19 Ogo 2022

Drama Mek Cha Lakonan Aqasha dan Chacha Maembong (TV1)



Drama Mek Cha tv1, Sinopsis Drama Mek Cha, Poster Drama Mek Cha, Drama Mek Cha Full Episode, Drama Mek Cha Episod 1 Hingga 13, Mek Cha Cast, Pelakon - Pelakon Drama Mek Cha, Aqasha, Chacha Maembong, Roy Azman, Kuna, Aleza Shadan, Drama TV1 2022,

Drama Mek Cha sudah bersiaran di Slot Seleksi Widuri TV1 sejak 30 Julai 2022 yang lalu, setiap Jumaat hingga Ahad, jam7 malam. Antara pelakon drama Mek Cha ini adalah Chacha Maembong, Aqasha, Maisara Sufya, Roy Azman, Kuna, Aleza Shadan dan ramai lagi. Selain itu drama Mek Cha ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Rina Khan serta diterbitkan oleh Indera Asahan Sdn Bhd. Drama Mek Cha ini juga boleh ditonton secara online di portal rasmi RTM iaitu rtmklik. Apa pun nampak menarik dan unik kan drama ini, jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis Drama Mek Cha Lakonan Aqasha dan Chacha Maembong (TV1)

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Mek Cha lakonan Chacha Maembong yang pandai berdikari, tegas dan unik. Suatu hari Mek Cha mendapat kerja di sebuah kilang keropok dan selalu diganggu oleh anak bosnya Haikal. Mak Wan ingin melamar Mek Cha untuk anaknya Haikal namun ditolak oleh Mek Cha dan ayahnya. Ayahnya ingin Mek Cha berkahwin dengan Rizwan lakonan Aqasha. Selepas berkahwin, Mek Cha mengikut Rizwan tinggal di Kuala Lumpur. Rizwan setuju berkahwin dengan Mek Cha selepas kecewa dengan kekasihnya, Shaliza. Selepas berkahwin Rizwan menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan Mek Cha kerana Mek Cha bertutur dalam loghat Kelantan. Apa yang berlaku seterusnya? adakah rumahtangga Mek Cha dan Rizwan akan bahagia?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Remang Lakonan Syafie Naswip TV3




Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post