15 Apr 2022

Drama Do You Love Me Captain Episod 1 Hingga 25 Di Slot Lestary TV3



Drama Do You Love Me Captain, Drama Do You Love Me Captain Slot Lestary TV3, Poster Drama Do You Love Me Captain, Sinopsis Drama Do You Love Me Captain, Novel Do You Love Me Captain Karya Sophilea, Drama Do You Love Me Captain Full Episode, Do You Love Me Captain Cast, Pelakon - Pelakon Drama Do You Love Me Captain, Ali Reza, Sharifah Rose, Azim Yusof, Hazeeq Dean, Noniswara, Faye Kusairi, Syainie Shuhaimi, Zuhairi Ibrahim, Kartina Aziz, Yasmin Khalid,

Drama Do You Love Me Captain adalah drama terbaru di slot Lestary yang disiarkan bagi menggantikan Drama Kerana Dia Suka yang telah tamat episodnya. Drama ini mula bersiaran di TV3 sejak 13 April 2022 yang lalu, setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Antara pelakon drama Do You Love Me Captain ini adalah Ali Reza, Sharifah Rose, Azim Yusof, Hazeeq Dean, Noniswara, Faye Kusairi, Syainie Shuhaimi, Zuhairi Ibrahim, Kartina Aziz, Yasmin Khalid, Daniel Fong dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 25 episod dan merupakan adaptasi daripada Novel Do You Love Me Captain karya Sophilea. Selain itu drama Do You Love Me Captain ini diarahkan oleh Adam Hamid dan diterbitkan oleh Creative Skill Solution. Nampak macam best je drama ini kan, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Do You Love Me Captain beserta sinopsisnya sekali di bawah okey..

Ali Rezark sebagai Captain Darish Dzaqrie

Sharifah Rose sebagai Captain Daneena Durra

Noniswara sebagai Dr Anis 
Faye Kusairi sebagai Harlina
Syainie Aida sebagai Zara
Hazeeq Dean sebagai Hakim
Azim Yusof sebagai Idlan
Zuhairi Ibrahim sebagai Dato Kamarul
Kartina Aziz sebagai Tok Mama
Yasmin Khalid sebagai Amilia
Daniel Fong sebagai Adam




Sinopsis Drama Do You Love Me Captain - Slot Lestary TV3

Daneena melarikan diri daripada rancangan jahat mak ciknya dan menyembunyikan diri dalam sebuah rumah banglo di atas bukit miliki Darish, kapten TUDM. Demi menjaga maruah Darish dan juga menyembunyikan identiti sebenar Daneena daripada pengetahuan orang luar, mereka berdua berkahwin supaya Daneena dapat meneruskan hidupnya sebagai orang gaji di rumah itu. Berjayakah rancangan mereka?

Sinopsis Novel Do You Love Me Captain

Crash landing on you? Huh! Mimpi sajalah semua itu. “Realitinya mana ada macam itu. Tiba-tiba jodoh datang dari langit. Drama itu semua khayalan… merepek saja. Semuanya melalaikan.” Kapten Darish Dzaqrie cuma menjeling saat sahabatnya leka dengan drama yang memaparkan kehidupan tentera Korea Utara itu.
“Jangan cakap sombong Darish.. takut esok jodoh kau keluar dari almari bilik.” 
Takdir Tuhan, tatkala pulang bercuti di rumah yang dibina berhampiran pantai, seorang wanita bersembunyi di dalam almari. 
“Awak keluar dari almari ini sekarang sebelum saya heret ke balai polis!” Entah berapa lamalah agaknya gadis yang bernama Daneena Durra ini menceroboh di kediamannya. Bukan tu saja. Dia jadikan rumah ini seolah-olah macam dia yang punya.
“Saya minta maaf, Tuan. Jangan bawa saya ke balai polis. Saya cuma… Saya cuma tumpang berteduh. Demi Allah saya tak ambil apa-apa barang pun dekat sini kecuali makanan dalam peti ais"
Saat hatinya tertanya-tanya siapa gadis ini, Daneena Durra tetap membisu seribu bahasa. Keluarganya muncul. Bakal isterinya muncul lalu Daneena diperkenalkan sebagai pembantu rumah.
Saat di pejabat, hatinya mengingati Daneena. Masin mulut sahabatnya, jodoh dari almari. Daneena yang siapkan makan minum dia, Daneena yang berjaga tatkala dia demam. Daneena yang buatkan dia selalu mengukirkan senyuman dan tawa.
“Siapa awak Daneena?”
“Siapa saya… anggap sahaja takdir yang bawa saya ke sini.”
Tapi satu hari saat dia pulang kembali ke rumah percutiannya, saat hatinya dicuri gadis itu, Daneena sudah pergi. Cuma ada nota ditinggalkan. Dan ayat ini…
Do you love me, Captain?
Darish tahu dia harus mencari Daneenanya yang misteri. Jatuh cinta itu bukan mudah tapi dia yakin pada takdirnya. Tunggu saya Daneena Durra kerana awak adalah takdir saya.
Drama Do You Love Me Captain, Drama Do You Love Me Captain Slot Lestary TV3, Poster Drama Do You Love Me Captain, Sinopsis Drama Do You Love Me Captain, Novel Do You Love Me Captain Karya Sophilea, Drama Do You Love Me Captain Full Episode, Do You Love Me Captain Cast, Pelakon - Pelakon Drama Do You Love Me Captain, Ali Reza, Sharifah Rose, Azim Yusof, Hazeeq Dean, Noniswara, Faye Kusairi, Syainie Shuhaimi, Zuhairi Ibrahim, Kartina Aziz, Yasmin Khalid,

Lagu Tema / OST Do You Love Me Captain


👄👄 Fly With Me nyanyian Firdaus Rahmat

Tonton Drama Do You Love Me Captain Full Episode

Kalau korang terlepas menonton drama ini di TV, korang boleh tonton online drama Do You Love Me Captain ini di Disney+ Hotstar

1 ulasan:



My Random Post