Pelakon Drama Monalisa Zara Zya dan Hafreez Adam Bercinta
Drama Monalisa yang menggandingkan Zara Zya dan Hafreez Adam membuatkan mereka rapat dan akhirnya bercinta. Baguslah moga - moga kekal hingga ke jinjang pelamin gitu. Aku dah pernah melihat drama lakonan mereka berdua yang dulu sebelum drama Monalisa ini, iaitu drama Puteri Malam yang turut membabitkan pelakon Ungku Hariz dan Puteri Chichi. Tak sangka pula Drama Monalisa ini yang akhirnya membuat diorang bercinta hehe. Baguslah mereka berdua ini tak sorok kisah percintaan mereka ini dari wartawan mahu pun peminat, cool je mengaku bercinta. Berbanding artis lain yang cuba coverline dan tak mengaku tapi bila berpisah barulah kecoh dan heboh hehe. Alang - alang tengah bercerita pasal Zara Zya dan Hafreez Adam ini, jom tengok biodata diorang di bawah ini okey.
Biodata Zara Zya
Nama Penuh: Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin
Nama Komersial: Zara Zya
Tarikh Lahir: 22 Oktober 1985
Umur: 33 Tahun (2018)
Asal: Lenggong, Perak
Kerjaya: Pelakon, Usahawan, Pengacara dan Penyanyi
Pendidikan: ASWARA (Akademi Seni Warisan Negara)
Keluarga: Anak Bongsu daripada 4 orang adik beradik
Populariti: Mula popular menerusi Drama Love You Mr Arrogant (2013)
Senarai Drama Lakonan Zara Zya: Puteri Malam, Tanah Merah, Zahira, Delina, HidayahMu Ramadan, Kasih Malisa, Tuan Anas Mikael, Cinta Hati Abah, Duda Terlajak Laris, Kerana Anisa, My Sweet Lavender, Monalisa dan banyak lagi.
Telemovie Lakonan Zara Zya: Love You Mr Arrogant Raya, Isteriku Bukan Tukang Masak, Minah Gangster, Hujan Malam Itu, Takdir Yang Terhenti, Trauma, Cupid dan banyak lagi.
Filem : Filem pertama Zara Zya bertajuk Rembat
Penyanyi: Single Pertama Zara Zya bertajuk Tiada Dendam
Program TV: Pengacara Diari Kilauan Emas Otai (Astro Prima) 2016
Anugerah dan Pencapaian
- Artis Top Top MeleTOP (Wanita) & Artis Baru MeleTOP Dalam Anugerah MeleTOP Era 2014
- Hero-Heroin Pilihan (bersama Azlee Khairi) Dalam DFKL2014
- Artis Baru Wanita Popular & Gandingan Serasi di Layar (bersama Azlee Khairi) Dalam ABPBH27
- Pelakon Wanita Terbaik Menerusi Drama Tuan Anas Mikael Dalam Anugerah Telenovela 2016
Biodata Hafreez Adam
Nama Penuh: Hafreez Adam Aizat bin Zahalan
Nama Komersial: Hafreez Adam
Tarikh Lahir: 10 Jun 1990
Umur: 28 Tahun (2018)
Asal: Kuala Lumpur
Kerjaya: Pelakon & Peragawan
Keluarga: anak kedua daripada 3 orang adik beradik
Populariti: Mula popular menerusi Drama Bila Hati Berbicara (2014)
Senarai Drama Lakonan Hafreez Adam: Puteri Malam, Tanah Merah, Bila Hati Berbicara, Hati Perempuan, Tersuka Tanpa Sengaja, Pengantinku Jatuh Dari Langit, Shh I Love You, Hikayat Cinta Si Pematah Hati, Gantung, Monalisa dan banyak lagi.
Telemovie Lakonan Hafreez Adam: Seteguh Kasih Ibunda, Kakak, Talak, Ini Jalan Kita, Abang Haji, Isteriku Ms Sally, Tersuka Tanpa Sengaja Raya dan banyak lagi.
Filem: Qadr, Juvana 2, Juvana 3, Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi
Anugerah & Pencapaian
- Finalis Hero Remaja 2012 (seangkatan dengan Fattah Amin, Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Nazrief Nazri, Ben Amir, Ben Ali serta Saharul Ridzwan)
- Winner of Projek X by Annas Edykey
- Pemenang Artis Baru Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 28 (2015)
- Percalonan Telenovela Pelakon lelaki Popular 10 Teratas-Pengantinku Jatuh Dari langit(2017)
Gambar di atas credit to Sinar Harian
fuhhhhh~~~
BalasPadamZara zya cantik sangat. Hee. Adore :D
BalasPadamawww suka sangat diorang dua ni!
BalasPadam