16 Jan 2020

Episod Akhir Drama Adellea Sofea




Adellea Sofea, Drama Adellea Sofea, Slot Akasia, TV3, Final Episode Adellea Sofea, Drama Adellea Sofea Episod 28, Episod Akhir Drama Adellea Sofea, Sinopsis Episod Akhir Drama Adellea Sofea, My Opinion,

Berakhir sudah drama kesukaan ramai iaitu drama Adellea Sofea yang tamat episodnya pada 14 Januari yang lalu. Drama Seadanya Aku lakonan Azlee Khairi dan Zara Zya akan menggantikan drama Adellea Sofea ini. Berbalik pada drama Adellea Sofea ini lakonan Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz ini, episod akhir drama ini memang happy endinglah kan, cuma tak berapa logik sikit part Ikram dan Sofea tu. Yela berani betul Sofea bagi Ikram masuk rumah, masa dia seorang diri dalam rumah tu. Awalnya ingatkan ada Rina ke Ilya ke yang standby siap - siap dalam rumah tu, tapi diorang tak ada pula. Tak logik juga bila Ikram boleh pergi macam tu saja lepas Sofea start marah dan halau Ikram tu. Apa pun episod 28 Adellea Sofea ni memang happy ending. Nak tengok episod akhir drama Adellea Sofea ini, bolehlah tengok video kat bawah ini okey. 




Selamat menonton..
Jom Baca Ini juga ➔ Drama Adellea Sofea Episod 24 - Sofea Nak Bercerai?

1 ulasan:



My Random Post