29 Apr 2018

Sinopsis Telemovie 6 Lakonan Janna Nick (Astro Citra)




6, Enam, Telemovie, Telefilem, Telemovie 6, Telefilem 6, Telemovie Enam, Sinopsis Telemovie 6, Kisah Seram, Adaptasi Berdasarkan Kisah Benar, Horror, Pelakon Telemovie 6, Janna Nick, Fikry Ibrahim, Danish Hazriq, Zain Hamid, Akmal Ahmad, Astro Citra, Mustika HD,
Sinopsis Telemovie 6 (Enam) Astro Citra

Rasanya dah dekat 2 minggu aku asyik tengok trailer dan iklan telefilem 6 (Enam) di Astro Citra, malah tayangan perdana selama setengah jam pun aku dah tengok. Bukan main kerap iklan telemovie 6 lakonan Janna Nick dan Fikry Ibrahim disiarkan di Astro, cuma baru malam ini (28 April 2018), telemovie ini betul - betul disiarkan. Telefilem 6 ini adalah berdasarkan kisah benar dan merupakan kisah seram gitu. Antara Pelakon Telemovie 6 ini adalah Janna Nick, Fikry Ibrahim, Danish Hazriq, Zain Hamid, Akmal Ahmad dan ramai lagi. Pengarah telemovie 6 ini adalah Syed Fariz dan diterbitkan oleh Anomalous@Suar Channel. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye.




Sinopsis Telemovie 6 (Enam) Astro Citra & Mustika HD

Mengisahkan sebuah keluarga yang pergi ke Kuala Lumpur untuk bercuti dan menyewa di sebuah hotel. Pelbagai Kejadian aneh mula berlaku apabila mereka terperangkap di tingkat 6 dan tidak menjumpai jalan keluar dari situ. Apa sebenarkan misteri hotel tingkat 6 tersebut. Adakah ia menagih janji kerana atas perjanjian atau sebaliknya. Kemungkinan juga, kerana dendam. Kisah mereka bermula, apabila satu malam. Keluarga tersebut ingin keluar makan. Namun kejadian aneh berlaku. Hotel sepi tanpa ada orang lain. Pintu hotel diketul dari satu pintu ke satu pintu. Salam juga tidak berjawab. Sedang suami isteri itu sibuk mencari jalan keluar. Sedar tak sedar mereka kehilangan anak mereka. Apa yang berlaku seterusnya? Apakah mereka akan terperangkap untuk sekian lama atau mereka berjaya mencari jalan keluar. 
Tips Lulus Temuduga Kerajaan, Cara Lulus Interview Kerajaan, Ebook,
Read More

28 Apr 2018

Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018

Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018 By Hasrul Hassan, Blogger Segmen, Peserta, Blogwalking, 2018,

Today aku nak join Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018 yang dianjurkan oleh Hasrul Hassan. Tarikh tamat segmen ini adalah pada 29 April ini, so jangan lupa join okey. Korang boleh klik Banner di atas kalau nak join segmen ini.

Senaraikan lima aktiviti yang akan anda lakukan dalam bulan Ramadan (macam kira azam la) dalam post tersebut. Kalau boleh aktiviti ini mesti sesuatu yang boleh jadikan anda lebih baik dari Ramadan sebelum ini.
1- Saya akan banyakkan bersedekah
2- Saya akan kerap ke masjid untuk solat terawih
3- Saya akan meluangkan masa untuk membaca al -quran setiap malam
4- Saya akan cuba berjimat - cermat dan tidak membazir ketika membeli makanan di bazar ramadan 
5- Saya akan banyak berdiam dari bercakap




Read More

Segmen Blogwalking | Musfirahzn

Segmen Blogwalking Musfirahzn, Blogger Segmen, 2018, Blog,

Hari ini aku nak join Segmen Blogwalking Musfirahzn pula, tarikh tamat segmen ini adalah pada 30 Mei 2018 ini. Korang boleh klik Banner diatas ini kalau nak join segmen ini ye. Salam perkenalan buat semua. 




Read More

26 Apr 2018

Segmen Aminkan Doa Sahabat

Segmen Aminkan Doa Sahabat, Blogger Segmen,

Hari ini aku nak join Segmen Aminkan Doa Sahabat yang dianjurkan oleh Ejulz, segmen ini bagus dan ada kebaikannya. Kalau korang nak join segmen ini, bolehlah klik Banner di atas ye.
Buat masa ini aku berharap agar aku dapat kerja yang bagus dan sesuai dengan diri aku serta aku berdoa supaya sentiasa dimurahkan rezeki, aminnn.


Read More

25 Apr 2018

Her Anniversary by Nurzariniismail

Her Anniversary by Nurzariniismail, Blogger Segmen, Bloglist, Peserta, Blog,

Hari ini aku nak join Segmen Her Anniversary by Nurzariniismail, tarikh tamat segmen ini adalah pada 25 Mei 2018. If korang nak join segmen ni, bolehlah klik Banner di atas ye. Di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 6 ye, moga terus gembira dan bahagia selalu ye.



