Review Filem The Girl On The Train (English Movie)
Hari ini aku nak mengulas dan membuat review tentang filem The Girl On The Train yang release pada Oktober 2016 yang lalu. Filem ini diadaptasikan daripada Novel The Girl On The Train karya Paula Hawkins dan dilakonkan oleh Emily Blunt, Rebecca Ferguson, Haley Bennett, Justin Theroux, Luke Evans, Edgar Ramirez, Lisa Kudrow dan ramai lagi. Filem ini diarahkan oleh Tate Taylor dan bergenre Misteri, Thriller dan drama. Aku tertarik nak tengok filem ini disebabkan tajuk filem ini memang unik dan misteri dan membuatkan aku teringin nak tahu macam mana jalan cerita filem ini. Aku nak beritahu filem ini sesuai untuk tontonon mereka yang sudah dewasa dan berumur 18 tahun ke atas ye, filem ini tidak sesuai ditonton oleh kanak - kanak. Apa pun memang kesian dengan watak Rachel lakonan Emily Blunt dalam filem ini yang terlampau tertekan dengan penceraiannya dengan Tom Watson yang dilakonkan oleh Justin Theroux. Rachel menyalahkan dirinya diatas penceraiannya dengan Tom dan hidupnya mula tidak tentu arah dan selalu mabuk sehingga dirinya dibuang kerja. Kadang - kadang aku tak faham juga dengan sikap Rachel yang tidak boleh move on dan memulakan hidupnya yang baru. Sebaliknya masih rasa bersalah dan asyik teringat pada bekas suaminya itu. Rasanya semua yang menonton filem ini pastinya akan rasa geram pada bekas suami Rachel ini disebabkan sikapnya yang panas baran dan kejam itu.
Awalnya agak keliru juga menonton filem The Girl On The Train ini sebab jalan ceritanya tak straight to the point sebaliknya ianya bermula dengan menceritakan tiga kisah wanita dalam filem ini bermula dengan Rachel, Anna dan Megan. Bila dah lama menonton filem ini, baru tahu hubungan dan perkaitan antara 3 wanita itu antara satu sama lain. Rachel yang memiliki tabiat hilang ingatan selepas mabuk digunakan sepenuhnya oleh bekas suaminya untuk menipu Rachel. Pendek katanya ex - husband Rachel ini memang jahat, kejam dan kaki perempuan. Manakala isteri baru Tom yang bernama Anna pula sentiasa tidak menyukai perangai Rachel yang masih berhubung dengan suaminya Tom. Megan pula adalah jiran kepada Tom dan Anna dan turut menjadi babysitter pada anak Anna dan Tom yang baru lahir. Anna tidak menyangka perangai Tom sangat teruk, di penghujung cerita baru dia tahu perangai sebenar Tom. Ending filem The Girl On The Train ini memang memuaskan hati, apabila Rachel akhirnya move on dan memulakan hidupnya yang baru dan orang jahat dalam filem ini mendapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatannya. Apa pun jom tengok sinopsis movie ini dibawah ye.
Sinopsis The Girl On The Train ( English Movie)
Mengisahkan Rachel yang masih tidak dapat move on dari penceraiannya dengan Tom. Walaupun dirinya tiada pekerjaan, Rachel masih suka menghabiskan masanya dengan menaiki tren / Kereta Api yang melalui rumah lamanya ketika masih bersama Tom. Setiap kali Kereta Api itu melalui rumah lamanya, Rachel akan selalu memerhati rumah lamanya serta jiran - jirannya yang dulu. Rachel juga sentiasa mengagumi satu pasangan ( Megan & Scott Hipwell) yang dilihatnya melalui tingkap kereta api itu. Bagi Rachel, Megan dan Scott adalah pasangan suami isteri yang paling sweet dan sempurna bagi pandangan Rachel. Dia sentiasa kagum dan cemburu melihat sikap Megan dan Scott yang sangat sweet dan mesra antara satu sama lain. Walaubagaimanapun pada suatu hari Rachel telah melihat Megan mempunyai hubungan dengan lelaki yang lain dan mula berasa tidak puas hati. Rachel mula marah bila Megan curang dengan Scott dan merosakkan angan - angannya tentang pasangan yang sempurna. Rachel mula obses untuk mengetahui siapa lelaki yang bersama dengan Megan itu dan sebab apa Megan curang dan sebagainya. Keesokan harinya Rachel mengetahui yang Megan telah hilang dan membuat dirinya semakin ingin mengetahui apa yang terjadi sebenarnya.
Rachel akhirnya telah menyamar sebagai kawan Megan dan pergi berjumpa dengan suami Megan iaitu Scott Hipwell. Kemudian Rachel menceritakan tentang lelaki yang dia nampak bersama Megan itu dan akhirnya Rachel dan Scott mengetahui lelaki itu adalah Dr Kamal Abdic yang merupakan psychiatrist Megan. Hal ini juga telah disiasat oleh polis dan akhirnya Scott yang menjadi suspek polis dan hal ini membuatkan Scott menjadi marah dan meluahkan pada Rachel. Rachel kemudiannya pergi berjumpa Dr Kamal dan menyamar sebagai seorang pesakit. Scott kemudiannya mengetahui tentang Rachel yang merupakan ex - wife Tom dan Rachel juga bukannya kawan Megan. Scott pergi berjumpa dengan Rachel dan memarahinya dengan teruk sekali. Rachel yang takut melaporkan perbuatan Scott yang pecah masuk rumahnya kepada polis, namun polis pula tidak mempercayai Rachel kerana syak Rachel ada hubungan dengan Scott. Suatu hari Rachel berjumpa dengan bekas majikan Tom yang bernama Martha dan cuba meminta maaf atas perbuatannya dulu. Namun Martha hairan dan mengatakan Rachel tidak membuat apa - apa salah padanya dan akhirnya Martha menerangkan punca sebenar Tom dipecat dari kerjanya dan hal itu bukan salah Rachel.
Rachel akhirnya sedar yang Tom telah menipunya selama ini, Semua ingatannya yang hilang kini kembali dan semakin jelas. Tom telah mengambil kesempatan pada kelemahannya selama ini, Rachel juga telah ingat yang dia nampak Tom telah keluar bersama Megan dan kemungkinan besar Tom adalah pembunuh Megan. Rachel kemudiannya terus pergi ke rumah Tom dan Anna dan menerangkan segalanya pada Anna dan menyuruh Anna untuk keluar dari rumah itu bersama babynya. Tom kemudiannya memukul Rachel sampai pengsan dan setelah Rachel sedar dia cuba melarikan diri namun sempat dikejar oleh Tom. Apa yang bakal berlaku seterusnya?. Kalau anda semua nak tahu kenalah tonton filem ini nanti. Aku bagi 6.5 Bintang dari 10 bintang untuk filem ini.
Gambar diatas credit to BagoGames/Flickr