Memaparkan catatan dengan label Dini Schatzmann. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dini Schatzmann. Papar semua catatan

27 Nov 2022

Telefilem Secret Admirer Lakonan Janna Nick (Astro Citra)



Telefilem Secret Admirer, Telemovie Astro Citra, Telefilem Secret Admirer Astro Citra, Telemovie Secret Admirer, Slot Citra Exclusive, Sinopsis Telefilem Secret Admirer, Telefilem Secret Admirer Full Movie, Telemovie Secret Admirer Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Secret Admirer,  Janna Nick, Dini Schatzmann, Izz Faeiz, Ismail Yaacob, Ain Yasmin, Telemovie Lakonan Janna Nick, Poster Telefilem Secret Admirer,

Telefilem Secret Admirer sudah pun disiarkan di slot Citra Exclusive Astro Citra pada 26 November 2022 yang lalu. Antara pelakon telefilem Secret Admirer ini adalah Janna Nick, Dini Schatzmann, Izz Faeiz, Ismail Yaacob, Ain Yasmin dan ramai lagi. Selain itu telemovie Secret Admirer ini diarahkan oleh Izuan Mokhtar dan diterbitkan oleh Kreatis Medialoka Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, para pelakon pun best - best gitu. Jadi jom tengok sinopsis telemovie Secret Admirer ini di bawah okey..




Sinopsis 
Telefilem Secret Admirer Lakonan Janna Nick dan Dini Schatzmann (Astro Citra)

Beberapa siri kematian yang berlaku di ibu kota menyebabkan dua wartawan bertelagah dalam merungkai jenayah sebenar di antara kes pembunuhan bersiri atau bunuh diri. Senario menjadi rumit apabila mereka sendiri turut disyaki terlibat dalam skandal ini. Seorang wartawan wanita yang bahagia di alam perkahwinannya, menghadapi masalah menyiasat kes kematian akibat kecurangan, apabila mengesyaki rakan sekerjanya turut terlibat dalam kes tersebut. Apa yang berlaku seterusnya?..


Read More

28 Sep 2022

Info dan Sinopsis Drama IMperfect (Astro Ria)



Drama IMperfect Astro Ria, Poster Drama IMperfect Astro Ria, Sinopsis Drama IMperfect Astro Ria, Drama IMperfect Cast, Pelakon - Pelakon Drama IMperfect Astro Ria, Drama IMperfect Astro Ria Full Episode, Bella Dowanna, Nia Atasha, Dini Schatzmann, Daniel Fong, Natrah Khalid, Daniel Cheang, Linda Hashim,

Gempak Original Series membawakan drama IMperfect yang akan mula bersiaran di Astro Ria pada 28 September 2022 ini, setiap Rabu, jam 9.30 malam. Antara pelakon drama IMperfect ini adalah Bella Dowanna, Nia Atasha, Dini Schatzmann, Daniel Fong, Natrah Khalid, Daniel Cheang, Linda Hashim dan ramai lagi. Selain itu drama IMperfect ini diarahkan oleh Helmi Yusof dan diterbitkan oleh Juita Viden & Filmscape. Nampak menarik kan drama ini, poster drama pun cantik dan unik gitu. Apa pun jom watak - watak pelakon dalam drama IMperfect ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama IMperfect

Bella Dowanna sebagai Liza
Nia Atasha sebagai Elena
Natrah Khalid sebagai Alicia
Linda Hashim sebagai Kak Ju




Sinopsis Drama IMperfect (Astro Ria)

Mengisahkan Liza yang berusaha pelbagai cara untuk menjadi pembantu peribadi Elena, influencer terkenal yang dikaguminya. Mereka jadi sahabat baik dan dia menyedari dirinya semakin terjebak dengan gaya hidup glamor Elena. Apa yang berlaku seterusnya?..


Read More

30 Ogo 2022

Drama Kau vs Aku (Siri Originals Sooka)



Drama Kau vs Aku, Poster Drama Kau vs Aku, Sinopsis Drama Kau vs Aku, Drama Kau vs Aku Full Episode, Drama Kau vs Aku Episod 1 Hingga 8, Kau vs Aku Cast, Pelakon - Pelakon Drama Kau vs Aku, Shasha Abedul, Dini Schatzmann, Mia Sara Shauki, Atikah Suhaime, Drama Sooka,