Read More

23 Apr 2018

Resepi Biskut Sarang Semut Rangup

Cara - Cara Membuat Biskut Sarang Semut, Cara - Cara Membuat Kuih Raya Sarang Semut


Cara - Cara Membuat Biskut Sarang Semut Rangup

Hari ini aku nak kongsikan salah satu Biskut Kegemaran aku terutamanya ketika musim - musim perayaan, pendek katanya orang panggil Kuih Raya Sarang Semut. Walaupun belum masuk bulan puasa, tapi aku saja nak berkongsi Resepi Biskut Sarang Semut ini, lagi pun tak perlu tunggu Raya untuk buat biskut - biskut ini, hari tak raya pun boleh buat dan makan biskut juga, betul tak? hehehe. Selain Almond London, Snow Almond, Biskut Tart, Semperit Dahlia, Biskut Sarang Semut ini juga antara favorite aku. Sedap dan ranggup biskut ini. Kalau ada masa lapang bolehlah cuba resepi ini, tapi pada kebiasaannya aku memang ambil jalan mudah dengan membeli saja biskut ini tapi masa perayaan jela. Lagipun sejak kecil, mak aku lebih selesa beli segala kuih raya berbanding buat kuih raya tu sendiri, lagi pun oven kat rumah ini dah rosak, jadi malas nak beli baru, baik beli saja biskut - biskut tu semua. 



Resepi yang aku kongsikan di sini credit untuk Facebook Jom Belajar Buat Biskut. Jadi pada yang rajin dan suka membuat segala biskut yang rangup dan sedap, maka bolehlah cuba resepi Biskut Sarang Semut ni. Tengok gambar pun dah nampak sedap, kalau biskut tersebut ada di depan aku sekarang, memang dah lama habis aku makan hahaha. Di entry yang akan datang, mungkin aku akan kongsikan resepi membuat Biskut Samperit / Semperit Dahlia pula. Teringat pula raya tahun lepas apabila 3 balang biskut semperit habis di makan secara beramai - ramai dalam masa yang sekejap saja. Biskut dah sedap kan memang lajulah masuk dalam mulut. Aku tak nak membebel panjang lagi, jadi korang boleh tengok resepi berkenaan kat bawah ini ye. 


BISKUT SARANG SEMUT RANGUP


- 1 Buku Buttercup (250g)

- 1 1/4 Cawan Gula Kastor

- 1 Cawan Tepung Naik Sendiri

- 2 1/2 Cawan Tepung Gandum

- 1/2 Cawan Tepung Jagung
- 1 Cawan Tepung Kastard
- 1/2 Sudu Teh Baking Powder
- 1 Sudu Teh Esen Vanilla
- 1 Biji Telur
- Chocolate Rice

Cara - Cara membuat Biskut Sarang Semut

1. Pukul buttercup dan gula kastor hingga agak kembang sedikit.
2. Masukkan telur dan esen vanilla kemudian pukul lagi hingga kembang dan sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung dan baking powder. Pukul lagi hingga sebati. Pukul dengan perlahan. Tinggalkan sedikit tepung gandum untuk masukkan last sekali sambil uli dengan tangan, supaya kita boleh kurangkan bila adunan dah jadi doh.
4. Pastikan ianya menjadi doh bila kita genggam, kalau lembik, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.
5. Sagat doh menggunakan sagat timun. Sagat sikit-sikit supaya tak tertekan dan melekat. atau masukkan ke dalam acuan berlubang (alat penekan ubi kentang), dan tekan doh keluar
6. Masukkan kedalam cup dan taburkan choclate rice diatasnya.
7. Susunkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 10-15 minit.

Selamat Mencuba..
Read More

22 Apr 2018

Sinopsis Telemovie Waktu Khalil Cerekarama TV3

Waktu Khalil, Telemovie, Telefilem, Telemovie Waktu Khalil, Cerekarama, TV3, Sinopsis Waktu Khalil, Ending, 2018, Pelakon Telemovie Waktu Khalil, Kamal Adli, Puteri Aishah, Aprena Manrose, Danish Hazriq, Tengku Zara, Azza Elite, Feiyna Tajudin, Ferth Jasni, Atok Mid, Aliff Aiman, Media Sosial, Pengajaran,
Sinopsis Telefilem Waktu Khalil Cerekarama TV3




Telefilem Waktu Khalil akan disiarkan pada 21 April 2018 ini di slot Cerekarama TV3, manakala Pelakon Telemovie Waktu Khalil ini adalah Kamal Adli, Puteri Aishah, Aprena Manrose, Danish Hazriq, Tengku Zara, Azza Elite, Feiyna Tajudin, Ferth Jasni, Atok Mid, Aliff Aiman dan ramai lagi. Telemovie Waktu Khalil ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh  Tanah Beris Film Production Sdn Bhd. Kalau tengok dari sinopsis telemovie ini, memang nampak menarik dan ada banyak pengajaran buat penonton. Disebabkan media sosial, anak pun boleh terabai dan sebagainya. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie Waktu Khalil ini di bawah ye.




