Sinopsis Drama Tak Ada Cinta Sepertimu Episod 9 Hingga Episod 12
Minggu ke 3 Drama Tak Ada Cinta Sepertimu ini bersiaran untuk episod 9 hingga episod 12 menyaksikan hubungan Athea dan Hazran goyah. Athea lebih memilih Azam berbanding Hazran sedangkan Hazran tu lebih baik berbanding Azam. Kadang - kadang geram juga dengan Athea ni sebab kenapalah susah sangat untuk dia terima Hazran tu, sedangkan Hazran dah banyak kali cuba meminta Athea memberikan peluang kedua. Tapi Athea tu tetap keras hati, tak paham betul aku dengan si Athea ni hahaha. Hazran pula sedih, merajuk dan bawa diri sampai ke US manakala Azam pula pentingkan diri sendiri saja. Pelakon - Pelakon Drama Tak Ada Cinta Sepertimu ini terdiri daripada Syafiq, Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhainies, Fadlan Hazim, Nik Adam Mika, Fikry Kiki, Hazman Al-idrus, Alif Muhaimin, Ardell Aryana, Nazeera Sardi Apa pun seperti biasa aku nak share rangkuman sinopsis Drama Tak Ada Cinta Sepertimu ini untuk episod 9 Hingga Episod 12 di bawah ini, selamat membaca okey.
Sinopsis Drama Tak Ada Cinta Sepertimu Episod 9 Hingga Episod 12
Hazran menjaga Athea sebaik mungkin ketika Athea dimasukkan ke dalam wad, manakala Azam pula mempersoalkan kenapa Athea membenarkan Hazran menjaga anak - anak Athea itu. Hazran telah cuba sedaya mungkin untuk merebut hati Athea tapi kelihatan Athea lebih memilih Azam kerana dirinya tak nak melukakan hati Azam dan lebih memilih untuk bersahabat saja dengan Hazran. Walaupun Athea tidak menerima cinta Hazran, namun Hazran tetap berkawan dengan Athea serta melayan Qaleef dan Qayyum dengan baik sekali. Adik lelaki Hazran iaitu Yus juga baik dengan Athea, malah Yus juga cuba membantu abangnya itu untuk rapat dengan Athea dan anak - anaknya itu. Selain itu, Hazran turut berjumpa dengan Bella dan akhirnya Bella mengaku yang dia sengaja menyalahkan Athea. Mak Hazran juga tak sangka Bella berperangai sebegitu, namun dirinya juga tidak menyukai Athea kerana telah buatkan anaknya sentiasa sedih. Tak lama kemudian, Hazran terkejut apabila mendapati Athea tengah sibuk untuk berpindah ke rumah baru. Hazran menyangkakan Athea ingin lari daripadanya, berlaku sedikit perselisihan faham antara Hazran dan Azam di depan rumah Athea. Namun Athea dapat menghentikan Hazran dan Azam daripada terus bergaduh.
Walaupun Qaleef dan Qayyum tidak menyukai Azam, Athea tetap menerima lamaran Azam dan bakal bertunang dan berkahwin tak lama lagi. Hazran akhirnya ternampak cincin di jari Athea dan sedar Athea telah menerima lamaran Azam. Hazran meluahkan rasa cintanya pada Athea, namun Athea berkeras untuk menerima Azam dan membuatkan Hazran kecewa dan sedih. Hazran patah hati lalu menawarkan diri untuk menggantikan kawannya untuk out station di US selama beberapa bulan supaya dapat jauh dan melupakan Athea. Ibu Hazran tidak suka dengan keputusan Hazran yang nak bawa diri ke US disebabkan kecewa dengan cintanya yang tidak kesampaian. Hazran kemudiannya ke rumah Athea untuk berjumpa dengan Athea dan menyerahkan kucing baru yang dibelinya pada Athea dan turut berjumpa dengan Qaleef dan Qayyum buat kali terakhir sebelum bertolak ke US. Hazran juga bertindak memutuskan hubungan persahabatannya dengan Athea dan turut menukar nombor telefonnya untuk benar - benar jauh dari Athea. Manakala Athea pula sedih bila Hazran memutuskan hubungan persahabatan mereka. Azam pula berasa senang hati apabila Hazran dah jauh daripada Athea. Selain itu bapa Athea telah bercerai dengan isterinya yang merupakan ibu tiri pada Athea.
Athea telah lama tidak berjumpa dengan bapanya dan ibu tirinya itu kerana terkilan dengan sikap mereka. Azam mengajak Athea untuk pergi berjumpa dengan bapa kandung Athea untuk memberitahu niat mereka serta meminta izin untuk berkahwin. Setelah sampai di kampung, barulah Athea tahu yang bapanya sakit, lumpuh serta sukar untuk bercakap. Athea turut bergaduh dengan bekas ibu tirinya itu yang menuduh Athea cuma inginkan harta ayahnya saja. Athea kemudian menangguhkan perkahwinannya dengan Azam serta membawa ayahnya pulang ke rumahnya. Athea kemudian menjaga ayahnya dan hal tersebut telah merenggangkan hubungan Athea dan Azam. Malah Azam juga langsung tidak mengambil berat tentang keadaan Athea dan ayahnya selepas itu, mereka juga jarang berjumpa. Hal tersebut membuatkan Azam rapat dengan perempuan lain. Tak lama kemudian Azam berjumpa Athea dan menyuruh Athea untuk berfikir sama ada dirinya ingin membawa ayahnya untuk tinggal bersama mereka selepas berkahwin, atau pun membiarkan ayahnya tinggal di rumah Athea sekarang dan Azam akan mengupah beberapa jururawat untuk menjaga ayah Athea itu. Athea lebih suka untuk menjaga ayahnya sendiri namun Azam meminta Athea untuk memikirkan perkara tersebut terlebih dahulu.
Setelah beberapa bulan, Hazran telah pulang ke Malaysia, dia kemudiannya bertemu dengan sahabatnya Fattah di suatu tempat dan terlihat Azam dengan seorang perempuan. Hazran awalnya menyangkakan perempuan itu adalah Athea. Fattah menyuruh Hazran untuk pergi tegur dan berjumpa dengan mereka dan akhirnya Hazran pergi untuk berjumpa mereka. Azam agak terkejut melihat Hazran disitu dan cepat - cepat ingin beredar dari situ. Hazran agak pelik dengan sikap Azam dan kemudian dia bertemu dengan perempuan yang bersama Azam itu dan perempuan tersebut mengaku yang dirinya adalah girlfriend Azam dan membuatkan Hazran marah lalu menumbuk muka Azam. Fattah datang dan menahan Hazran dari memukul Azam dan Hazran marah kerana menyangka Azam telah berkahwin dengan Athea serta berlaku curang dengan Athea. Kemudian Hazran bertemu Azam sekali lagi di pejabat lama Athea untuk bertemu dengan kawan baik Athea. Disitu barulah Hazran dapat tahu yang Athea tidak jadi berkahwin dengan Azam, malah Azam sendiri tidak tahu dimana Athea berada. Hazran kemudian berjaya mendapatkan nombor telefon Athea yang baru dari kawan baik Athea itu, lalu menelefon Athea. kelihatan Athea terkejut apabila mendengar suara Hazran itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Bagi yang nak baca sinopsis episod - episod awal drama ini, bolehlah Klik link di bawah ye..
Gambar - gambar di atas credit to Instagram Tak Ada Cinta Sepertimu