Drama Kau vs Aku adalah drama siri originals Sooka yang diinspirasikan daripada webnovel Wattpad popular hasil sentuhan penulis, Nurul Husnina Binti Mockthar atau Shieyeruna yang mencatatkan lebih 2 juta bacaan di platform tersebut. Antara pelakon drama Kau vs Aku ini adalah Shasha Abedul, Dini Schatzmann, Mia Sara Shauki, Chubb-E, Imran Aqil, Arena Wan, Fimie Don, Atikah Suhaime dan ramai lagi. Selain itu drama Kau vs Aku ini mempunyai 8 episod dan diarahkan oleh tiga pengarah Shamyl Othman (pengarah Ex Aku Pontianak dan Gantung), Megat Shahrizal (pengarah Jibril) dan Siti Afizah (pengarah Sa-balik Baju) serta diterbitkan oleh Wattpad WEBTOON Studios. Siri ini juga akan menampilkan integrasi PUBG MOBILE dalam plot kisah cinta yang dipaparkan sebagai penggalak berputiknya cinta antara dua watak Kau vs Aku, yang dimainkan oleh Chubb-E dan Mia Sara Shauki. Episod pertama untuk siri Kau vs Aku ini boleh ditonton secara percuma di Sooka bermula pada 19 Ogos. Penonton boleh mengikuti episod seterusnya dengan melanggan pelan langganan mudah alih sooka - pelan VIP Entertainment pada harga RM15.90/bulan, atau pelan VIP TV pada harga RM42.50 sebulan. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Kau vs Aku ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..




Watak dan Barisan Pelakon Drama Kau vs Aku

Shasha Abedul sebagai Aulia Zulaikha
Dini Schatzmann sebagai Danish Aryan
Mia Sara Shauki sebagai Shanina
Chubb-E sebagai Zafran (Zhaf)
Arena Wan sebaga Syafikah
Imran Aqil sebagai Ashraf
Fimie Don sebagai Luqman
Atikah Suhaimie sebagai Hanniya
Marisa Yasmin sebagai Puan Shikin
Arash Mohamad sebagai Encik Ridhuan
Hafidz Roshdi sebagai Emir
Emelda Rosemila sebagai Puan Emelda

Sinopsis Drama Kau vs Aku (Siri Originals Sooka)

Memaparkan kisah cinta penulis berbakat berusia 16 tahun yang hidupnya menjadi huru-hara apabila remaja popular di Instagram yang diminatinya, berpindah ke sekolahnya. Dunia Aulia Zulaikha digoncangkan bila bertembung dengan 'influencer' yang dibencinya, Danish Aryan. Tapi bila bapanya mula mengatur masa depannya, Aulia melihat Danish sebagai jalan keluar. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah permusuhan remaja bakal berbunga menjadi cinta?.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Demi Lakonan Puteri Aishah (TV Okey)


Read More

15 Jun 2022

Drama Lockdown 2 (Astro Ria)




Drama Lockdown 2, Drama Astro Ria, Poster Drama Lockdown 2, Info dan Sinopsis Drama Lockdown 2, Lockdown 2 Cast, Drama Lockdown 2 Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Lockdown 2, Janna Nick, Rozita Che Wan, Dini Schatzmann, Wan Maimunah, Elvina Mohamad, Shahz Jaszle, Elly Mazlein,
Drama Lockdown 2 Episod 1 Hingga 20 Full Episode di Astro Ria

Drama Lockdown 2 telah pun disiarkan di Astro Ria bermula 6 Jun 2022, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Scammer 2 yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Lockdown 2 ini adalah Janna Nick, Rozita Che Wan, Dini Schatzmann, Wan Maimunah, Elvina Mohamad, Shahz Jaszle, Elly Mazlein, Rosnah Mat Aris, Iqram Dinzly, Fify Afrina, Zulaika Zary, Nabila Razali, Syed Iqmal, Zahiril Adzim, Shera Aiyob, Sabhi Sadhi, Natasha Elyzza, Ellie Suriaty, Rosdeen Suboh, Mimi Ernida, Amerul Affendi, Dto Ahmad Tarmimi Siregar, Aida Khalida, Uyaina Arshad dan ramai lagi. Selain itu drama Lockdown 2 ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Izuan Mokhtar & Ain Sharif serta diterbitkan oleh U2 Media Sdn Bhd. Drama Lockdown 2 ini memaparkan kisah masyarakat yang terpaksa menempuhi cabaran-cabaran selepas negara dilanda wabak Covid-19 dan impaknya terhadap kehidupan setiap manusia. Nampak macam best je kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Lockdown 2i ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Lockdown 2

Janna Nick sebagai Lola
Rozita Che Wan sebagai Kak Sal
Shera Aiyob sebagai Fitrah
Zahiril Adzim sebagai Ramadhan
Amerul Affendi sebagai Kamarul
Mimi Ernida sebagai Mariam
Wan Maimunah sebagai Tok Ma
Dini Schatzmann sebagai Kimie
Zulaika Zary sebagai Akila
Sabhi Saddi sebagai Hadi
Rosdeen Suboh sebagai Radhi
Ellie Suriaty Omar sebagai Lisa




