12 Apr 2022

Drama Aku Pilih Bahagia Lakonan Emma Maembong dan Alvin Chong Episod 1 Hingga 30 TV1



Drama Aku Pilih Bahagia, Info dan Sinopsis Drama Aku Pilih Bahagia, Drama Slot Widuri TV1, Poster Drama Aku Pilih Bahagia, Aku Pilih Bahagia Cast, Drama Aku Pilih Bahagia Full Episode, Drama Aku Pilih Bahagia Episod 1 Hingga 30 TV1, Pelakon - Pelakon Drama Aku Pilih Bahagia, Emma Maembong, Fizz Fairuz, Alvin Chong, Bella Dally, Nadya Syahera,

Drama Aku Pilih Bahagia adalah drama terbaru di slot Widuri TV1 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Nurlaila yang telah tamat episodnya. Drama Aku Pilih Bahagia ini akan disiarkan sepanjang bulan Ramadan ini bermula pada 3 April 2022, setiap hari, jam 3 petang. Antara pelakon drama Aku Pilih Bahagia ini adalah Emma Maembong, Fizz Fairuz, Alvin Chong, Bella Dally, Nadya Syahera, Yaya Maembong, Meor Mohd, Raja Azmi, Adiba Yunus dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Aku Pilih Bahagia karya Umie Nadzimah dan mempunyai 30 episod. Selain itu drama ini diarahkan oleh Bade Hj Azmi dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Apa pun memang nampak menarik drama ini, para pelakon pun best - best belaka, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Aku Pilih Bahagia ini di bawah okey beserta sinopsisnya sekali..

Emma Maembong sebagai Dhiya
Fizz Fairuz sebagai Aidan
Alvin Chong sebagai Dzikri Hafiy
Bella Dally sebagai Humaira
Nadya Syahera sebagai Arneesa
Yaya Maembong sebagai Inas
Meor Mohd sebagai Farhan
Adiba Yunus sebagai Ucu




Sinopsis Drama Aku Pilih Bahagia Lakonan Emma Maembong dan Alvin Chong Di Slot Widuri TV1

Kisah 3 orang wanita iaitu Dhiya, Inas dan Arneesa yang mengalami masalah rumah tangga. Mereka bangun memulakan hidup baru demi kebahagiaan sendiri.
Dhiya isteri yang disayangi, bukan yang dicintai. Empat tahun rumah tangga mereka sangat bahagia sehinggalah muncul Humaira, bekas tunang alias cinta pertama Aidan. Keluarga Aidan pula meletakkan kesalahan di atas bahu Dhiya kerana masih tak mampu lahirkan zuriat untuk suami. Tak mahu terus didera mentalnya, Dhiya mohon untuk undur diri. Namun tidak mudah untuk Dhiya melalui hari-hari tanpa Aidan. Dia hilang arah, kecewa dan terlalu mengharap Aidan kembali. Berkat sokongan keluarga dan lebih-lebih lagi Dzikri, Dhiya bangkit semula untuk mulakan hidup baru. Berhijrah ke tempat yang jauh, rancang sesuatu untuk terus melupakan kesakitan lalu disamping membantu sepupunya, Inas yang turut mengalami nasib yang sama. Dhiya berkenalan dengan Arneesa yang ditindas suami dan keluarga mentua. Mereka jadi sangat rapat dan saling membantu serta menyokong antara satu sama lain.
Drama Aku Pilih Bahagia, Info dan Sinopsis Drama Aku Pilih Bahagia, Drama Slot Widuri TV1, Poster Drama Aku Pilih Bahagia, Aku Pilih Bahagia Cast, Drama Aku Pilih Bahagia Full Episode, Drama Aku Pilih Bahagia Episod 1 Hingga 30 TV1, Pelakon - Pelakon Drama Aku Pilih Bahagia, Emma Maembong, Fizz Fairuz, Alvin Chong, Bella Dally, Nadya Syahera,
Selepas melalui fasa getir, Dhiya semakin bahagia dan bertambah sempurna dengan kehadiran Maream. Dzikri melamar Dhiya untuk dijadikan isteri setelah berbelas-belas tahun menunggu masa yang sesuai. Apakah jawapan Dhiya? Dhiya tahu yang Arneesa terlalu menaruh harapan pada Dzikri. Malahan Arneesa itu seorang wanita yang lebih teruk deritanya berbanding Dhiya. Bermakna Arneesa lebih memerlukan lelaki sebaik Dzikri sebagai pelindung. Aidan dan keluarganya juga muncul semula untuk memujuk Dhiya kembali kepada mereka, sementelah Maream itulah satu-satunya penyambung keturunan yang ditunggu-tunggu. Siapakah pilihan Dhiya untuk terus mencipta bahagia? Dzikri Hafiy yang telah banyak berkorban untuknya atau menerima semula Aidan, ayah kandung Maream? Dan bagaimanakah pula nasib serta jodoh Arneesa? Dia pun ingin bahagia dengan lelaki yang dicintai.