Sinopsis Telefilem Waktu Khalil Cerekarama TV3

Ia mengisahkan pasangan suami isteri, Atie (lakonan Puteri Aishah) dan Wan (lakonan Kamal Adli) yang taksub dengan media sosial dan sibuk bekerja hingga lupa tanggungjawab serta peranan mereka untuk menumpahkan sepenuh kasih sayang terhadap dua cahaya mata mereka iaitu Khalil (lakonan Danish Hazriq) dan Kayla (lakonan Tengku Zara). Sejak majlis reunion sekolahnya, Atie sentiasa dengan telefon bimbitnya. Manakala suaminya, Wan pula sibuk dengan urusan perniagaannya sehingga, sesuatu yang terjadi kepada anaknya iaitu Khalil. Satu hari, Khalil dilanggar lari ketika dalam perjalanan ke rumah kawan baiknya, Niko. Gambar kemalangan dimuat naik di media sosial dan menjadi tular. Berita itu diketahui Wan dan Atie selepas melihat gambar terbabit di media sosial mereka.
Read More

21 Apr 2018

Review Drama Korea - Radio Romance

Radio Romance, Korean Drama, Drama Korea, Artis Korea, Korean Style, 2018, My Review, Review Drama Korea, Sinopsis Radio Romance, Korean Drama Review, Radio Romance Cast, Pelakon Drama Korea Radio Romance, Yoon Doo Joon, Kim So Hyun, Yoon Park, Yura (Girl's Day), Ha Joon, Kwak Dong Yeon, Oh Hyun Kyung, Kim Byeong Se, Kim Hye Eun, Im Ji Kyu, Joe Byeong Gyu, Ending Radio Romance, Poster Korean Drama Radio Romance, Cinta, Love Story, Cinta Tiga Segi, Radio, Deejay Radio,
Radio Romance - Korean Drama Review

Okey hari ini aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Radio Romance yang disiarkan bagi menggantikan drama Jugglers yang telah tamat episodnya. Drama ini release pada 29 Januari 2018 dan tamat pada 20 Mac yang lalu serta mempunyai 16 episod. Antara Pelakon Drama Radio Romance ini adalah Yoon Doo Joon, Kim So Hyun, Yoon Park, Yura (Girl's Day), Ha Joon, Kwak Dong Yeon, Oh Hyun Kyung, Kim Byeong Se, Kim Hye Eun, Im Ji Kyu, Joe Byeong Gyu dan ramai lagi. Antara tarikan utama drama ini mestilah sebab barisan pelakonnya yang best - best belaka, aku juga suka dengan gandingan Yoon Doo Joon dan Kim So Hyun ini. Dah tajuk drama ini pun Radio Romance kan, jadi mestilah drama ini ada kaitan dengan radio, stesen radio, deejay radio, writer dan segalanya yang berkaitan dengan radio dan juga artis popular. Awalnya aku macam tak yakin juga dengan drama ini sebab nampak macam boring kan sebab berkaitan dengan radio semua, tapi bila dah tengok episod pertama drama ini, nampaknya drama ini juga agak best. Selain itu aku juga dapat belajar serba sedikit mengenai hal - hal yang berkaitan dengan radio semasa menonton drama ini. 

Aku suka dengan sikap Song Geu Rim (lakonan Kim So Hyun) yang bijak, penyabar dan pandai memujuk artis - artis popular untuk jadi deejay jemputan dalam segmen radio yang dikendalikannya. Terdapat juga cinta tiga segi dalam drama ini yang aku rasakan tak perlu ada pun tak apa sebab clisye sangat. Aku juga suka scene Song Geu Rim yang berusaha keras untuk memujuk artis popular Ji Soo Ho (lakonan Yoon Doo Joon) untuk menjadi deejay tetap dalam rancangan radionya, Manakala Ji Soo Ho pula sentiasa menolak dan menjauhi Song Geu Rim. Maklumlah bukan senang nak pujuk artis popular yang sibuk untuk jadi deejay radio secara tetap pula tu. Song Geu Rim melakukan pelbagai cara untuk memujuk Ji Soo Ho. Keikhlasan Song Geu Rim akhirnya melembutkan hati Ji Soo Ho untuk menjadi deejay radio, sekaligus hal tersebut juga membuatkan Song Geu Rim naik pangkat dan menjadi main writer dalam program radio tersebut. Walaubagaimanapun Song Geu Rim terpaksa melayan kerenah Ji Soo Ho yang cerewet, sombong dan perlu mengikut segala syarat yang tak masuk akal yang ditetapkan oleh Ji Soo Ho itu. Siapa sangka Ji Soo Ho telah lama mengenali Song Geu Rim sejak zaman mereka remaja lagi, namun hanya Song Geu Rim yang tidak mengecamnya. Malah Ji Soo Ho turut menyukai Song Geu Rim sejak mereka remaja lagi. Aku tak naklah cerita panjang - panjang mengenai Sinopsis Drama Korea Radio Romance ini, takut jadi spoiler pula kan hehe.