Sinopsis Drama Lockdown 2 - Astro Ria

Mengisahkan kehidupan empat buah keluarga dalam menghadapi impak Covid-19 sepanjang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam situasi yang berbeza. 
Cerita pertama mengisahkan Kak Sal yang terpaksa menghadapi cabaran berdepan dengan pandemik dengan perangai anak-anaknya yang sentiasa tidak mendengar kata serta dia terpaksa menjaga ibunya yang sudah tua. Kisah kedua drama ini berkisar tentang Fitrah dan Ramadhan, sebuah pasangan suami isteri yang bertugas sebagai ‘frontliner’ ketika Covid-19. Peningkatan kes Covid-19 dalam masyarakat Malaysia mengakibatkan kesemua hospital penuh dengan pesakit-pesakit yang djiangkiti, termasuklah ibu bapa Fitrah yang juga positif Covid. Fitrah yang sedang hamil tidak sedar yang dirinya telah dijangkiti virus berbahaya ini sehingga akhirnya meragut nyawanya.  

Kisah seterusnya berkisar tentang Radhi yang sangat pentingkan diri apabila dia mengelak daripada memberitahu orang sekelilingnya bahawa dia telah dijangkiti oleh virus ini dan masih pergi berniaga dan berjumpa ‘Reseller’. Kamarul pula yang berniaga di pasar malam tidak dapat berniaga oleh kerana PKP. Dia juga dijangkiti virus merbahaya ini daripada Radhi sehingga akhirnya membawa kepada kematian isterinya sendiri yang sedang sarat mengandung ketika dia berkuarantin di rumah walaupun dia sangat menjaga SOP kerana tidak mahu berjauhan daripada isterinya yang bakal melahirkan anak mereka dalam masa dua minggu. 



Read More

6 Apr 2022

Sinopsis Penuh Drama Leon Zalika (TV2)




Drama Leon Zalika, Drama Bulan Ramadan, TV Okey, Poster Drama Leon Zalika, Pelakon Utama Drama Leon Zalika, Riena Diana, Dini Schatzmann, Mona Allen, Mathni Razak, Nadia Brian, Raja Ilya, Sinopsis Penuh Drama Leon Zalika,
Drama Leon Zalika ini mempunyai 30 episod dan akan disiarkan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini di TV Okey (RTM) kini diulang siar di TV2. Drama ini mula bersiaran sejak 24 April yang lalu. Antara pelakon drama Leon Zalika ini adalah Dini Schatzmann, Riena Diana, Mona Allen, Mathni Razak, Nadia Brian, Raja Ilya, Maria Farida, Mustapha Kamal, Dazrin Kamarudin, Laila Nasir, Doria Rachel dan ramai lagi. Selain itu drama Leon Zalika ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Orangtree Production Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Leon Zalika Lakonan Dini Schatzmann dan Riena Diana


Drama Leon Zalika mengisahkan tentang Zalika (Riena Diana) yang telah tawar hati untuk bercinta lagi dengan mana-mana lelaki setelah dikecewakan oleh lelaki Melayu dan lelaki dari negara Jerman. Dia akhirnya terpaksa bersetuju dengan pilihan ibu bapanya iaitu lelaki berdarah campuran Melayu Inggeris untuk dijadikan calon suaminya. Lelaki itu bernama Leon (Dini Schatzmann), seorang yang aktif dengan kerja-kerja amal bersama NGO Islam di Perth, Australia. Leon telah lama menetap di London dan akhirnya di Australia. Zalika tanpa berfikir panjang telah menerima cadangan ibu bapanya kerana menjangkakan Leon yang lama menetap di luar negara mestilah berfikiran sosial sepertinya. 

Drama Leon Zalika, Drama Bulan Ramadan, TV Okey, Poster Drama Leon Zalika, Pelakon Utama Drama Leon Zalika, Riena Diana, Dini Schatzmann, Mona Allen, Mathni Razak, Nadia Brian, Raja Ilya, Sinopsis Penuh Drama Leon Zalika,
Anita (Mona Allen) sepupu kepada Zalika pula semakin cemburu dengan kehidupan Zalika kerana sering tidak bernasib baik seperti Zalika. Firas (Mathni Razak) pula mempunyai agenda jahatnya tersendiri ingin membalas dendam sejak bekerja di Jentayu Holdings. Dayana (Nadia Brian) bekas kekasih Leon akhirnya berjaya mendapat alamat Leon di Kuala Lumpur. Dia akan bertemu Firas dan merancang sesuatu untuk mendapatkan semula Leon dengan apa jua cara sekali pun. Bagaimana nasib Leon dan Zalika? Adakah bahagia milik mereka? Jangan lupa saksikan drama leon zalika sepanjang ramadan ini. 