Lagu Tema / OST Drama Aku Pilih Bahagia

👄👄 Kau Yang Bertakhta nyanyian Sarah Suhairi

Baca Online Novel Aku Pilih Bahagia Bab 1 Hingga Bab 10

Pada yang suka membaca, korang juga boleh membaca versi novelnya secara onlinenya disini 👉 Novel Online Aku Pilih Bahagia Karya Umie Nadzimah

Tonton Online Drama Aku Pilih Bahagia Full Episode

Bagi yang terlepas menonton drama ini di TV, korang juga boleh menonton drama Aku Pilih Bahagia ini secara online iaitu di Youtube Radio Televisyen Malaysia



Read More

11 Apr 2022

Telefilem Kerana Dia Isteri Lakonan Adi Putra dan Rita Rudaini (TV2)



Telefilem Kerana Dia Isteri, Telemovie Kerana Dia Isteri TV2, Sinopsis Telefilem Kerana Dia Isteri, Telefilem Kerana Dia Isteri Full, Kerana Dia Isteri Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Kerana Dia Isteri, Adi Putra, Rita Rudaini, Tiz Zaqyah, Hairi Safwan, Telemovie TV2 2022,

Telefilem Kerana Dia Isteri akan disiarkan pada hari Isnin, 11 April 2022, jam 9 malam di slot Drama On 2 di TV2. Antara pelakon telefilem Kerana Dia Isteri ini adalah Rita Rudaini, Adi Putra, Tiz Zaqyah, Hairi Safwan dan ramai lagi. Selain itu telemovie Kerana Dia Isteri ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dan diterbitkan oleh Spektra Selasih Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, plus para pelakonnya juga mantap - mantap gitu. Jadi jom tengok sinopsis telemovie Kerana Dia Isteri ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Kerana Dia Isteri Lakonan Adi Putra, Rita Rudaini dan Tiz Zaqyah (TV2)

Demi kerjaya, Halimi terpaksa berpisah dengan isterinya, Suhana dan anak-anaknya. Dia mula curang dengan Nelisha ketika bekerja di bandar. Kerana mengikut nafsu, Halimi mula lupakan anak dan isterinya. Hinggalah suatu hari, Halimi terlibat dalam kemalangan dan cedera parah. Apa yang berlaku seterusnya? Masih adakah peluang kedua buat Halimi? Dapatkah Suhana menerima Halimi kembali.



