Memaparkan catatan dengan label Adaptasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Adaptasi. Papar semua catatan

29 Mac 2022

Drama Dendam Seorang Isteri Episod 1 Hingga 80 Slot Tiara Astro Prima



Drama Dendam Seorang Isteri, Poster Drama Dendam Seorang Isteri, Sinopsis Drama Dendam Seorang Isteri, Drama Dendam Seorang Isteri Full Episode, Drama Dendam Seorang Isteri Episod 1 Hingga 80, Drama Slot Tiara Astro Prima, Pelakon - Pelakon Drama Dendam Seorang Isteri, Fasha Sandha, Nad Zainal, Wan Raja, Aidit Noh, Dendam Seorang Isteri Cast,

Drama Dendam Seorang Isteri adalah sebuah drama adaptasi drama Korea Temptation Of Wife, drama ini merupakan drama terbaru di slot Tiara Astro Prima. Drama Dendam Seorang Isteri ini mula disiarkan pada 21 Mac 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Hati Yang Dikhianati yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Dendam Seorang Isteri ini adalah Fasha Sandha, Nad Zaina, Aidit Noh dan Wan Raja, Roy Azman, Ziema Din, GM Fauzan, Zarynn Min, Sefik Khair, Amylea Azizan, Sharmaine Farouk, Kween Keela, Isaac Iman dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Uchee Fukada dan Nizam Zakaria serta diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Drama Temptation Of Wife ni aku cuma pernah tengok versi Filipina, versi original iaitu versi Korea aku tak pernah tengoklah. Apa pun memang nampak best drama ni, tambah - tambah bila ada Fasha Sandha dan Nad Zainal kan. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Dendam Seorang Isteri ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

  • Fasha Sandha sebagai Amira
  • Wan Raja sebagai Harris
  • Nad Zainal sebagai Kirana
  • Aidit Noh sebagai Naufal
  • GM Fauzan sebagai Sulaiman
  • Dian P. Ramlee sebagai Ain
  • Sefik Khair sebagai Syafiq
  • Roy Azman sebagai Dato Mustapha
  • Ziema Din sebagai Datin Mona
  • Zarynn Min sebagai Aunty Baby
  • Sharmaine Farouk sebagai Diana
  • Amylea Azizan sebagai Neelisa
  • Kween Keela sebagai Hilda
  • Isaac Iman sebagai Haziq




Sinopsis Drama Dendam Seorang Isteri Lakonan Fasha Sandha, Nad Zaina, Aidit Noh dan Wan Raja Di Slot Tiara Astro Prima

Mengisahkan Amira, seorang gadis kampung, berkahwin dengan seorang jejaka daripada keluarga kaya, Harris dan menjalani hidup sebagai seorang isteri yang setia. Malangnya Harris tetap bersikap berfoya-foya dan tidak pernah setia. Keguguran pertama Amira membuatkan Amira tidak disenangi ibu Harris, Mona yang hanya pentingkan status dan kedudukan. Amira sering didera oleh Mona tetapi dia masih bernasib baik kerana bapa mertuanya, Mus prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi Amira. Kemudian, adik angkat dan rakan karib Amira, Kirana pulang ke Malaysia dan terus menjalinkan hubungan sulit dengan Harris kerana dendam lamanya terhadap Amira. Syafiq, adik Amira telah lama jatuh hati dengan Kirana dan berharap Kirana dapat membalas cintanya. Namun kerana hubungan sulit Kirana dengan Harris, Kirana langsung tidak mempedulikan cinta Syafiq. Amira yang masih mengharapkan dirinya untuk hamil mula berprasangka kepada Harris apabila mendapati Harris sering mengelak daripada bermesra dengannya dan sering pulang lewat. 
Drama Dendam Seorang Isteri, Poster Drama Dendam Seorang Isteri, Sinopsis Drama Dendam Seorang Isteri, Drama Dendam Seorang Isteri Full Episode, Drama Dendam Seorang Isteri Episod 1 Hingga 80, Drama Slot Tiara Astro Prima, Pelakon - Pelakon Drama Dendam Seorang Isteri, Fasha Sandha, Nad Zainal, Wan Raja, Aidit Noh, Dendam Seorang Isteri Cast,
Hasil siasatan Amira, Amira dapat rasakan yang Kirana terlibat. Tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi, Amira nekad untuk pergi bersemuka dengan Kirana. 
Kirana tidak peduli akan perasaan Amira dan mengakui dia ada hubungan dengan Haris dan memaksa Amira untuk meninggalkan Harris. Dalam kesedihan, Amira kemudian mengetahui dirinya kini sudah hamil. Saat Amira merancang untuk membawa diri, satu masalah besar yang menimpa ayahnya membuatkan Amira terpaksa meminta bantuan kepada Mus untuk membantu ayahnya dengan syarat Amira bersetuju untuk terus kekal menjadi isteri Harris. Amira juga tahu yang Kirana tidak akan mengalah untuk merampas Harris daripada hidupnya. Kirana dan Harris akhirnya merancang untuk membunuh Amira walaupun Amira hamil. Amira yang disangkakan mati dalam sebuah tragedi telah diselamatkan oleh seorang lelaki bernama Naufal. Dialah yang memberi Amira semangat baharu untuk bangkit semula dan membalas dendam terhadap mereka yang memusnahkan kehidupannya. Lantas Amira menjadi Neelisa!

Lagu Tema / OST Drama Dendam Seorang Isteri

👄👄 Kesumat nyanyian Rian Shain
👄👄 Seperti Dia nyanyian Amylea Azizan

Tonton Online Drama Dendam Seorang Isteri Full Episode

5 episod terawal drama Dendam Seorang Isteri ini boleh ditonton di Youtube Astro Gempak. Episod seterusnya boleh ditonton di Astro Go..



