29 Jun 2018

Drama Pengantin 100 Hari Episod 1 Hingga 3

Pengantin 100 Hari, Drama Pengantin 100 Hari, Slot Lestary, TV3, Drama Melayu, Drama Bersiri, Sinopsis Drama Pengantin 100 Hari, Pengantin 100 Hari Cast, 2018, Poster, Pelakon Drama Pengantin 100 Hari, Amelia Henderson, Aiman Hakim, Aishah Azman, Zila Bakarin, Edika Yusof, Dato Rahim Razali, Jasmine Suraya, Fazreen Rafi, Ieka Zulkifli, Azhar Amir , Shahriza Mahmud, Hafiyah Hafiz, Fanna Azizan, Sinopsis Episod 1 Hingga Episod 3, Watak Pelakon, Ending Pengantin 100 Hari, OST,
Sinopsis Drama Pengantin 100 Hari Episod 1 Hingga Episod 3

Drama Pengantin 100 Hari ini sudah pun disiarkan di TV3 (slot Lestary) sejak 25 Jun 2018 yang lalu. Pelakon - pelakon Drama Pengantin 100 Hari ini terdiri daripada Amelia Henderson, Aiman Hakim, Aishah Azman, Zila Bakarin, Edika Yusof, Dato Rahim Razali, Jasmine Suraya, Fazreen Rafi, Ieka Zulkifli, Azhar Amir , Shahriza Mahmud, Hafiyah Hafiz, Fanna Azizan dan ramai lagi. Para pelakon drama ini semuanya best - best dan jalan cerita drama Pengantin 100 Hari ini pun nampak menarik gitu. Jadi hari ini aku nak kongsi sinopsis Drama Pengantin 100 Hari ini dari episod 1 hingga episod 3 di bawah ini. Jadi selamat membaca okey.




Sinopsis Drama Pengantin 100 Hari Episod 1 Hingga 3 (Slot Lestary)

Mengisahkan Erina (Amelia Henderson) yang sudah lama ada hati pada Amar (Aiman Hakim) sejak mereka kecil lagi, malah hubungan mereka berdua juga rapat. Walaubagaimanapun Amar tidak pernah mencintai Erina dan menganggap Erina seperti adiknya sahaja, namun ibu Amar iaitu Yasmin (Zila Bakarin) memang sudah lama ingin Erina menjadi menantunya, malah keluarga Erina juga menginginkan Erina berkahwin dengan Amar. Namun Amar sudah jatuh cinta pada wanita lain iaitu Sofia (Aishah Azman) dan ingin berkahwin dengan Sofia. Amar kemudian memujuk ibunya Yasmin untuk membenarkan dirinya berkahwin dengan Sofia dan Amar berjanji akan mengikut segala kehendak ibunya selepas itu. Walaupun berat hati, akhirnya Yasmin membenarkan Amar berkahwin dengan Sofia walaupun dirinya tidak begitu menyukai Sofia dan juga keluarga Sofia yang tidak setaraf dengannya. Yasmin juga terpaksa berpura - pura menyukai Sofia dan cuba melayannya dengan baik. Amar gembira melihat ibunya dapat berbaik dan menerima Sofia menjadi menantunya, Walaubagaimanapun Erina langsung tidak mengetahui yang Amar sudah pun berkahwin dengan Sofia dan menganggap majlis perkahwinannya dengan Amar akan berlangsung tidak lama lagi.



Yasmin pula memberikan hadiah barang kemas dan juga butiknya pada Sofea untuk mengambil hati Sofea. Yasmin sebenarnya merancang majlis pernikahan Amar dan Erina secara senyap - senyap tanpa pengetahuan sesiapa pun, namun semua yang lain menyangka Yasmin tengah merancang majlis resepsi Amar dan Sofia. Keluarga Sofia mula pelik bila kad jemputan ke majlis resepsi perkahwinan Amar dan Sofia tidak diberikan pada mereka. Yasmin pula bersungguh - sungguh memastikan persiapan perkahwinan Erina dan Amar berjalan lancar. Amar yang pergi berjumpa dengan ibunya itu untuk berbincang sesuatu terkejut melihat kad kahwinnya yang tertulis nama Erina dan mula marah - marah dan mengamuk. Amar tidak menyangka ibunya sanggup menipunya dan melakukan semua ini, Amar kemudian berlalu dari situ dengan perasaan marah. Dalam masa yang sama Erina datang ke tempat berkenaan dan berasa pelik dengan kelakuan Amar, namun ibu Amar menyakinkannya tidak ada apa - apa yang berlaku. Yasmin kemudian berasa risau jika Amar pulang ke rumah dan bertemu Sofia dan membawa Sofia lari dari rumah lalu Yasmin bergegas pulang ke rumah. Manakala Amar pula telah dipukul oleh beberapa orang dan pengsan disitu, dia kemudian dibawa ke hospital/

Yasmin yang sampai ke rumah berasa sedikit lega bila Amar belum sampai ke rumah dan Sofea masih tidak tahu apa - apa. Namun Yasmin juga pelik bila Amar lambat balik, tak lama kemudian Yasmin cuba berbincang dengan Sofia dan menceritakan pada Sofia mengenai pertunangan Amar dan Erina ketika kecil dan kebenarannya. Sofia kemudiannya berasa kecewa dan sedih lalu menangis di biliknya. Amar yang sedar di hospital terburu - buru ingin berjumpa dengan isterinya Sofia dan memberitahu ayahnya iaitu Rusdi (Edika Yusof) yang dirinya tidak mahu berkahwin dengan Erina dan dia mahu cepat - cepat berjumpa dengan Sofia. Apa yang bakal berlaku seterusnya.

