💗 Woman Of 9.9 Billion
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Tonton Drama Slot Lestary Romantika 4 Hari 3 Malam Full Episod Lakonan Sean Lee dan Amelia Henderson Di TV3
⏩⏩ Drama Rudy vs Jolie Lakonan Nadia Brian dan Aidit Noh (TV Okey)
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Tonton Drama Slot Lestary Romantika 4 Hari 3 Malam Full Episod Lakonan Sean Lee dan Amelia Henderson Di TV3
⏩⏩ Drama Rudy vs Jolie Lakonan Nadia Brian dan Aidit Noh (TV Okey)
Drama Romantika 4 Hari 3 Malam adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang disiarkan bermula 10 Mac yang lalu, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama ulangan Semua Salahku yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Romantika 4 Hari 3 Malam ini adalah Amelia Henderson, Sean Lee, Syafi Tee, Nynaa Harizal, Wafariena, Zila Bakarin, Sahronizam Noor, Lisdawati, Aida Aris, Oshin Ahmad, Daniesh Suffian, Dottie, Izzendra, Jesse Lim dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Romantika 4 Hari 3 Malam karya Wizana Emilia. Selain itu drama 13 episod ini diarahkan oleh Nizam Zakaria dan diterbitkan oleh Wiranusa Corporation Sdn Bhd. Nampak macam menarik je kan drama ini, apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Romantika 4 Hari 3 Malam beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..
Kalau korang terlepas nak menonton drama ini di TV3, korang boleh menontonnya secara online di Wetv okey --> https://wetv.vip/en/play/jzyiyn5maiqtidy/z0036vy2qs5?vid=z0036vy2qs5
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Rudy vs Jolie Lakonan Nadia Brian dan Aidit Noh (TV Okey)
⏩⏩ Telefilem Telunjuk Iblis Lakonan Kamal Adli dan Tiz Zaqyah
👉👉 Telefilem Kasyaf Gelang Iblis Lakonan Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly
Mengisahkan tentang Sofiy Leia (Janna Nick), seorang anak yatim piatu yang menumpang teduh dengan ibu bapa saudaranya. Sofiy dihalau keluar dari rumah setelah kematian Pak Long oleh Mak Long yang tidak menyukainya selama ini. Malam itu juga Sofiy nekad keluar rumah ingin ke Kuala Lumpur berjumpa dengan kawan baiknya yang sedang melanjutkan pelajaran di sana tanpa Sofiy tahu bahawa kawannya itu bekerja di kelab malam. Pertemuan Sofiy dan Isa Alejandro (Dini Schatzmann) di rumah usang Pak Ngah Leman tanpa dirancang membawa kepada perkahwinan kontrak. Isa terpaksa berkahwin dengan Sofiy untuk memastikan kedudukannya di perusahaan atuknya tidak terjejas, manakala Sofiy mengahwini Isa untuk memastikan keselamatannya daripada menjadi buruan Bard, tauke kelab malam. Isa juga bersetuju untuk membiayai Sofiy yang ingin melanjutkan pelajarannya. Isa Alejandro merupakan pemain tennis kebangsaan dan kacukan Sepanyol (bapa) dan Malaysia (ibu). Demi menutup kesalahan dan ingin buktikan bahawa dia telah berubah, Isa mengajak Sofiy berkahwin.
Sebelum itu, Isa telah dihalau oleh datuknya keluar dari keluarga dan akan dilucut jawatan dalam perusahaan perabot datuknya. Perkahwinan Isa dan Sofiy tidak bertahan lama dan akhirnya mereka bercerai dan membawa haluan masing-masing, walaupun ketika itu sudah terbit rasa cinta di hati. Setelah berpisah, Sofiy melanjutkan pelajarannya di London manakala Isa berkahwin paksa rela dengan bekas kekasihnya, Rosa Arabella (Shaza Bae). Ketika itu adik Isa telah lama menghilangkan diri dan Rosa pernah terlihat adiknya di suatu tempat semasa menjalani pengambaran. Rosa meletakkan syarat supaya Isa perlu berkahwin denganya jika ingin tahu dimana adik Isa berada. Tiga tahun berlalu, Sofiy sudah tamat belajar dan telah diterima bekerja.Sofiy bertemu semula dengan Isa di syarikat tempat dia bekerja. Dan rupanya syarikat itu adalah milik Isa. Adakah bahagia milik Isa dan Sofiy? Bagaimanakah pengakhiran kisah hidup mereka?Lagu Tema / OST Drama Marry Me Senorita
💓 Surat Akhir nyanyian Amira Othman
👉👉 Baca Online Novel Marry Me Senorita Karya Suri Ryana