Selain itu aku juga agak annoying dengan sikap Ji Soo Ho yang suka mengawal dan control Song Geu Rim sesuka hatinya. Perangai Ji Soo Ho ini agak kebudak - budakan sikit especially bila dia dengan Song Geu Rim dan juga PD Radio Lee Gang (lakonan Yoon Park). Malah Ji Soo Ho ini juga senang cemburu melihat hubungan persahabatan antara Song Geu Rim dengan Lee Gang. Kisah keluarga Ji Soo Ho agak menarik bagi aku, bila Ji Soo Ho, ayahnya dan juga ibu tirinya berpura - pura menjadi keluarga bahagia di depan semua orang, tapi mereka sebenarnya tak bahagia langsung. Ji Soo Ho turut mengalami kemurungan dan menyebabkan Jason (lakonan Kwak Dong Yeon) yang merupakan seorang doktor dan juga kawannya tinggal sekali dengan Ji Soo Ho ini. Aku suka dengan personaliti Jason yang peramah, ceria, kelakar dan happy go lucky itu. Malangnya Jason ada menyimpan satu rahsia besar dari Ji So Hoo. Jalan cerita Korean Drama Radio Romance ini bermula dengan baik sekali, tapi bila sampai di pertengahan episod, drama ini dah jadi bosan gila haha, jalan ceritanya terus bertukar jadi clisye, boring, tiada suspen, tiada plot twist dan tidak menarik lagi. Sampai aku pun skip beberapa episod sebab malas nak tengok dah hehe. 

Sayang juga sebab drama ini bermula dengan baik tapi akhirnya jadi kurang best pula. Ending Radio Romance ini mestilah happy ending kan. Jadi secara keseluruhannya aku bagi 4/10 untuk K Drama Radio Romance ini. 

Gambar di atas credit to AsianWiki
Read More

20 Apr 2018

Segmen Bloglist April

Asalamualaikum semua. Jom join segmen blogwalking, boleh tingkatkan pageview + tambah rakan rakan baru.
Segmen Bloglist April, 2018, Blogwalking,
klik banner untuk join sekaki 




!

Read More

Segmen Bloglist Blog #CeritaMak

segmen bloglist 2018, Segmen Bloglist Blog #CeritaMak, Blogger Segmen, Blog,

Seperti biasa, hari ini aku nak join Segmen Bloglist Blog #CeritaMak, tarikh tamat giveaway ini adalah 30 April 2018, jam 8 malam. Boleh klik banner kalau korang pun nak join segmen bloglist ini juga. Berita bbaik sebab semua peserta akan masuk bloglist blog #CeritaMak sepanjang bulan Mei. 



Read More

17 Apr 2018

Sinopsis Telemovie Kampung Kuala Lambat

Telemovie Kampung Kuala Lambat, Telefilem, Cerita Lawak, Komedi, Astro, 2018, Sinopsis Kampung Kuala Lambat, Ending Telemovie Kampung Kuala Lambat, Watak, Pelakon Telemovie Kampung Kuala Lambat, Khir Rahman, Sabri Yunus, Imuda, Siti Elizad, Uqasha Senrose, Azizah Mahzan, Ashraf Muslim, Harun Hashim, Fauzuly Hamdan,
Sinopsis Telemovie Kampung Kuala Lambat (Astro)

Telefilem Kampung Kuala Lambat telah pun disiarkan di Astro Citra dan Mustika HD pasa 14 April 2018 (Sabtu) yang lalu. Antara Pelakon Telemovie Kampung Kuala Lambat ini adalah Khir Rahman, Sabri Yunus, Imuda, Siti Elizad, Uqasha Senrose, Azizah Mahzan, Ashraf Muslim, Harun Hashim, Fauzuly Hamdan dan ramai lagi. Telemovie arahan Melissa Saila ini memang seronok untuk ditonton kerana kelakar dan dibarisi oleh pelakon hebat, plus jalan ceritanya telemovie ini juga unik dan lain dari yang lain. Lebih menarik apabila ada banyak lagu - lagu popular 90an menjadi lagu latar telemovie ini. Skrip Telemovie Kampung Kuala Lambat ini dihasilkan oleh Megat Fauzi Isa dan diterbitkan oleh Kus Semangat Aktor Sdn Bhd. Memang lawak tengok watak Murni yang dilakonkan oleh Siti Elizad tu sebab dia tak habis - habis dengan sepak raganya tu. Watak Saadon lagilah lawak sebab asyik terlupa semua benda, sampai rumah pun dia tak ingat kat mana, lepas tu boleh pula cross line Dewa hahaha. Tak sangka ending Kampung Kuala Lambat ini ada plot twist sikit hahaha, apa pun memang terhibut layan telemovie ini, apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye, selamat membaca.



Sinopsis Telemovie Kampung Kuala Lambat (Astro)

Kampung Kuala Lambat bagai mengalami sumpahan apabila lelaki yang berkahwin muda akan mati di hari pernikahan mereka namun kejadian ganjil ini tidak berlaku kepada lelaki yang berusia 60 tahun ke atas. Hal ini menyebabkan ramai perempuan muda di kampung tersebut terpaksa berkahwin dengan lelaki tua kerana tiada pilihan lain. Seorang perempuan cantik di kampung tersebut yang bernama Jamilah (lakonan Uqasha Senrose) memutuskan untuk berkahwin dengan kekasihnya (lakonan Ashraf Muslim), orang tua di kampung tersebut iaitu Saadon (lakonan Khir Rahman), Maarof (lakonan Imuda), Dewa (lakonan Sabri Yunus) dan Temah (lakonan Azizah Mahzan) telah menasihati kekasih Jamilah supaya membatalkan perkahwinannya jika tidak mahu mati di hari pernikahannya, namun kekasih Jamilah degil dan meneruskan perkahwinannya lalu mati. Ketiadaan kekasih Jamilah membuka peluang pada Dewa yang masih bujang dan berhasrat ingin berkahwin dengan Jamilah. Dewa mewakilkan Saadon untuk pergi berjumpa dengan ayah Jamilah (lakonan Harun Hashim) untuk meminangkan Jamilah untuknya. Saadon yang menghidap penyakit Alzhemier's akhirnya terlupa tentang hasrat Dewa itu lalu meminangkan Jamilah untuk dirinya.