Read More

28 Jun 2018

Sinopsis Drama Jangan Padam Rindu




Jangan Padam Rindu, Drama Jangan Padam Rindu, Drama Bersiri, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, TV Okey, RTM, Novel, Novel Jangan Padam Rindu, Sinopsis Jangan Padam Rindu, Drama 20 Episod, Jangan Padam Rindu Cast, Pelakon Drama Jangan Padam Rindu, Emma Maembong, Keith Foo, Arash Mohd, Catriona Ross, Isyariana, Mustaqim Bahadon, Nina Nadir, Chef Zam, 2018,
Sinopsis Drama Jangan Padam Rindu (RTM) Lakonan Emma Maembong dan Keith Foo

Drama Jangan Padam Rindu ini tengah hangat bersiaran di TV OKEY (RTM) saluran 109 Astro dan mempunyai 20 episod. Antara pelakon drama Jangan Padam Rindu ini adalah Emma Maembong, Keith Foo, Arash Mohd, Catriona Ross, Isyariana, Mustaqim Bahadon, Nina Nadir, Chef Zam dan ramai lagi. Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Jangan Padam Rindu karya novelis Rina Farizq. Selain itu drama Jangan Padam Rindu ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye, selamat membaca.
Jangan Padam Rindu, Drama Jangan Padam Rindu, Drama Bersiri, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, TV Okey, RTM, Novel, Novel Jangan Padam Rindu, Sinopsis Jangan Padam Rindu, Drama 20 Episod, Jangan Padam Rindu Cast, Pelakon Drama Jangan Padam Rindu, Emma Maembong, Keith Foo, Arash Mohd, Catriona Ross, Isyariana, Mustaqim Bahadon, Nina Nadir, Chef Zam, 2018,
Sinopsis Drama Jangan Padam Rindu

Mengisahkan Ellina (Emma Maembong) yang menyangka Tuan Haji Mizan (Arash Mohd) melamarnya untuk dijadikan isteri. Sudah semestinya dia tidak mahu bersuamikan lelaki tua. Ellina tidak mementingkan kebendaan meskipun dia sangat berkenan dengan telefon pintar yang Tuan Haji Mizan hadiahkan kepadanya. Tidak semudah itu Ellina akan jatuh hati dengan orang tua itu. Mujur Ellina dan Tuan Haji Mizan tidak pernah bertemu, hanya berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp. Ellina lebih rela Tuan Haji Mizan yang bertongkat itu menjadi bapa tirinya. Bagaimanapun, Ellina tiada pilihan dan terpaksa akur dengan takdir itu. Tiba hari pertunangan, dia terkejut melihat bakal suaminya orang lain yang merupakan orang yang dikenalinya dan merupakan anak tuan Haji Mizan iaitu Akid Fauzan (Keith Foo). Fauzan juga adalah orang yang sama yang pernah melukakan hati Ellina satu ketika dulu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?. 



Rasanya ada 3 drama lakonan Emma Maembong yang tengah bersiaran di TV Sekarang dan juga akan datang iaitu Drama Cik Sempurna di TV3, Drama Jangan Padam Rindu di RTM dan juga drama Pencuri Cinta Kelas Satu di Astro Oasis.
 Baca Online Novel Jangan Padam Rindu
Read More

26 Jun 2018

Sinopsis Drama Korea Switch: Change The World

Sinopsis Drama Korea Switch: Change The World, Korean Drama, Drama Korea, Drama Best, Korean Drama Switch : Change The World, Artis Korea, Pelakon, Watak, 2018, Korean Style, Suspen, Prosecutor, Con Man, Switch : Change The World Cast, Pelakon, Jang Keun Seuk, Han Ye Ri, Jung Woong In, Lee Jung Kil, Jo Hee Bong, Shin Do Hyun, An Seung Hwan, Kwon Hwa Woon, Song Won Seok,
Sinopsis Switch: Change The World - Korean Drama

Drama Korea Switch: Change The World antara drama Korea yang paling latest yang aku habis tengok. Jalan ceritanya best, laju, suspen dan ada banyak plot twist. Paling best sekali mestilah sebab ada Jang Geun Seuk dalam drama ini kan. Drama lakonannya sebelum itu iaitu Daebak / The Royal Gambler memang sangat best, drama terbarunya ini pun best juga. Pendek kata memang tak rugi layan drama ini. Jadi dalam entry ini aku akan share sinopsis drama ini serba sedikit okey, jadi selamat membaca ye.
Sinopsis Drama Korea Switch: Change The World, Korean Drama, Drama Korea, Drama Best, Korean Drama Switch : Change The World, Artis Korea, Pelakon, Watak, 2018, Korean Style, Suspen, Prosecutor, Con Man, Switch : Change The World Cast, Pelakon, Jang Keun Seuk, Han Ye Ri, Jung Woong In, Lee Jung Kil, Jo Hee Bong, Shin Do Hyun, An Seung Hwan, Kwon Hwa Woon, Song Won Seok,
Watak Pelakon Dalam Drama Switch: Change The World

Jang Keun Seuk sebagai Sa Do Chan / Baek Joon Soo
Han Ye Ri sebagai Oh Ha Ra
Jung Woong In sebagai Geum Tae Wong
Lee Jung Kil sebagai Choi Jung Pil
Jo Hee Bong sebagai Director Bong (ahli kumpulan Sa Do Chan)
Shin Do Hyun sebagai So Eun Ji (ahli kumpulan Sa Do Chan)
An Seung Hwan sebagai Jeon In Tae (ahli kumpulan Sa Do Chan)
Kwon Hwa Woon sebagai Jo Sung Doo
Song Won Seok sebagai Manager Kim (orang kanan Geum Tae Woong)



