28 Ogo 2022

Telefilem Titi Kayu (TV3)



Telefilem Titi Kayu TV3, Telemovie Titi Kayu TV3, Sinopsis Telefilem Titi Kayu TV3, Telemovie Titi Kayu Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Titi Kayu, Michael Ang, Syed Ali Murtadha, Rahim Omar, Riz Amin, Margaret Gan, Jaja Iliyes, Iqram Dinzly, Aril Shahril, Cerekarama Titi Kayu TV3,

Telefilem Titi Kayu dah pernah disiarkan pada tahun 2019 yang lalu dan kini akan diulang siar pada Ahad ini, 28 Ogos 2022, jam 10.30 malan di TV3. Antara pelakon telefilem Titi Kayu ini adalah Michael Ang, Syed Ali Murtadha, Rahim Omar, Riz Amin, Margaret Gan, Jaja Iliyes, Iqram Dinzly, Aril Shahril dan ramai lagi. Selain itu telemovie Titi Kayu ini diarahkan oleh Raja Mukhriz dan diterbitkan oleh Eleven Field Sdn Bhd. Nampak menarik kan telemovie ini, siapa dah pernah tengok telemovie Titi Kayu ni dulu? apa pun jom tengok sinopsis telemovie Titi Kayu ini di bawah okey..




Sinopsis 
Telefilem Titi Kayu (TV3)

Mengisahkan tentang  Cheong Ah Ling atau Alim, adalah seorang pemuda lurus bendul yang bersahabat baik dengan seorang kanak-kanak, Umar. Alim sangat disenangi penduduk kampung yang majoritinya orang Melayu kerana keramahan dan sikap ringan tulangnya walaupun dia berbangsa Cina Peranakan. Walaupun sudah berusia 35 tahun, dia bersahabat baik dengan Umar yang baru berumur 9 tahun. Rumah Alim dan Umar berhampiran namun dipisahkan dengan sebatang sungai. Oleh itu, Alim terpaksa berkayuh basikal menggunakan jalan raya yang agak jauh setiap hari untuk menemui Umar. Alim dan Umar memikirkan alternatif untuk membina sebuah titi kayu untuk menyeberangi sungai yang memisahkan rumah mereka. Malah idea itu juga tercetus selepas dia terpaksa menggunakan laluan jauh untuk membawa ibunya mendapatkan rawatan di hospital dan memakan masa yang lama. Namun, idea mereka itu tidak diterima oleh ketua kampung iaitu Pak Samad. Alim dan Umar tekad untuk membina titi kayu itu dengan tangan mereka sendiri walaupun tidak mendapat bantuan orang kampung.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Pekan Kecil Kampung Terpencil (TV1)


💞💞 Drama Ampas (Astro Citra)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post