Jom Baca Ini Juga ⏩ Drama Imamku Okey Lakonan Ashraf Muslim dan Sharifah Husna Episod 1 Hingga 26 (Akhir) Di TV Okey
Read More

27 Nov 2021

Ending Drama Jiwa Yang Kau Puja : The Hotel 2 (Astro Ria)



Episod Akhir Drama Jiwa Yang Kau Puja : The Hotel 2, Sinopsis Episod Akhir Drama Jiwa Yang Kau Puja : The Hotel 2, Ending Drama Jiwa Yang Kau Puja : The Hotel 2,

Tamat sudah drama Jiwa Yang Kau Puja : The Hotel 2 lakonan Uqasha Senrose, Sean Lee, Syazwan Zulkifli, Dini Schatzmann dan ramai lagi. Musim kedua drama The Hotel 2 : Jiwa Yang Kau Puja ini mempunyai 18 episod dan episod akhir drama ini memang happy endinglah kan. Selepas ini drama Jangan Ganggu Jodohku lakonan Shaza Bae dan Yusuf Bahrin. Berbalik pada episod akhir drama Jiwa Yang Kau Puja : The Hotel 2 ini, Firhani telah diculik oleh bekas kekasihnya yang psiko iaitu Haziq manakala Umar pula dah dimasukkan ke hospital. Manager Hotel iaitu Arman sedar ada benda buruk berlaku pada Firhani dan memberitahu pada Adri. Arman dan Adri berpakat untuk menyelamatkan Firhani, namun Haziq berjaya menghalang. Adri kemudian meminta pertolongan Umar dan Umar bergegas dari hospital untuk menyelamatkan Firhani dari Haziq. Dalam keadaan terdesak Firhani akhirnya membunuh Haziq. Kemudian Firhani, Umar, Adri dan Arman berpakat dan memberitahu pada polis yang Haziq sebenarnya membunuh diri dan bukannya dibunuh. Tu kira sinopsis episod akhir drama The Hotel 2 ni.




Awalnya aku ingatkan Umar mati kat hospital tu, tapi lepas tu boleh pula sihat walafiat gitu hehe. Sejujurnya kalau nak compare dua - dua season ni, aku lebih suka jalan cerita The Hotel musim pertama sebab lebih suspen dan kita tak dapat nak mengagak apa yang akan jadi seterusnya. Manakala Drama The Hotel 2 ni, jalan cerita kurang best dan kita boleh agak apa yang akan jadi seterusnya. Walaubagaimanapun aku suka tengok Uqasha Senrose dalam drama ni, nampak comel betul dengan stail rambut gitu hehe.Apa pun drama ni dari season 1 sampai sekarang memang layannn. 



Read More

12 Nov 2021

Drama Jangan Pernah Lupakan Aku Full Episode Di TV2



Drama Jangan Pernah Lupakan Aku, Drama Adaptasi Novel Dont Forget To Remember, Drama Jangan Pernah Lupakan Aku TV2, Drama Jangan Pernah Lupakan Aku Full Episode, Drama Jangan Pernah Lupakan Aku Cast, Info dan Sinopsis Drama Jangan Pernah Lupakan Aku, Pelakon - Pelakon Drama Jangan Pernah Lupakan Aku, Julia Farhana Marin, Bong Wei Jian, Dini Schatzmann, Idham Maulana, Zera Hariz, Silfeny Osman, Susan Lankester,

Drama Jangan Pernah Lupakan Aku telah mula bersiaran di TV2, setiap Khamis hingga Sabtu, jam 8 malam bermula 6 November 2021 yang lalu. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Cinta Yang Pulang lakonan Izzue Islam dan Ummi Nazeera yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Jangan Pernah Lupakan Aku ini adalah Julia Farhana Marin, Bong Wei Jian, Dini Schatzmann, Idham Maulana, Zera Hariz, Silfeny Osman, Susan Lankester, Bohari Ibrahim, Noralbaniah, Zuraini Kassim, Sharifah Anthasha, Ikhwan Khairudin dan ramai lagi. Lebih menarik bila drama Jangan Pernah Lupakan Aku ini adalah adaptasi daripada novel Bahasa Inggeris bertajuk "Dont Forget To Remember" karya Sonia Mael. Selain itu drama ini mempunyai 26 episod dan diarahkan oleh Amzari Amir serta diterbitkan oleh Wayang Tinggi Produksi Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Jangan Pernah Lupakan Aku ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Julia Farhana Marin sebagai Ariana
Bong Wei Jian sebagai Jeremy Crawford
Silfeny Osman sebagai Azizah
Zera Hariz sebagai Jasmin
Susan Lankester sebagai Mrs. Crawford
Bohari Ibrahim sebagai Tok Ishak Gajah
Zuraini Kassim sebagai Pak Man
Sharifah Anthasha sebagai Mak Ida
Ikhwan Khairudin sebagai Johan
Sasha Liiv sebagai Marion