Sinopsis Drama Korea Switch: Change the World

Mengisahkan Sa Do Chan dan Baek Joon Soo yang mempunyai wajah yang seiras tapi mereka bukanlah kembar. Sa Do Chan adalah seorang penipu (con man) dan pakar dalam hal - hal penipuan, namun begitu Sa Do Chan hanya menipu orang - orang kaya yang jahat saja. Manakala Baek Joon Soo pula adalah seorang pendakwaraya yang tegas dan serius, personaliti mereka sangat berbeza kerana Sa Do Chan lebih ceria, peramah dan friendly berbanding Baek Joon Soo. Suatu hari ketika dalam perjalanan berjumpa dengan saksi penting kes kendaliannya, Baek Joon Soo telah dilanggar dengan sengaja dan keretanya jatuh ke dalam laut. Namun Baek Joon Soo sempat menyelamatkan dirinya dan keluar dari kereta itu namun dirinya cedera parah. Rakan setugasnya Oh Ha Ra yang juga seorang pendakwaraya telah menyembunyikan Baek Joon Soo untuk dirawat di satu tempat, bagi menghalang orang jahat membunuh Baek Joon Soo. Hal ini memaksa Oh Ha Ra dan orang atasannya Yang Ji Soong memaksa Sa Do Chan untuk menyamar menjadi Baek Joon Soo buat sementara waktu untuk menyelesaikan satu kes penting. Sa Do Chan awalnya tak nak terlibat tapi terpaksa mengikut arahan Oh Ha Ra kerana Oh Ha Ra mengugut akan menangkap ahli kumpulan Sa Do Chan.



Sa Do Chan tidak mempunyai masalah untuk menyamar sebagai pendakwaraya kerana dia seorang genius dan turut mempunyai ilmu dalam undang - undang. Malah cita - cita Sa Do Chan ketika kecil ingin menjadi pendakwaraya, namun dia terpaksa melupakan impiannya itu atas sebab - sebab tertentu. Sa Do Chan makin tertarik dengan kes yang dikendalikan oleh Baek Joon Soo kerana suspek utama kes berkenaan adalah Grizzly yang merupakan orang yang sama membunuh ayah Sa Do Chan. Sa Do Chan makin komited dan bersungguh - sungguh untuk menangkap Grizzly itu. Tak lama kemudian ada beberapa pihak mula mengesyaki ada orang menyamar sebagai Baek Joon Soo. Ketika keadaan makin terdesak Baek Joon Soo yang cedera itu mula sedar dan kembali menjadi pendakwaraya namun dia masih lemah dan tidak sihat. Kemudian Baek Joon Soo terpaksa menyuruh Sa Do Chan untuk terus berpura - pura menjadi dirinya sehinggalah kes tersebut selesai. Selepas itu mereka semua bersama - sama merancang untuk menangkap Grizzly atau Geum Tae Woong yang merupakan pemilik galeri. Mereka dah tahu Grizzly adalah nickname Geum Tae Woong, namun tak ada bukti kukuh untuk menangkap Geum Tae Woong.

Baek Joon Soo terpaksa berpura - pura jadi jahat dan bekerjasama dengan Geum Tae Woong, selepas itu Sa Do Chan pula berpura - pura menjadi Baek Joon Soo dan bekerjasama dengan Geum Tae Woong. Manakala Baek Joon Soo memantau segalanya dari rumah manakala Oh Ha Ra pula makin selesa dan serasi bekerjasama dengan Sa Do Chan. Keadaan mula menjadi rumit bila rahsia penyamaran antara B.Joon Soo dan S.Do Chan diketahui oleh Geum Tae Woong. Geum Tae Woong kemudiannya berazam untuk mengagalkan segala rancangan Baek Joon Soo dan S.Do Chan itu dan mencari jalan untuk membunuh mereka. Keadaan kesihatan Baek Joon Soo juga makin teruk, apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Read More

25 Jun 2018

Sinopsis Telemovie Mentari (TV3)




Mentari, Telemovie, Telefilem, Telemovie Mentari, Cerekarama, TV3, Sinopsis Telefilem Mentari, Telemovie Raya, 2018, Pengajaran, Mentari Cast, Pelakon Telemovie Mentari, Dato Rosyam Nor, Dato Adi Putra, Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Watak Dalam Telemovie Mentari, Firash, Khalid, Ikmal Fansuri, Mentari, Ending Telemovie Mentari, OST Mentari,
Sinopsis Telemovie Mentari TV3

Telemovie Mentari telah pun disiarkan pada 23 Jun yang lalu di slot Cerekarama TV3, antara pelakon telemovie Mentari ini adalah Dato Rosyam Nor, Dato Adi Putra, Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson dan ramai lagi. Nampaknya Syafiq Kyle dan Zahirah Macwilson bergandingan sekali lagi sebagai pasangan kekasih iaitu Firash dan Mentari dalam Telemovie Mentari arahan Rashid Sibir ini. Masih teringat lagi watak Hazran dan Athea dalam drama lakonan mereka sebelum ini hehehe. Dah 2 hari berturut - turut dapat menonton telemovie yang ada Dato Rosyam Nor berlakon, dua - dua telemovie pun best - best belaka dan ada pengajarannya buat penonton. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie mentari ini di bawah ye, selamat membaca okey..
Mentari, Telemovie, Telefilem, Telemovie Mentari, Cerekarama, TV3, Sinopsis Telefilem Mentari, Telemovie Raya, 2018, Pengajaran, Mentari Cast, Pelakon Telemovie Mentari, Dato Rosyam Nor, Dato Adi Putra, Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Watak Dalam Telemovie Mentari, Firash, Khalid, Ikmal Fansuri, Mentari, Ending Telemovie Mentari, OST Mentari,
Sinopsis Telemovie Mentari TV3

Mengisahkan Mentari (Zahirah Macwilson) yang ingin berkahwin dengan kekasih hatinya Firash (Syafiq Kyle), namun cinta mereka dihalang dan tidak direstui oleh bapa Mentari iaitu Ikmal Fansuri (Rosyam Nor). Ikmal Fansuri seboleh mungkin cuba menghalang anaknya dari berkahwin dengan Firash, malah Ikmal juga sengaja melayan Firash dengan kasar sehingga Firash menyangka Ikmal membencinya. Mentari dan Firash cuba memujuk dan menyakinkan Ikmal Fansuri untuk membenarkan mereka berkahwin tapi masih gagal. Firash kemudian menggunakan ibu bapanya untuk memujuk Ikmal Fansuri dan akhirnya Ikmal membenarkan mereka berkahwin walaupun hatinya berat nak melepaskan Mentari. Ikmal Fansuri kemudian bertemu dengan Khalid (Adi Putra) di masjid dan akhirnya berkawan baik. Ikmal kemudiannya meluahkan masalahnya pada Khalid mengenai anaknya Mentari yang bukan anak kandungnya tapi anak angkatnya saja. Namun Ikmal teringin sangat nak mewalikan Mentari ketika majlis akad nikah Mentari dan Firash nanti kerana Ikmal dah menganggap Mentari sebagai anak kandungnya sendiri.



