Memaparkan catatan dengan label Horror. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Horror. Papar semua catatan

1 Dis 2022

Review dan Sinopsis Filem lnang (2022)



Filem Inang, Filem Indonesia Inang, Filem Seram Inang, Filem Seram Indonesia Inang, Indonesian Movie Inang, Indonesian Horror Movie, Sinopsis Filem Inang, Indonesian Movie The Womb, Inang Cast, Inang Movie, Pelakon - Pelakon Filem Inang, Naysilla Mirdad, Dimas Anggara, Rukman Rosadi, Lydia Kandou,

Filem Inang (The Womb) adalah filem seram Indonesia yang release pada 13 Oktober 2022 dan diarahkan oleh Fajar Nugros serta diterbitkan oleh IDN Pictures. Antara pelakon filem Inang ini adalah Naysilla Mirdad, Dimas Anggara, Rukman Rosadi, Lydia Kandou, Nungki Kusumastuti, Pritt Timothy dan ramai lagi. Siapa yang pernah tengok sinetron / drama Indonesia ni mesti kenal dengan Naysilla Mirdad ni sebab dia banyak berlakon dalam sinetron berbanding filem. Antara drama atau sinetron lakonannya yang pernah disiarkan di Malaysia seperti Intan, Cahaya, Sekar dan lain - lain lagi. Filem Inang ini adalah filem keduanya dan merupakan filem seram pertama lakonannya. Lebih menarik bila dalam movie Inang ini Naysilla Mirdad dapat berlakon dengan ibu kandungnya sendiri iaitu Lydia Kandou.
Filem Inang, Filem Indonesia Inang, Filem Seram Inang, Filem Seram Indonesia Inang, Indonesian Movie Inang, Indonesian Horror Movie, Sinopsis Filem Inang, Indonesian Movie The Womb, Inang Cast, Inang Movie, Pelakon - Pelakon Filem Inang, Naysilla Mirdad, Dimas Anggara, Rukman Rosadi, Lydia Kandou,
Sejujurnya Movie Inang ni takdelah seram mana pun, tak takut pun, hantu pun gitu - gitu je, elemen jumpscare yang minimum saja. Ada review yang mengatakan filem ini kurang best, apa pun semuanya bergantung pada citarasa masing - masinglah kan. Tapi stil aku rasa filem ini ada tarikan juga sebab ianya memfokuskan tentang mitos Jawa bernama Rebo Wekasan dan ritual yang perlu dilakukan yang melibatkan si anak yang baru lahir dan si ibu yang melahirkan. Selain itu filem ini membuatkan penonton rasa dekat dengan watak Wulan yang malang itu, bila wataknya itu dikembangkan dengan baik. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam filem Inang ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Watak dan Barisan Pelakon Filem lnang (2022) 

Naysilla Mirdad sebagai Wulan
Dimas Anggara sebagai Bergas
Rukman Rosadi sebagai Agus Santoso
Lydia Kandou sebagai Eva
Nungki Kusumastuti sebagai Bidan
Pritt Timothy sebagai Ki Ageng




Sinopsis Filem Inang Lakonan Naysilla Mirdad (2022) 

Mengisahkan tentang kehidupan Wulan yang bekerja sebagai cashier di sebuah supermarket. Wulan ditinggalkan oleh kekasihnya ketika dirinya hamil. Wulan hidup sebatang kara, setelah dirinya hamil dia hilang segala - galanya. Ketika merasakan dunianya sudah gelap, Wulan menjumpai satu group di Facebook yang membantu ibu - ibu yang sedang mengandung, Wulan menelefon mereka dan menceritakan masalahnya dan akhirnya Wulan ditemukan dengan pasangan suami isteri bernama Agus Santoso dan Eva yang ingin mengambil anak Wulan sebagai anak angkat mereka. Wulan kemudiannya bersetuju untuk tinggal di rumah Agus dan Eva sehingga dia melahirkan anaknya kerana Wulan sudah tidak ada tempat tinggal. Awalnya Wulan berasa gembira tinggal di rumah Agus dan Eva kerana rumah mereka besar, cantik dan selesa, malah mereka melayan Wulan seperti keluarga mereka sendiri. 
Filem Inang, Filem Indonesia Inang, Filem Seram Inang, Filem Seram Indonesia Inang, Indonesian Movie Inang, Indonesian Horror Movie, Sinopsis Filem Inang, Indonesian Movie The Womb, Inang Cast, Inang Movie, Pelakon - Pelakon Filem Inang, Naysilla Mirdad, Dimas Anggara, Rukman Rosadi, Lydia Kandou, Filem Seram Indonesia 2022,
Namun lama - kelamaan banyak hal aneh yang terjadi, Wulan sering mendapat mimpi - mimpi pelik selain itu, kedatangan Ki Ageng yang cuba membuat ritual pelik atas dirinya menambahkan sangsi di hati Wulan. Akhirnya Wulan nekad tidak mahu menyerahkan anaknya pada Agus dan Eva itu, namun Eva menyarankan agar Wulan menunggu sehingga anak itu lahir dan kemudian baru pergi dari rumah mereka.
Kehadiran Bergas yang baru pulang dari luar negara mengejutkan Agus dan Eva, mereka tidak menyangka anak tunggal mereka itu akan pulang di waktu ini. Agus dan Eva terpaksa menipu Bergas yang bertanya tentang Wulan manakala Wulan pula cuba memberitahu Bergas mengenai benda pelik yang terjadi di rumah itu. Awalnya Bergas tidak mempercayai Wulan namun setelah dia berfikir sedalam - dalamnya, dia sedar ada benda pelik yang terjadi sejak bertahun - tahun dulu. Bergas akhirnya berpakat dengan Wulan untuk menyiasat apa sebenarnya yang terjadi dan bersertuju untuk membantu Wulan keluar dari situ. Adakah usaha mereka akan berjaya? 
Filem Inang, Filem Indonesia Inang, Filem Seram Inang, Filem Seram Indonesia Inang, Indonesian Movie Inang, Indonesian Horror Movie, Sinopsis Filem Inang, Indonesian Movie The Womb, Inang Cast, Inang Movie, Pelakon - Pelakon Filem Inang, Naysilla Mirdad, Dimas Anggara, Rukman Rosadi, Lydia Kandou,
Scene - scene suspen di hujung cerita filem ini memang boleh tahan juga walaupun tidak melibatkan hantu. Apa pun ending filem Inang ini awalnya macam sweet tapi berakhir dengan tragedilah pulak. Jadi secara keseluruhannya aku bagi 6.8/10 bintang untuk filem ini

