namun tragedi yang menimpa perkahwinan Hani dan Naim telah mula mematahkan semangat Hani untuk terus hidup. Di saat itu, Harris tiba-tiba muncul semula di dalam hidup Hani.
Drama Suara Hati, Drama Astro Prima, Slot Tiara, Drama Suara Hati Slot Tiara Astro Prima, Drama Suara Hati Full Episode, Info dan Sinopsis Drama Suara Hati, Drama Suara Hati Online, Drama Adaptasi Novel, Novel Suara Hati Karya Anis Ayuni, Drama Baru Syafiq Kyle, Drama Baru Hanna Aqeela, Drama Baru Aidil Aziz, Poster Drama Suara Hati, Pelakon - Pelakon Drama Drama Suara Hati,
Lagu Tema / OST Drama Suara Hati
💋 Biar Aku Simpan nyanyian Bimasakti dan Oktovia Manrose

 ⏩⏩ Drama Ayahanda Episod 1 Hingga 13 (Full Episode) Di Slot Lestary TV3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post