Namun Khalid menasihatinya supaya jangan melakukannya kerana hukum tetap hukum dan Ikmal tidak dapat mewalikan anaknya itu kerana Ikmal hanyalah bapa angkat pada Mentari. Kemudian Ikmal juga menceritakan masalahnya pada Ikmal Fansuri mengenai dirinya yang merupakan bekas banduan dan ingin mencari anak saudaranya yang telah dijualnya ketika anak saudaranya itu masih kecil. Ikmal kemudian mengambil Khalid bekerja dengannya sebagai pemandu peribadinya. Kelihatan Mentari tidak begitu menyukai Khalid menjadi pemandu ayahnya itu. Tak lama kemudian Khalid telah dapat tahu dimana anak saudaranya itu tinggal, rupa - rupanya anak saudaranya itu adalah Mentari. Khalid bersemuka dengan Ikmal Fansuri dan memberitahu segala kebenaran mengenai Mentari yang merupakan anak saudaranya. Ikmal kemudian menjadi marah pada Khalid dan tetap dengan keputusannya untuk mewalikan Mentari serta memecat dan menghalau Khalid dari rumahnya itu. Walaubagaimanapun Mentari telah berada di depan pintu rumah dan melihat serta mendengar segala kebenaran mengenai dirinya.

Mentari kecewa dengan sikap dan tindakan ayahnya itu dan bertindak keluar dari rumahnya. Ikmal berasa menyesal dan bersalah pada Mentari, apa yang bakal berlaku seterusnya?..
Read More

24 Jun 2018

Sinopsis Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga (TV3)

Pendosa Ingin Ke Syurga, Telemovie, Telefilem, TV3, Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga, Sinopsis Telefilem Pendosa Ingin Ke Syurga, Kisah Sedih, Telemovie Raya, Pelakon Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga, Dato Rosyam Nor, Sherie Merlis, Raysha Rizrose, Fauziah Nawi, Alex Yanz, Poster, 2018, Pengajaran,
Sinopsis Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga (TV3)

Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga telah pun disiarkan di TV3 pada 22 Jun yang lalu, telemovie ini membariskan ramai pelakon hebat tanah air. Antara pelakon telemovie Pendosal Ingin Ke Syurga ini adalah Dato Rosyam Nor, Sherie Merlis, Raysha Rizrose, Fauziah Nawi, Alex Yanz dan ramai lagi. Selain itu telefilem Pendosa Ingin Ke Syurga ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Jalan cerita telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga ini agak berat juga tapi tetap menarik sebab jarang cerita melayu mengupas isu sebegini. Tambahan lagi agak jarang tengok Dato Rosyam Nor berlakon dalam telemovie sebab dia selalu terbitkan je dan selalu berlakon filem kan. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye, selamat membaca.



Sinopsis Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga

Abdullah (Rosyam Nor) berkahwin dengan Aishah (Sherie Merlis), namun disebabkan pendapatan bekerja di kampung tidak sebanyak mana, dia memutuskan untuk mencari rezeki di bandar pula. Abdullah ingin membawa isterinya Aishah mengikutnya ke bandar namun di halang oleh ibunya (Fauziah Nawi). Aishah kemudian terpaksa tinggal dengan ibu mertuanya di kampung itu, ibu mertua Aishah tidak begitu menyukai Aishah dan melayan Aishah dengan kasar namun Aishah hanya bersabar dengan kerenah ibu mertuanya itu. Abdullah yang berjanji akan kerap pulang ke kampung sudah tiada khabar berita, Aishah kemudiannya mengandung dan berharap Abdullah akan pulang secepat mungkin, namun sehinggalah anak mereka yang bernama Murni (Raysha Rizrose) dah besar pun, Abdullah tetap tidak balik ke kampung. Aishah terus membenci suaminya itu dan langsung tidak pernah menceritakan tentang Abdullah pada anaknya Murni. Murni yang makin dewasa mula memberontak dan akhirnya melarikan diri dari rumah untuk bekerja di bandar. Manakala Abdullah pula telah lupa diri setelah kaya dan dirinya kini dikenali dengan gelaran Shawn dan melakukan kerja - kerja haram.



Murni kemudian berkerja di kelab malam dan bertemu Shawn / Abdullah di situ tanpa mengetahui yang Shawn itu adalah bapa kandungnya. Begitu juga dengan Shawn yang langsung tidak pernah menyangka yang Murni adalah anak kandungnya. Mereka kemudiannya bercinta dan akhirnya berkahwin serta dikurniakan seorang anak lelaki. Tak lama kemudian Murni terkejut melihat perubahan Abdullah / Shawn yang mula mendekati agama dan ingin bertaubat. Disebabkan perubahan Abdullah, Murni juga mula insaf dan turut mengikut tindakan Abdullah untuk turut berubah dan mendekatkan diri dengan tuhan, malah Murni juga sudah berhijab. Abdullah juga sudah berhenti melakukan kerja - kerja haram dan berniat ingin meminta maaf pada isterinya dan ibunya yang berada di kampung. Murni juga teringat dan merindukan ibu dan neneknya di kampung, Murni kemudian mengajak Abdullah untuk pulang beraya di kampung nanti. Tak lama kemudian Abdullah terjumpa gambar Murni bersama ibunya Aishah yang tercicir di rumah, Abdullah terkejut melihat gambar itu dan mula berasa tidak sedap hati. Abdullah mengagak kemungkinan Aishah sudah berkahwin lain, tapi dia juga risau jika Murni adalah anaknya.

