17 Okt 2019

Movie Review - De De Pyaar De (Bollywood Movie)




De De Pyaar De, Bollywood, Movie, Filem, Movie Review, Hindi Movie, Bollywood Movie, Hindi Movie De De Pyaar De, Bollywood Movie De De Pyaar De, Sinopsis Filem Bollywood De De Pyaar De, Hindi Movie De De Pyaar De Review, Romantik Komedi,Ajay Devgn New Movie, Tabu New Movie, Filem Hindustan De De Pyaar De, Sinopsis Penuh Filem Hindustan De De Pyaar De Lakonan Ajay Devgn, Tabu dan Rakul Preet Singh, Senarai Pelakon Filem Hindi De De Pyaar De, Ajay Devgn, Tabu, Rakul Preet Singh, Jimmy Shergill, Alok Nath, Inayat Sood, Bhavin Bhanushali, Hindi Film 2019, Filem Hindi 2019 Lakonan Ajay Devgn dan Tabu, Poster Filem De De Pyaar De,

Hari tu sempat menonton filem Hindustan kat Astro Go bertajuk De De Pyaar De yang bermaksud Give Me Love. Filem Bollywood De De Pyaar De ini boleh dikatakan filem baru juga sebab ianya release pada 17 Mei 2019 yang lalu. Antara pelakon filem De De Pyaar De ini adalah Ajay Devgn, Tabu, Rakul Preet Singh, Jimmy Shergill, Alok Nath, Inayat Sood, Bhavin Bhanushali dan ramai lagi. Selain itu filem hindi De De Pyaar De ini bergenre romantik komedi dan diarahkan oleh Akiv Ali serta filem ini box office juga.  Ini adalah kali pertama Ajay Devgn memegang watak sebagai  Ashish Mehra yang berusia sebaya dengan usia sebenarnya. Sejujurnya aku suka dengan semua barisan pelakon filem ini sebab semuanya best - best belaka. Lebih menarik ini adalah filem ketujuh yang menggandingkan Ajay Devgan dan Tabu. Gandingan mereka berdua bermula menerusi  filem Vijaypath (1994), Haqeeqat (1995), Thakshak (1999), Drishyam (2015), Fitoor (2016 – Ajay Devgn hanya cameo), Golmaal Again (2017) dan akhir sekali De DePyaar De (2019). Selain itu filem ini juga adalah filem ketiga yang menggandingkan Tabu dan Jimmy Shergill, gandingan Tabu dan Jimmy Shergill bermula dengan filem pertama Jimmy Shergill yang merupakan filem debutnya iaitu Maachis (1996) diikuti filem Silsiilay (2005 namun mereka tak ada scene bersama sebab lain – lain partner) dan last sekali filem ini.




