18 Ogo 2022

Drama Anak Beranak Abe Yie Episod 1 Hingga 20 Di Slot Sakura TV3



Drama Anak Beranak Abe Yie TV3, Drama Slot Sakura TV3, Sinopsis Drama Anak Beranak Abe Yie TV3, Poster Drama Anak Beranak Abe Yie, Drama Anak Beranak Abe Yie Full Episode, Drama Anak Beranak Abe Yie Episod 1 Hingga 20, Drama Anak Beranak Abe Yie Cast, Pelakon - Pelakon Drama Anak Beranak Abe Yie, Aiman Tino, Azlee Senario, Jasmin Hamid, Wan Sharmila, Puteri Sarah Liyana, Wanns Ahmad, Aidil Aziz, Aidit Noh, Ending Drama Anak Beranak Abe Yie,
Drama Anak Beranak Abe Yie Episod 1 Hingga 20 Di Slot Sakura TV3

Drama Anak Beranak Abe Yie adalah drama terbaru di slot Sakura TV3 yang disiarkan mulai 16 Ogos 2022, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Nenda yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Anak Beranak Abe Yie ini adalah Aiman Tino, Azlee Senario, Jasmin Hamid, Wan Sharmila, Puteri Sarah Liyana, Wanns Ahmad, Aidil Aziz, Aidit Noh, Shazia Rozaini, Qhaira Imani dan ramai lagi. Selain itu drama Anak Beranak Abe Yie ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) serta diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, para pelakonnya pun best - best belaka, plus bergenre komedi gitu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Anak Beranak Abe Yie ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Anak Beranak Abe Yie

Azlee Senario sebagai Abe Yie
Jasmin Hamid sebagai Che Yah
Aiman Tino sebagai Muluk
Aidil Aziz sebagai Sam
Puteri Sarah Liyana sebagai Shima
Wan Sharmila sebagai Ann
Aidit Noh sebagai Adi
Shazia Rozaini sebagai Maslina
Qhaira Imani sebagai Aqila




Sinopsis Drama Anak Beranak Abe Yie - Slot Sakura TV3

Kerajaan akhirnya mengumumkan SOP baharu berhubung Covid yang membolehkan penduduk merentas negara dan beberapa negara Eropah. Daripada melawat ibu bapa mereka, mereka memutuskan untuk pergi melancong. Sehingga satu hari, kerajaan memutuskan untuk mengukuhkan lagi SOP kerana jumlah kes kembali meningkat. Sam dan Ann menyesali keputusan mereka, dan memutuskan untuk pulang ke Kampung mereka tanpa mengira sebarang sekatan yang diberikan oleh kerajaan. Che Yah gembira apabila dua orang anaknya dapat kembali walaupun Abe Yie dan Muluk langsung tidak bersetuju dengan tindakan mereka. Apabila Sam dan Ann pulang ke rumah mereka, mereka disahkan positif Covid dan ini telah menimbulkan kekecohan di kampung mereka. Kampung mereka dianggap sebagai "Zon Merah" kerana kebanyakan kes datang dari sana. Dan orang ramai mula mengutuk keluarga Abe Yie mengenai perkara ini. Apa yang berlaku seterusnya?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Remang (TV3)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post