Ketika sampai di kampung, Abdullah pergi mencari Aishah dan Aishah terkejut melihat suaminya tiba - tiba muncul selepas 20 tahun menghilangkan diri. Abdullah menunjukkan gambar Murni dan Aishah dan menanyakan sama ada Aishah sudah berkahwin lain, namun Aishah mengatakan yang Murni adalah anak mereka berdua. Abdullah sangat terkejut dan merasa sangat berdosa, Abdullah kemudian pergi berjumpa dengan ustaz di kampung itu dan menerangkan segalanya, Abdullah menangis dan sangat menyesal, namun ustaz tersebut menyuruh Abdullah untuk pergi meminta maaf pada Ibunya, Aishah dan juga Murni. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

Read More

22 Jun 2018

Resepi Daging Masak Hitam Berempah

Resepi Daging Masak Hitam Berempah, Bahan - Bahan Untuk Membuat Daging Masak Hitam Berempah, Cara Penyediaan Daging Masak Hitam Berempah, Bahan - Bahan, Cara - Cara, Resepi, Masakan Melayu, Juadah Hari Raya, My Favorite Food, Food, Malay Food, Resepi Orang Kampung, Cara Memasak Daging Masak Hitam Berempah, 2018, Recipe,
Resepi Daging Masak Hitam Berempah

Kali ini aku nak share resepi Daging masak hitam berempah pula, tengok gambar di atas ini pun dah nampak sedap kan, rasa masakan tu lagilah sedap betul tak hehe. Apa pun gambar dan resepi ini credit to Facebook Resepi Orang Kampung. Daging Masak Hitam Berempah ini memang antara favorite aku juga, rasa lapar pula bila tengok gambar tu hehe. Daging Masak Hitam ini boleh disediakan pada bila - bila masa saja, tambah - tambah sekarang ini kan kita menyambut hari raya, jadi bolehlah dibuat untuk juadah hari raya kan. Apa pun selamat mencuba ye..



Resepi Daging Masak Hitam Berempah

Bahan - Bahan Untuk Membuat Daging Masak Hitam Berempah

800 gm daging - dipotong kepingan besar dan tebal.
1/2 cawan kicap manis
1 sudu besar lada hitam serbuk

Bahan untuk rempah :
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
3 biji bunga lawang

Bahan kuah :
6 -7 sudu besar cili kering - dikisar
2 ulas bawang besar - dikisar
1/4 cawan kicap pekat manis - ikut masin dan manis serta warna kuah
7-8 helai daun kari
2 batang serai - diketuk
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
 4 sudu besar minyak masak

Bahan kisar untuk tumis:
5-6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia



Cara Penyediaan Daging Masak Hitam Berempah

1. Daging diperap seketika bersama kicap dan serbuk lada hitam.
2. Masukkan daging dalam periuk, masukkan bahan rempah dan tuang sedikit air agak mentupi paras daging. Rebus sehingga daging betul betul lembut dan empuk. Tektur daging mestilah empuk dan mudah lerai.
3. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun kari dan serai sehingga wangi. Kemudian masukkan bawang besar kisar, cili kering kisar, serbuk ketumbar, jintan manis, dan jintan putih. Tumis sehingga cili betul-betul masak.
4. Masukkan daging yang direbus bersama rempah-rempah tadi juga bersama air rebusan (kalau air banyak jangan masuk semua). Masukkan kicap dan masak lagi sehingga kuah agak kering dan pekat. Rasa garam dan gula. Selalunya tak perlu tambah garam sebab kicap dah sedia masin dan manis.
5. Bila kuah dah pekat bolehlah diangkat dan hidangkan.
Read More

20 Jun 2018

Drama Andainya Takdir 2 Episod 1 & 2

Andainya Takdir 2, Drama Best, TV3, Drama Andainya Takdir 2, Drama Melayu, Drama Bersiri, Sinopsis Episod 1 dan 2, Sinopsis Drama Andainya Takdir 2, Andainya Takdir 2 Cast, Pelakon Drama Andainya Takdir 2, Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Neera Azizi, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, Putra Amaris, Annie Arifin, Dian P Ramlee, Anne Abdullah, 2018,
Sinopsis Drama Andainya Takdir 2 Episod 1 dan 2 (TV3)

Drama Andainya Takdir lakonan Shukri Yahaya dan Nina Iskandar pernah mencetuskan fenomena di TV3 pada tahun lalu dan kini drama ini kembali dengan musim kedua. Drama Andainya Takdir 2 ini masih mengekalkan pelakon yang sama seperti musim yang terdahulu dan diserikan juga dengan pelakon dan watak yang baru untuk membuatkan Drama Andainya Takdir 2 makin menarik.



Watak Pelakon


Shukri Yahaya sebagai Airil
Nina Iskandar sebagai Fatihah

Puteri Balqis sebagai Aleya

Syazuwan Hassan sebagai Hafiz

Mas Khan sebagai Nizam

Neera Azizi sebagai Sofea

Sheila Mambo sebagai Normah

Idris Md Diah sebagai Jalal

Rosnah Mat Haris sebagai Limah

Dian P Ramlee sebagai Salmah

Annie Ariffin sebagai Norlin
Farahdhiya sebagai Rogayah
Adiba Yunus sebagai Liza
Erry Putra sebagai Muhsin
Putra Amaris sebagais Rozali 
Anne Abdullah sebagai Siah
Jasmine Ashraff sebagai Kak Long