Read More

10 Apr 2022

Telefilem Permintaan Terakhir Abah - Awesome TV



Telefilem Permintaan Terakhir Abah, Telemovie Permintaan Terakhir Abah, Telemovie Awesome TV, Sinopsis Telefilem Permintaan Terakhir Abah, Telefilem Permintaan Terakhir Abah Full, Telefilem Permintaan Terakhir Abah Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Permintaan Terakhir Abah,

Telefilem Permintaan Terakhir Abah akan disiarkan pada hari Ahad ini, 10 April 2022, jam 10 malam di Awesome TV. Antara pelakon telefilem Permintaan Terakhir Abah ini adalah Hafidzuddin Fazil, Johan As'ari, Jay Iswazir, Hakim Nordin, Nur Atykah, Sue Zahra Zarifah dan ramai lagi. Selain itu telemovie Permintaan Terakhir Abah ini diarahkan oleh Opie Zami dan M. Hitler Zami serta diterbitkan oleh Opyglobal Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, penuh dengan pengajaran gitu, jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Permintaan Terakhir Abah - Awesome TV

Mengisahkan tentang Abah yang ingin meyatukan anak-anaknya yang semakin jauh terpisah kerana perbezaan pendapat. Abah tekad membetulkan keadaan dengan permintaan pelik. Apa permintaan abah itu? apa yang berlaku seterusnya?..
Telefilem Permintaan Terakhir Abah, Telemovie Permintaan Terakhir Abah, Telemovie Awesome TV, Sinopsis Telefilem Permintaan Terakhir Abah, Telefilem Permintaan Terakhir Abah Full, Telefilem Permintaan Terakhir Abah Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Permintaan Terakhir Abah,
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Imamku Okey Episod 1 Hingga 26 (Akhir) Di TV Okey


Read More

9 Apr 2022

Telefilem Adik Kakak - Cerekarama TV3



Telefilem Adik Kakak - Cerekarama TV3, Telemovie Adik Kakak, Cerekarama Adik Kakak, Poster Telefilem Adik Kakak, Sinopsis Telefilem Adik Kakak, Pelakon - Pelakon Telefilem Adik Kakak,

Telefilem Adik Kakak akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu ini, 9 April 2022 jam 10 malam. Antara pelakon telefilem Adik Kakak ini adalah Fauziah Ahmad Daud, Fazlina Ahmad Daud, Fauziah Nawi, Hasnul Rahmat, Faye Kusairi, Lia Natalia dan ramai lagi. Selain itu telemovie Adik Kakak ini diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan diterbitkan oleh Switch On Entertainment Sdn Bhd. Wah memang sesuai tajuk telefilem ni Adik Kakak sebab pelakon utamanya juga memang adik - beradik gitu iaitu Fauziah Ahmad Daud dan Fazlina Ahmad Daud. Memang nampak menarik kan telemovie ini, jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Adik Kakak Lakonan Fauziah Ahmad Daud dan Fazlina Ahmad Daud - Cerekarama TV3 

Kisah yang menyingkap pengorbanan besar Hanum, 45 tahun yang sanggup menjaga kakaknya Azizah, 52 tahun yang dilahirkan dengan masalah ID (Intellectual Disorder) peringkat 'moderate'.
Read More

Telefilem 3 Hari (TV1)



Telefilem 3 Hari (TV1), Telemovie 3 Hari, Slot Panggung RTM TV1, Poster Telefilem 3 Hari, Info dan Sinopsis Telefilem 3 Hari, 3 Hari Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem 3 Hari, Rusdi Ramli, Safura Ya'cob, Chacha Maembong, Daniesh Suffian, Asry Azizan, Rusdi Ramli Telemovie,

Telefilem 3 Hari akan disiarkan pada hari Sabtu, 9 April 2022, jam 9 malam di slot Panggung RTM TV1. Antara pelakon telefilem 3 Hari ini adalah Rusdi Ramli, Safura Ya'cob, Chacha Maembong, Daniesh Suffian, Asry Azizan dan ramai lagi. Selain itu telemovie 3 Hari ini diarahkan oleh Khalid Nadzri dan diterbitkan oleh Alfanazra Productions Sdn Bhd. Lebih menarik bila telefilem 3 Hari ini diinspirasikan daripada kisah benar gitu. Para pelakon juga best - best, lama tak tengok Rusdi Ramli ni berlakon sebab dia lani lebih banyak mengarah drama gitu. So jom tengok sinopsis ringkas telemovie 3 Hari ini ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem 
3 Hari Lakonan Rusdi Ramli, Safura Yacob dan Chacha Maembong (TV1)