Sinopsis Penuh Drama Jangan Pernah Lupakan Aku 
Lakonan Julia Farhana Marin, Bong Wei Jian dan Dini Schatzmann Di TV2

Ariana yang baru tamat SPM sedang menunggu tawaran kemasukan ke mana-mana university. Dia sangat meminati Bahasa Inggeris. Ke mana saja dia pergi dia pasti akan dibawa kamus (mini dictionary) bersamanya. Ariana merupakan cucu kesayangan Tok Ishak Gajah yang sangat disegani di kampung tersebut. Ariana juga sangat disenangi oleh orang kampung kerana sikapnya yang peramah dan bijak serta tidak meninggi diri. Selepas tamat SPM, Ariana telah mendapat tawaran sambung pengajian di sebuah Universiti swasta di Kuala Lumpur dalam bidang Bahasa Inggeris. Di universiti, Ariana telah bertemu dan jatuh cinta dengan pemuda berlainan bangsa berasal dari Australia iaitu Jeremy Crawford. Jeremy berasal dari keluarga yang kaya raya. Hubungannya dengan Ariana ditentang oleh ibunya, Mrs. Crawford yang akhirnya mengambil tindakan melalui pembohongan dan penipuan yang licik, yang menyebabkan Ariana membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka. 
Drama Jangan Pernah Lupakan Aku, Drama Adaptasi Novel Dont Forget To Remember, Drama Jangan Pernah Lupakan Aku TV2, Drama Jangan Pernah Lupakan Aku Full Episode, Drama Jangan Pernah Lupakan Aku Cast, Info dan Sinopsis Drama Jangan Pernah Lupakan Aku, Pelakon - Pelakon Drama Jangan Pernah Lupakan Aku, Julia Farhana Marin, Bong Wei Jian, Dini Schatzmann, Idham Maulana, Zera Hariz, Silfeny Osman, Susan Lankester,
Pasangan kekasih ini berpisah begitu lama, namun cinta mereka tidak padam, sehinggalah sahabat karib mereka iaitu Ned pemuda yang berasal dari Uzbekistan yang juga pernah menaruh hati terhadap Ariana dulu tetapi terpaksa mengorbankan cintanya sendiri akhirnya membantu mempertemukan mereka kembali. Pertemuan pertama kali antara kedua kekasih ini amat mengharukan. Jeremy diterima dengan mesra oleh keluarga Ariana. Setelah Jeremy dengan rela hati memeluk agama Islam, mereka diijabkabulkan mengikut adat tempatan. Apabila suaminya membawa Ariana berjumpa, ibu Jeremy. Mrs. Crawford masih mencuba berbagai-bagai cara untuk memisahkan mereka berdua dan tidak menerima Ariana sebagai menantu. Kesudahannya Mrs.Crawford akhirnya terbuka hati menerima Ariana setelah melihat kesabaran sikap Ariana menghadapi kerenahnya. Ariana juga tidak pernah memutuskan hubungan Jeremy dengan ibunya walaupun Jeremy sangat geram dan tertekan dengan ibunya yang dirasakan melampau. Adakah kesudahan yang baik berpanjangan dalam kehidupan mereka?

Lagu Tema / OST Drama Jangan Pernah Lupakan Aku

👄👄 Jangan Lupakan Aku nyanyian Awi Rafael feat Julia Farhana Marin

Tonton Drama Jangan Pernah Lupakan Aku Full Episode

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.


Read More

5 Nov 2021

Drama The Hotel 2 : Jiwa Yang Kau Puja Episod 1 Hingga 18 (Full Episode) Di Astro Ria



Drama The Hotel 2 : Jiwa Yang Kau Puja, Drama Jiwa Yang Kau Puja : The Hotel 2, Drama The Hotel 2 : Jiwa Yang Kau Puja Full Episode, Info dan Sinopsis Drama The Hotel 2 : Jiwa Yang Kau Puja, Poster Drama The Hotel 2 : Jiwa Yang Kau Puja, Drama The Hotel 2 : Jiwa Yang Kau Puja Cast, Pelakon - Pelakon Drama The Hotel 2 : Jiwa Yang Kau Puja, Uqasha Senrose, Syazwan Zulkifly, Dini Schatzmann, Sean Lee, Yasmin Hani, Azhar Amir, Natasha Elyzza, Ku Faridah, Eina Azman, Asha Merican, Nabil Aqil,

