29 Ogo 2015

Pengalaman di KK4 - UM

Kenangan Di Universiti Malaya, Memori, Pengalaman, Student, Study, KK4, Kolej Kediaman Ke -4, UM, Kawan, Sastera, Subjek, Minggu Haluansiswa, Fakulti, Roommate,
Kenangan dan Pengalaman di KK4 (Kolej Kediaman Ke-4) -Universiti Malaya

Terjumpa gambar di atas ini di Facebook, inilah rupa bilik untuk pelajar - pelajar baru yang akan memasuki Universiti Malaya (UM) nanti. Aku juga adalah bekas pelajar dan menetap di KK4 ketika aku berada di tahun pertama pengajian. Tahun kedua aku dah duduk di luar sebab memang susah nak terus stay di kolej kalau korang tak betul - betul aktif dengan aktiviti yang dianjurkan di kolej. Selain itu, aku juga rindu dengan bilik aku dulu yang mana berada di tingkat yang sama dengan dewan santapan itu dan tingkap bilik aku tu pula betul - betul mengadap pokok besar dekat depan kolej itu. Manakala meja study pula aku ambil yang ditengah -tengah dan katil pula aku pilih yang dua tingkat tapi aku duduk yang bahagian bawah. First day di KK4 itu merupakan first day aku berjauhan dengan family sebab aku berasal dari negeri lain dan merantau ke Kuala Lumpur tu.

Aku ingat lagi first day nak mendaftar dekat KK4 UM tu, bertolak dari rumah pada tengah malam dan aku pergi naik Van sekali dengan mak dan bapa aku, beserta pak long aku, mak long dan anak lelaki bongsunyer, aku ingat lagi diorang semualah yang tolong bawakan barang - barang aku yang banyak tu naik bukit KK4 tu. Roommate aku dua - dua budak Matriks, aku pula budak under STPM, kiranya aku tua setahun dari mereka berdua, dan roommate aku ini seorang budak Akaun, seorang lagi budak Sains, aku pula Sastera. Minggu haluansiswa agak menyeksakan juga bagi aku, bayangkanlah habis semua aktiviti pukul 2 pagi, lepas itu, pukul 4 pagi dah kena bangun dah. Memang ramai juga yang sakit - sakit masa ini, aku pula terbalik, lepas minggu haluansiswa baru aku sakit, siap balik kampung dulu dengan homesick lagi, nasiblah minggu itu baru minggu add n drop subjek yang kita nak ambil.

Di KK4 ini jugalah aku bertemu dengan 2 kawan aku yang akan ambil subjek sama dengan aku dan merupakan housemate aku jugak nanti, iaitu seorang dari Kelantan dan seorang lagi dari Selangor. Di KK4 Kiteorang bertiga berbeza bilik dan tingkat tapi kami semua mmg sentiasa satu group. Di fakulti pula, entah macam mana group kami ada pertambahan ahli kumpulan menjadi 5 orang yang mana dua orang lagi dari kolej kediaman kedua dan ketiga iaitu KK2 dan KK3, yang mana mereka berdua berasal dari Pahang dan Terengganu. Jadi kami memang sentiasa berlima terutamanya kalau melibatkan kerja - kerja berkumpulan, assignment dan sebagainya. Kami juga sentiasa pastikan mengambil kelas tutorial yang sama. Berbalik pada KK4, Aku ini jenis yang suke lepak dan duduk dalam bilik saja, malas nak keluar pergi study dekat dewan atau dekat mana -mana. Selain itu aku juga rindukan Nasi Goreng Cendawan yang dijual dekat kedai makan di bahagian bawah tu, selalu kalau roommate aku keluar pergi dating atau keluar pergi mana - mana, aku akan minta dia tolong belikan aku nasi goreng cendawan yang dijual di kedai makan dekat bawah tu. Kadang - kadang masa balik dari kuliah pun aku akan singgah beli juga, tapi itu pun kalau ada kawan yang temankan aku pergi beli disitu. Sebab kalau seorang diri nak pergi beli, memang rasa segan pula, sebab ramai juga budak - budak lelaki lepak di situ. Rasanya makcik yang menjual makanan dekat situ pun dah boleh teka apa yang aku akan pesan.

Berpuasa masa di kolej kediaman juga best. Sayangnya gambar - gambar masa majlis berbuka puasa di KK4 dah hilang dalam kamera tu, sebab salah setting atau pun sebab masalah lain. Masa dalam bilik memang 24 jam online internet, chatting tu payah cakaplah kan sebab waktu itu memang famous dengan Friendster dan Yahoo Messenger, Facebook masih belum begitu famous lagi masa tu. Aku ingat lagi kawan aku yang duduk di hujung bilik itu selalu datang bilik aku dan kami sering bersembang dan chatting sekali di internet, kadang - kadang kami makan bersama - sama di bilik aku, seronok kalau makan beramai - ramai ni, rasa meriah dan seronok berborak sambil makan. Roommate kawan aku tu pula satu negeri dengan aku dan merupakan roomate aku masa dekat rumah sewa nanti. Apa pun duduk di KK4 ini best juga sebab fakulti agak dekat, cuma jalan kaki dah sampai, tak payah nak tunggu bas berjam - jam lamanya, Kalau nak pergi library malam - malam pun senang. Bila duduk luar ini, kena terkejar-kejar dengan bas Rapid, nasiblah bas UM pun lalu di tempat aku ini, jadi senanglah sikit sebab banyak pilihan. Paling aku tak suka, adalah ketika hujan lebat di Universiti Malaya (UM), memang payah nak balik rumah sewa sebab bas lambat, bas tak ada, sebab UM akan jem teruk kalau hujan lebat. Roommate aku, pernah jalan kaki dari UM ke rumah sewa kami yang terletak dekat Pantai Dalam. Jauh betul dia berjalan tu, kalau aku yang berjalan sejauh itu, memang sakit kaki seminggulah jawabnya.

Aku juga teringatkan kenangan aku dan roommate aku di KK4, ketika aku tengah sibuk menaip dalam laptop untuk menyiapkan assignment aku, roommate aku yang merupakan budak Sains itu seronok nak tolong aku menaip, sebab biasalah budak sastera punya assignment memang panjang - panjang karangannya berbanding budak sains. Apa pun banyak kenangan manis di KK4 tu, Ikutkan banyak lagi nak cerita, tapi biarlah yang lain jadi rahsia Apapun pengalaman  di UM dan KK4 memang tak dapat dilupakan..

Gambar diatas credit to https://commons.wikimedia.org

Read More


My Random Post