Memaparkan catatan dengan label Study. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Study. Papar semua catatan

14 Okt 2019

Raatchasi - Filem Tamil Yang Viral Di Malaysia




Raatchasi, Filem, Movie, Raatchasi Movie, Filem Tamil Raatchasi, Tamil Movie Raatchasi, Sinopsis Filem Tamil Raatchasi, Jyothika Dalam Filem Tamil Raatchasi, Senarai Pelakon Filem Raatchasi, Jyothika, Hareesh Peradi, Sathyan, Aruldoss, Jyothika New Movie, Tamil Movie 2019,

Sejujurnya aku bukanlah peminat filem Tamil sebab aku lebih suka menonton filem Hindi / Bollywood berbanding Tamil. Tapi lepas filem Raatchasi ini viral di Malaysia membuatkan aku tertarik nak menonton filem Raatchasi ini. Aku dapat tahu mengenai filem ini di Facebook sebab ramai yang share trailer filem ini disitu, plus ramai yang memberi komen positif mengenai filem ini. Tambahan lagi filem ini ada banyak pengajaran gitu, pendek kata memang bestlah. Para blogger yang buat review filem Raatchasi ini rata - ratanya memberikan pujian terhadap filem ini. Lebih menarik bila Menteri Pendidikan Malaysia iaitu Dr Maszlee Malik turut memberikan pujian dan komen positif pada filem ini sehingga mendapat perhatian daripada produser, krew dan pelakon utama (Jyothika) filem Raatchasi ini sendiri. Filem Tamil Raatchasi ini release pada 5 Julai 2019 yang lalu dan dilakonkan oleh Jyothika, Hareesh Peradi, Poornima Bhagyaraj, Sathyan, Aruldoss dan ramai lagi. Selain itu filem ini diarahkan oleh Sy. Gowthamraj. Filem Raatchasi ini mengisahkan tentang seorang guru besar wanita bernama Geetha Rani yang baru bertugas di sebuah sekolah di kawasan luar bandar yang teruk. Geetha Rani terpaksa menyelesaikan pelbagai masalah di sekolah itu serta membuat perubahan besar di dalam sekolah itu agar sekolah tersebut dapat beroperasi dengan sempurna dan mempunyai guru - guru yang terbaik serta pelajar - pelajar yang berdisiplin. Aku bagi 8.8/10 bintang untuk filem Raatchasi ini.


Read More

22 Mei 2017

Bila Pensyarah Ingat Nama Aku

 Bila Pensyarah Ingat Nama Aku
Bila Pensyarah Ingat Nama Aku

Bila Pensyarah ingat nama aku memang kadangkala seronok juga tapi kadangkala tak berapa best pun ya juga. Walaubagaimanapun tidaklah sampai sengsara pun kalau pensyarah ingat nama kita itu. Malah kadang - kadang rasa seronok pula, bila pensyarah hafal dan ingat nama kita berbanding student lain, popular pun ya juga hehehe. Ini ditambah lagi apabila aku mempunyai nama yang unik dan mungkin sedikit pelik, maka makin senanglah pensyarah aku itu ingat nama aku. Walaubagaimanapun ada juga pensyarah yang tak ingat nama student dia pun, mungkin sebab kelas dia ada ramai student, maka susahlah dia nak ingat nama semua pelajarnya kan. Antara kelebihan yang aku dapat bila pensyarah tidak ingat nama aku adalah aku boleh ponteng kelas bila - bila masa yang aku nak sebab pensyarah tidak akan tahu, tapi anda yang lain jangan pula ikut perangai aku ini okey hehe. Selain itu aku juga tidak perlu risau akan ditanya apa - apa soalan dalam di dalam kelas kerana pensyarah tidak ingat nama aku. Tapi kalau pensyarah itu ingat nama aku memang aku kena rajin datang kuliah / kelaslah kan, sebab dia pasti tahu kalau aku tak datang. Selain itu, aku juga akan jadi sedikit terkenal dan popular di kalangan student lain kerana mereka juga akan ingat dan kenal aku, kerana pensyarah selalu sebut dan mention nama aku dalam kelas.