Drama Jiwa Yang Kau Puja : The Hotel 2 adalah musim kedua drama The Hotel yang disiarkan secara back to back dan mempunyai 18 episod. Drama ini adalah sambungan pada drama The Hotel dan masih mengekalkan beberapa pelakon asal serta penambahan beberapa watak baru yang dilakonkan oleh pelakon popular. Antara pelakon drama The Hotel 2 : Jiwa Yang Kau Puja ini adalah Uqasha Senrose, Syazwan Zulkifly, Dini Schatzmann, Sean Lee, Yasmin Hani, Azhar Amir, Natasha Elyzza, Ku Faridah, Eina Azman, Asha Merican, Nabil Aqil, Eina Azman, Farah Ahmad dan ramai lagi. Drama ini mula bersiaran sejak 27 Oktober 2021 yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot MegaDrama Astro Ria manakala episod akhir drama The Hotel 2 : Jiwa Yang Kau Puja ini akan disiarkan pada 25 November 2021 nanti. Selain itu drama ini diarahkan Nur Ain Sharif dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama The Hotel 2 ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Uqasha Senrose sebagai Dr.Firhani
Syazwan Zulkifly sebagai Haziq
Sean Lee sebagai Umar
Natasha Elyzza sebagai Umaira
Eina Azman sebagai Julia
Dini Schatzmann sebagai Adri
Yasmin Hani sebagai Tania
Farah Ahmad sebagai Sharifah Hanisa
Nabil Aqil sebagai Arman
Asha Merican sebagai Marsha
Azhar Amir sebagai Syed Jamaluddin
Ku Faridah sebagai Miss Ros




Sinopsis Penuh Drama The Hotel 2 : Jiwa Yang Kau Puja

Selepas Raisa dan Sean mati di penghujung episod season 1,semua penghuni hotel meneruskan kehidupan seperti biasa. Walaupun dengan pengurusan tegas baru di bawah Tania yang mempunyai wajah seiras Maya, hotel itu dikejutkan lagi dengan kematian Akash yang merupakan kawan dan rakan perniagaan Umar. Dr. Firhani, penghuni baru di Samudera Suites yang pada mulanya tinggal di unitnya sendiri, berpindah masuk dengan Umaira yang kini tinggal seorang. Konflik antara mereka bermula apabila Dr. Firhani dan Umar mula rapat dan Umaira cemburu. Dr. Firhani terus diburu oleh bekas tunangnya, Haziq yang mempunyai keadaan mental yang tidak stabil. Apabila Dr. Firhani dapat tahu yang Haziq membunuh Akash, mencederakan Umar dan menculik Adri (semua akibat sikap posesif melampau Haziq yang tidak mahu mereka mendekati Dr. Firhani), Dr. Firhani dan Umar terpaksa merancang untuk membunuh Haziq bersama-sama. Apa yang berlaku seterusnya?..Adakah rancangan mereka akan berjaya atau sebaliknya yang terjadi?..
Drama The Hotel 2 : Jiwa Yang Kau Puja, Drama Jiwa Yang Kau Puja : The Hotel 2, Drama The Hotel 2 : Jiwa Yang Kau Puja Full Episode, Info dan Sinopsis Drama The Hotel 2 : Jiwa Yang Kau Puja, Poster Drama The Hotel 2 : Jiwa Yang Kau Puja, Drama The Hotel 2 : Jiwa Yang Kau Puja Cast, Pelakon - Pelakon Drama The Hotel 2 : Jiwa Yang Kau Puja, Uqasha Senrose, Syazwan Zulkifly, Dini Schatzmann, Sean Lee, Yasmin Hani, Azhar Amir, Natasha Elyzza, Ku Faridah, Eina Azman, Asha Merican, Nabil Aqil, Ending Drama The Hotel 2 : Jiwa Yang Kau Puja,
Lagu Tema / OST Drama Jiwa Yang Kau Puja : The Hotel 2

👄 Keliru nyanyian Lil J & Ara Johari
👄 Tetap Aku Cinta - Ara Johari
👄 Selamat Jalan - Mohsein Kush feat Tulangkata
👄 Halusinasi - Fieya Julia

Tonton Drama The Hotel 2 - Jiwa Yang Kau Puja Full Episode

Selain di Astro Ria, korang juga boleh menonton drama ini secara online juga di aplikasi Astro Go dan Ultra Box.



Read More

20 Apr 2021

Drama Calon Menantu Tuan Rumah (TV2)




Drama Calon Menantu Tuan Rumah kini tengah hangat disiarkan di TV2 sempena bulan Ramadan ini. Walaubagaimanapun drama ini adalah drama ulangsiar kerana sudah pernah disiarkan di TV Okey pada tahun 2019 yang lalu. Antara pelakon drama Calon Menantu Tuan Rumah ini adalah Hafidz Roshdi, Zara Zya, Haleeda Mazlin, Dayana Roza, Aprena Manrose, Isyariana, Mia Nasir, Dini Schatzmann, Hefny Sahad, Zaidi Omar, Nik Adam Mika, Faez Nick, Ateeqah Ayu dan ramai lagi. Selain itu drama Calon Menantu Tuan Rumah ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Hadith Omar serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Siapa yang dah pernah tengok drama ini? nampak best kan sebab ada ramai pelakon hebat gitu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon beserta sinopsis drama ini di bawah ye..