Masalah kewangan antara punca retaknya kebahagiaan. Bila dah tak mampu bertahan, adakah perpisahan juga menjadi pilihan? Apa yang akan berlaku? saksikan telefilem 3 Hari ini di slot Panggung RTM TV1.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Imamku Okey Episod 1 Hingga 26 (Akhir) Di TV Okey


Read More

6 Apr 2022

Sinopsis Penuh Drama Leon Zalika (TV2)




Drama Leon Zalika, Drama Bulan Ramadan, TV Okey, Poster Drama Leon Zalika, Pelakon Utama Drama Leon Zalika, Riena Diana, Dini Schatzmann, Mona Allen, Mathni Razak, Nadia Brian, Raja Ilya, Sinopsis Penuh Drama Leon Zalika,
Drama Leon Zalika ini mempunyai 30 episod dan akan disiarkan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini di TV Okey (RTM) kini diulang siar di TV2. Drama ini mula bersiaran sejak 24 April yang lalu. Antara pelakon drama Leon Zalika ini adalah Dini Schatzmann, Riena Diana, Mona Allen, Mathni Razak, Nadia Brian, Raja Ilya, Maria Farida, Mustapha Kamal, Dazrin Kamarudin, Laila Nasir, Doria Rachel dan ramai lagi. Selain itu drama Leon Zalika ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Orangtree Production Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Leon Zalika Lakonan Dini Schatzmann dan Riena Diana


Drama Leon Zalika mengisahkan tentang Zalika (Riena Diana) yang telah tawar hati untuk bercinta lagi dengan mana-mana lelaki setelah dikecewakan oleh lelaki Melayu dan lelaki dari negara Jerman. Dia akhirnya terpaksa bersetuju dengan pilihan ibu bapanya iaitu lelaki berdarah campuran Melayu Inggeris untuk dijadikan calon suaminya. Lelaki itu bernama Leon (Dini Schatzmann), seorang yang aktif dengan kerja-kerja amal bersama NGO Islam di Perth, Australia. Leon telah lama menetap di London dan akhirnya di Australia. Zalika tanpa berfikir panjang telah menerima cadangan ibu bapanya kerana menjangkakan Leon yang lama menetap di luar negara mestilah berfikiran sosial sepertinya. 

Drama Leon Zalika, Drama Bulan Ramadan, TV Okey, Poster Drama Leon Zalika, Pelakon Utama Drama Leon Zalika, Riena Diana, Dini Schatzmann, Mona Allen, Mathni Razak, Nadia Brian, Raja Ilya, Sinopsis Penuh Drama Leon Zalika,
Anita (Mona Allen) sepupu kepada Zalika pula semakin cemburu dengan kehidupan Zalika kerana sering tidak bernasib baik seperti Zalika. Firas (Mathni Razak) pula mempunyai agenda jahatnya tersendiri ingin membalas dendam sejak bekerja di Jentayu Holdings. Dayana (Nadia Brian) bekas kekasih Leon akhirnya berjaya mendapat alamat Leon di Kuala Lumpur. Dia akan bertemu Firas dan merancang sesuatu untuk mendapatkan semula Leon dengan apa jua cara sekali pun. Bagaimana nasib Leon dan Zalika? Adakah bahagia milik mereka? Jangan lupa saksikan drama leon zalika sepanjang ramadan ini. 