Sinopsis Drama Andainya Takdir 2 Episod 1 dan 2

Mengisahkan tentang Airil yang sudah bercerai dengan Fatihah, namun Airil masih tidak berputus asa mencari jalan untuk memujuk Fatihah untuk kembali padanya dan rujuk semula. Namun Fatihah sudah serik untuk hidup bersama dengan Airil, malah dia juga tidak yakin yang Airil sudah sembuh dengan penyakit barannya itu. Airil terpaksa menyuruh anaknya Aleya untuk memujuk Fatihah supaya menerimanya kembali. Airil juga sentiasa memerhatikan gerak - geri dan gelagat Fatihah dari jauh dan masih berasa sangat marah bila ternampak Fatihah berbual - bual dengan lelaki lain. Muhsin juga masih cuba untuk mengorat Fatihah namun Fatihah sangat bencikan Muhsin kerana Muhsin antara penyebab dia bercerai dengan Airil. Airil juga turut memberikan amaran pada Muhsin supaya tidak menggangu Fatihah lagi. Airil juga sering mencari peluang untuk meluangkan masa bersama bekas isterinya dan anaknya itu namun Fatihah sedar itu semua rancangan Airil yang cuba memujuknya. Sejak bercerai, Fatihah mula sibuk dengan kerja - kerjanya dan tidak sempat meluangkan masa yang cukup dengan anaknya Aleya. Malah Aleya juga menginginkan ayahnya dan ibunya bersatu kembali.



Aleya sentiasa berpakat dengan ayahnya itu untuk memujuk ibunya sekaligus menyatukan mereka berdua kembali. Kadang - kadang Fatihah jadi lembut hati dan terfikir sama ada dia patut menerima Airil semula. Namun orang - orang di sekeliling Fatihah sentiasa menasihati Fatihah supaya tidak kembali pada Aiirl lagi. Mak Airil iaitu Normah masih dengan perangai lamanya suka marah - marah dan cemburu buta manakala adik bongsu Airil iaitu Norlin pula telah diceraikan suaminya Rahmat. Rahmat kini sudah mempunyai isteri baru dan telah mendapat anak, manakala Norlin pula masih tidak dapat move on dan melupakan bekas suaminya itu. Fatihah telah mendapat projek baru dan sering berurusan dengan Nizam dan Nizam juga turut menawarkan Fatihah untuk bekerja dengannya di Terengganu namun Fatihah menolak tawaran itu dengan baik. Manakala Airil pula tidak dapat mengawal perasaan marah dan cemburu melihat Fatihah yang kelihatan rapat dengan Nizam mula bertindak di luar kawalan dengan menyerang dan memukul Nizam. Fatihah yang geram melihat kelakuan Airil mengugut Airil yang dirinya akan berpindah dan bekerja ke Terengganu jika Airil masih berkelakuan seperti itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Read More

18 Jun 2018

Telemovie Raya - Jihan Nak Disiplin Anak

Telemovie, Telefilem, Telemovie Raya, Telemovie Jihan Nak Disiplin Anak, 2018, Sinopsis Jihan Nak Disiplin Anak, Pelakon, Jihan Muse, Ungku Hariz, Rania Humaira, Haeriyanto Hassan,
Sinopsis Telemovie Jihan Nak Disiplin Anak (Telemovie Raya)

Selalunya tiap - tiap tahun memang akan ada telemovie tentang Jihan ni dari belum kahwin sampailah yang terbaru dah ada anak hehe. Telemovie Jihan Nak Disiplin Anak ini dah disiarkan di Astro Citra pada hari raya yang kedua, jam 9 malam. Antara pelakon telemovie Jihan Nak Disiplin Anak ini adalah Jihan Muse, Ungku Hariz, Rania Humaira, Haeriyanto Hassan dan ramai lagi. Lawak juga telemovie ini terutamanya telatah adik comel Rania Humaira yang melakonkan watak Princess yang sangat diva okey hehe. Mak bapa Princess ni pula terlalu manjakan anak sampai diorang yang takut dan pening dengan kerenah Princess ni hehe. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye..

Sinopsis Telemovie Jihan Nak Disiplin Anak (Telemovie Raya)



Mengisahkan Jihan dan Roslan yang sudah mempunyai seorang anak berusia 6 tahun yang digelar sebagai "Princess". Jihan dan Roslan terlalu manjakan anak mereka dan sentiasa mengikut segala kemahuan anak mereka itu. Jihan dan Roslan juga dah mendedahkan anak mereka dengan dunia media sosial, gadget canggih serta alat solek dan menggalakkan princess bercakap dalam bahasa Inggeris. Mereka sekeluarga juga sangat aktif di media sosial terutamanya Instagram. Konflik bermula apabila mak mertua Jihan mengkritik Jihan di media sosial kerana Jihan dan Roslan dah lama tak pulang beraya di kampung. Jihan kemudiannya berazam akan pulang beraya di kampung untuk tahun ini walaupun tahu Princess akan memberontak tak nak balik beraya di kampung. Jihan dan Roslan cuba bertegas dengan Princess tapi tak berjaya, Princess juga sengaja merosakkan kereta ayahnya bagi menghalang mereka pulang ke kampung.



Jihan dan Roslan cuba mendapatkan bantuan khidmat nasihat pakar kanak - kanak yang bernama Mr Chee bagi membantu mereka mengawal tingkah laku Princess yang semakin teruk. Mr Chee menasihatkan mereka supaya merampas ipad dan segala gadget canggih kepunyaan Princess. Tak lama kemudian Princess membuat keputusan drastik untuk keluar dari rumah sebagai tanda protes untuk pada ibu dan ayahnya. Princess kemudiannya tinggal di sebuah motel dan sering mengganggu Receptionist di hotel tersebut dengan pelbagai soalan dan kerenah divanya. Manakala Jihan dan Roslan pula panik mencari Princess yang hilang. Apa yang berlaku seterusnya?.
Read More

15 Jun 2018

Episod 19 Drama Nur TV3 - Episod Akhir

Nur, Drama Nur, Slot Samarinda, TV3, Sinopsis Drama Nur, Episod Akhir Drama Nur, Episod 19, Episod 19 Drama Nur, 2018, Drama Bulan Ramadan, Ending Drama Nur, Sinopsis Episod Akhir Drama Nur, Sinopsis Episod 19 Drama Nur, Pelakon Drama Nur, Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah, 2018,
Episod Akhir Drama Nur (episod 19)

Akhirnya tamat sudah drama Nur ini, nasib baik ending drama Nur ini happy ending, jadi tak adalah penonton nak rasa marah ke apa ke kan hehe. Ikutkan rasa tak cukup je 19 episod kan, kan best kalau drama Nur ni ada banyak episod sikit kan. Apa pun jom tengok sinopsis Drama Nur episod akhir di bawah ini ye.

