2 Sep 2014

Fenomena Ayda Jebat & Zul Ariffin

Zul Ariffin,  Ayda Jebat, Drama Rindu Awak 200% , Watak, Senarai, Drama, Filem,
Fenomena Drama Rindu Awak 200%, Ayda Jebat dan Zul Ariffin

Nampaknya drama Rindu Awak 200% memang fenomena betul, ramai yang suka tengok drama ini kan dan ramai juga yang jatuh hati dengan Zill Faezrul yang dilakonkan oleh Zul Ariffin tu. Aku suka tengok wajah comel Armel Aisya lakonan Ayda Jebat. Drama popular ini sentiasa trending di Twitter. Apa pun drama ini dah habis semalam, dan aku berpuas hati dengan ending drama ini sebab jalan cerita tak tergantung dan happy ending. Dengar cerita Zul Ariffin dah dapat tawaran berlakon drama dalam slot akasia lagi yang tajuknya Istikharah Cinta kalau aku tak silap. Memang makin murah rezeki Zul Ariffin dan Ayda Jebat ini.

Update 2017

Drama Rindu Awak 200% sememangnya melonjakkan nama Ayda Jebat dan Zul Ariffin, sekarang ini di tahun 2017, nama mereka berdua memang benar - benar popular dan menjadi pilihan ramai pengarah serta mempunyai peminat yang ramai. Pada tahun 2015, Ayda Jebat sekali lagi bergandingan dengan Zul Ariffin dalam drama arahan Michael Ang iaitu M.A.I.D yang disiarkan di Astro Ria pada bulan puasa. Seperti biasa drama M.A.I.D juga menjadi kesukaan penonton dan mereka berdua kini antara pelakon yang berbakat besar dan telah berlakon dalam banyak drama, telemovie mahu pun filem yang best serta memenangi anugerah. Ayda Jebat misalnya telah mendapat pelbagai anugerah serta turut cemerlang sebagai penyanyi. Lagu - lagu nyanyiannya seperti lagu Siapa Diriku, Pencuri Hati dan Nakal Nakal Nakal menjadi popular dan mendapat tempat di hati pendengar. Selain itu banyak juga drama - drama lakonan Ayda Jebat menjadi kesukaan penonton seperti Drama Suami Sebelah Rumah, Isteri Separuh Masa, Assalammualaikum Cinta, Awak Sangat Nakal, Ku Kirim Cinta dan banyak lagi. 

Selain itu Ayda Jebat juga bakal muncul dengan filemnya yang terbaru bertajuk Pinjamkan Hatiku yang akan ditayangkan di pawagam tak lama lagi. Manakala Zul Ariffin turut cemerlang dalam lakonannya sama ada dalam drama mahu pun filem. Zul Ariffin muncul dengan drama - drama menarik yang sentiasa trending seperti drama Uda dan Dara, drama Menanti Februari dan banyak lagi. Malah baru - baru ini Zul turut menang Pelakon Filem Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 30 menerusi filem popularnya iaitu filem J Revolusi. Tak sabar nak tunggu filem baru Zul Ariffin dengan Farid Kamil yang bertajuk Tombiruo - Penunggu Rimba. Tertunggu - tunggu juga kalau nanti ada drama yang akan menggandingkan semula Ayda Jebat dan Zul Ariffin ini. 

Gambar Diatas sekali itu credit to https://commons.wikimedia.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post