21 Apr 2018

Review Drama Korea - Radio Romance

Radio Romance, Korean Drama, Drama Korea, Artis Korea, Korean Style, 2018, My Review, Review Drama Korea, Sinopsis Radio Romance, Korean Drama Review, Radio Romance Cast, Pelakon Drama Korea Radio Romance, Yoon Doo Joon, Kim So Hyun, Yoon Park, Yura (Girl's Day), Ha Joon, Kwak Dong Yeon, Oh Hyun Kyung, Kim Byeong Se, Kim Hye Eun, Im Ji Kyu, Joe Byeong Gyu, Ending Radio Romance, Poster Korean Drama Radio Romance, Cinta, Love Story, Cinta Tiga Segi, Radio, Deejay Radio,
Radio Romance - Korean Drama Review

Okey hari ini aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Radio Romance yang disiarkan bagi menggantikan drama Jugglers yang telah tamat episodnya. Drama ini release pada 29 Januari 2018 dan tamat pada 20 Mac yang lalu serta mempunyai 16 episod. Antara Pelakon Drama Radio Romance ini adalah Yoon Doo Joon, Kim So Hyun, Yoon Park, Yura (Girl's Day), Ha Joon, Kwak Dong Yeon, Oh Hyun Kyung, Kim Byeong Se, Kim Hye Eun, Im Ji Kyu, Joe Byeong Gyu dan ramai lagi. Antara tarikan utama drama ini mestilah sebab barisan pelakonnya yang best - best belaka, aku juga suka dengan gandingan Yoon Doo Joon dan Kim So Hyun ini. Dah tajuk drama ini pun Radio Romance kan, jadi mestilah drama ini ada kaitan dengan radio, stesen radio, deejay radio, writer dan segalanya yang berkaitan dengan radio dan juga artis popular. Awalnya aku macam tak yakin juga dengan drama ini sebab nampak macam boring kan sebab berkaitan dengan radio semua, tapi bila dah tengok episod pertama drama ini, nampaknya drama ini juga agak best. Selain itu aku juga dapat belajar serba sedikit mengenai hal - hal yang berkaitan dengan radio semasa menonton drama ini. 

Aku suka dengan sikap Song Geu Rim (lakonan Kim So Hyun) yang bijak, penyabar dan pandai memujuk artis - artis popular untuk jadi deejay jemputan dalam segmen radio yang dikendalikannya. Terdapat juga cinta tiga segi dalam drama ini yang aku rasakan tak perlu ada pun tak apa sebab clisye sangat. Aku juga suka scene Song Geu Rim yang berusaha keras untuk memujuk artis popular Ji Soo Ho (lakonan Yoon Doo Joon) untuk menjadi deejay tetap dalam rancangan radionya, Manakala Ji Soo Ho pula sentiasa menolak dan menjauhi Song Geu Rim. Maklumlah bukan senang nak pujuk artis popular yang sibuk untuk jadi deejay radio secara tetap pula tu. Song Geu Rim melakukan pelbagai cara untuk memujuk Ji Soo Ho. Keikhlasan Song Geu Rim akhirnya melembutkan hati Ji Soo Ho untuk menjadi deejay radio, sekaligus hal tersebut juga membuatkan Song Geu Rim naik pangkat dan menjadi main writer dalam program radio tersebut. Walaubagaimanapun Song Geu Rim terpaksa melayan kerenah Ji Soo Ho yang cerewet, sombong dan perlu mengikut segala syarat yang tak masuk akal yang ditetapkan oleh Ji Soo Ho itu. Siapa sangka Ji Soo Ho telah lama mengenali Song Geu Rim sejak zaman mereka remaja lagi, namun hanya Song Geu Rim yang tidak mengecamnya. Malah Ji Soo Ho turut menyukai Song Geu Rim sejak mereka remaja lagi. Aku tak naklah cerita panjang - panjang mengenai Sinopsis Drama Korea Radio Romance ini, takut jadi spoiler pula kan hehe.



Selain itu aku juga agak annoying dengan sikap Ji Soo Ho yang suka mengawal dan control Song Geu Rim sesuka hatinya. Perangai Ji Soo Ho ini agak kebudak - budakan sikit especially bila dia dengan Song Geu Rim dan juga PD Radio Lee Gang (lakonan Yoon Park). Malah Ji Soo Ho ini juga senang cemburu melihat hubungan persahabatan antara Song Geu Rim dengan Lee Gang. Kisah keluarga Ji Soo Ho agak menarik bagi aku, bila Ji Soo Ho, ayahnya dan juga ibu tirinya berpura - pura menjadi keluarga bahagia di depan semua orang, tapi mereka sebenarnya tak bahagia langsung. Ji Soo Ho turut mengalami kemurungan dan menyebabkan Jason (lakonan Kwak Dong Yeon) yang merupakan seorang doktor dan juga kawannya tinggal sekali dengan Ji Soo Ho ini. Aku suka dengan personaliti Jason yang peramah, ceria, kelakar dan happy go lucky itu. Malangnya Jason ada menyimpan satu rahsia besar dari Ji So Hoo. Jalan cerita Korean Drama Radio Romance ini bermula dengan baik sekali, tapi bila sampai di pertengahan episod, drama ini dah jadi bosan gila haha, jalan ceritanya terus bertukar jadi clisye, boring, tiada suspen, tiada plot twist dan tidak menarik lagi. Sampai aku pun skip beberapa episod sebab malas nak tengok dah hehe. 

Sayang juga sebab drama ini bermula dengan baik tapi akhirnya jadi kurang best pula. Ending Radio Romance ini mestilah happy ending kan. Jadi secara keseluruhannya aku bagi 4/10 untuk K Drama Radio Romance ini. 

Gambar di atas credit to AsianWiki

2 ulasan:



My Random Post