Read More

12 Mei 2020

Sinopsis Drama Degup Cinta (Astro Ria)





Drama Degup Cinta, SlotMegaDrama, Astro Ria, Drama Bulan Ramadan, Poster Drama Degup Cinta, Senarai Pelakon Drama Degup Cinta, Josiah Hogan, Shiqin Kamal, Juliana Evans, Mathni Razak, Zaryn Min,
Drama Degup Cinta Lakonan Josiah Hogan, Shiqin Kamal, Juliana Evans dan Mathni Razak (Astro Ria)

Drama Degup Cinta adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang mula disiarkan pada 27 April yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Degup Cinta ini adalah Josiah Hogan, Shiqin Kamal, Mathni Razak, Juliana Evans, Zaryn Min, Zalif Sidek, Shuhanty, Laila Nasir, Ruzana Ibrahim, Sahronizam dan ramai lagi. Selain itu drama Degup Cinta ini mempunyai 26 episod dan merupakan adaptasi daripada drama Turki yang bertajuk Ruzgarin Kalbi. Drama ini diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin dan Noorsyahida Mohd Radzali serta diterbitkan oleh Threeline Media Sdn Bhd. Nampak best kan drama ini, so jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Degup Cinta Lakonan Josiah Hogan dan Shiqin Kamal (Astro Ria)
Pertemuan dua hati yang lara dalam situasi yang tidak disangka. Reza (Josiah Hogan) membawa diri setelah setelah kematian isterinya, Jasmin (JulianaEvans) akibat kemalangan. Apabila Reza pulang semula ke Malaysia, dia bertemu Zahlia (Shiqin Kamal) yang pengsan di kawasan chaletnya. Zahlia patah hati setelah melihat tunangnya, Haikal (Mathni Razak) bersama gadis lain. Zahlia sebenarnya mempunyai sakit jantung dan dimasukkan ke hospital. Zahlia curiga siapa Reza yang tinggal di chalet mak ciknya, Ana (Zaryn Min).
Drama Degup Cinta, Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Baru Astro Ria, Poster Drama Degup Cinta, OST Drama Degup Cinta, Sinopsis Penuh Drama Degup Cinta, Pelakon - Pelakon Drama Degup Cinta, Josiah Hogan, Shiqin Kamal, Mathni Razak, Zaryn Min,

Zahlia pergi ke majlis perkahwinan sahabatnya dengan Reza sebagai kekasih baru untuk membalas dendam pada bekas tunangnya, Haikal. Haikal mencari kembali Zahlia dan mengupah orang untuk menyiasat siapa Reza. Zahlia dan Reza meneruskan lakonan mereka sebagai kekasih dihadapan Haikal. Apa yang berlaku seterusnya??..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Movie Review : Thambi (2019)
Read More

24 Jul 2019

Drama Puteri Yang Ditukar (Astro Prima)




Puteri Yang Ditukar, Drama Puteri Yang Ditukar, Slot Tiara, Astro Prima, Sinopsis Drama Puteri Yang Ditukar, Adaptasi Sinetron Indonesia Putri Yang Ditukar, Poster Drama Puteri Yang Ditukar, Pelakon Drama Puteri Yang Ditukar, Elisya Sandha, Eyra Hazali, Azrel Ismail, Julia Farhana, Edika Yusof, Siti Elizad Sharifuddin, Ikmal Amry, Fazlina Ahmad Daud, Zila Bakarin, Adam Lee, Eizlan Yusof, Ako Mustapha, Maria Farida, Ejoi Azari, Aishah Atan, Doria Rachel, Emelda Rosemila, Hafreez Adam, Nor Albaniah, Kay Maria, Zaefrul Nordin, Zoey Rahman, Muhamad Afiq, Sherin Amiri, Ezzaty Abdullah, Adam Lee, Isyariana, Talha Harith, Tunku Affie, Drama 80 Episod, Drama Melayu Astro 2019, Drama Bersiri Astro Prima 2019,

Drama Puteri Yang Ditukar adalah drama terbaru di slot Tiara Astro Prima yang mula bersiaran pada 9 Julai 2019 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Drama Puteri Yang Ditukar ini adalah adaptasi daripada sinetron Indonesia dan disiarkan bagi menggantikan drama Jodoh - Jodoh Annisa yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Puteri Yang Ditukar ini adalah Elisya Sandha, Eyra Hazali, Azrel Ismail, Julia Farhana, Edika Yusof, Siti Elizad Sharifuddin, Ikmal Amry, Fazlina Ahmad Daud, Zila Bakarin, Adam Lee, Eizlan Yusof, Ako Mustapha, Maria Farida, Ejoi Azari, Aishah Atan, Doria Rachel, Emelda Rosemila, Hafreez Adam, Nor Albaniah, Kay Maria, Zaefrul Nordin, Zoey Rahman, Muhamad Afiq, Sherin Amiri, Ezzaty Abdullah, Adam Lee, Isyariana, Talha Harith dan ramai lagi. Memang ramai pelakon drama ini, maklumlah drama 80 episod kan. Selain itu drama ini diarahkan oleh Bahri Uma & Zamri Zakaria. 
Puteri Yang Ditukar, Drama Puteri Yang Ditukar, Slot Tiara, Astro Prima, Sinopsis Drama Puteri Yang Ditukar, Adaptasi Sinetron Indonesia Putri Yang Ditukar, Poster Drama Puteri Yang Ditukar, Pelakon Drama Puteri Yang Ditukar, Elisya Sandha, Eyra Hazali, Azrel Ismail, Julia Farhana, Edika Yusof, Siti Elizad Sharifuddin, Ikmal Amry, Fazlina Ahmad Daud, Zila Bakarin, Adam Lee, Eizlan Yusof, Ako Mustapha, Maria Farida, Ejoi Azari, Aishah Atan, Doria Rachel, Emelda Rosemila, Hafreez Adam, Nor Albaniah, Kay Maria, Zaefrul Nordin, Zoey Rahman, Muhamad Afiq, Sherin Amiri, Ezzaty Abdullah, Adam Lee, Isyariana, Talha Harith, Tunku Affie, Drama 80 Episod, Drama Melayu Astro 2019, Drama Bersiri Astro Prima 2019,
Manakala lagu tema / OST Puteri Yang Ditukar ini bertajuk Lembah Kesepian nyanyian Haqiem Rusli. Nampak menarik drama ni kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey, sebelum tu jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Puteri Yang Ditukar di bawah ini ye..
Elisya Sandha sebagai Amira
Eyra Hazali sebagai Zahira
Edika Yusof sebagai Tuan Malik
Elizad Sharifuddin sebagai Aini
Fazlina Ahmad Daud sebagai Farina
Eizlan Yusof sebagai Ihsan
Maria Farida sebagai Latifah
Azrel Ismail sebagai Rizwan
Ako Mustapha sebagai Madun
Julia Farhana Marin sebagai Miesya
Zila Bakaria sebagai Maria
Ikmal Amry sebagai Arman
Ejoi Azari sebagai Karim
Aishah Atan sebagai Gayah
Doria Rachel sebagai Sara
Emelda ROsemila sebagai Anita
Hafreez Adam sebagai Taufik
Nor Albaniah sebagai Kamariah
Kay Maria sebagai Bedah
Zaefrul Nordin sebagai Rosli