Watak Pelakon Drama Calon Menantu Tuan Rumah

Hafidz Roshdi sebagai Adam 
Zara Zya sebagai Anis
Dayana Roza sebagai Lia 
Aprena Manrose sebagai Zurin
Isyariana sebagai Ika 
Mia Nasir sebagai Ros
Haleeda Mazlin sebagai Kak Pah
Zaidi Omar sebagai Pak Bahar
Nik Adam Mika sebagai Irwan
Faez Nick sebagai Udin




Sinopsis Drama Calon Menantu Tuan Rumah

Mengisahkan janda anak satu, Kak Pah yang menyewakan beberapa bilik di kediamannya kepada wanita bujang Ros, Zurin, Ika dan Lia. Pada masa sama, Kak Pah ingin mencari menantu untuk anaknya, Adam. Ros pandai mengambil hati Kak Pah membuatkan beliau selalu disebut sebagai penyewa yang baik oleh Kak Pah. Ros sebenarnya ada memasang niat untuk mengenakan Zurin, Ika dan Lia. Apa yang berlaku seterusnya??..

Tonton Drama Calon Menantu Tuan Rumah Episod 1 Hingga Episod 28 (Full Episode)

Drama ini juga boleh ditonton secara online di 👍rtmklik dari episod pertama hingga ke episod akhir drama Calon Menantu Tuan Rumah ini.

Lagu Tema / OST Drama Calon Menantu Tuan Rumah
💕 Diamaran Mama nyanyian Hazama

Read More

22 Mac 2021

Episod Akhir Drama Marry Me Senorita



Drama Marry Me Senorita, Ending Drama Marry Me Senorita, Episod Akhir Drama Marry Me Senorita Lakonan Janna Nick dan Dini Schatzmann, Drama Slot MegaDrama Astro Ria,

Cepat masa berlalu, diam tak diam hari ini dah episod akhir dah drama Marry Me Senorita lakonan pasangan sejoli iaitu Janna Nick dan Dini Schatzmann. Selepas ini drama Rindu Awak Separuh Nyawa lakonan Shukri Yahaya, Uqasha Senrose dan Marsha Milan akan menyusul pula bagi menggantikan drama ini. Apa kesudahan kisah Sofiy Leia lakonan Janna Nick dan juga Isa Alejandro lakonan Dini Schatzmann ni. Happy endingkah kisah cinta mereka nanti atau sebaliknya?. Dalam drama Marry Me Senorita ni memang kesian dengan Sofiy ni kan, apa pun ramai juga yang suka dengan Meerqeen yang melakonkan watak Amar tu kan hehe. Apa pun jom nantikan kesudahan dan ending drama Marry Me Senorita ini pada malam ini...




Jom Baca Ini Juga 👉👉 
My Korean Drama List 2020

⏩⏩ Sinopsis Drama Cinta Untuk Raf (TV1)

Read More

4 Feb 2021

Drama Marry Me Senorita Slot MegaDrama Astro Ria Tonton Episod 1 Hingga 20 (Full Episode)



Drama Marry Me Senorita, Sinopsis Drama Marry Me Senorita, Info Drama Marry Me Senorita, Pelakon - Pelakon Drama Marry Me Senorita, Poster Drama Marry Me Senorita, Drama Marry Me Senorita Full Episode, Drama Baru Janna Nick, Drama Baru Dini Schatzmann, Drama Baru Meerqeen, Drama Baru Shaza Bae,

Drama Marry Me Senorita adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan drama Tercipta Satu Ikatan lakonan Aeril Zafrel dan Hannah Delisha yang telah tamat episod. Drama Marry Me Senorita sudah pun bersiaran di slot MegaDrama Astro Ria pada 2 Februari yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam dan mempunyai 20 episod. Antara pelakon drama Marry Me Senorita ini adalah Janna Nick, Dini Schatzmann, Shaza Bae, Meerqeen, Dato Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Yasmin Hani, Siti Khadijah Halim, Asha Merican, Raja Azura, Nabil Aqil, Daler Yusof, Alif Muhaimin, Natasha Elyzza dan ramai lagi. Lebih menarik bila drama ini diinspirasikan daripada Novel Marry Me Senorita karya novelis terkenal Suri Ryana. Selain itu drama ini diarahkan oleh Nur Ain Sharif dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Memang nampak menarik drama ini kan, okey itu serba sedikit mengenai info drama Marry Me Senorita ini. Apa pun jom tengok - watak pelakon dalam drama Marry Me Senorita ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Barisan Pelakon Drama Marry Me Senorita