Berbalik pada filem ini, jalan ceritanya santai – santai saja, nama pun romantik komedi kan, mengisahkan Ashish Mehra seorang duda kaya yang tinggal seorang diri di luar negara. Ashish yang berusia 50 tahun, mempunyai 2 orang anak yang sudah pun dewasa iaitu Ishika Mehra (Inayat Sood) dan Ishaan Mehra (Bhavin Bhanushali). Walaubagaimanapun Ashish dah lama mengabaikan mereka dan juga keluarganya kerana dia sudah lama tidak menghubungi mereka mahu pun pulang ke India.  Ashish kemudian jatuh cinta pada seorang gadis cantik bernama Ayesha Khurana (Rakul Preet Singh) yang berusia 20 – an yang jauh lebih muda darinya serta hampir sebaya dengan umur anaknya. Konflik filem ini bermula apabila Ashish ingin memperkenalkan Ayesha sebagai calon isterinya pada keluarganya di India termasuklah pada bekas isterinya Manju  (Tabu) serta anak – anaknya. Namun kehadiran Ashish dan Ayesha ke India disambut dingin oleh keluarga Ashish terutamanya Ishika yang kelihatan benci pada ayahnya. Kehadiran Ashish yang tiba – tiba muncul membuatkan keluarga Ashish pening kerana pada hari tersebut rombongan pihak lelaki akan datang untuk melamar Ishika dan rombongan pihak lelaki tidak tahu yang ayah Ishika sebenarnya masih hidup. Akhirnya keluarga Ashish terpaksa menipu dan mengatakan Ashish adalah bapa saudara Ishika iaitu abang pada Manju.
De De Pyaar De, Bollywood, Movie, Filem, Movie Review, Hindi Movie, Bollywood Movie, Hindi Movie De De Pyaar De, Bollywood Movie De De Pyaar De, Sinopsis Filem Bollywood De De Pyaar De, Hindi Movie De De Pyaar De Review, Romantik Komedi,Ajay Devgn New Movie, Tabu New Movie, Filem Hindustan De De Pyaar De, Sinopsis Penuh Filem Hindustan De De Pyaar De Lakonan Ajay Devgn, Tabu dan Rakul Preet Singh, Senarai Pelakon Filem Hindi De De Pyaar De, Ajay Devgn, Tabu, Rakul Preet Singh, Jimmy Shergill, Alok Nath, Inayat Sood, Bhavin Bhanushali, Hindi Film 2019, Filem Hindi 2019 Lakonan Ajay Devgn dan Tabu,
Ashish yang panik melihat layanan dingin keluarganya itu serta baru dapat tahu mengenai anaknya yang bakal berkahwin itu juga terpaksa menipu dengan memperkenalkan Ayesha sebagai  setiausahanya yang mengikutnya ke India atas urusan kerja. Ayesha agak tidak berpuas hati dengan Ashish kerana tidak berterus- terang mengenai hubungan mereka dan akhirnya terpaksa menyamar sebagai setiausaha Ashish. Lebih mengharukan lagi apabila anak lelaki Ashish iaitu Ishaan turut jatuh hati pada Ayesha. Selain itu Ayesha juga agak cemburu melihat hubungan baik Ashish dengan bekas isterinya Manju , Ashish dan Manju kelihatan sangat memahami antara satu sama lain. Ayesha juga merasakan yang Manju seolah – olah dapat mengagak hubungan sebenarnya dengan Ashish dan kelihatan ingin bersaing merebut cinta Ashish semula. Keadaan makin menarik dengan kehadiran Vakil / VK (Jimmy Shergill) yang merupakan penginap kotej disitu yang sudah jatuh hati pada Manju dan ingin memikatnya. Namun kehadiran Ashish disitu seolah – olah memberi saingan padanya kerana hati Manju masih belum terbuka untuknya. Apa yang berlaku seterusnya?. Okey tu antara serba – sedikit sinopsis filem Bollywood De De Pyaar De ini. Bagi aku Hindi Movie De De Pyaar De ini mula menarik bila Ashish dan Ayesha datang ke India. Scene – scene sebelum itu termasuklah scene perkenalan Ashish dan Ayesha tu semua agak boring pada aku sebab lama sangat. 
De De Pyaar De, Bollywood, Movie, Filem, Movie Review, Hindi Movie, Bollywood Movie, Hindi Movie De De Pyaar De, Bollywood Movie De De Pyaar De, Sinopsis Filem Bollywood De De Pyaar De, Hindi Movie De De Pyaar De Review, Romantik Komedi,Ajay Devgn New Movie, Tabu New Movie, Filem Hindustan De De Pyaar De, Sinopsis Penuh Filem Hindustan De De Pyaar De Lakonan Ajay Devgn, Tabu dan Rakul Preet Singh, Senarai Pelakon Filem Hindi De De Pyaar De, Ajay Devgn, Tabu, Rakul Preet Singh, Jimmy Shergill, Alok Nath, Inayat Sood, Bhavin Bhanushali, Hindi Film 2019, Filem Hindi 2019 Lakonan Ajay Devgn dan Tabu,
Pastu banyak pula scene – scene jual mahal, yang mana dua –dua saling suka, tapi masih nak jual mahal dan main – main tarik tali antara Ashish dan Ayesha tu pun banyak buang masa. Watak Jimmy Shergill sebagai VK agak biasa – biasa saja tapi cute, kerja dia memang 24 jam nak mengorat Manju jer hehehe. Keserasian Tabu dan Ajay Devgn memang nampak dalam movie ni, watak diorang sebagai Manju dan Ashish memang menyerlah dan aku tak faham kenapa Manju dan Ashish boleh berpisah, sebab ikutkan diorang sangat sepadan kot dan nampak masih ambil berat antara satu sama lain. Diorang patut berbaik semula tu dan Ayesha tu boleh bagi kat VK hehehe. Lagu tema / OST De De Pyaar De ni biasa – biasa saja bagi aku, tak ada yang menarik minat aku. Manakala ending filem ini memang happ endinglah kan, jadi aku bagi 7.5/10 bintang untuk movie ini.

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~

2 ulasan:

  1. lama tak tengok hindustan.. masih segak ajay devgan sebagai hero ..

    BalasPadam
  2. lama xlayan cite hindustan, nampak menarik..hehe

    BalasPadam



My Random Post