Watak dan Senarai Pelakon Drama Nur

  • Amyra Rosli sebagai Nur
  • Syafiq Kyle sebagai Ustaz Adam
  • Riena Diana sebagai Dr Qhadeeja
  • Laila Nasir sebagai Mona
  • Noorkhiriah sebagai Aishah
  • Azhan Rani sebagai Ustaz Syed Hamadi
  • Jalaludin Hassan sebagai Datuk Ayah Haji Mukhsin
  • Fatimah Abu Bakar sebagai Datin Ibu Hajah Musalmah
  • Raja Atiq sebagai Amirul
  • Zaidi Omar sebagai Datuk Tajuddin
  • Elmy Moin sebagai Marzuki
  • Mathni Razak sebagai Dr Mukhriz
  • Kuna Muzani sebagai Datin Orkid
  • Jijie Zainal sebagai Jojo



Sinopsis Episod 19 Drama Nur TV3 - (Episod Akhir)

Nur keguguran manakala Adam pula bersikap pelik dan dingin terhadap Nur, Adam juga kelihatan benci dengan Nur serta sering memarahi Nur. Nur menyangka Adam bersikap demikian kerana kecewa dirinya keguguran. Ibu Adam berasa menyesal dan menyalahkan dirinya, Aishah juga berasa sedikit bersalah, tambahan lagi Nur langsung tidak memburukkan dirinya pada keluarganya kerana menjadi penyebab Nur keguguran. Seluruh keluarga Adam berasa pelik dengan sikap Adam kerana melayan Nur dengan kasar dan makin terkejut apabila Adam menceraikan Nur secara tiba - tiba. Ketika Nur mengemaskan pakaian untuk keluar dari rumah, ibu Adam datang berjumpa dengannya untuk meminta maaf dan berjanji akan memujuk Adam untuk rujuk dengan Nur. Selepas keluar dari rumah itu, Nur berusaha untuk mencari ibunya, Mona. Nur ke rumah lama mereka dan terkejut apabila mengetahui Marzuki dah jual rumahnya dan Marzuki juga dah mati dibunuh oleh kumpulan kongsi gelap. Kemudian Nur pergi berjumpa dengan kawannya yang bernama Jojo dan Jojo juga tidak tahu dimana ibu Nur berada kerana ibu Nur telah lari keluar dari rumahnya.



Nur tidak berputus asa untuk mencari ibunya dan akhirnya berjumpa dengan ibunya yang pengsan di satu lorong yang merupakan tempat dimana Nur selalu solat subuh disitu. Nur sempat bertemu dan bercakap dengan ibunya buat kali terakhir sebelum ibunya meninggal dunia. Adam pula telah datang ke rumah Qhadeeja dan memberitahu Qhadeeja dia benci pada Nur, dia berasa menyesal kerana kahwin dengan Nur dan tidak mengikut cakap ibunya dan kakaknya Aishah. Qhadeeja berasa pelik dengan sikap Adam yang tiba - tiba boleh bencikan Nur sebegitu rupa. Qhadeeja berasa ada sesuatu yang tak kena dengan Adam lalu pergi ke rumah Adam untuk berjumpa dengan keluarga Adam untuk memberitahu mereka mengenai sikap Adam itu. Manakala Aishah pula terjumpa sesuatu di poket seluar suaminya iaitu Hamadi dan Aishah yakin yang Hamadi telah membomohkan Adam untuk merosakkan hubungan Adam dan Nur. Aishah kemudiannya terus bergegas ke rumah ayahnya dan memberitahu semua kebenaran pada ayahnya. Aishah turut memberitahu semua perbuatan buruk suaminya pada ayahnya dan turut meminta maaf. Haji Mukhsin kemudian menampar Aishah dan tak menyangka perangai Aishah begitu.

Haji Mukhsin kemudian menyuruh Amirul untuk menggeledah bilik Adam dan Nur untuk mencari apa - apa barang pelik yang ada di bilik itu. Amirul kemudian berjumpa suatu barang pelik di situ dan membawa barang tersebut pada ayahnya. Haji Mukhsin kemudiannya telah berjaya mematahkan sihir dari barang itu dan perangai Adam kembali pada normal dan terus teringatkan pada Nur. Ustaz Yassin telah membawa polis untuk menangkap Hamadi atas semua kesalahan jenayahnya. Manakala Nur telah tinggal di rumah lamanya dan turut menggunakan rumahnya sebagai kelas mengaji percuma. Tak lama kemudian Adam datang ke rumah tersebut untuk bertemu dengan Nur, Adam meminta maaf atas segala kesalahannya pada Nur dan Nur memahami keadaan Adam dan akhirnya Adam dan Nur rujuk semula.
Read More

14 Jun 2018

Sinopsis Drama Nur Episod 18 (TV3)

Nur, Drama Nur, Slot Samarinda, TV3, Sinopsis Drama Nur, Episod 18, Sinopsis Drama Nur Episod 18, Pelakon Drama Nur, Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah, 2018,
Sinopsis Drama Nur Episod 18 (TV3)