Ketika hari pernikahan Dewa terkejut melihat tok kadi menikahkan Saadon dengan Jamilah lalu membuatkan Dewa kecewa dengan tindakan Saadon yang mengkhianatinya itu. Dalam masa yang sama kawan baik Saadon dan Dewa iaitu Maarof turut berkahwin dengan perempuan muda bernama Murni (lakonan Siti Elizad). Walaubagaimanapun Murni bukanlah seperti perempuan lain di kampung tersebut kerana Murni seorang perempuan yang lasak dan suka bermain sepak raga. Murni sering mengajak dan memaksa suaminya Maarof untuk bermain sepak raga bersamanya. Maarof yang sudah tua mengalami kesukaran untuk mengikut kemahuan Murni yang suka bermain sepak raga tak kira masa. Murni akan merajuk dan bersedih jika Maarof enggan bermain permainan kesukaannya itu. Saadon yang sedar kesalahannya meminta maaf pada Dewa dan berjanji akan mencari jodoh yang baru buat Dewa. Walaubagaimanapun penyakit Saadon itu makin lama makin teruk dan membuatkan Dewa makin makan hati dengan sikap Saadon. Dewa hampir memukul Saadon namun dirinya dinasihati Maarof supaya bersabar dan bertolak ansur kerana Saadon itu sakit. Apa yang berlaku seterusnya? benarkah kampung Kuala Lambat itu terkena sumpahan? atau itu semua hanya cerita rekaan saja dan ada orang lain bertanggungjawab terhadap semua kejadian pelik di kampung berkenaan?.

Read More

16 Apr 2018

SEGMEN BLOGLIST 2018 BY THISNI3ZA

SEGMEN BLOGLIST 2018 BY THISNI3ZA, Segmen Bloglist, Blogger Segmen,

Today aku nak join Segmen Bloglist 2018 By ThisNi3za, bestnya dapat masuk kalau masuk bloglist blogger lain kan, bolehlah blowgwalking selalu kan. Tarikh tamat segmen bloglist ini adalah 25 April 2018, jadi kalau korang nak join segmen ini, bolehlah klik banner di atas ye. 




Read More

15 Apr 2018

Sinopsis Telemovie Syahadah Terakhir (Cerekarama TV3)

Syahadah Terakhir, Telemovie, Telefilem, Telemovie Syahadah Terakhir, Cerekarama, TV3, Sinopsis Syahadah Terakhir, Cerekarama Syahadah Terakhir, Pelakon Telemovie Syahadah Terakhir, Zahiril Adzim, Nina Iskandar, Erry Putra, Harun Hashim, Zalfa Zin, JS Pictures, Ending,
Sinopsis Telefilem Syahadah Terakhir - Cerekarama TV3

Telemovie Syahadah Terakhir ini akan disiarkan di Slot Cerekarama TV3 pada 14 April 2018 ini. Antara Pelakon Telemovie Syahadah Terakhir ini adalah Zahiril Adzim, Nina Iskandar, Erry Putra, Harun Hasim, Zalfa Zin dan ramai lagi. Manakala pengarah telefilem Syahadah Terakhir ini adalah Azman Hj Yahya dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Kalau tengok dari sinopsis telemovie ini memang nampak menarik jalan ceritanya, penuh pengajaran gitu. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye. Selamat membaca okey.



Sinopsis Telemovie Syahadah Terakhir - Cerekarama TV3

Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga kecil yang bahagia. Pak Yusuf sangat menyayangi anak-anaknya iaitu Razlan dan Rafidah. Pak Yusuf memanjakan anak-anak seperti menatang minyak yang penuh. Namun selepas pemergian isterinya yang tercinta, kehidupan anak beranak itu mula dilanda masalah. Selepas kematian isterinya, Pak Yusuf menumpang rumah anaknya secara bergilir. Oleh kerana, kerenahnya yang cerewet, ia menguji kesabaran Zaidi, suami kepada Rafidah. Pak Yusuf mula membanding - bandingkan harta Rafidah dengan Zaidi. Dia mula mengatur kehidupan Rafidah dan menyebabkan Rafidah tersepit di antara bapanya dan juga suaminya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?

Gambar di atas credit to Instagram ninaiskandar_fc

Banner Bisnes Bakeri, Bakery, Ebook, Ilmu, Perniagaan Bakeri, Buat Kek, Biskut,
Read More

13 Apr 2018

Review Jumanji : Welcome To The Jungle

Jumanji 2, Jumanji : Welcome To The Jungle, English Movie, English Film, Movie Review, English Movie Review, Review - Jumanji : Welcome To The Jungle, Sinopsis Jumanji 2, Ending, Adventure, Best Movie, Jumanji Welcome To The Jungle Cast, Pelakon, Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Morgan Turner, Nick Jonas, Alex Wolff, Madison Iseman, Ser Darius Blain, Genre, Aksi, Fantasy, Friendship, 2017, Review By Miss Mulan, Blog Dari Hati Miss Mulan,
English Movie Review - Jumanji : Welcome To The Jungle

