Aku ingat lagi betapa menyampahnya aku tengok watak Han Ye Seul dalam drama Korea Birth Of A Beauty tu sebab wataknya terlampau klisye dan lembik. Korean Drama Big Issue ini berlatarbelakangkan dunia Paparazzi dan juga media. Mengisahkan tentang Han Seok Joo lakonan Joo Jin Mo yang merupakan seorang jurugambar yang bekerja di sebuah syarikat akhbar yang terkemuka, dia mempunyai isteri dan seorang anak perempuan yang sakit bernama Se Eun. Disebabkan satu gambar kontroversi yang diambilnya, Han Seok Joo hilang segala - galanya, dia dibuang kerja dan masuk penjara, manakala isterinya meminta cerai dan kemudian berkahwin lain. Setelah keluar penjara, Han Seok Joo menjadi gelandangan dan sentiasa mabuk untuk melupakan segala tekanan dan kesedihannya. Pertemuannya dengan Ji Soo Hyun (Han Ye Seul) yang merupakan seorang Chief Editor majalah / portal Sunday Syndicate merubah hidupnya. Ji Soo Hyun menawarkan kerja buat Han Seok Joo dan turut memberi alamat terbaru tempat tinggal bekas isterinya dan juga anaknya. Melihatkan kesungguhan dan keazaman Han Seok Joo yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi untuk mendapatkan sekeping gambar yang dikehendakinya membuatkan Ji Soo Hyun ingin Han Seok Joo bekerja sebagai jurugambar tetap untuk syarikatnya.
Ji Soo Hyun juga sanggup menanggung segala pembelanjaan untuk kos rawatan anak Han Seo Joo yang sakit itu, disamping turut mencari jantung baru buat anak H.S.Joo itu. Disebabkan terdesak, Han Seok Joo menerima tawaran kerja Ji Soo Hyun, walaupun dia tidak begitu suka bekerja sebagai paparazzi di syarikat itu. Ji Soo Hyun juga turut menyiasat latar belakang Han Seok Joo dan turut mengetahui apa yang berlaku pada Han Seok Joo sebelum ini, termasuk hilang kerja dan sebagainya turut berpunca daripadanya. Jauh di sudut hati Ji Soo Hyun, dia berasa bersalah pada Han Seok Joo, malah sikap gentleman dan caring Han Seok Joo itu turut membuatkan Ji Soo Hyun jatuh cinta pada Han Seok Joo. Manakala Han Seok Joo pula berasa terhutang budi pada Ji Soo Hyun yang telah memberinya peluang untuk berubah dan dapat melihat anaknya semula. Tanpa Han Seok Joo sedar, dia juga telah jatuh hati pada Ji Soo Hyun hingga sanggup melakukan apa saja demi menyelamatkan Ji Soo Hyun yang dikurung di pejabat pendakwaraya untuk disoal siasat. Apa yang akan berlaku jika kebenaran terbongkar? Hidup Ji Soo Hyun juga dalam bahaya bila semua gambar kontroversi yang dimiliki Sunday Syndicate kini menjadi rebutan pihak polis dan pendakwaraya.
Han Seok Joo pula berazam ingin membalas dendam pada Sunday Syndicate kerana telah menjadi penyebab nasib malang dirinya dulu. Apa yang berlaku seterusnya?. Itu adalah serba sedikit sinopsis drama Korea Big Issue ini. Drama ini memang best, banyak scene - scene suspen, ada plot twist, lakonan yang mantap dan aku rekomen korang untuk tonton drama Big Issue ini sebab memang terbaik. Bila tengok drama ini, korang akan dapat faham macam mana dunia paparazzi tu, apa tugas diorang dan macam mana diorang buat kerja dan sebagainya. Suspen gitu, episod favorite aku adalah episod 21 dan 22. Tak banyak scene - scene percintaan antara Han Seok Joo dan Ji Soo Hyun, kalau ada pun sikit saja, sebab Ji Soo Hyun jual mahal pulak lepas tu haaha. Tapi bila ada scene - scene sweet tu memang sweet habislah kan. Rasa tak puas nak tengok scene - scene cintan cintun diorang ni, tapi aku suka cara diorang, walaupun tak tunjuk depan - depan perasaan cinta diorang tu, diorang tetap protect each other dengan cara diorang sendiri. Lagu tema / OST Big Issue ini juga best tau, lagu favorite aku dalam drama ini dinyanyikan oleh Lee Bada bertajuk Stay, lagu ini dalam bahasa Inggeris gitu.
Antara watak yang annoying dalam drama ini adalah watak bekas isteri Han Seok Joo yang sentiasa marah - marah dan menyalahkan Han Seok Joo. Dia juga tak benarkan Han Seok Joo berjumpa dengan anak perempuan mereka tu yang tengah sakit kat hospital. Selain tu, aku suka tengok Han Ye Seul dalam drama ni sebab dia cantik sangat, baju, wardrobe dia semua lawa - lawa. Orang jahat utama dalam drama ni hanya muncul dalam beberapa episod terakhir. Apa pun drama Korea Big issue ini memang best untuk ditonton dan aku bagi 9.2/10 bintang untuk drama ini.
Jom Baca ini juga ➔ Korean Drama Angel's Last Mission : Love
( Blog Dari Hati Miss Mulan )
Dua-dua pelakon yang experience memang jadi best cerita ni.. :)
BalasPadamnampak macam best!👍🏻
BalasPadammacam best tapi saya tak minat sgt heroin dia
BalasPadamWow jo jin moo la. Sy minat dia berlakon dlM citer my love uendong
BalasPadamDah hbis tgok he is phsycometric. Biase2 je xmenarik sgt pun. Episode penghujung2 tu makin bosan. Sebab drama ni fokus pd satu hal je. Drama ni half cooked. Kalau lee an tu jd angota polis ke atau peguam ke. Ok sikit. Patut scene second lead tu bg pd hero. Pastu second lead male punya carikan new story untunya. Baru la best
BalasPadamOk sy dah start tgok vagabond. Wow memang daebak habis. Best giler. Sy baru tgok ep 1 dah rase best. Sedih kapal twrbang terhmpas. Sedih sebab hoon anak saudara geon (lakonan lee seunggi) mati. Dah la diorg xsempat bermaafan. Ooooo 😖😭😭. Best giler lee seunggi dah mcm jakey chan + jack lee. Memerlukan aksi lagak ngeri ye walau baru ep 1.
BalasPadamSambil2 tgok drama sy cuci mata jugak. Tgok pemandngan negara morocco. Wow mmg cantik gile. Jauh lebih cntik dr malaysia. Jalan raya dia nampak lawa jugak. 😆😆😁. Xsabar nak tau ep seterusnya
BalasPadam