Sinopsis Drama Puteri Yang Ditukar - Slot Tiara Astro Prima

Amira dan Zahira merupakan dua orang gadis yang mempunyai latar belakang berbeza. Amira dibesarkan di dalam kehidupan yang serba sederhana bersama kedua-dua orang tuanya, Ihsan dan Farina. Zahira pula mempunyai kehidupan yang cukup mewah bersama kedua-dua orang tuanya, Tuan Malik dan Aini, di samping ibu tirinya, Maria dan kakak tirinya, Miesya. Tetapi Zahira selalu dibuli oleh Miesya. Namun, tiada seorang pun yang mengetahui akan rahsia yang tersembunyi di sebalik dua keluarga tersebut, dimana Zahira dan Amira telah ditukar sejak kecil. Siapakah yang menjadi dalang di sebalik pertukaran kedua bayi ini ketika dilahirkan? Apa yang berlaku seterusnya? Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Amira dan Zahira menerima hakikat sebenar?.


(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

12 Apr 2019

Baca Online Novel Patah Sayap Bertongkat Paruh




Patah Sayap Bertongkat Paruh, Novel Patah Sayap Bertongkat Paruh, Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh, Novel Online, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, Drama Astro 2019, Drama Melayu 2019, Baca Online Novel Patah Sayap Bertongkat Paruh Bab 1 Hingga Bab 15, Cover Depan Novel Patah Sayap Bertongkat Paruh, Novelis Hana Ilhami, Cast, Pelakon Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh, Watak Pelakon, Aaron Aziz yang melakonkan watak Talhah, Fasha Sandha sebagai Aliah, Zarul Husin pula sebagai Hisyam, Jalil Hamid (Pak Osman), Amelina (Maznah), Sofia Dendroff (Sarah), Amira Othman (Ros), Elly Mazlein (Hasnah), Hanna Aqeela (Diana), Lydiawati, Ika Nabila (Adawiyah),
Baca Online Novel Patah Sayap Bertongkat Paruh (Drama Adaptasi Novel)

Novel Patah Sayap Bertongkat Paruh karya novelis Hana Ilhami telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 14 episod yang disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh ini dilakonkan oleh ramai pelakon hebat seperti Aaron Aziz yang melakonkan watak Talhah, Fasha Sandha sebagai Aliah, Zarul Husin pula sebagai Hisyam, Jalil Hamid (Pak Osman), Amelina (Maznah), Sofia Dendroff (Sarah), Amira Othman (Ros), Elly Mazlein (Hasnah), Hanna Aqeela (Diana), Lydiawati, Ika Nabila (Adawiyah) dan ramai lagi. Drama adaptasi novel Patah Sayap Bertongkat Paruh ini sudah pun disiarkan di Astro Ria sejak 3 April yang lalu. Jadi sambil - sambil tengok versi drama di TV tu, korang juga boleh baca novel ini secara online juga, caranya korang hanya perlu klik link di bawah sekali tu ye, selamat membaca okey. Sebelum tu jom tengok sinopsis novel ini di bawah ye..




Sinopsis Novel 
Patah Sayap Bertongkat Paruh Karya Hana Ilhami

“Kalau Aliah melangkah keluar dari rumah ni, gugur talak!” - HISYAM

Dari berterusan menjeruk rasa, lebih baik Aliah mencari bahagia sendiri. Aliah nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya untuk membina hidup baru. Rumah tangga yang dibina atas dasar suka sama suka akhirnya runtuh jua. Aliah pasrah. Di kampung, kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman, ayah Aliah yang nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah, teman sekampung Aliah sedari kecil. Khabar tentang Aliah yang diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah.

“Kau nak bercakap pasal apa? Pasal rumah tangga aku? Lepas tu kau nak buat apa? Ketawakan aku?” - ALIAH

“Kalau aku nak, aku dah ketawakan kau masa kat pasar tani hari tu lagi...” - TALHAH

Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah. Dalam diam cinta yang pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran daripada Hisyam menyedarkan Talhah tentang status Aliah.

“Memilih tu memang bagus tapi jangan sampai terpilih tunang orang. Lagi haru kalau isteri orang. Memang cari nahas!” - Hisyam

Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dengan Talhah, Hisyam berbohong dalam mahkamah bahawa dia tidak pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah, menyebabkan status Aliah kini tergantung. Dugaan yang diterima kali ini berat bukan kepalang. Ia menuntut kesabaran dan kecekalan yang bukan calang-calang. Mampukah Aliah, wanita yang dianggap lemah ini bangkit merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan? Bagaimana pula dengan Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua?



