13 Apr 2018

Review Jumanji : Welcome To The Jungle

Jumanji 2, Jumanji : Welcome To The Jungle, English Movie, English Film, Movie Review, English Movie Review, Review - Jumanji : Welcome To The Jungle, Sinopsis Jumanji 2, Ending, Adventure, Best Movie, Jumanji Welcome To The Jungle Cast, Pelakon, Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Morgan Turner, Nick Jonas, Alex Wolff, Madison Iseman, Ser Darius Blain, Genre, Aksi, Fantasy, Friendship, 2017, Review By Miss Mulan, Blog Dari Hati Miss Mulan,
English Movie Review - Jumanji : Welcome To The Jungle

Aku tertarik untuk menonton filem Jumanji : Welcome To The Jungle ini disebabkan banyak positif review mengenai filem ini, plus ianya sequel filem Jumanji yang terdahulu kot, so conform mesti best punya hehe. Lama juga masa yang diorang ambil untuk buat sequel filem Jumanji ini sebab filem Jumanji yang pertama release pada tahun 1995 kalau aku tak silaplah, manakala filem sequelnya release pada tahun 2017, malah barisan pelakon filem ini juga memang best dan mantap. Antara Pelakon Filem Jumanji : Welcome To The Jungle ini adalah Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Morgan Turner, Nick Jonas, Alex Wolff, Madison Iseman, Ser Darius Blain dan ramai lagi. Jalan cerita filem Jumanji Welcome To The Jungle ini juga up to date dan disesuaikan dengan zaman kini. Kalau movie Jumanji yang pertama itu, macam - macam binatang dan juga orang yang keluar dari board Jumanji tu tapi untuk yang sequel movie ini, pemain yang disedut masuk dalam game Jumanji itu, siap boleh pilih avatar mana yang disukai lagi. Apa pun filem ini memang kelakar habis, aku yang jenis susah nak gelak ni pun boleh tergelak melihat telatah dan kerenah watak - watak utama filem ini seperti Dr. Smolder Bravestone lakonan Dwayne Johnson, Prof Shelly Oberon lakonan Jack Black, Franklin Mouse lakonan Kevin Hart, Ruby Roundhouse lakonan Karen Gillan.



Terhibur aku melihat lakonan Kevin Hart dan Jack Black yang kelakar habis tu. Ikutkan kesian juga pada watak Bethany yang originalnya seorang perempuan yang lawa, tapi dah tersalah pilih avatar dan membuatkan dirinya sukar untuk menyesuaikan dirinya. Selain itu aku suka juga dengan Nick Jonas dalam filem ini sebab comel sangat hehe. Selain itu jalan cerita movie Jumanji ini juga senang nak faham dan yang paling penting bersambung dengan Jumanji yang terdahulu, kiranya penonton nampaklah perkaitan dan hubung kait Jumanji sekarang dengan Jumanji yang terdahulu. Pujian juga buat semua pelakon filem ini kerana berjaya melakonkan watak masing - masing dengan berkesan. Jalan ceritanya disusun cantik dan membuatkan penonton juga seolah - olah turut berada dalam dunia Jumanji itu hehehe. Ending Jumanji : Welcome To The Jungle ini adalah happy ending gitu, apa pun aku suka dengan filem ini dan aku bagi 9/10 Bintang untuk filem ini, jom tengok juga sinopsis movie ini di bawah ye.

 Sinopsis Jumanji : Welcome To The Jungle (Jumanji 2)

Four high school kids discover an old video game console and are drawn into the game's jungle setting, literally becoming the adult avatars they chose. What they discover is that you don't just play Jumanji - you must survive it. To beat the game and return to the real world, they'll have to go on the most dangerous adventure of their lives, discover what Alan Parrish left 20 years ago, and change the way they think about themselves - or they'll be stuck in the game forever.

Gambar di atas credit to imdb.com

1 ulasan:

  1. Kann!! Lawak gila Jumanji. Best sangat, tak terasa 2 jam lebih tengok :D

    BalasPadam



My Random Post