Aku tertarik untuk menonton filem Jumanji : Welcome To The Jungle ini disebabkan banyak positif review mengenai filem ini, plus ianya sequel filem Jumanji yang terdahulu kot, so conform mesti best punya hehe. Lama juga masa yang diorang ambil untuk buat sequel filem Jumanji ini sebab filem Jumanji yang pertama release pada tahun 1995 kalau aku tak silaplah, manakala filem sequelnya release pada tahun 2017, malah barisan pelakon filem ini juga memang best dan mantap. Antara Pelakon Filem Jumanji : Welcome To The Jungle ini adalah Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Morgan Turner, Nick Jonas, Alex Wolff, Madison Iseman, Ser Darius Blain dan ramai lagi. Jalan cerita filem Jumanji Welcome To The Jungle ini juga up to date dan disesuaikan dengan zaman kini. Kalau movie Jumanji yang pertama itu, macam - macam binatang dan juga orang yang keluar dari board Jumanji tu tapi untuk yang sequel movie ini, pemain yang disedut masuk dalam game Jumanji itu, siap boleh pilih avatar mana yang disukai lagi. Apa pun filem ini memang kelakar habis, aku yang jenis susah nak gelak ni pun boleh tergelak melihat telatah dan kerenah watak - watak utama filem ini seperti Dr. Smolder Bravestone lakonan Dwayne Johnson, Prof Shelly Oberon lakonan Jack Black, Franklin Mouse lakonan Kevin Hart, Ruby Roundhouse lakonan Karen Gillan.



Terhibur aku melihat lakonan Kevin Hart dan Jack Black yang kelakar habis tu. Ikutkan kesian juga pada watak Bethany yang originalnya seorang perempuan yang lawa, tapi dah tersalah pilih avatar dan membuatkan dirinya sukar untuk menyesuaikan dirinya. Selain itu aku suka juga dengan Nick Jonas dalam filem ini sebab comel sangat hehe. Selain itu jalan cerita movie Jumanji ini juga senang nak faham dan yang paling penting bersambung dengan Jumanji yang terdahulu, kiranya penonton nampaklah perkaitan dan hubung kait Jumanji sekarang dengan Jumanji yang terdahulu. Pujian juga buat semua pelakon filem ini kerana berjaya melakonkan watak masing - masing dengan berkesan. Jalan ceritanya disusun cantik dan membuatkan penonton juga seolah - olah turut berada dalam dunia Jumanji itu hehehe. Ending Jumanji : Welcome To The Jungle ini adalah happy ending gitu, apa pun aku suka dengan filem ini dan aku bagi 9/10 Bintang untuk filem ini, jom tengok juga sinopsis movie ini di bawah ye.

 Sinopsis Jumanji : Welcome To The Jungle (Jumanji 2)

Four high school kids discover an old video game console and are drawn into the game's jungle setting, literally becoming the adult avatars they chose. What they discover is that you don't just play Jumanji - you must survive it. To beat the game and return to the real world, they'll have to go on the most dangerous adventure of their lives, discover what Alan Parrish left 20 years ago, and change the way they think about themselves - or they'll be stuck in the game forever.

Gambar di atas credit to imdb.com

Read More

12 Apr 2018

SPM Result Giveaway

SPM Result Giveaway By Abam Kie, Peserta, Pemenang, Kuiz, Teka, Aggregat SPM,
Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Bersempena dengan keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada 15 Mac 2018 lalu, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati dengan secara rasminya melancarkan SPM Result Giveaway. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan pelbagai hadiah menarik dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

Hadiah Pertama: Domain DotCom X 1 pemenang
Hadiah Kedua: Kopi Pak Belalang X 2 pemenang
Hadiah Ketiga: Tudung X 1 pemenang
Hadiah Keempat: Novel Baharu X 3 pemenang
Hadiah Kelima: RM20 X 1 pemenang
Hadiah Keenam: RM10 X 1 pemenang
Hadiah Ketujuh: Topup RM10 X 4 pemenang
Hadiah Saguhati: Topup RM5 X 2 pemenang untuk peserta terawal dan terakhir!

Kesemuanya 15 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog penganjur dan penaja-penaja berikut:

2. Follow instagram berikut

3. Like Facebook berikut:

4. Follow Google Plus berikut:

5. Langgan saluran YouTube * Pokucu *

6. Buat entri bertajuk 'SPM Result Giveaway'.

7. Salin dan tampal kod HTML di bawah:

8. Cuba teka berapa unit/aggregat yang Abam Kie perolehi semasa menduduki SPM tahun 1990 lalu. Sebagai 'clue', Abam Kie dapat Pangkat 1 (6 - 24 unit). Jadi pandai2lah teka, ye? Pemenang akan dipilih berdasarkan tekaan yang tepat. Sekiranya lebih daripada seorang peserta membuat tekaan yang tepat, maka peserta terawal akan memenangi hadiah berkenaan diikuti oleh peserta seterusnya. Pemenang seterusnya akan dipilih berdasarkan tekaan yang hampir tepat.

9. Terbitkan.

10. Tinggalkan pautan entri giveaway dan tekaan anda di ruangan komen entri di SINI sahaja.

11. Siap!

Jika nak join GA ini sila klik di SINI atau banner di atas. Peraduan berlangsung sehingga 11.59 malam, 22 April 2018. SEKIAN. TERIMA KASIH.