Read More

27 Mac 2019

Sinopsis Drama Che Salmah Bintang Radio (TV2)




Che Salmah Bintang Radio, Drama Che Salmah Bintang Radio, Drama Melayu, Drama Bersiri, TV2, RTM, Sinopsis Drama Che Salmah Bintang Radio, Filem Thailand Suddenly Twenty, Poster Drama Che Salmah Bintang Radio, Cast, Pelakon Drama Che Salmah Bintang Radio, Anas Ridzuan, Chacha Maembong, Dian P.Ramlee, Fathul Wafi dan Fathil Dani, Drama Melayu 2019, Drama Melayu TV2 2019, Drama Melayu RTM,
Sinopsis Drama Che Salmah Bintang Radio (TV2)

Drama Che Salmah Bintang Radio disiarkan di TV2 (RTM) setiap Isnin hingga Rabu, jam 3 petang. Antara pelakon drama Che Salmah Bintang Radio ini adalah Anas Ridzuan, Chacha Maembong, Dian P.Ramlee, Fathul Wafi dan Fathil Dani dan ramai lagi. Selain itu drama Che Salmah Bintang Radio ini diarahkan oleh Fairuz Loy. Nampak menarik drama ni kan, bila tengok sinopsis drama ni mengingatkan aku tentang filem Thailand yang bertajuk Suddenly Twenty, tapi ada perbezaan sikit - sikitlah jalan ceritanya kan. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye, selamat membaca okey.




Sinopsis Drama Che Salmah Bintang Radio Lakonan Chacha Maembong & Anas Ridzuan

Mengisahkan tentang Che Salmah yang tinggal dengan anak tunggalnya Azhar, menantunya Amyza, dan dua cucunya Anas dan Aisya. Pergolakan keluarga bermula apabila Che Salmah sering memarahi Amyza seolah-olah membencinya. Amyza yang menghidapi sakit hipertensi akhirnya jatuh sakit dan terlantar di hospital. Azhar menegur sikap ibunya dan mencadangkan agar ibunya tinggal di rumah orang-orang tua buat sementara waktu. Che Salmah mengambil keputusan meninggalkan rumah itu dan di pertengahan jalan dia telah didatangi oleh seorang lelaki tua yang memberikannya sejenis jamu untuk menenangkan hatinya dan boleh menjadi cantik. Setelah meminum jamu tersebut dengan tiba-tiba Che Salmah pengsan dan apabila dia sedar, dia sudah menjadi seorang perempuan yang cantik. Kini Che Salmah menjelma menjadi seorang wanita cantik menghadapi kerenah anak-anak muda yang mengganggunya kerana kecantikannya. Che Salmah terus berjalan dan terus berangan-angan untuk menjadi seorang penyanyi yang hebat yang pernah diimpikannya tetapi hajat itu tidak pernah kesampaian. Dalam masa yang sama, Azhar dan anak-anaknya mencari Che Salmah yang telah hilang daripada rumah. Keinginannya menjadi penyanyi terus bergolak, lantas apabila melintasi sebuah pusat karaoke, Che Salmah terpanggil untuk menyanyi di situ.Kecantikan dan kemerduan suaranya telah memikat ramai orang. 
Anas dan kawan-kawannya yang sedang mencari neneknya juga turut teruja mendengar suara merdu dan keayuan wajah Che Salmah terus masuk ke pusat karaoke itu. 
Che Salmah Bintang Radio, Drama Che Salmah Bintang Radio, Drama Melayu, Drama Bersiri, TV2, RTM, Sinopsis Drama Che Salmah Bintang Radio, Filem Thailand Suddenly Twenty, Poster Drama Che Salmah Bintang Radio, Cast, Pelakon Drama Che Salmah Bintang Radio, Anas Ridzuan, Chacha Maembong, Dian P.Ramlee, Fathul Wafi dan Fathil Dani, Drama Melayu 2019, Drama Melayu TV2 2019, Drama Melayu RTM,
Apabila Che Salmah melihat Anas, dia terus berlari ke belakang tempat itu dan tiba-tiba Che Salmah amat terkejut apabila terserempak dengan Anas cucunya. Anas tidak menyedari bahawa perempuan itu adalah neneknya, tetapi Che Salmah mengetahui bahawa Anas adalah cucunya. Namun, hal ini terus menjadi rahsia. Anas tawarkan Che Salmah sebagai penyanyi kugirannya. Che Salmah menyamar sebagai Sally dan menyewa rumah milik Pak Ali. Apabila melihat Sally, Pak Ali teringat akan Che Salmah kawannya semasa muda dahulu. Pada masa yang sama Azhar dan isterinya amat gusar kerana ibunya yang hilang masih belum ditemui lagi. Che Salmah pula muncul tiba-tiba dengan penampilan seorang wanita cantik dan bersuara merdu diterima untuk menjadi penyanyi kumpulan muzik yang diketuai oleh Anas cucunya.Selepas habis latihan menyanyi, Anas menjemput Sally makan malam di rumahnya. Perangai Sally agak pelik kerana Sally bersikap seolah-olah dia ialah Che Salmah dan apabila dia tersedar, dia terus mengubah perangainya menjadi seperti Sally semula. Hal ini amat menghairankan keluarga Anas temasuk ayahnya Azhar. Azhar pula berasa amat sedih atas kehilangan ibunya dan isterinya Amyza juga berasa amat bersalah menyebabkan ibu mertuanya menghilangkan diri. Hubungan anatara Azhar dan Amyza menjadi dingin. Pak Ali curiga dengan tingkahlaku Sally. Sally rindu anak dan cucunya namun terpaksa bertahan kerana identitinya yang barunya itu. Anas dan ahli kumpulan muziknya juga curiga kerana Sally agak kolot dan tidak mempunyai telefon pintar. Tembelang Sally pecah bila Pak Ali perasan Sally memakai rantai sama dengan Che Salmah. 
Pak Ali menyelongkar bilik Sally dan terjumpa cermin mata Che Samah di dalam sebuah beg pakaian Sally. Che Salmah terpaksa berterus-terang dengan kejadian yang dialaminya hingga membuatkan dirinya terus menyamar sebagai Sally.Che Salmah terus menjadi penyanyi dalam kumpulan muzik Anas dan menyewa bilik di rumah Pak Ali. Sementara itu, Azhar sekeluarga yang gagal mencari Che Salmah sangat bersedih dan menyesal kerana telah menghalau ibunya keluar daripada rumahnya dulu. Seorang komposer, Ahmad menawarkan Che Salmah menyertai syarikat rakamannya.Pada suatu petang Amyza datang ke rumah Pak Ali dan cuba menyelidik tentang ibu mertuanya. Pada suatu malam Salmah terpijak kaca dan kakinya berdarah. Pak Ali datang membantunya. Kaki Sally yang terluka dan berdarah akibat terkena kaca menjadi berkedut-kedut. Pak Ali dan Sally amat risau dan cuba mencari orang tua yang memberikan jamu dulu di Chow kit Road. Malangnya mereka gagal. Kaki Sally terpaksa dibalut untuk menyembunyikannya. Dalam pada itu Azhar dan Amyza cuba menyiasat tentang bil kad kredit yang digunakan atas nama Che Salmah dan bertanyakan hal ini kepada Pak Ali. Kebetulan pada waktu itu Sally ada bersama. Melalui gelagat Sally, Azhar dan Amyza mengesyaki sesuatu tentang Sally. Amyza dan Azhar berasa hairan dan curiga tentang penampilan Sally yang cantik itu. Dalam masa yang sama Karisma Records mempunyai harapan yang sangat tinggi akan kemampuan Sally sebagai penyanyi yang hebat untuk memajukan syarikatnya. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Che Salmah dapat mencari penawar mengubah kembali identiti dirinya?
Jom Baca ini juga ➤ Review Korean Drama - Less Than Evil
~Blog Dari Hati Miss Mulan~ - darihatimissmulan.blogspot.com
Read More