Jom Baca Ini Juga ⏩ Drama Imamku Okey Lakonan Ashraf Muslim dan Sharifah Husna Episod 1 Hingga 26 (Akhir) Di TV Okey
Read More

Drama Imamku Okey Episod 1 Hingga 26 (Akhir) Di TV Okey



Drama Imamku Okey, Sinopsis Drama Imamku Okey, Drama Imamku Okey Full Episode, Drama Imamku Okey Episod 1 Hingga Episod 16, Ending Drama Imamku Okey, Episod Akhir Drama Imamku Okey, OST Drama Imamku Okey, Imamku Okey Cast, Pelakon - Pelakon Drama Imamku Okey, Ashraf Muslim, Sharifah Husna, Hanna Aqeela, Ozlynn, Didie Alias, Aidil Aziz, Afifah Nasir, Drama TV Okey 2022,

Drama Imamku Okey telah pun bersiaran di TV Okey sejak 29 Mac 2022 yang lalu, setiap hari Selasa hingga Jumaat, jam 2.30 petang. Antara pelakon drama Imamku Okey ini adalah Ashraf Muslim, Sharifah Husna, Hanna Aqeela, Ozlynn, Didie Alias, Shaharuddin Thamby, Rosnah Johari, Aidil Aziz, Zaidi Omar, Annie Mosha, Puteri Rayyana Rayqa, Beego, Liza Abdullah, Safwan Nazri, Anne Abdullah, Khaty Azian, Afifah Nasir dan ramai lagi. Selain itu drama Imamku Okey ini mempunyai 26 episod dan diarahkan oleh Harris Fadzillah serta diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd. Wah nampak macam best je kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Imamku Okey di bawah ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Ashraf Muslim sebagai Adam
Sharifah Husna sebagai Aishah
Ozlynn sebagai Aloya
Didie Alias sebagai Mak Yam
Rosnah Johari sebagai Mak Som
Aidil Aziz sebagai Amir
Annie Mosha sebagai Umi
Puteri Rayyana Rayqa sebagai Iman
Hanna Aqeela sebagai Suraya
Liza Abdullah sebagai Mak Dah
Safwan Nazri sebagai Kamal
Anne Abdullah sebagai Kak Kiah Viral
Khaty Azian sebagai Mama Jun
Afifah Nasir sebagai Amira




Sinopsis Drama Imamku Okey Lakonan Ashraf Muslim, Sharifah Husna dan Hanna Aqeela Di TV Okey

Mengisahkan Adam seorang lelaki yang sempurna dalam segala segi dan mempunyai kerjaya yang bagus di Kuala Lumpur. Namun umur Adam yang sudah masuk 33 tahun menyebabkan emaknya risau kerana Adam masih lagi bujang dan tidak mempunyai calon isteri. Di kampungnya, Aloya telah lama menaruh hati pada Adam serta merancang untuk masuk meminang Adam. Bagi mengelak perkara tersebut, Adam memperkenalkan Suraya yang merupakan rakan sekerjanya sebagai teman wanitanya kepada ibu bapanya. Tapi lain pula jadinya apabila Adam tidak menyangka yang Suraya sudah lama menyukainya. Emak Adam sudah berkenan dengan Suraya untuk menjadi menantunya dan merancang ingin masuk meminang Suraya. Adam makin rimas dengan situasi itu dan terpaksa berterus - terang mengenai hal yang sebenar. Walaupun emaknya dapat menerima perkara tersebut, Adam percaya selagi dia belum berkahwin, emaknya akan terus mencari jodoh untuknya. Hal tersebut makin bertambah buruk, apabila mak Aloya membuat fitnah dan menyebarkan cerita bahawa Adam sebenarnya lelaki songsang pada orang kampung. Adam kemudiannya bertemu dengan Aishah, seorang wanita yang berperwatakan kasar dan tidak percaya dengan perkahwinan. Apa yang berlaku seterusnya.
Drama Imamku Okey, Sinopsis Drama Imamku Okey, Drama Imamku Okey Full Episode, Drama Imamku Okey Episod 1 Hingga Episod 16, Ending Drama Imamku Okey, Episod Akhir Drama Imamku Okey, OST Drama Imamku Okey, Imamku Okey Cast, Pelakon - Pelakon Drama Imamku Okey, Ashraf Muslim, Sharifah Husna, Hanna Aqeela, Ozlynn, Didie Alias, Aidil Aziz, Afifah Nasir, Drama TV Okey 2022,
Lagu Tema / OST Drama Imamku Okey 

