Sinopsis Episod 13 Hingga Episod 15 Drama Tak Ada Cinta Sepertimu
Diam tak diam dah nak masuk episod akhir dah Drama Tak Ada Cinta Sepertimu ini yang dilakonkan oleh Syafiq Kyle sebagai Hazran, Zahirah Macwilson sebagai Athea, Fadlan Hazim sebagai Azam. Dalam episod 13 hingga episod ke 15 drama ini, agak seronok juga bila mak Hazran campur tangan dalam hubungan Athea dan Hazran ini. Athea masih jual mahal lagi dengan Hazran, hope bila Hazran dah kemalangan ini, Athea akan sedar tentang perasaannya yang sebenar pada Hazran dan seterusnya menerima Hazran dan happy ending hehehe. Apa pun jom tengok Sinopsis Episod 13 Hingga Episod 15 Drama Tak Ada Cinta Sepertimu ini di bawah ye.
Sinopsis Episod 13 Hingga Episod 15 Drama Tak Ada Cinta Sepertimu
Athea sedikit terkejut bila mendengar suara Hazran di telefon, dia yakin kawan baiknya yang memberikan nombor telefonnya pada Hazran. Seterusnya Hazran pergi ke sekolah Qayyum dan Qaleef dan kemudian mengekori kereta Athea dari belakang dan akhirnya Hazran dapat tahu dimana Athea dan anak - anaknya tinggal. Athea sedar Hazran pasti akan muncul di depannya tak lama lagi dan dirinya mula resah. Tak lama kemudian, Hazran memberanikan diri pergi ke rumah Athea, namun Athea tidak ada di rumah, tapi jiran Athea membenarkan Hazran masuk ke rumah untuk berjumpa dengan bapa Athea. Kemudian Athea nampak kereta Hazran dan yakin Hazran berada di rumahnya sekarang dan Athea kemudiannya menyuruh Hazran supaya jangan menganggunya lagi dan jangan datang ke rumahnya juga. Namun Hazran tidak mempedulikan amaran Athea, malah terus - menerus datang ke rumah Athea untuk menjaga ayah Athea serta berjumpa dengan Qaleef dan Qayyum. Kelihatan Qaleef dan Qayyum sangat gembira apabila Hazran sering datang ke rumah mereka. Malah bapa Athea juga suka dengan Hazran cuma Athea saja yang masih berdegil dan berkeras untuk menerima cinta Hazran. Dalam masa yang sama, Azam masih gagal mencari Athea, malah kawan baik Athea juga enggan menolong Azam.
Mak dan ayah Hazran sedar yang Hazran sangat menyayangi Athea, cuma kelihatan Athea yang enggan menerima Hazran. Hal tersebut membuatkan mak Hazran tidak begitu sukakan Athea kerana memperlakukan anaknya sedemikian rupa. Yus adik Hazran akhirnya mendapat satu idea dan berpakat dengan ibu dan ayahnya untuk menolong Hazran supaya dapat berkahwin dengan Athea, sekaligus membolehkan mak mereka mengenali Athea dengan lebih dekat lagi. Mak dan ayah Hazran kemudiannya menyamar sebagai jiran baru Athea dan cuba berbaik - baik dengan Athea. Hazran terpaksa berpura - pura tidak mengenali mak dan ayahnya itu bila datang ke rumah Athea. Kesempatan tersebut digunakan sepenuhnya oleh mak Hazran untuk memerhatikan gerak geri dan perangai Athea yang sebenarnya. Hari demi hari kelihatan mak dan ayah Hazran makin menyukai Athea, malah Hazran tetap cuba untuk meminta Athea menerimanya, namun Athea tetap berkeras kerana dia tidak mahu dilukakan lagi buat kali ketiga. Malah Athea juga yakin yang mak Hazran tak akan dapat menerimanya sebagai menantu. Tak lama kemudian, Azam tiba - tiba muncul di depan rumah Athea dan Athea membenarkan Azam masuk ke rumahnya. Azam menginginkan Athea kembali dalam hidupnya.
Athea tidak mahu ada kaitan lagi dengan Azam dan menyuruh Azam pulang saja, Azam berkeras dan cuba memaksa Athea untuk menerimanya semula. Mak Hazran muncul tepat pada masanya dan menghalau Azam pergi. Qayyum berasa marah bila dapat tahu yang Azam datang ke rumah mereka, dia juga turut marahkan Athea kerana melayan Azam itu dengan baik. Qayyum kemudian keluar dari rumah untuk ke rumah Hazran dan akhirnya terserempak dengan Hazran di tepi jalan. Hazran berjaya memujuk Qayyum untuk pulang ke rumah dan menasihati Athea untuk cuba lebih memahami Qayyum. Dalam masa yang sama Hazran berasa risau dengan penerimaan Athea mengenai penyamaran mak dan ayahnya itu, Hazran risau Athea marahkannya kerana dirinya dan keluarga telah menipu Athea. Mak Hazran ingin mengetahui perasaan sebenar Athea pada anaknya itu, dan cuba mengaturkan satu rancangan dengan berpura - pura ingin menjodohkan Athea dengan anak saudaranya. Athea akhirnya mengaku yang dirinya menyukai Hazran dan ingin meminta kebenaran Hazran untuk pergi berjumpa dengan anak saudara mak Hazran itu. Hazran berpura - pura tidak kisah dan membenarkan Athea pergi. Ketika Athea menunggu anak saudara mak Hazran itu di sebuah restoran, Hazran yang muncul dan Hazran ingin berterus - terang apa sebenarnya yang terjadi pada Athea.
Namun belum sempat dirinya memberitahu kebenaran, Azam telah menelefon Athea dan membocorkan segala rahsianya. Athea sedih dan berasa tertipu lalu pulang ke rumahnya, kemudian Athea mendapat panggilan telefon yang mengatakan Hazran kemalangan. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Malam ini adalah episod ke 16 drama ini dan merupakan episod akhir Drama Tak Ada Cinta Sepertimu.
Bagi yang nak baca sinopsis episod - episod awal drama ini, bolehlah Klik link di bawah ye..
Gambar - gambar di atas credit to Instagram Team Rehal Nuharis
Xsabar utk mlm ni.. terasa 60 minit utk Episod akhir tu tak cukup!
BalasPadamTengok ramai yang addicted dgn drama ni. So, ika rasa mesti drama ni best kan hee
BalasPadam