8 Ogo 2022

Drama Murder By Moonlight Episod 1 Hingga 8 Di Astro Citra



Drama Murder By Moonlight, Drama Astro Citra, Sinopsis Drama Murder By Moonlight, Poster Drama Murder By Moonlight, Pelakon - Pelakon Drama Murder By Moonlight, Drama Murder By Moonlight Full Episode, Drama Murder By Moonlight Episod 1 Hingga 8,  Sara Ali, Wan Hanafi Su, Sharifah Amani, Thanuja Ananthan, Brian Chan, Radhi Khalid, Riz Amin, Ruzana Ibrahim,,

Drama Murder By Moonlight ini sudah bersiaran di Astro Citra setiap Isnin, jam 9 malam sejak 1 Ogos 2022 yang lalu. Antara pelakon drama Murder By Moonlight ini adalah Sara Ali, Wan Hanafi Su, Sharifah Amani, Thanuja Ananthan, Brian Chan, Radhi Khalid, Riz Amin, Ruzana Ibrahim, Hana Nadira, Tiara Anchant, Amanda Ang, Amir Ameezan dan ramai lagi. Selain itu Drama Murder By Moonlight ini mempunyai 8 episod dan diarahkan oleh 4 pengarah iaitu Mien.Ly, Khairil M.Bahar, Gavin Yap dan Tony Pietra Arjuna. Selain itu drama ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan mempersembahkan produksi Iron Hill Media dan Passion Pictures. Penonton akan dipersembahkan dengan kisah penyiasatan dengan elemen komedi dan lebih menarik iaitu detektif ‘wannabe’ dan digerakkan oleh watak wanita. Nampak menarik dan unik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Murder By Moonlight ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..




Sinopsis Drama Murder By Moonlight Astro Citra
“1 Pulau, 12 Suspek : 1 Kematian” - Pada pagi pertama MCO 1.0, seorang novelis murder mystery; Tuan Osman, dijumpai tak bernyawa. Adakah sebab usia atau ada sesuatu aneh berlaku? Apabila seorang tetamu lain pula dijumpai mati dibunuh dan tiada jalan keluar dari pulau itu, sah sah ada pembunuh di antara mereka. Ianya jadi tanggungjawab pengurus hotel baru (dan sementara), Ameera, seorang peminat mati cerita misteri untuk cari pembunuh itu sebelum nyawa tetamu lain terkorban!
Kisah Murder By Moonlight bermula apabila seorang novelis jenayah dan misteri ditemui mati di sebuah resort di pulau terpencil, seorang pengurus hotel, Ameera bertindak sebagai detektif wannabe dan telah mengesyaki antara dua belas tetamu hotel. Disebabkan terperangkap di pulau, jadi semua orang yang ada di situ tidak boleh ke mana-mana, mahupun keluar dari pulau tersebut. Mereka bukan hanya bimbang kehabisan bekalan makanan tetapi mereka mungkin terperangkap bersama dengan pembunuh yang dicari!

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review Drama Korea Voice 4

👉👉 Review Drama Thai My Ambulance

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post