22 Jan 2019

Baca Online Novel Setelah Cinta Itu Pergi




Setelah Cinta Itu Pergi, Novel Setelah Cinta Itu Pergi, Karya East Diani, Drama Adaptasi Novel, Novel Online, Baca Online Novel Setelah Cinta Itu Pergi Bab 1 Hingga Bab 11, Novel, Drama Setelah Cinta Itu Pergi, Watak dan Senarai Pelakon Drama Setelah Cinta Itu Pergi, Cover Depan Novel Setelah Cinta Itu Pergi, Drama Melayu, Slot Samarinda, TV3, Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Julia Farhana Marin, Azrel Ismail, Aprena Manrose, Shah Jaszle, Drama Melayu 2019,
Baca Online Novel Setelah Cinta Itu Pergi (Drama Adaptasi Novel)

Novel Setelah Cinta Itu Pergi karya East Diani ini telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 20 episod yang disiarkan di Slot Samarinda TV3, sejak 17 Januari 2019 yang lalu, iaitu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Watak - watak dan senarai pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi adalah seperti di bawah ini - 
Nina Iskandar sebagai Marina
Fahrin Ahmad sebagai Ikram
Julia Farhana Marin sebagai Insyirah
Shahz Jaszle sebagai Muiz Lukman
Azrel Ismail sebagai Adam
Fizo Omar sebagai Idlan
Nik Adam Mika sebagai Muiz Danish
Oktovia Manrose sebagai Jehan
Syakilah Rahmad sebagai Zahirah
Faye Kusairi sebagai Shahida
Asry Azizan sebagai Farok




Kalau korang nak baca sinopsis drama Setelah Cinta Itu Pergi boleh klik ➔ SiNi.. dan korang juga boleh baca Novel Setelah Cinta Itu Pergi secara online saja, dengan cara klik link di bawah ini okey, selamat membaca ye.

Baca Online Novel Setelah Cinta Itu Pergi Bab 1 Hingga Bab 11

➤ Bab 1Bab 2Bab 3Bab 4Bab 5Bab 6
➤ Bab 7Bab 8Bab 9Bab 10Bab 11
Read More

24 Dis 2017

Drama Syurga Yang Kedua Episod 5 Hingga 9 (Astro)

Rangkuman Sinopsis Episod 5 Hingga Episod 9 Drama Syurga Yang Kedua, Astro, Drama Syurga Yang Kedua, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Siti Elizad, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Zarynn Min, Beego, Afifah Nasir, Dato Jalaluddin Hassan, Fazlina Ahmad Daud, Wan Nor Azlin, Poligami, Perkahwinan, Hidup Bermadu,
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 5 Hingga Episod 9 (Astro)

Drama Syurga Yang Kedua yang tengah hangat disiarkan di Astro Prima & Maya HD sudah pun masuk minggu kedua dan sudah 9 episod disiarkan di TV. Bermula 25 Disember ini, drama ini dah masuk minggu ketiga dah, tak dinafikan ramai betul yang suka dengan drama ini, disebabkan jalan ceritanya serta barisan pelakon yang hebat. Antara Pelakon Drama Syurga Yang Kedua ini adalah Fasha Sandha, Siti Elizad, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Zarynn Min, Beego, Afifah Nasir, Dato Jalaluddin Hassan, Fazlina Ahmad Daud, Wan Nor Azlin dan ramai lagi. Jadi hari ini aku nak share rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua ini dari episod 5 hingga episod 9. Kalau korang nak baca Sinopsis Drama ini dari episod 1 hingga episod 4 terlebih dahulu, bolehlah klik ➔ SiNi..