Jawapan saya - 11 Unit / aggregat




Read More

11 Apr 2018

Sinopsis Novel Mr Grey

Novel Mr Grey, Novelis Syamnuriezmil, Drama Mr Grey, Astro Ria, MegaDrama, Mr Grey Cast, Pelakon Drama Mr Grey, Fendy Bakry, Eyra Hazali, Shah Iskandar, Lisdawati, Gambit Saifullah, Scha Elinnea, Kayda, Nabil Aqil, Mardiana Alwi, Cover Novel Mr Grey,
Sinopsis Novel Mr Grey Karya Syamnuriezmil

Novel Mr Grey karya novelis Syamnuriezmil telah diadaptasikan menjadi drama bersiri yang disiarkan di Astro Ria. Drama Mr Grey akan menggantikan drama Tak Ada Cinta Sepertimu yang telah tamat episodnya pada 5 April 2018 yang lalu. Pelakon Drama Mr Grey ini terdiri daripada Fendy Bakry, Eyra Hazali, Shah Iskandar, Lisdawati, Gambit Saifullah, Scha Elinnea, Kayda, Nabil Aqil, Mardiana Alwi dan ramai lagi. Jom tengok sinopsis novel Mr. Grey ini di bawah ye, selamat membaca.



Sinopsis Novel Mr Grey Karya Syamnuriezmil

Setia itu mahal yang tak mampu dipertahankan oleh orang murahan.
Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim...”

“Saya...”

“Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai...”

“Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai.”

Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi.

“Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko.” - NISA

“Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko. Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan.” – MR. GREY



Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.

Saat diulit bahagia...

Mr. Grey membuat pilihan untuk menghilangkan diri. Dia memutuskan untuk kembali kepada Datin Musalma.
“Abang nak minta maaf. It’s not you, it’s me.” – MR. GREY
Apakah pilihan Nisa? Membuat keputusan untuk terus setia kepada Mr. Grey yang tegar meninggalkannya? Atau membuat keputusan untuk memilih Ilham Arsyad?
“Nisa maafkan abang tak sebab mencintai Nisa dan tak boleh lupakan Nisa?” - ILHAM
“Buat apalah nak maafkan abang. Bak kata abang, Nisa tak ada hak untuk halang abang sukakan Nisa.” – NISA
Ya, hidup itu memang kelabu. Tapi, kita selalu ada pilihan...

Gambar di atas credit to goodreads
Banner Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan, Ebook, Tips, Cara, Panduan,
Read More

10 Apr 2018

Zara Zya Dan Hafreez Adam Saling Mencintai

Zara Zya Dan Hafreez Adam Saling Mencintai, Biodata Zara Zya, Biodata Hafreez Adam, Profil, Details, Pelakon, Drama Monalisa, Drama Puteri Malam,
Pelakon Drama Monalisa Zara Zya dan Hafreez Adam Bercinta

Drama Monalisa yang menggandingkan Zara Zya dan Hafreez Adam membuatkan mereka rapat dan akhirnya bercinta. Baguslah moga - moga kekal hingga ke jinjang pelamin gitu. Aku dah pernah melihat drama lakonan mereka berdua yang dulu sebelum drama Monalisa ini, iaitu drama Puteri Malam yang turut membabitkan pelakon Ungku Hariz dan Puteri Chichi. Tak sangka pula Drama Monalisa ini yang akhirnya membuat diorang bercinta hehe. Baguslah mereka berdua ini tak sorok kisah percintaan mereka ini dari wartawan mahu pun peminat, cool je mengaku bercinta. Berbanding artis lain yang cuba coverline dan tak mengaku tapi bila berpisah barulah kecoh dan heboh hehe. Alang - alang tengah bercerita pasal Zara Zya dan Hafreez Adam ini, jom tengok biodata diorang di bawah ini okey.



Biodata Zara Zya

Nama Penuh: Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin
Nama Komersial: Zara Zya
Tarikh Lahir: 22 Oktober 1985
Umur: 33 Tahun (2018)
Asal: Lenggong, Perak
Kerjaya: Pelakon, Usahawan, Pengacara dan Penyanyi
Pendidikan: ASWARA (Akademi Seni Warisan Negara)
Keluarga: Anak Bongsu daripada 4 orang adik beradik
Populariti: Mula popular menerusi Drama Love You Mr Arrogant (2013)
Senarai Drama Lakonan Zara Zya: Puteri Malam, Tanah Merah, Zahira, Delina, HidayahMu Ramadan, Kasih Malisa, Tuan Anas Mikael, Cinta Hati Abah, Duda Terlajak Laris, Kerana Anisa, My Sweet Lavender, Monalisa dan banyak lagi.
Telemovie Lakonan Zara Zya: Love You Mr Arrogant Raya, Isteriku Bukan Tukang Masak, Minah Gangster, Hujan Malam Itu, Takdir Yang Terhenti, Trauma, Cupid dan banyak lagi.
Filem : Filem pertama Zara Zya bertajuk Rembat
Penyanyi: Single Pertama Zara Zya bertajuk Tiada Dendam
Program TV: Pengacara Diari Kilauan Emas Otai (Astro Prima) 2016
Anugerah dan Pencapaian 
- Artis Top Top MeleTOP (Wanita) & Artis Baru MeleTOP Dalam Anugerah MeleTOP Era 2014
- Hero-Heroin Pilihan (bersama Azlee Khairi) Dalam DFKL2014
- Artis Baru Wanita Popular & Gandingan Serasi di Layar (bersama Azlee Khairi) Dalam ABPBH27
- Pelakon Wanita Terbaik Menerusi Drama Tuan Anas Mikael Dalam Anugerah Telenovela 2016