👄👄 Di Hujung Rindu nyanyian Errisa Puteri Hashim

Tonton Online Drama Imamku Okey Full Episode

Bagi yang terlepas menonton drama ini di kaca TV, korang juga boleh menonton drama ini di 👉 Youtube Radio Televisyen Malaysia



Read More

5 Apr 2022

Drama Harith Fayyadh Episod 1 Hingga 15 Di Slot Akasia TV3



Drama Harith Fayyadh, Drama Harith Fayyadh TV3, Info dan Sinopsis Drama Harith Fayyadh, Harith Fayyadh Cast, Drama Harith Fayyadh Full Episode, Drama Harith Fayyadh Episod 1 Hingga 15, Ending Drama Harith Fayyadh, Episod Akhir Drama Harith Fayyadh,

Drama Harith Fayyadh adalah drama terbaru di slot Akasia yang disiarkan bermula 1 April 2022, setiap Isnin hingga Ahad, jam 7 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Sayang Tak Dikenang lakonan Fadlan Hazim dan Ruhainies yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Harith Fayyadh ini adalah Hafidz Roshdi, Adam Lee, Nad Zainal, Cahaya Nilam, Julia Farhana, Hasnul Rahmat, Dynas Mokhtar, Fauziah Nawi, Shamsul Ghau Ghau, Mak Wan, Badrul Muhayat, Kirana Batrisyia, Lan Siro dan ramai lagi. Selain itu drama Harith Fayyadh ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Ayie Mustafa serta diterbitkan oleh Sha's Media Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Harith Fayyadh dibawah ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Hafidz Roshdi sebagai Harith
Adam Lee sebagai Fayyadh
Nad Zainal sebagai Sarah
Cahaya Nilam sebagai Vivy
Julia Farhana sebagai Shila
Hasnul Rahmat sebagai Kamal
Dynas Mokhtar sebagai Arisa
Fauziah Nawi sebagai Dato' Ainon 
Shamsul Ghau Ghau sebagai Ustaz Razak
Mak Wan sebagai Mak Ati  
Badrul Muhayat sebagai Malik
Kirana Batrisyia sebagai Laila
Lan Siro sebagai Bakri 




Sinopsis Drama Harith Fayyadh Lakonan Hafidz Roshdi, Adam Lee, Nad Zainal dan Cahaya Nilam - Slot Akasia TV3

Harith (Hafidz Roshdi) dan Fayyadh (Adam Lee) merupakan adik-beradik tiri berlainan bapa. Harith merupakan anak sulung Arisa (Dynas Mokhtar) hasil perkahwinannya dengan Bakri manakala Fayyadh merupakan anak Arisa bersama Kamal (Hasnul Rahmat), pemandu peribadinya yang dikahwini setelah kematian Bakri. Arisa tidak pernah mencintai Kamal namun mereka berkahwin di atas cadangan ibu Arisa, Dato’ Ainon (Fauziah Nawi). 20 tahun berlalu, kini Harith dan Fayyadh sudah dewasa. Walaupun mempunyai minat yang lain, mereka mengambil jurusan perniagaan di atas permintaan Dato’ Ainon. Harith ingin mendalami ilmu agama. Harith aktif dalam aktiviti persatuan dan kerja amal. 
Drama Harith Fayyadh, Drama Harith Fayyadh TV3, Info dan Sinopsis Drama Harith Fayyadh, Harith Fayyadh Cast, Drama Harith Fayyadh Full Episode, Drama Harith Fayyadh Episod 1 Hingga 15, Ending Drama Harith Fayyadh, Episod Akhir Drama Harith Fayyadh, Nad Zainal, Hafidz Roshdi, Adam Lee, Cahaya Nilam,
Di hujung minggu, Harith mengikuti kuliah Ustaz Razak. Fayyadh lebih cenderung dengan dunia glamor dan minat dalam bidang fesyen. Selain melibatkan diri dalam modeling, Fayyadh juga sering menghabiskan masa dalam bersosial. Fayyadh kemudiannya berkahwin dengan Vivy (Cahaya Nilam) manakala Harith pula masih dalam fasa mengenali Sarah (Nad Zainal), anak kepada Ustaz Razak. Dato’ Ainon kemudiannya telah menetapkan syarat bahawa Harith dan Fayyadh perlu mempunyai anak jika ingin mewarisi segala hartanya. Masing-masing terkejut. Sejak daripada itu, hubungan kedua beradik yang dahulunya akrab mula berantakan. Apa yang berlaku seterusnya?