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 5 Hingga Episod 9 

Ibu Daniel iaitu Dato Sherry (lakonan Azizah Mahzan) menasihati Daniel (Zarul Husin) supaya meluangkan masanya dengan Vivy (Fasha Sandha) dan berlaku lebih adil pada Vivy. Manakala Vivy pula mula merasa cemburu melihat Daniel yang lebih mengutamakan Sabrina (lakonan Siti Elizad) berbanding dirinya. Walaubagaimanapun Sabrina masih tidak tahu mengenai perkahwinan suaminya itu dengan kawan baiknya Vivy yang berlaku ketika dia masih koma. Hubungan persahabatan antara Sabrina dan juga Vivy masih baik walaupun Vivy terpaksa menipu Sabrina. Selain itu Sofia (lakonan Zarynn Min) masih dengan sikap cemburu dan buruk sangka pada suaminya Azril (lakonan Beego), malah Sofia turut mengupah orang untuk mengikut Azril bagi mencari bukti mengenai kecurangan Azril seperti yang disangka oleh Sofia. Sabrina yang telah sihat sepenuhnya juga telah pulang semula ke rumah suaminya dan dia juga turut melawat mak mertuanya iaitu Dato Sherry. Sabrina juga baru mengetahui yang Vivy turut tinggal sekali di rumah mak mertuanya itu sebagai doktor peribadi Dato Sherry. Dato Sherry dan anak bongsunya Diana mula mencari jalan dan membuat rancangan untuk merapatkan lagi Vivy dan Daniel.



Daniel mula mungkir janji dengan Sabrina serta Sabrina juga turut merasakan sesuatu yang pelik dan aneh mengenai suaminya itu namun dia akhirnya tetap berfikiran positif. Tak lama kemudian, Vivy akhirnya mengandung dan berita itu sangat menggembirakan Dato Sherry. Daniel pula menghadiahkan gelang buat Vivy, tapi gelang tersebut mempunyai design yang sama seperti yang dimiliki oleh Sabrina. Secara tidak sengaja, Sabrina turut perasan tentang gelang Vivy yang sama dengannya itu dan teringin nak tahu siapa yang menghadiahkan gelang tersebut pada Vivy. Walaupun Sabrina berasa tidak sedap hati, dia tetap cuba ceria dan tidak berfikir bukan - bukan. Setelah Vivy mengandung, Daniel tetap menyuruh Vivy untuk merahsiakan perkahwinan mereka dari Sabrina. Ketika Daniel berada dengan Sabrina di rumah mereka, Vivy mula berasa marah apabila Daniel tidak membalas mesejnya mahu pun menjawab panggilannya. Vivy akhirnya meminta pertolongan adik iparnya Diana untuk mencari cara supaya Daniel terus sayangkannya. Diana mencadangkan Vivy supaya menulis puisi cinta buat Daniel secara senyap - senyap sebagai satu kejutan buat Daniel. Apa yang berlaku seterusnya?

Tak sabar aku nak tunggu episod Sabrina dapat tahu tentang perkahwinan diorang itu, apa reaksi dan tindakan Sabrina nanti kan?..
Read More

22 Dis 2017

Wolf Girl And Black Prince - Japanese Movie Review

Wolf Girl And Black Prince, Review Filem Jepun, Japanese Movie Review, Filem Adaptasi Komik, Wolf Girl And Black Prince (Okami Shojo To Kuro Oji), Pelakon - Pelakon Filem Wolf Girl And Black Prince, Fumi Nikaido, Kento Yamazaki, Nobuyuki Suzuki, Mugi Kadowaki, Ryo Yoshizawa, Nanao, Sinopsis Wolf Girl And Black Prince, Sinopsis Filem Jepun, Happy Ending,
Review Filem Jepun - Wolf Girl And Black Prince (Okami Shojo To Kuro Oji)

Aku jarang sebenarnya menonton Japanese Movie ini, tapi kadang - kadang tu layan sajalah kan sebab filem Jepun pun menarik juga. Hari ini aku nak buat Review Japanese Movie yang bertajuk Wolf Girl and Black Prince atau bahasa jepunnya berbunyi Okami Shojo To Kuro Oji yang release pada 28 Mei 2016 yang lalu. Pelakon - Pelakon Filem Wolf Girl And Black Prince ini adalah Fumi Nikaido, Kento Yamazaki, Nobuyuki Suzuki, Mugi Kadowaki, Ryo Yoshizawa, Nanao dan ramai lagi. Filem ini adalah adaptasi daripada Manga atau Komik yang tajuknya juga sama manakala pengarah filem ini adalah Kyuichi Hiroki. Kalau tengok dari tajuk filem ini saja, dah rasa macam menarik dan best filem ini, tambahan lagi hero filem ini adalah Kento Yamazaki yang memang sangat popular dan terkenal di Jepun itu. Genre filem ini adalah Romantik Komedi, Teen Romance, Remaja, Sekolah and based on a comic. Heroin filem ini tidaklah lawa sangat, tapi tetap comel and sweet, manakala hero filem okeylah cuma personaliti wataknya saja yang annoying sikit.

Aku rasa kesian juga dengan watak Erika ini yang terpaksa berpura - pura dengan kawan - kawannya itu dan juga terpaksa melayan kerenah fake boyfriendnya itu iaitu Kyouya Sata ( Lakonan Kento Yamazaki). Selain itu geram juga dengan perangai Kyouya Sata ini yang melayan Erika ini seolah olah seperti haiwan peliharaannya saja. Paling mengejutkan bila Erika ini pula rela dilayan seperti itu sebab dah jatuh cinta dengannya. Tapi aku puji juga keberanian Erika ini sebab berani deal dengan Kyouya Sata malah berani juga meluahkan perasaannya walaupun akhirnya akan di reject oleh Kyouya Sata ini. Tapi bila fikir balik sepadan juga dua - dua ini sebab kedua - dua mereka ini sangat berbeza dari segi personaliti dan sikap, jadi secara tak langsung nampak macam saling melengkapi. Selain itu aku agak pelik juga dengan cara jurukamera merakam scene - scene tertentu, sebab dia selalu merakam scene - scene penting dari jarak jauh. Scene ketika Erika hampir - hampir ditipu oleh Nozomi Kamiya yang merupakan rakan sekelas dan juga rival pada Kyouya Sata ini agak sedih juga, tapi nasib fake boyfriendnya itu dapat menyelamatkan keadaan.



