Dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni mesti ramai yang meluangkan masa menonton macam - macam drama dan movie gitu kan, betul tak?. Aku pun sama juga dan terjebak pula untuk layan filem Tamil walaupun aku lagi suka layan filem Bollywood (Hindi Movie) berbanding Tamil movie. Tapi lepas aku baca sinopsis filem Thambi ni terus aku rasa tertarik nak tengok movie ni, sebab rasa macam best gitu. Plus para pelakon filem Tamil Thambi ni juga famous dan popular belaka. Misalnya Karthi yang ada banyak movie lain yang meletup dan box office gitu. Sama juga dengan heroin filem ini iaitu Jyothika yang sebelum ini famous dengan filem Raatchasi tu. Filem Raatchasi tu sampai viral di Malaysia gitu. Manakala Sathyaraj antara pelakon yang berpengalaman dan pernah berlakon dengan Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone dalam filem Chennai Ekpress tu, dia jadi bapa Deepika Padukone dalam filem Chennai Ekpress tu. Berbalik pada movie Thambi ni, ianya release pada 20 Disember 2019 dan diarahkan oleh Jeethu Joseph serta bergenre Action Thriller. Antara pelakon filem Thambi (2019 ) ini adalah Karthi, Jyothika, Sathyaraj, Nikhila Vimal, Sowcar Janaki, Anson Paul, Bala, Hareesh Peradi, Ilavarasu, Seetha dan ramai lagi.
Walaubagaimanapun hero dan heroin filem ini tidak akan bercinta okey sebab watak diorang adalah adik - beradik ye, tapi bukan adik - beradik kandunglah kan. Masa tengok movie Thambi ini, ada sarikata bahasa melayu gitu, sampailah ke lagu pun disertakan juga sarikata dalam bahasa Melayu, jadi senanglah nak faham maksud lagu tu semua kan. Paling best bila filem ni ada plot twist gitu, banyak juga plot twist dalam filem ni terutamanya untuk watak lakonan Jyothika, Sathyaraj, Bala dan ramai lagi. Ada banyak juga scene - scene lawan dalam filem ni. Biasalah filem tamil kan, hero stil maintain walaupun lawan berpuluh orang, walaupun kepala dia dah kena ketuk dengan kayu pun, watak hero stil boleh berlawan lagi dan last sekali musuh yang tumbang beramai - ramai, tapi hero stil okey hahahaha. Awalnya aku ingatkan penyanyi latar dalam movie ni adalah Shreya Goshal sebab suara sama macam dia, tapi bila tengok wikipedia, penyanyi lain rupanya. Karthi berjaya melakonkan wataknya dengan baik sekali iaitu sebagai Vicky yang merupakan con artist. Watak Karthi sebagai Vicky / Saravanan sangat happy go lucky dan happening. Cuma sesekali tu adalah dia marah bila ada orang serang keluarga dia tu.
Jyothika jadi cikgu juga dalam movie ni tapi cikgu untuk kanak - kanak orang asli gitu.
Filem Thambi (2019) mengisahkan tentang Vicky (Karthi) yang merupakan pemandu pelancong di Goa serta merupakan penipu kecil - kecilan. Vicky menipu untuk mendapatkan duit dan duit itu digunakan untuk berjoli sakan dengan kawan - kawannya yang lain. Suatu hari Vicky tidak bernasib baik kerana telah ditangkap polis. Polis tersebut bernama Jeevanand (Ilavarasu) dan dia merupakan polis yang jahat yang sanggup melakukan apa saja, asalkan dapat duit. Jeevanand telah berpakat dengan Vicky untuk buat Vicky menyamar menjadi Saravanan yang merupakan satu - satunya anak lelaki ahli politik terkenal iaitu Gnanamoorthy (Sathyaraj) yang telah hilang selama 15 tahun. Vicky akhirnya berjaya masuk dalam keluarga Gnanamoorthy itu dan kelihatan semua mempercayai dia adalah Saravanan.
Walaubagaimanapun Vicky menghadapi masalah untuk mengambil hati kakak Saravanan iaitu Parvathy (Jyothika) yang kelihatan sukar untuk menerima kehadirannya. Manakala nenek Saravanan yang bisu dan lumpuh itu sudah tahu yang Vicky adalah penyamar dan nenek Saravanan berusaha untuk memberitahu ahli keluarga yang lain mengenai hal itu tapi berjaya dihalang oleh Vicky. Muncul masalah lain bila kawan Saravanan iaitu Karan (Anson Paul) yang merupakan Inspektor polis mula curiga dan syak yang Vicky bukan Saravanan sebenar. Vicky juga terpaksa melayan kekasih Saravanan ketika remaja dulu yang masih menaruh hati pada Saravanan iaitu Sanjana (Nikhila Vimal) yang kini seorang doktor dan merupakan satu - satunya anak perempuan Sudhakar (Hareesh Peradi) yang merupakan orang kanan pada Gnanamoorthy dalam politik. Dalam hal yang lain Gnanamoorthy sering bertelagah dengan ahli politik yang lain iaitu Manimaaran (Bala) dalam berebut tanah orang asli di kawasan itu. Gnanamoorthy ingin mempertahankan tanah itu dan membiarkan orang asli untuk terus tinggal disitu, berbeza dengan Manimaaran yang ingin membangunkan tanah tersebut menjadi resort.
Manimaaran juga adalah kawan pada Saravanan dan merupakan orang terakhir yang berada dengan Saravanan sebelum Saravanan hilang. Disebabkan hal itu Manimaaran sangat dibenci oleh Gnanamoorthy dan keluarganya. Bagi mereka Manimaaran adalah penyebab Saravanan hilang. Tak lama kemudian polis jahat Jeevanand mula mengugut Vicky. Malah Jeevanand juga turut mengugut Gnanamoorthy dan mahukan duit yang banyak. Rupa - rupanya sebelum ini Gnanamoorthy turut berpakat dengan Jeevanand untuk membuat Vicky menyamar menjadi Saravanan. Sejak dari mula lagi ini adalah idea Gnanamoorthy namun Vicky tidak tahu mengenai hal ini. Vicky makin senang dan berasa selesa berada dalam keluarga itu. Malah Parvathy kakak pada Saravanan juga telah berbaik dengannya. Keikhlasan Parvathy yang sangat mempercayainya membuatkan Vicky berasa bersalah kerana dia bukan Saravanan yang sebenar. Dalam masa yang sama Vicky juga berasa pelik bila ada orang cuba membunuh dirinya kerana menyangka dia adalah Saravanan yang sebenar?. Hal tersebut membuatkan Vicky mula menyiasat sendiri mengenai kehilangan Saravanan dan cuba mengetahui apa sebenarnya yang berlaku pada Saravanan. Vicky akhirnya terkejut mengetahui kebenarannya. Apa sebenarnya yang berlaku??..
Jom Baca Ini Juga ⏩ Sinopsis Penuh Drama Korea Woman Of 9.9 Billion