Lagu Tema / OST Drama Harith Fayyadh
👄👄 Restu nyanyian Ikhwan Fatanna

Tonton Drama Harith Fayyadh Full Episode

Selain di tv3, korang juga boleh menonton drama Harith Fayyadh ini dari episod 1 hingga 15 di platform penstriman Disney+ Hotstar.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama 30 Hari Sebelum Raya Slot Diandra TV9


Read More

4 Apr 2022

Drama 30 Hari Sebelum Raya Slot Diandra TV9



Drama 30 Hari Sebelum Raya, Drama 30 Hari Sebelum Raya Slot Diandra TV9, Info dan Sinopsis Drama 30 Hari Sebelum Raya, Poster Drama 30 Hari Sebelum Raya, 30 Hari Sebelum Raya Cast, Pelakon - Pelakon Drama 30 Hari Sebelum Raya, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Sufian Suhaimi, Chacha Maembong, Fahrin Ahmad, Aprena Manrose, Mark Adam, Shakilla Khoriri, Ariff Bahran, Shamsul Ghau Ghau,


Drama 30 Hari Sebelum Raya adalah drama terbaru di slot Diandra TV9 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Tumpang Lalu Bang yang telah tamat episodnya. Drama ini mempunyai 28 episod dan mula bersiaran di TV9 sejak 29 Mac 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam. Antara pelakon drama 30 Hari Sebelum Raya ini adalah Kazar Saisi, Liza Abdullah, Sufian Suhaimi, Chacha Maembong, Fahrin Ahmad, Aprena Manrose, Mark Adam, Shakilla Khoriri, Ariff Bahran, Shamsul Ghau Ghau, Umar Al-Amsyar, Zalela Kadir, Baby Azreen, Aida Aris dan ramai lagi. Selain itu drama 30 Hari Sebelum Raya ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production. Nampak menarik kan drama ini, tambah - tambah dah nak puasa ni, memang sesuailah drama ini disiarkan kan. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama 30 Hari Sebelum Raya beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..Selamat membaca..

Kazar Saisi sebagai Pak Jeri
Liza Abdullah sebagai Mak Tom
Sufian Suhaimi sebagai Harraz
Chacha Maembong sebagai Saodah
Fahrin Ahmad sebagai Izham
Aprena Manrose sebagai Rosnah
Mark Adam sebagai Hafiz 
Shakilla Khoriri sebagai Hamidah
Ariff Bahran sebagai Aiman
Shamsul Ghau Ghau sebagai Pak Hamid
Umar Al-Amsyar sebagai Danial
Baby Azreen sebagai Laila
Aida Aris sebagai Cik Kiah 
Adam Mikhail sebagai Adam




Sinopsis Drama 30 Hari Sebelum Raya Slot Diandra TV9

Mak Tun seorang yang cepat melatah dan membuat andaian sendiri tanpa usul periksa apabila berhadapan dengan apa jua keadaan. Kali ini, Mak Tun beranggapan suaminya mengidap penyakit kanser tahap 4 dan hanya berbaki 30 hari untuk meneruskan hidupnya. Mak Tun semakin tertekan kerana Hari Raya bakal tiba dalam tempoh 30 hari ini.