Selain itu scene - scene ketika Erika berjumpa dengan Reika Sata yang merupakan kakak pada Kyouya Sata itu juga kelakar, sebab cara dan kelakuan Erika itu macam berjumpa dengan bakal kakak ipar dah hahaha. Tapi agak frust juga bila Erika akhirnya menolak cinta rakan sekelasnya yang bernama Yuu Kusakabe itu, sedangkan orang itu dah lama suka pada Erika itu, cuma dia agak lambat untuk meluahkan perasaannya itu. Saat dia meluahkan perasaannya itu, Erika sudah pun jatuh cinta pada Kyouya Sata itu. Apa pun korang jangan risaulah sebab Ending Filem Wolf Girl And Black Prince ini memang happy ending. Secara keseluruhannya aku bagi 8 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini. Jom tengok sinopsis filem Jepun ini di bawah ye..

Sinopsis Wolf Girl And Black Prince ( Japanese Movie )

Mengisahkan Erika (lakonan Fumi Nikaido) yang kini bergelar Junior di sekolah menengahnya itu, ketika berborak dengan kawan - kawannya itu, Erika kerap berbohong mengenai boyfriendnya, sedangkan Erika ketika itu masih single. Disebabkan dia tak mahu dipulaukan oleh kawan - kawannya yang sangat open minded itu membuatkan Erika terpaksa menipu. Tak lama kemudian, kawan - kawan Erika mula syak yang Erika hanya mereka - reka cerita mengenai teman lelakinya yang tak wujud. Disebabkan dah terperangkap dengan penipuannya sendiri, Erika akhirnya menemui cara baru untuk menyakinkan kawan - kawannya itu dengan menunjukkan gambar seorang lelaki kacak yang ditangkapnya secara curi - curi ketika berada di kaki lima sebuah kedai. Namun keadaan makin tidak memihak pada Erika, apabila gambar lelaki yang ditangkapnya itu adalah senior di sekolah yang sama dengannya, iaitu Kyouya Sata. Malah Kyouya Sata sangat popular di sekolah berkenaan dan menjadi rebutan pelajar perempuan lain.

Erika kemudiannya berjumpa dengan Kyouya Sata dan menjelaskan perkara sebenar serta meminta Kyouya Sata untuk berpura - pura menjadi teman lelakinya di depan kawan - kawannya itu. Agak mengejutkan juga yang Kyouya Sata sanggup menjadi fake boyfriendnya dengan syarat Erika juga sanggup menjadi seperti haiwan peliharaannya. Erika agak terkejut dengan syarat yang diberikan oleh Kyouya Sata itu, namun walaupun dia tidak rela, akhirnya Erika bersetuju dengan syaratnya itu. Maka bermulalah kehidupan Erika yang huru - hara dan kelam - kabut kerana terpaksa mengikut arahan Kyouya Sata. Malah Kyouya Sata berlakon menjadi teman lelakinya dengan sangat cemerlang sehingga ramai pelajar perempuan yang berasa cemburu dan benci pada Erika di sekolah itu. Disebabkan Erika sering menghabiskan masa bersama Kyouya Sata membuatkan Erika mula jatuh hati pada Kyouya Sata itu. Namun akhirnya cintanya ditolak dengan teruk sekali oleh Kyouya Sata itu membuatkan Erika kecewa dan sedih.

Disaat datangnya cinta baru, Erika pula menolak kerana masih tidak dapat melupakan cintanya pada fake boyfriendnya itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?..


Read More

16 Dis 2017

Drama Syurga Yang Kedua Episod 1 Hingga 4

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 1 Hingga 4, Drama Astro Prima, Slot Tiara, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Siti Elizad, Zarul Umbrella, Azizah Mahzan, Zarynn Min, Beego, Afifah Nasir, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Sherry Ibrahim, Dynaz Mokhtar,
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 1 Hingga 4

Drama 100 episod iaitu Dendam Aurora telah melabuhkan tirainya dan kemudian digantikan dengan Drama 70 episod yang bertajuk Syurga Yang Kedua. Kalau korang nak baca Review dan Sinopsis Episod Akhir Drama Dendam Aurora itu bolehlah klik ➔ SiNi.. Selain itu Drama Syurga Yang Kedua ini dilakonkan oleh Siti Elizad sebagai watak Sabrina, Fasha Sandha sebagai watak Dr Vanida atau Vivy, Zarul Husin sebagai Daniel, Azizah Mahzan sebagai Dato Sherry, Zarynn Min sebagai Sofea, Beego sebagai Azril dan ramai lagi. Kelihatan jalan cerita drama ini sangat dekat dengan penonton iaitu mengisahkan tentang poligami, hubungan mertua dan menantu, serta hubungan antara isteri yang dimadukan. Drama Syurga Yang Kedua ini baru disiarkan sebanyak 4 episod dan ramai yang menyukai drama ini kerana dibarisi pelakon hebat yang berpengalaman seperi Fasha Sandha dan Elizad Sharifuddin. Malah lakonan Zarul Umbrella juga semakin baik dan best. Apa pun jom tengok rangkuman sinopsis dari episod 1 hingga episod 4 di bawah ini okey. Selamat Membaca.

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 1 Hingga 4

Mengisahkan Daniel yang tersepit di tengah - tengah antara kehendak ibunya Dato Sherry yang menginginkan cucu lelaki dan memaksanya untuk berkahwin lain serta kesetiaannya pada isterinya Sabrina yang tercinta. Sabrina yang kerap keguguran mendapat berita gembira bahawa dia mengandung lagi, namun semuanya musnah apabila Sabrina terlibat dengan kemalangan lalu koma. Dato Sherry kemudian memaksa Daniel untuk berkahwin dengan Dr Vanida atau Vivy, Daniel dan Vivy akhirnya berkahwin, walaupun awalnya kedua - duanya menolak untuk disatukan. Sabrina yang awalnya disangkakan tiada harapan untuk hidup kembali pulih dan sedar dari koma. Hubungan Daniel dan Vivy juga baik, tapi Vivy terpaksa memendam perasaannya melihat Daniel yang sentiasa melebihkan Sabrina. Vivy juga risau dengan penerimaan Sabrina terhadap perkahwinan mereka, ini ditambah lagi apabila Sabrina dan Vivy adalah kawan baik. Ibu Sabrina begitu marah dan menyuruhkan Daniel untuk menceraikan Vivy, jika Daniel menginginkan keadaan kembali pada asal.