Kebiasaannya jika pensyarah hanya mengendalikan kuliah saja, pensyarah tersebut mungkin kurang mengingati nama - nama pelajar mereka, kerana bilangan pelajar yang mengikuti kuliah mereka sememangnya agak ramai. Tapi ianya sedikit berbeza jika pensyarah tersebut turut mengendalikan kelas tutorial juga, kerana kelas tutorial biasanya mempunyai bilangan pelajar yang lebih sedikit dan pensyarah akan lebih mudah mengingati nama - nama student mereka dengan mengendalikan kelas tutorial juga. Aku ingat lagi pada salah seorang pengajar yang mengendalikan kelas tutorial untuk subjek minor aku, dia ini buta tapi mempunyai daya pendengaran yang tajam, dia boleh mengecam kau siapa dengan hanya mendengar suara saja, selain itu dia juga sangat peramah. Seterusnya adalah pensyarah yang aku suka kelasnya, tapi disebabkan dia ingat nama aku berbanding student lain membuatkan aku terlebih fokus dalam kelasnya hehehee. Pensyarah itu suka betul mention nama aku dalam kelasnya, kadang - kadang dia sebut nama aku sebab nak tanya jam pukul berapa, atau pun jika dia tanya soalan pada student lain dan suara student itu agak perlahan dan dia tidak dengar. Maka dia akan tanya pada aku pula, apa yang student itu cakap hehe. Lepas itu, kalau dia tak nampak aku dalam kelas mesti dia akan tanya pada student lain kenapa aku tak datang.

Paling yang aku ingat masa last day kelas dia itu, dimana ketika itu kami semua perlu ada group masing - masing dan seterusnya buat presentation di depan kelas menggunakan laptop, projektor dan sebagainya. Group aku dah selesai lama dah, so aku dan kawan aku putuskan untuk duduk di bahagian atas sekali dalam dewan kuliah itu. Ketika group lain tengah buat presentation itu, kawan aku ada berborak sedikit dengan kawan lain yang duduk di bahagian depannya. Ketika ini mungkin pensyarah itu nampak tapi tak tahu nama kawan aku itu untuk menegurnya, maka dia gunakan nama akulah kan, dia sebut nama aku and the geng, please pay attention atau pun please keep quiet. Terkejut aku masa ini bila nama aku disebut - sebut pula, dan semua student disitu pusing ke belakang untuk melihat aku hahaha, malu pula sebab aku tak bersembang dengan kawan aku pun, tapi aku pula yang terkena hehe. Kawan - kawan aku masa ini terus senyap dan bergurau konon - kononya berpura - pura tak kenal aku. Kelakar pula bila teringat kenangan ini. Seterusnya aku ingat lagi yang aku dan kawan aku akan mengelakkan diri dari terserempak dengan seorang lagi pensyarah aku ini, sebab kalau terserempak, pastilah dia akan tanya tentang result peperiksaan kami untuk subjek dia itu. Subjek yang dia ajar sangat susah okey, bahan rujukan tak banyak, kalau ada pun semuanya dalam bahasa Inggeris. Jadi kebanyakkan student memang bergantung dengan buku tulisan pensyarah ini saja. Jadi result peperiksaan pun tidaklah cemerlang, setakat dapat B+ saja. Kalau dapat A, seronoklah sikit nak beritahu pada pensyarah kan.

Bila tulis entry ini, rasa rindu pula dengan semua pensyarah - pensyarah aku itu, setiap pensyarah ada keunikkan dan gelagat mereka yang tersendiri.
Read More

29 Ogo 2015

Pengalaman di KK4 - UM

Kenangan Di Universiti Malaya, Memori, Pengalaman, Student, Study, KK4, Kolej Kediaman Ke -4, UM, Kawan, Sastera, Subjek, Minggu Haluansiswa, Fakulti, Roommate,
Kenangan dan Pengalaman di KK4 (Kolej Kediaman Ke-4) -Universiti Malaya

Terjumpa gambar di atas ini di Facebook, inilah rupa bilik untuk pelajar - pelajar baru yang akan memasuki Universiti Malaya (UM) nanti. Aku juga adalah bekas pelajar dan menetap di KK4 ketika aku berada di tahun pertama pengajian. Tahun kedua aku dah duduk di luar sebab memang susah nak terus stay di kolej kalau korang tak betul - betul aktif dengan aktiviti yang dianjurkan di kolej. Selain itu, aku juga rindu dengan bilik aku dulu yang mana berada di tingkat yang sama dengan dewan santapan itu dan tingkap bilik aku tu pula betul - betul mengadap pokok besar dekat depan kolej itu. Manakala meja study pula aku ambil yang ditengah -tengah dan katil pula aku pilih yang dua tingkat tapi aku duduk yang bahagian bawah. First day di KK4 itu merupakan first day aku berjauhan dengan family sebab aku berasal dari negeri lain dan merantau ke Kuala Lumpur tu.