Read More

2 Apr 2022

Telefilem Jeriji Patin - Cerekarama TV3



Telefilem Jeriji Patin, Telemovie Jeriji Patin, Cerekarama TV3, Cerekarama Jeriji Patin, Sinopsis Telefilem Jeriji Patin, Jeriji Patin Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Jeriji Patin, Syazuwan Hassan, Afifah Nasir, Nasir Bilal Khan,

Telefilem Jeriji Patin akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu, 2 April 2022, jam 10 malam. Antara pelakon telefilem Jeriji Patin ini adalah Syazuwan Hassan, Aisar Khaled, Nasir Bilal Khan, Afifah Nasir, Syean Mokhtar, Mak Wan dan ramai lagi. Selain itu telemovie Jeriji Patin ini diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dan diterbitkan oleh Suarakita Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis ringkas telemovie Jeriji Patin ini di bawah okey..




Sinopsis 
Telefilem Jeriji Patin - Cerekarama TV3

Rizal merupakan seorang bekas banduan yang baru dibebaskan dari penjara. Dengan perasaan yang cekal untuk buktikan dia seorang yang masih berguna kepada masyarakat. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Episod Akhir dan Ending Drama Sayang Tak Dikenang


Read More

1 Apr 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Sayang Tak Dikenang



ending drama sayang tak dikenang, episod akhir drama sayang tak dikenang, sinopsis episod akhir drama sayang tak dikenang, episod 28 drama sayang tak dikenang, sayang tak dikenang full episode, sayang tak dikenang cast, ruhainies, fadlan hazim, drama slot akasia tv3 2022,

Berakhir sudah drama Sayang Tak Dikenang ini pada 30 Mac 2022 yang lalu, drama 28 episod ini dibintangi oleh Fadlan Hazim, Ruhainies, Ezzanie Jasny, Mak Engku Fridah, Shamshul Danish, Mahmud Ali Bashah, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi. Sejujurnya aku suka dengan barisan pelakon drama ini, semuanya terbaik. Ending drama Sayang Tak Dikenang ini unik sebab lari dari kebiasaan drama melayu yang lain. Biasanya drama melayu ni happy ending kan, tapi drama ni endingnya lain sikit, tak adalah sad ending sangat tapi stil boleh terima. Cuma tak tahu apa kesudahan watak Rizal tu, dia lari dan menghilangkan diri, pastu tak tau apa jadi dengannya. Episod 28 Drama Sayang Tak Dikenang ini menjawab semua persoalan, apa motif Raqib berkahwin dengan Ayu dan Hattin serta apa hubung kait Raqib dan Rizal. Bagi aku, aku suka ending drama ini sebab diorang bertiga membawa haluan masing - masing dan move on. Apa pun aku sertakan serba sedikit sinopsis episod akhir drama Sayang Tak Dikenang di bawah ini okey..




Sinopsis Episod Akhir Drama Sayang Tak Dikenang

Hattin menceritakan segala - galanya mengenai Rizal pada Ayu, Ayu berasa marah pada Hattin. Raqib kemudian datang dan memberitahu kebenaran pada Hattin dan Ayu yang dia adalah abang kandung pada Rizal dan dia sengaja berkahwin dengan Ayu dan Hattin untuk membalas dendam pada mereka kerana telah menghancurkan hidup Rizal. Namun Raqib mengatakan yang dia hanya mencintai Ayu bukan Hattin, Hattin berasa kecewa dan tertipu, begitu juga dengan Ayu. Puas Raqib merayu pada Ayu supaya memaafkannya dan memberikan peluang terakhir padanya untuk hidup bersama Ayu, namun Ayu tetap dengan keputusannya untuk bercerai. Hattin juga merayu pada Ayu supaya memaafkannya dan Ayu memaafkannya namun tidak akan lupa akan segala perbuatan Hattin pada dirinya. Selepas bercerai Ayu berjumpa dengan Hattin dan kemudian pergi berjumpa dengan nenek Hattin untuk memulihkan hubungan keluarga mereka. Setelah Hattin bersalin, Ayu pergi melawatnya dan turut bertemu dengan Raqib. Setelah semuanya selesai, mereka bertiga membawa haluan masing - masing.



Read More


My Random Post