Drama Hindi Vish : A Poisonous Story adalah drama Hindi terbaru di slot Sonia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama hindi Bepanah Pyaar yang tamat episodnya. Antara pelakon drama Hindi Vish : A Poisonous Story ini adalah Debina Bonnerjee, Sana Makbul, Vishal Vashishtha, Nalini Negi, Puja Banerjee dan ramai lagi. Drama Vish ini mempunyai 80 episod dan disiarkan di India pada tahun 2019 yang lalu. Drama ini diterbitkan oleh Peninsula Productions Limited dan sepatutnya drama Vish ini disambung ke musim kedua, tapi dah di cancel pula. Kini pada tahun 2021, drama Hindi Vish ini disiarkan pula di slot Sonia TV3. Kalau baca sinopsis drama Hindi Vish : A Poisonous Story ini memang nampak menarik dan macam best ja drama ni, sebab jalan cerita dia ala - ala fantasi, supernatural, thriller dan misteri gitu. Jadi kat bawah ni aku share serba sedikit sinopsis drama ini okey. Jadi selamat membaca ye..
Sinopsis Drama Hindi Vish : A Poisonous Story - Slot Sonia TV3
Mengisahkan tentang makhluk yang bernama Vishaili yang berbisa dan berbahaya. Vishaili berjaya mendapatkan tubuh manusia bernama Sabrina dan kekal hidup selamanya. Berbeza dengan keadaan kekasihnya Vishaila yang menjadi sebaliknya. Hal ini menyebabkan Sabrina (Vishaili) perlu membunuh manusia kerana setiap tiga belas hari, dia perlu menghantar jantung mangsanya kepada Vishaila untuk memanjangkan hayat kekasihnya itu. Di samping itu Sabrina juga mempunyai misi penting untuk mencari manusia dengan lambang Vishak untuk menyelamatkan nyawa kekasihnya Vishaila. Sabrina kemudian berkahwin dengan lelaki kaya bernama Mohit, namun Mohit telah lumpuh dan tidak dapat bercakap disebabkan Sabrina kerana Mohit telah mengetahui identiti sebenar Sabrina. Sabrina kemudian mengupah Doktor Aliya untuk menjaga suaminya Mohit. Rupa - rupanya ayah pada Dr Aliya itu juga adalah mangsa pada Sabrina dan ayahnya itu telah pun mati. Dr Aliya berazam untuk menyiasat punca kematian ayahnya itu. Banyak perkara pelik yang berlaku sebelum Dr Aliya sampai ke rumah Sabrina dan Mohit itu.
Setelah Dr Aliya melihat keadaan Mohit suami Sabrina itu, dia mula perasan akan persamaan keadaan Mohit dengan ayahnya dulu. Aliya mula syak sesuatu yang tidak kena disitu dan mula menyiasatnya. Suatu hari Sabrina telah membuat satu majlis hari jadi buat suaminya Mohit. Namun kemunculan Adik Mohit iaitu Aditya dari US secara tiba - tiba telah merosakkan segalanya. Aditya sangat membenci Sabrina, bagi Aditya, Sabrina adalah punca abangnya menjadi lumpuh dan tak dapat bercakap. Awalnya Aliya dan Aditya juga sering membenci antara satu sama lain akibat salah faham. Namun lama - kelamaan Aliya dan Aditya perlahan - lahan menjadi kawan dan menjadi semakin rapat. Akhirnya Sabrina dapat tahu yang Aditya adalah orang yang dicari selama ini, iaitu manusia yang mempunyai lambang istimewa (Vishak) yang dikatakan boleh menyelamatkan nyawa Vishaila itu. Sabrina merancang untuk membunuh Aditya namun rancangannya itu gagal. Lalu Sabrina mengubah seekor kucing menjadi manusia yang bernama Katrina untuk membantu rancangannya membunuh Aditya. Walaubagaimanapun Katrina ternyata licik dan dia juga mempunyai rancangannya sendiri untuk mendapatkan Aditya supaya dia dapat hidup menjadi manusia selamanya. Apa yang berlaku seterusnya??..
Kalau korang nak baca sinopsis penuh drama hindi Vish : A Poisonous Story ni, korang boleh baca kat sini okey tapi ianya dalam englishlah kan --> https://en.wikipedia.org/wiki/Vish_(TV_series)
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama The Hotel 2 : Jiwa Yang Kau Puja Episod 1 Hingga 18 Lakonan Uqasha Senrose di Slot MegaDrama Astro Ria