  • Janna Nick sebagai Sofiy Leia
  • Dini Schatzmann sebagai Isa Alejandro
  • Shaza Bae sebagai Rosa Arabella
  • Meerqeen Sebagai Amar
  • Yasmin Hani sebagai Engku Marini
  • Jalaluddin Hassan sebagai Engku Aziz
  • Fadilah Mansor sebagai Engku Zaharah
  • Siti Khadijah Halim sebagai Tina
  • Natasha Elyzza sebagai Shelli
  • Asha Merican sebagai Idora
  • Daler Yusuf sebagai Chef Riz
  • Alif Muhaimin sebagai Adam
  • Raja Azura sebagai Mak Long




Sinopsis Penuh Drama Marry Me Senorita

Mengisahkan tentang Sofiy Leia (Janna Nick), seorang anak yatim piatu yang menumpang teduh dengan ibu bapa saudaranya. Sofiy dihalau keluar dari rumah setelah kematian Pak Long oleh Mak Long yang tidak menyukainya selama ini. Malam itu juga Sofiy nekad keluar rumah ingin ke Kuala Lumpur berjumpa dengan kawan baiknya yang sedang melanjutkan pelajaran di sana tanpa Sofiy tahu bahawa kawannya itu bekerja di kelab malam. Pertemuan Sofiy dan Isa Alejandro (Dini Schatzmann) di rumah usang Pak Ngah Leman tanpa dirancang membawa kepada perkahwinan kontrak. Isa terpaksa berkahwin dengan Sofiy untuk memastikan kedudukannya di perusahaan atuknya tidak terjejas, manakala Sofiy mengahwini Isa untuk memastikan keselamatannya daripada menjadi buruan Bard, tauke kelab malam. Isa juga bersetuju untuk membiayai Sofiy yang ingin melanjutkan pelajarannya. Isa Alejandro merupakan pemain tennis kebangsaan dan kacukan Sepanyol (bapa) dan Malaysia (ibu). Demi menutup kesalahan dan ingin buktikan bahawa dia telah berubah, Isa mengajak Sofiy berkahwin.

Drama Marry Me Senorita, Sinopsis Drama Marry Me Senorita, Info Drama Marry Me Senorita, Pelakon - Pelakon Drama Marry Me Senorita, Poster Drama Marry Me Senorita, Drama Marry Me Senorita Full Episode, Drama Baru Janna Nick, Drama Baru Dini Schatzmann, Drama Baru Meerqeen, Drama Baru Shaza Bae,
Sebelum itu, Isa telah dihalau oleh datuknya keluar dari keluarga dan akan dilucut jawatan dalam perusahaan perabot datuknya. Perkahwinan Isa dan Sofiy tidak bertahan lama dan akhirnya mereka bercerai dan membawa haluan masing-masing, walaupun ketika itu sudah terbit rasa cinta di hati. Setelah berpisah, Sofiy melanjutkan pelajarannya di London manakala Isa berkahwin paksa rela dengan bekas kekasihnya, Rosa Arabella (Shaza Bae). Ketika itu adik Isa telah lama menghilangkan diri dan Rosa pernah terlihat adiknya di suatu tempat semasa menjalani pengambaran. Rosa meletakkan syarat supaya Isa perlu berkahwin denganya jika ingin tahu dimana adik Isa berada. Tiga tahun berlalu, Sofiy sudah tamat belajar dan telah diterima bekerja.Sofiy bertemu semula dengan Isa di syarikat tempat dia bekerja. Dan rupanya syarikat itu adalah milik Isa. Adakah bahagia milik Isa dan Sofiy? Bagaimanakah pengakhiran kisah hidup mereka?

Lagu Tema / OST Drama Marry Me Senorita

💓 Surat Akhir nyanyian Amira Othman

Drama Marry Me Senorita, Sinopsis Drama Marry Me Senorita, Info Drama Marry Me Senorita, Pelakon - Pelakon Drama Marry Me Senorita, Poster Drama Marry Me Senorita, Drama Marry Me Senorita Full Episode, Drama Baru Janna Nick, Drama Baru Dini Schatzmann, Drama Baru Meerqeen, Drama Baru Shaza Bae,

👉👉 Baca Online Novel Marry Me Senorita Karya Suri Ryana


Tonton Online Drama Marry Me Senorita Episod 1 Hingga 20 (Akhir)


Drama Marry Me Senorita Episod 1 - https://www.youtube.com/watch?v=py8qK7Qr0n0

Drama Marry Me Senorita Episod 2 - https://www.youtube.com/watch?v=J1WTy0gquHg

Drama Marry Me Senorita Episod 3 -

Read More


My Random Post