Biodata Hafreez Adam

Nama Penuh: Hafreez Adam Aizat bin Zahalan
Nama Komersial: Hafreez Adam
Tarikh Lahir: 10 Jun 1990
Umur: 28 Tahun (2018)
Asal: Kuala Lumpur
Kerjaya: Pelakon & Peragawan 
Keluarga: anak kedua daripada 3 orang adik beradik
Populariti: Mula popular menerusi Drama Bila Hati Berbicara (2014)
Senarai Drama Lakonan Hafreez Adam: Puteri Malam, Tanah Merah, Bila Hati Berbicara, Hati Perempuan, Tersuka Tanpa Sengaja, Pengantinku Jatuh Dari Langit, Shh I Love You, Hikayat Cinta Si Pematah Hati, Gantung, Monalisa dan banyak lagi.
Telemovie Lakonan Hafreez AdamSeteguh Kasih Ibunda, Kakak, Talak, Ini Jalan Kita, Abang Haji, Isteriku Ms Sally, Tersuka Tanpa Sengaja Raya dan banyak lagi.
Filem: Qadr, Juvana 2, Juvana 3, Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi
Anugerah & Pencapaian
Finalis Hero Remaja 2012 (seangkatan dengan Fattah AminSyafiq KyleHafidz RoshdiNazrief NazriBen Amir, Ben Ali serta Saharul Ridzwan)
Winner of Projek X by Annas Edykey
Pemenang Artis Baru Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 28 (2015)
Percalonan Telenovela Pelakon lelaki Popular 10 Teratas-Pengantinku Jatuh Dari langit(2017)

Gambar di atas credit to Sinar Harian
Read More

8 Apr 2018

Sinopsis Telemovie Sayang Suria - Cerekarama TV3

Telemovie, Telefilem, Sayang Suria, Telemovie Sayang Suria, Sinopsis Sayang Suria, Cerekarama, TV3, Sayang Suria Cast, Pelakon Telemovie Sayang Suria, Janna Nick, Hafeez Mikail, Hafreez Adam, Faye Kusairi, Marisa Yasmin, Eizlan Yusof, Nabila Huda, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Jesse Lim,
Sinopsis Telefilem Sayang Suria Slot Cerekarama TV3

Telemovie Sayang Suria akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 7 April 2018 ini, walaubagaimanapun telemovie Sayang Suria ini adalah siaran ulangan kerana telemovie ini sudah pun disiarkan pada Ogos 2015 yang lalu. Antara Pelakon Telemovie Sayang Suria ini adalah Janna Nick, Hafeez Mikail, Hafreez Adam, Faye Kusairi, Marisa Yasmin, Eizlan Yusof, Nabila Huda, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Jesse Lim dan ramai lagi. Telemovie Sayang Suria ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini dibawah ye. Selamat membaca..



Sinopsis Telemovie Sayang Suria - Cerekarama TV3

Mengisahkan tentang Suria (lakonan Janna Nick), yang merupakan pelajar baru di semester pertama tapi Suria tidak mempunyai kawan kerana kawan - kawannya menganggap dirinya pelik. Suria sebenarnya mengidap SLE sejenis lupus - penyakit kronik di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. Suria kemudiannya berkenalan dan bersahabat dengan Rykal (lakonan Hafeez Mikail) yang juga pelajar baru tapi berlainan fakulti. Persahabatan mereka membibitkan cinta namun ditentang oleh Sufi (lakonan Marisa Yasmin) yang merupakan mama Rykal kerana menganggap mereka masih muda. Rykal memberontak dan mengajak Suria untuk berkahwin. Kemudian kedua pasangan ini lari dan bernikah pada Semester 2. 

Dengan kehilangan mereka berdua, ibu bapa mereka berusaha untuk menjejaki mereka. Masalah kesihatan Suria semakin melarat hingga dia terpaksa dibawa ke hospital. Pihak keluarga mereka akhirnya dapat mengesan Suria dan membawanya pulang. Rykal kemudian dipaksa untuk menceraikan Suria, perkahwinan mereka dibubarkan dan keduanya terpisah. Rykal kemudiannya membawa diri ke luar negara. Selepas 7 tahun, mereka berdua akhirnya bertemu secara tidak sengaja, tetapi Rykal sudah pun ada bakal isteri yang bernama Nur Izara (lakonan Faye Kusairi). Manakala Suria pula masih hidup bergantung dengan ubatnya dan dia menjadi jurucakap untuk "hidup positif" dan Suria juga diminati Rash (lakonan Hafreez Adam). Apa yang berlaku seterusnya? Apakah kebahagiaan akan menjadi milik Suria dan Rykal?. 

Gambar di atas credit to Instagram sarimahsarif
Read More


My Random Post