22 Apr 2018

Sinopsis Telemovie Waktu Khalil Cerekarama TV3

Waktu Khalil, Telemovie, Telefilem, Telemovie Waktu Khalil, Cerekarama, TV3, Sinopsis Waktu Khalil, Ending, 2018, Pelakon Telemovie Waktu Khalil, Kamal Adli, Puteri Aishah, Aprena Manrose, Danish Hazriq, Tengku Zara, Azza Elite, Feiyna Tajudin, Ferth Jasni, Atok Mid, Aliff Aiman, Media Sosial, Pengajaran,
Sinopsis Telefilem Waktu Khalil Cerekarama TV3




Telefilem Waktu Khalil akan disiarkan pada 21 April 2018 ini di slot Cerekarama TV3, manakala Pelakon Telemovie Waktu Khalil ini adalah Kamal Adli, Puteri Aishah, Aprena Manrose, Danish Hazriq, Tengku Zara, Azza Elite, Feiyna Tajudin, Ferth Jasni, Atok Mid, Aliff Aiman dan ramai lagi. Telemovie Waktu Khalil ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh  Tanah Beris Film Production Sdn Bhd. Kalau tengok dari sinopsis telemovie ini, memang nampak menarik dan ada banyak pengajaran buat penonton. Disebabkan media sosial, anak pun boleh terabai dan sebagainya. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie Waktu Khalil ini di bawah ye.




Sinopsis Telefilem Waktu Khalil Cerekarama TV3

Ia mengisahkan pasangan suami isteri, Atie (lakonan Puteri Aishah) dan Wan (lakonan Kamal Adli) yang taksub dengan media sosial dan sibuk bekerja hingga lupa tanggungjawab serta peranan mereka untuk menumpahkan sepenuh kasih sayang terhadap dua cahaya mata mereka iaitu Khalil (lakonan Danish Hazriq) dan Kayla (lakonan Tengku Zara). Sejak majlis reunion sekolahnya, Atie sentiasa dengan telefon bimbitnya. Manakala suaminya, Wan pula sibuk dengan urusan perniagaannya sehingga, sesuatu yang terjadi kepada anaknya iaitu Khalil. Satu hari, Khalil dilanggar lari ketika dalam perjalanan ke rumah kawan baiknya, Niko. Gambar kemalangan dimuat naik di media sosial dan menjadi tular. Berita itu diketahui Wan dan Atie selepas melihat gambar terbabit di media sosial mereka.

1 ulasan:

  1. x sempat tgk cerita ni sabtu lps..

    Jemput join segmen ejulz k. :)

    http://ejulz.blogspot.my/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html

    BalasPadam



My Random Post