4 Feb 2021

Drama Marry Me Senorita Slot MegaDrama Astro Ria Tonton Episod 1 Hingga 20 (Full Episode)



Drama Marry Me Senorita, Sinopsis Drama Marry Me Senorita, Info Drama Marry Me Senorita, Pelakon - Pelakon Drama Marry Me Senorita, Poster Drama Marry Me Senorita, Drama Marry Me Senorita Full Episode, Drama Baru Janna Nick, Drama Baru Dini Schatzmann, Drama Baru Meerqeen, Drama Baru Shaza Bae,

Drama Marry Me Senorita adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan drama Tercipta Satu Ikatan lakonan Aeril Zafrel dan Hannah Delisha yang telah tamat episod. Drama Marry Me Senorita sudah pun bersiaran di slot MegaDrama Astro Ria pada 2 Februari yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam dan mempunyai 20 episod. Antara pelakon drama Marry Me Senorita ini adalah Janna Nick, Dini Schatzmann, Shaza Bae, Meerqeen, Dato Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Yasmin Hani, Siti Khadijah Halim, Asha Merican, Raja Azura, Nabil Aqil, Daler Yusof, Alif Muhaimin, Natasha Elyzza dan ramai lagi. Lebih menarik bila drama ini diinspirasikan daripada Novel Marry Me Senorita karya novelis terkenal Suri Ryana. Selain itu drama ini diarahkan oleh Nur Ain Sharif dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Memang nampak menarik drama ini kan, okey itu serba sedikit mengenai info drama Marry Me Senorita ini. Apa pun jom tengok - watak pelakon dalam drama Marry Me Senorita ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Barisan Pelakon Drama Marry Me Senorita

  • Janna Nick sebagai Sofiy Leia
  • Dini Schatzmann sebagai Isa Alejandro
  • Shaza Bae sebagai Rosa Arabella
  • Meerqeen Sebagai Amar
  • Yasmin Hani sebagai Engku Marini
  • Jalaluddin Hassan sebagai Engku Aziz
  • Fadilah Mansor sebagai Engku Zaharah
  • Siti Khadijah Halim sebagai Tina
  • Natasha Elyzza sebagai Shelli
  • Asha Merican sebagai Idora
  • Daler Yusuf sebagai Chef Riz
  • Alif Muhaimin sebagai Adam
  • Raja Azura sebagai Mak Long




Sinopsis Penuh Drama Marry Me Senorita

Mengisahkan tentang Sofiy Leia (Janna Nick), seorang anak yatim piatu yang menumpang teduh dengan ibu bapa saudaranya. Sofiy dihalau keluar dari rumah setelah kematian Pak Long oleh Mak Long yang tidak menyukainya selama ini. Malam itu juga Sofiy nekad keluar rumah ingin ke Kuala Lumpur berjumpa dengan kawan baiknya yang sedang melanjutkan pelajaran di sana tanpa Sofiy tahu bahawa kawannya itu bekerja di kelab malam. Pertemuan Sofiy dan Isa Alejandro (Dini Schatzmann) di rumah usang Pak Ngah Leman tanpa dirancang membawa kepada perkahwinan kontrak. Isa terpaksa berkahwin dengan Sofiy untuk memastikan kedudukannya di perusahaan atuknya tidak terjejas, manakala Sofiy mengahwini Isa untuk memastikan keselamatannya daripada menjadi buruan Bard, tauke kelab malam. Isa juga bersetuju untuk membiayai Sofiy yang ingin melanjutkan pelajarannya. Isa Alejandro merupakan pemain tennis kebangsaan dan kacukan Sepanyol (bapa) dan Malaysia (ibu). Demi menutup kesalahan dan ingin buktikan bahawa dia telah berubah, Isa mengajak Sofiy berkahwin.

Drama Marry Me Senorita, Sinopsis Drama Marry Me Senorita, Info Drama Marry Me Senorita, Pelakon - Pelakon Drama Marry Me Senorita, Poster Drama Marry Me Senorita, Drama Marry Me Senorita Full Episode, Drama Baru Janna Nick, Drama Baru Dini Schatzmann, Drama Baru Meerqeen, Drama Baru Shaza Bae,
Sebelum itu, Isa telah dihalau oleh datuknya keluar dari keluarga dan akan dilucut jawatan dalam perusahaan perabot datuknya. Perkahwinan Isa dan Sofiy tidak bertahan lama dan akhirnya mereka bercerai dan membawa haluan masing-masing, walaupun ketika itu sudah terbit rasa cinta di hati. Setelah berpisah, Sofiy melanjutkan pelajarannya di London manakala Isa berkahwin paksa rela dengan bekas kekasihnya, Rosa Arabella (Shaza Bae). Ketika itu adik Isa telah lama menghilangkan diri dan Rosa pernah terlihat adiknya di suatu tempat semasa menjalani pengambaran. Rosa meletakkan syarat supaya Isa perlu berkahwin denganya jika ingin tahu dimana adik Isa berada. Tiga tahun berlalu, Sofiy sudah tamat belajar dan telah diterima bekerja.Sofiy bertemu semula dengan Isa di syarikat tempat dia bekerja. Dan rupanya syarikat itu adalah milik Isa. Adakah bahagia milik Isa dan Sofiy? Bagaimanakah pengakhiran kisah hidup mereka?

Lagu Tema / OST Drama Marry Me Senorita

💓 Surat Akhir nyanyian Amira Othman

Drama Marry Me Senorita, Sinopsis Drama Marry Me Senorita, Info Drama Marry Me Senorita, Pelakon - Pelakon Drama Marry Me Senorita, Poster Drama Marry Me Senorita, Drama Marry Me Senorita Full Episode, Drama Baru Janna Nick, Drama Baru Dini Schatzmann, Drama Baru Meerqeen, Drama Baru Shaza Bae,

👉👉 Baca Online Novel Marry Me Senorita Karya Suri Ryana


Tonton Online Drama Marry Me Senorita Episod 1 Hingga 20 (Akhir)


Drama Marry Me Senorita Episod 1 - https://www.youtube.com/watch?v=py8qK7Qr0n0

Drama Marry Me Senorita Episod 2 - https://www.youtube.com/watch?v=J1WTy0gquHg

Drama Marry Me Senorita Episod 3 -

2 ulasan:

  1. belum habis tema kahwin paksa dalam drama melayu ni rupanya

    BalasPadam
  2. Suka lakonan janah nick, done follow dan add ke my bloglist

    BalasPadam



My Random Post