Drama Nur ini memang sentiasa trending dan popular serta menjadi kegemaran ramai, So kali ini aku straight to the point untuk share sinopsis Drama Nur lakonan Amyra Rosli dan Syafiq Kyle untuk episod 18 yang merupakan episod second last. Episod 18 Drama Nur ini memang berjaya buat penonton berasa marah dan geram okey. Apa pun jom tengok senarai pelakon drama Nur ini di bawah ye..
  • Amyra Rosli sebagai Nur
  • Syafiq Kyle sebagai Ustaz Adam
  • Riena Diana sebagai Dr Qhadeeja
  • Laila Nasir sebagai Mona
  • Noorkhiriah sebagai Aishah
  • Azhan Rani sebagai Ustaz Syed Hamadi
  • Jalaludin Hassan sebagai Datuk Ayah Haji Mukhsin
  • Fatimah Abu Bakar sebagai Datin Ibu Hajah Musalmah
  • Raja Atiq sebagai Amirul
  • Zaidi Omar sebagai Datuk Tajuddin
  • Elmy Moin sebagai Marzuki
  • Mathni Razak sebagai Dr Mukhriz
  • Kuna Muzani sebagai Datin Orkid
  • Jijie Zainal sebagai Jojo




Sinopsis Drama Nur Episod 18 (TV3)

Aishah pergi ke rumah Qhadeeja untuk pergi berjumpa dengan ibu Qhadeeja iaitu Datin Orkid bagi meminta bantuan kewangan. Aishah juga turut memburuk - burukkan isteri Adam iaitu Nur pada Datin Orkid, akhirnya datin Orkid bersetuju untuk membantu Aisyah tapi dengan satu syarat iaitu Adam harus berkahwin dengan Qhadeeja dan perlu menceraikan Nur. Suami Aishah iaitu Ustaz Hamadi pergi ke rumah bapa mertuanya iaitu Haji Mukhsin dan terkejut melihat Nur di situ. Hamadi kemudian mula tidak tentu arah apabila mengetahui Nur tinggal di rumah itu, Hamadi juga turut menafikan yang dia terlibat dalam sebarang kes pecah amanah yang berlaku dalam Darul Mukhsin sebaliknya menyalahkan ustaz Yassin sepenuhnya. Hamadi juga berani mendekati Nur walaupun dia berada di rumah bapa mertuanya. Sementara itu Nur yang ingin pergi mencari ibunya dihalang oleh ibu Adam dan tak mengizinkan Nur keluar rumah. Ibu Adam turut menyuruh Aishah mengunci pintu rumah bagi mengelakkan Nur keluar dari rumah dan pergi mencari ibunya. Aishah mula geram dengan perangai suaminya yang seolah - olah gilakan Nur.



Mak Nur iaitu Mona dan Jojo datang ke rumah Adam untuk berjumpa Nur tapi dihalang oleh Aishah, dia juga turut menghalau Mona dan Jojo. Disebabkan geram, Aishah turut menolak Nur sampai jatuh dan kemudian mengunci pintu bilik Nur. Disebabkan hal tersebut Nur keguguran, namun Nur langsung tidak memberitahu perkara sebenar mengenai perbuatan Aishah dan mak mertuanya pada Adam atau pun Haji Mukhsin. Apa yang berlaku seterusnya?
Read More

13 Jun 2018

Episod 17 Drama Nur Lakonan Syafiq Kyle & Amyra Rosli

Nur, Drama Nur, Slot Samarinda, TV3, Sinopsis Drama Nur, Episod 17, Sinopsis Drama Nur Episod 17, Pelakon Drama Nur, Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah, 2018,
Sinopsis Episod 17 Drama Nur Lakonan Syafiq Kyle & Amyra Rosli

Diam tak diam dah nak habis dah drama Nur yang disiarkan di slot Samarinda TV3 ini, Drama Nur ini hanya mempunyai 19 episod sahaja okey. Antara pelakon - pelakon drama Nur ini adalah Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah dan ramai lagi. So dalam entry ini aku nak share sinopsis drama Nur untuk episod 17, untuk episod - episod yang sebelum ini, korang boleh baca dekat ➔ SiNi.. atau pun klik je label yang ada nama drama ini atau pun search je di kotak search yang ada di sidebar blog ini okey.



Sinopsis Episod 17 Drama Nur Lakonan Syafiq Kyle & Amyra Rosli

Haji Mukhsin, Adam dan Amirul ke lorong tersebut kemudian membuat video dan menerangkan perkara sebenar kepada umum. Marzuki berasa amat marah dengan video yang dibuat oleh Adam kerana dia tidak dapat mengugut Adam lagi untuk meminta wang seperti yang dijanjikan sebelum ini. Marzuki kemudian secara senyap - senyap menjual rumah ibu Nur dan hal tersebut tidak diketahui oleh ibu Nur. Tak lama kemudian Marzuki menghalau ibu Nur keluar dari rumah tersebut dan ibu Nur terpaksa hidup merempat. Nur kemudian disahkan mengandung, Adam dan haji Mukhsin berasa sangat gembira dengan berita tersebut, namun perasaan mak Adam bercampur baur dengan berita tersebut. Adam kini telah bekerja di Darul Mukhsin, dia mendapati ada banyak perkara yang pelik dan mengelirukan berlaku di Darul Mukhsin itu terutamanya tentang duit dan akaun Darul Mukhsin itu. Syed Hamadi juga sempat bergaduh besar dengan Adam kerana dia berasa stress yang Adam tiba - tiba campur tangan dalam hal pengurusan. 



Manakala ceti haram / along pula gigih mencari Syed Hamadi untuk menuntut hutang, mereka juga sempat mengugut isteri Syed Hamadi iaitu Aishah. 
Akibat takut dibunuh oleh Along tersebut, Syed Hamadi terpaksa berterus terang dan meminta bantuan isterinya Aishah untuk melangsaikan segala hutangnya itu. Aishah berasa sangat marah dan tertekan dengan perangai suaminya itu. Aishah kemudiannya pergi ke rumah keluarga Qhadeeja untuk meminta bantuan. Manakala Adam pula menceritakan segalanya yang berlaku di Darul Mukhsin pada ayahnya dan Haji Mukhsin kemudiannya menelefon Syed Hamadi dan menyuruhnya untuk datang ke rumah untuk berbincang. Apa yang bakal berlaku seterusnya?
Read More


My Random Post