22 Dis 2017

Wolf Girl And Black Prince - Japanese Movie Review

Wolf Girl And Black Prince, Review Filem Jepun, Japanese Movie Review, Filem Adaptasi Komik, Wolf Girl And Black Prince (Okami Shojo To Kuro Oji), Pelakon - Pelakon Filem Wolf Girl And Black Prince, Fumi Nikaido, Kento Yamazaki, Nobuyuki Suzuki, Mugi Kadowaki, Ryo Yoshizawa, Nanao, Sinopsis Wolf Girl And Black Prince, Sinopsis Filem Jepun, Happy Ending,
Review Filem Jepun - Wolf Girl And Black Prince (Okami Shojo To Kuro Oji)

Aku jarang sebenarnya menonton Japanese Movie ini, tapi kadang - kadang tu layan sajalah kan sebab filem Jepun pun menarik juga. Hari ini aku nak buat Review Japanese Movie yang bertajuk Wolf Girl and Black Prince atau bahasa jepunnya berbunyi Okami Shojo To Kuro Oji yang release pada 28 Mei 2016 yang lalu. Pelakon - Pelakon Filem Wolf Girl And Black Prince ini adalah Fumi Nikaido, Kento Yamazaki, Nobuyuki Suzuki, Mugi Kadowaki, Ryo Yoshizawa, Nanao dan ramai lagi. Filem ini adalah adaptasi daripada Manga atau Komik yang tajuknya juga sama manakala pengarah filem ini adalah Kyuichi Hiroki. Kalau tengok dari tajuk filem ini saja, dah rasa macam menarik dan best filem ini, tambahan lagi hero filem ini adalah Kento Yamazaki yang memang sangat popular dan terkenal di Jepun itu. Genre filem ini adalah Romantik Komedi, Teen Romance, Remaja, Sekolah and based on a comic. Heroin filem ini tidaklah lawa sangat, tapi tetap comel and sweet, manakala hero filem okeylah cuma personaliti wataknya saja yang annoying sikit.

Aku rasa kesian juga dengan watak Erika ini yang terpaksa berpura - pura dengan kawan - kawannya itu dan juga terpaksa melayan kerenah fake boyfriendnya itu iaitu Kyouya Sata ( Lakonan Kento Yamazaki). Selain itu geram juga dengan perangai Kyouya Sata ini yang melayan Erika ini seolah olah seperti haiwan peliharaannya saja. Paling mengejutkan bila Erika ini pula rela dilayan seperti itu sebab dah jatuh cinta dengannya. Tapi aku puji juga keberanian Erika ini sebab berani deal dengan Kyouya Sata malah berani juga meluahkan perasaannya walaupun akhirnya akan di reject oleh Kyouya Sata ini. Tapi bila fikir balik sepadan juga dua - dua ini sebab kedua - dua mereka ini sangat berbeza dari segi personaliti dan sikap, jadi secara tak langsung nampak macam saling melengkapi. Selain itu aku agak pelik juga dengan cara jurukamera merakam scene - scene tertentu, sebab dia selalu merakam scene - scene penting dari jarak jauh. Scene ketika Erika hampir - hampir ditipu oleh Nozomi Kamiya yang merupakan rakan sekelas dan juga rival pada Kyouya Sata ini agak sedih juga, tapi nasib fake boyfriendnya itu dapat menyelamatkan keadaan.



Selain itu scene - scene ketika Erika berjumpa dengan Reika Sata yang merupakan kakak pada Kyouya Sata itu juga kelakar, sebab cara dan kelakuan Erika itu macam berjumpa dengan bakal kakak ipar dah hahaha. Tapi agak frust juga bila Erika akhirnya menolak cinta rakan sekelasnya yang bernama Yuu Kusakabe itu, sedangkan orang itu dah lama suka pada Erika itu, cuma dia agak lambat untuk meluahkan perasaannya itu. Saat dia meluahkan perasaannya itu, Erika sudah pun jatuh cinta pada Kyouya Sata itu. Apa pun korang jangan risaulah sebab Ending Filem Wolf Girl And Black Prince ini memang happy ending. Secara keseluruhannya aku bagi 8 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini. Jom tengok sinopsis filem Jepun ini di bawah ye..

Sinopsis Wolf Girl And Black Prince ( Japanese Movie )

Mengisahkan Erika (lakonan Fumi Nikaido) yang kini bergelar Junior di sekolah menengahnya itu, ketika berborak dengan kawan - kawannya itu, Erika kerap berbohong mengenai boyfriendnya, sedangkan Erika ketika itu masih single. Disebabkan dia tak mahu dipulaukan oleh kawan - kawannya yang sangat open minded itu membuatkan Erika terpaksa menipu. Tak lama kemudian, kawan - kawan Erika mula syak yang Erika hanya mereka - reka cerita mengenai teman lelakinya yang tak wujud. Disebabkan dah terperangkap dengan penipuannya sendiri, Erika akhirnya menemui cara baru untuk menyakinkan kawan - kawannya itu dengan menunjukkan gambar seorang lelaki kacak yang ditangkapnya secara curi - curi ketika berada di kaki lima sebuah kedai. Namun keadaan makin tidak memihak pada Erika, apabila gambar lelaki yang ditangkapnya itu adalah senior di sekolah yang sama dengannya, iaitu Kyouya Sata. Malah Kyouya Sata sangat popular di sekolah berkenaan dan menjadi rebutan pelajar perempuan lain.

Erika kemudiannya berjumpa dengan Kyouya Sata dan menjelaskan perkara sebenar serta meminta Kyouya Sata untuk berpura - pura menjadi teman lelakinya di depan kawan - kawannya itu. Agak mengejutkan juga yang Kyouya Sata sanggup menjadi fake boyfriendnya dengan syarat Erika juga sanggup menjadi seperti haiwan peliharaannya. Erika agak terkejut dengan syarat yang diberikan oleh Kyouya Sata itu, namun walaupun dia tidak rela, akhirnya Erika bersetuju dengan syaratnya itu. Maka bermulalah kehidupan Erika yang huru - hara dan kelam - kabut kerana terpaksa mengikut arahan Kyouya Sata. Malah Kyouya Sata berlakon menjadi teman lelakinya dengan sangat cemerlang sehingga ramai pelajar perempuan yang berasa cemburu dan benci pada Erika di sekolah itu. Disebabkan Erika sering menghabiskan masa bersama Kyouya Sata membuatkan Erika mula jatuh hati pada Kyouya Sata itu. Namun akhirnya cintanya ditolak dengan teruk sekali oleh Kyouya Sata itu membuatkan Erika kecewa dan sedih.

Disaat datangnya cinta baru, Erika pula menolak kerana masih tidak dapat melupakan cintanya pada fake boyfriendnya itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?..


1 ulasan:

  1. Kalau filem jepun mesti melibatkan persahabatan,bukan percintaan semata kann.

    BalasPadam



My Random Post