Aku ingat lagi first day nak mendaftar dekat KK4 UM tu, bertolak dari rumah pada tengah malam dan aku pergi naik Van sekali dengan mak dan bapa aku, beserta pak long aku, mak long dan anak lelaki bongsunyer, aku ingat lagi diorang semualah yang tolong bawakan barang - barang aku yang banyak tu naik bukit KK4 tu. Roommate aku dua - dua budak Matriks, aku pula budak under STPM, kiranya aku tua setahun dari mereka berdua, dan roommate aku ini seorang budak Akaun, seorang lagi budak Sains, aku pula Sastera. Minggu haluansiswa agak menyeksakan juga bagi aku, bayangkanlah habis semua aktiviti pukul 2 pagi, lepas itu, pukul 4 pagi dah kena bangun dah. Memang ramai juga yang sakit - sakit masa ini, aku pula terbalik, lepas minggu haluansiswa baru aku sakit, siap balik kampung dulu dengan homesick lagi, nasiblah minggu itu baru minggu add n drop subjek yang kita nak ambil.

Di KK4 ini jugalah aku bertemu dengan 2 kawan aku yang akan ambil subjek sama dengan aku dan merupakan housemate aku jugak nanti, iaitu seorang dari Kelantan dan seorang lagi dari Selangor. Di KK4 Kiteorang bertiga berbeza bilik dan tingkat tapi kami semua mmg sentiasa satu group. Di fakulti pula, entah macam mana group kami ada pertambahan ahli kumpulan menjadi 5 orang yang mana dua orang lagi dari kolej kediaman kedua dan ketiga iaitu KK2 dan KK3, yang mana mereka berdua berasal dari Pahang dan Terengganu. Jadi kami memang sentiasa berlima terutamanya kalau melibatkan kerja - kerja berkumpulan, assignment dan sebagainya. Kami juga sentiasa pastikan mengambil kelas tutorial yang sama. Berbalik pada KK4, Aku ini jenis yang suke lepak dan duduk dalam bilik saja, malas nak keluar pergi study dekat dewan atau dekat mana -mana. Selain itu aku juga rindukan Nasi Goreng Cendawan yang dijual dekat kedai makan di bahagian bawah tu, selalu kalau roommate aku keluar pergi dating atau keluar pergi mana - mana, aku akan minta dia tolong belikan aku nasi goreng cendawan yang dijual di kedai makan dekat bawah tu. Kadang - kadang masa balik dari kuliah pun aku akan singgah beli juga, tapi itu pun kalau ada kawan yang temankan aku pergi beli disitu. Sebab kalau seorang diri nak pergi beli, memang rasa segan pula, sebab ramai juga budak - budak lelaki lepak di situ. Rasanya makcik yang menjual makanan dekat situ pun dah boleh teka apa yang aku akan pesan.

Berpuasa masa di kolej kediaman juga best. Sayangnya gambar - gambar masa majlis berbuka puasa di KK4 dah hilang dalam kamera tu, sebab salah setting atau pun sebab masalah lain. Masa dalam bilik memang 24 jam online internet, chatting tu payah cakaplah kan sebab waktu itu memang famous dengan Friendster dan Yahoo Messenger, Facebook masih belum begitu famous lagi masa tu. Aku ingat lagi kawan aku yang duduk di hujung bilik itu selalu datang bilik aku dan kami sering bersembang dan chatting sekali di internet, kadang - kadang kami makan bersama - sama di bilik aku, seronok kalau makan beramai - ramai ni, rasa meriah dan seronok berborak sambil makan. Roommate kawan aku tu pula satu negeri dengan aku dan merupakan roomate aku masa dekat rumah sewa nanti. Apa pun duduk di KK4 ini best juga sebab fakulti agak dekat, cuma jalan kaki dah sampai, tak payah nak tunggu bas berjam - jam lamanya, Kalau nak pergi library malam - malam pun senang. Bila duduk luar ini, kena terkejar-kejar dengan bas Rapid, nasiblah bas UM pun lalu di tempat aku ini, jadi senanglah sikit sebab banyak pilihan. Paling aku tak suka, adalah ketika hujan lebat di Universiti Malaya (UM), memang payah nak balik rumah sewa sebab bas lambat, bas tak ada, sebab UM akan jem teruk kalau hujan lebat. Roommate aku, pernah jalan kaki dari UM ke rumah sewa kami yang terletak dekat Pantai Dalam. Jauh betul dia berjalan tu, kalau aku yang berjalan sejauh itu, memang sakit kaki seminggulah jawabnya.

Aku juga teringatkan kenangan aku dan roommate aku di KK4, ketika aku tengah sibuk menaip dalam laptop untuk menyiapkan assignment aku, roommate aku yang merupakan budak Sains itu seronok nak tolong aku menaip, sebab biasalah budak sastera punya assignment memang panjang - panjang karangannya berbanding budak sains. Apa pun banyak kenangan manis di KK4 tu, Ikutkan banyak lagi nak cerita, tapi biarlah yang lain jadi rahsia Apapun pengalaman  di UM dan KK4 memang tak dapat dilupakan..

Gambar diatas credit to https://commons.wikimedia.org

Read More


My Random Post