Read More

19 Okt 2020

Sinopsis Telefilem 3 Dukun Santet (Astro Citra)



Telefilem 3 Dukun Santet, Telemovie 3 Dukun Santet, Sinopsis Telefilem 3 Dukun Santet, Poster Telefilem 3 Dukun Santet, Pelakon - Pelakon  Telefilem 3 Dukun Santet, Umie Aida, Isyariana, Zahiril Adzim, Dayang Areeda, Maria Farida, Zulhusni Zamir, Kween Keela, Silfeny Osman,

Telefilem 3 Dukun Santet telah pun disiarkan di Astro Citra pada 17 Oktober 2020 yang lalu di Astro Citra. Antara pelakon Telefilem 3 Dukun Santet ini adalah Umie Aida, Isyariana, Zahiril Adzim, Dayang Areeda, Maria Farida, Zulhusni Zamir, Kween Keela, Silfeny Osman dan ramai lagi. Tengok dari tajuk telefilem ni je dah tau ianya bergenre seram gitu. Selain itu telemovie 3 Dukun Santet ini diarahkan oleh Azhari Zain dan diterbitkan oleh Dear Creative Media. Nampak menarik kan telefilem ini, apa pun jom tengok sinopsis telefilem 3 Dukun Santet ini di bawah ye. 




Sinopsis Telefilem 3 Dukun Santet Lakonan Umie Aida, Zahiril Adzim, Isyariana dan Dayang Areeda (Astro Citra)

Mengisahkan 3 orang sahabat baik iaitu Saiful / Epul (Zahiril Adzim), Emma (Isyariana) dan Shasha (Dayang Areeda) yang dah lama kenal sejak dari zaman belajar lagi. Mereka bertiga bercadang ingin membuka sebuah kafe serta studio persembahan kebudayaan. Walaubagaimanapun lokasi cafe itu agak terpencil dan jauh menyebabkan Saiful tidak berminat. Namun setelah dipujuk oleh Emma dan Shasha, Saiful bersetuju untuk pergi melihat kawasan kafe tersebut. Emma dan Shasha suka tempat tersebut begitu juga dengan Saiful walaupun tempat tersebut agak menyeramkan dan sunyi. Saiful turut mengalami kejadian aneh dan menakutkan disitu, namun tidak menceritakan hal tersebut pada Emma dan Shasha, malah dia sebaliknya bersetuju untuk membuka cafe disitu. Mereka bertiga kemudian bertungkus lumus membersihkan dan mencantikkan kawasan cafe itu, malangnya kejadian pelik dan menakutkan mula berlaku. Mereka mula diganggu dengan teruk sehingga jatuh sakit, Saiful cuba berusaha menghubungi Ustaz dan sebagainya. Manakala Emma dan Shasha pula menghubungi seorang dukun bernama Mek (Umie Aida) untuk membantu mereka memagar tempat tersebut, sekaligus menghalau hantu - hantu disitu. Saiful merasakan ada yang tidak kena dengan Mek, selepas itu gangguan yang mereka terima semakin teruk. Rupa - rupanya ada orang yang sakit hati dan ingin mengenakan dan membunuh mereka sehingga menggunakan khidmat 3 dukun untuk mengacau dan membunuh mereka. Apa yang berlaku seterusnya?..

Read More


My Random Post