Sabrina dah pulih sepenuhnya dan kini dia tinggal di rumah ibu bapanya, namun Sabrina tidak tahu apa - apa mengenai berita perkahwinan suaminya dengan kawan baiknya itu. Perkahwinan Daniel dan Vivy terpaksa dirahsiakan dari Sabrina kerana tidak mahu Sabrina terkejut dan mengalami tekanan sekaligus menjejaskan kesihatannya. Hubungan Sabrina dan Daniel tetap mesra seperti dulu dan kelihatan Vivy agak sedih dengan sikap Daniel padanya. Dato Sherry pula sentiasa memberi semangat pada Vivy untuk mengambil hati Daniel sekaligus mengelakkan Vivy dan Daniel dari bercerai. Selain Daniel, Dato Sherry juga mempunyai 2 anak perempuan yang lain, salah seorangnya bernama Sofea. Perkahwinan Sofea dan Azril juga tidak bahagia, sikap Sofea yang cemburu buta serta biadap pada Azril membuatkan perkahwinan mereka boleh retak bila - bila masa saja. Azril juga merupakan bekas teman lelaki Vivy dan Azril juga tidak mengetahui akan perkahwinan Vivy dengan abang iparnya itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?

Gambar diatas credit to Astro Awani

Read More

2 Ogo 2017

Sinopsis Telemovie Isteri Untuk Abang Long

Telemovie, Telefilem, Isteri Untuk Abang Long, Sinopsis, Romantik Komedi, Adaptasi Mini Novel, Senarai Pelakon Telemovie Isteri Untuk Abang Long, Idris Khan, Siti Saleha, Lia Natalia, Rosnah Johari, Mona Bella,
Sinopsis Telemovie Isteri Untuk Abang Long Lakonan Idris Khan & Siti Saleha

Pada 31 Julai yang lalu, aku sempat menonton telemovie yang bertajuk Isteri Untuk Abang Long yang disiarkan di Slot Skrin Di 9, TV9. Rupa - rupanya telemovie Isteri Untuk Abang Long ini adalah adaptasi daripada Novel Mini Suami Isteri Karya 4 Novelis Best Seller dan telemovie ini adalah adaptasi daripada karya Rehal Nuharis, malah Rehal Nuharis juga adalah penulis skrip untuk telemovie ini. Ada ramai pelakon best yang membintangi telemovie yang bergenre romantik komedi ini, antaranya adalah Idris Khan, Siti Saleha, Lia Natalia, Rosnah Johari, Mona Bella dan ramai lagi. Selain itu telemovie ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Tanah beris Film Production. Telemovie ini agak unik juga bila ada banyak sound effect yang dimasukkan dalam babak - babak tertentu untuk membuatkan telemovie ini lebih kelakar dan sweet. Contohnya ada sound effect bunyi kucing, bunyi harimau mengaum dan sebagainya. Apa pun jom baca sinopsis telemovie ini di bawah ya..

Sinopsis Telemovie Isteri Untuk Abang Long

Mengisahkan Cik Esah yang ingin melihat anak lelaki sulungnya mendirikan rumahtangga, namun disebabkan anak lelakinya itu yang digelar abang long dikatakan ketua gangster menyebabkan anaknya masih belum berkahwin. Ini ditambah lagi dengan sikap anak lelakinya itu yang panas baran membuatkan perempuan takut dengannya. Cik Esah dan dua anak perempuannya iaitu Kak Ngah dan Adik menggesa abang long untuk berkahwin. Akhirnya abang long menyuruh ibunya untuk mencarikan calon isteri untuknya. Kak Ngah dan Adik sangat teruja untuk mencari calon isteri buat abang mereka itu, mereka mula menyuruh abang long untuk keluar dengan calon - calon pilihan mereka berdua. Namun setelah keluar, abang long tidak menyukai sikap dan personaliti calon - calon bakal isteri pilihan adiknya itu. Cik Esah turut menyuruh anak lelakinya untuk berjumpa dengan calon pilihannya pula yang bernama Dian. Ternyata abang long senang dengan sikap Dian yang baik dan mendengar kata, namun abang long sengaja tidak menunjukkan yang dirinya menyukai Dian, malah cuba menakut - nakutkan Dian dengan mengatakan dia adalah ketua gangster.

Dian merasakan abang Long tidak menyukainya, dan dia juga hampir percaya yang abang long adalah ketua gangster. Sejak dari pertemuan pertama mereka, abang long sering mengajak Dian keluar, malah dia turut menghantar dan menjemput Dian pergi dan balik kerja. Dian berasa rimas dan keliru dengan sikap abang long kerana abang long mengatakan yang dirinya sudah ada calon lain untuk berkahwin, tapi masih keluar dengan Dian lagi. Malah abang long turut membawa Dian untuk membantunya memilih barang - barang hantaran, sedangkan abang long itu ingin berkahwin dengan gadis lain. Abang Long sebenarnya ingin berkahwin dengan Dian tapi masih belum berterus - terang lagi dengan Dian, malah abang long juga seronok melihat Dian keliru dengan tindakannya. Akhirnya Dian mengetahui yang abang Long ingin berkahwin dengannya, Dian juga sempat bertanya pada Kak Ngah tentang pekerjaan sebenar abang long, namun jawapannya tetap sama, iaitu ketua gangster. Akhirnya Dian mengetahui perkara sebenar tentang pekerjaan Abang Long dari Cik Esah. Apa yang bakal berlaku seterusnya?, apa pun ending telemovie ini memang happy endinglah kan.
Read More


My Random Post