Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan

21 Jul 2020

Resepi Kek Cheese Leleh




Kek Cheese Leleh, Resepi Kek Cheese Leleh, Cake, Cheese Cake,

Kek Cheese Leleh memang antara kek yang viral dan disukai oleh ramai orang, siapa ja yang tak suka kek Cheese Leleh ni kan, cara nak buat pun senang juga. Jadi dalam entry ini aku nak share resepi Kek Chesee Leleh yang konform sedap punya. Selamat mencuba okey..

Bahan - Bahan Kek Cheese Leleh

*2 biji telur gred A
1 cawan tepung gandum
*1/2 cawan gula
*2 sudu susu pekat
*1sb ovalate
2sb susu tepung
1sk baking powder
1sk soda birkabonat
*1sk esen vanilla
1/4 cawan minyak masak




Cara - cara nak buat Kek Cheese Leleh

- Blender bahan bertanda * hingga putih gebu.
- Ayak tepung, baking powder dan soda birkabonat.
- Satukan adunan yg dah diblander gebu tadi bersama bahan ayak. Masukkan susu tepung.
- Last skali letak minyak masak dan gaul sebati.
- Tuang adunan dalam aluminium foil atau loyang. Guna bekas aluminium kecil tu kukus dalam 20 atau 25 minit je. Guna acuan plastik pun boleh juga. masa kukus sama.
- Guna loyang 30 atau 40 minit atau hingga masak.

Topping Kek Cheese Leleh :
150g cream cheese
1 cawan whipping cream
1/2 cawan susu pekat
Cheddar cheese - diparut secukupnya

Cara-cara :
- Blender sampai sebati je. Jangan lama2 ok.
- Bila kek dah sejuk, belah kek kepada 2 bahagian. Letak topping sedikit di tengah pastu tutup balik baru tuang habis topping tadi.
- Last skali boleh tabur cheddar cheese banyak mana korang nak.
- Simpan kejap dalam 1 jam di peti sejuk pastu dah boleh makan.

P/s - gambar dan resepi diatas credit pada owner resepi ini ye..

Read More

28 Mac 2020

Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai




Resepi, Recipe, Ketam, Masak Ketam, Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai,

Dekat Media Sosial memang ramai yang update status tentang masakan dan makanan. So hari ini aku nak share resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai. Mana tau kot - kot ada yang beli ketam tapi tak tau nak masak apa kan, jadi bolehlah try resepj ini kan. Apa pun gambar dan resepi di atas credit pada ownernya. Selama mencuba ya..




Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai

Bahan-bahan :-
-Ketam🦀
-1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg)
-10 keping Daun limau purut
-Daun Ketumbar
-Cili api (saya tak guna pun)
-Bawang Merah blend
-Bawang Putih blend
-Halia blend
-Asam Keping
-2 Sudu Serbuk Kari
-3 Sudu Cili Giling
-2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi)
-Gula & Garam sedikit
Cara Memasak :-
-Rebus ketam
-Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti
-Panaskan minyak
-Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau
-Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai.
-Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana
-Masukkan asam keping, gula dan garam.
-Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut.
-Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati
-Enjoyyy

Read More

19 Nov 2019

Resepi Ikan Masak Asam Yang Sedap




Ikan Masak Asam, Menu, Masakan, Makanan, Resepi, Recipe, Resepi Ikan Masak Asam,

Ikan Masak Asam ini antara menu kegemaran aku juga, senang nak masak, bahan - bahan nak masak pun memang ada kat rumah je. So aku share resepi Ikan Masak Asam ini di entry ini, credit pada owner resepi dan selamat mencuba okey..



Resepi Ikan Masak Asam
Bahan - Bahan
Ikan (ikan apa pun boleh, sila goreng dulu)
1 biji cili kering potong
1 ulas bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
2 hirisan halia
2 sudu air asam jawa
½ cwn air
1 sudu gula
Secubit garam
Secubit secukup rasa
Bahan hiasan2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 biji cili api
Bawang besar potong bulat
Cara Nak Masak
Tumis bahan - bahan hiris bersama halia dan cili kering. Bila dah garing masukkan air asam dan air. Masak smpai didih dan masukkan bahan hiasan. Bila dah agak layu masukkan ikan dan perasakan..
Kredit Resepi : munierah rohanie

Jom Baca ini juga ➔ Resepi Daging Blackpepper

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

22 Jun 2018

Resepi Daging Masak Hitam Berempah

Resepi Daging Masak Hitam Berempah, Bahan - Bahan Untuk Membuat Daging Masak Hitam Berempah, Cara Penyediaan Daging Masak Hitam Berempah, Bahan - Bahan, Cara - Cara, Resepi, Masakan Melayu, Juadah Hari Raya, My Favorite Food, Food, Malay Food, Resepi Orang Kampung, Cara Memasak Daging Masak Hitam Berempah, 2018, Recipe,
Resepi Daging Masak Hitam Berempah

Kali ini aku nak share resepi Daging masak hitam berempah pula, tengok gambar di atas ini pun dah nampak sedap kan, rasa masakan tu lagilah sedap betul tak hehe. Apa pun gambar dan resepi ini credit to Facebook Resepi Orang Kampung. Daging Masak Hitam Berempah ini memang antara favorite aku juga, rasa lapar pula bila tengok gambar tu hehe. Daging Masak Hitam ini boleh disediakan pada bila - bila masa saja, tambah - tambah sekarang ini kan kita menyambut hari raya, jadi bolehlah dibuat untuk juadah hari raya kan. Apa pun selamat mencuba ye..



Resepi Daging Masak Hitam Berempah

Bahan - Bahan Untuk Membuat Daging Masak Hitam Berempah

800 gm daging - dipotong kepingan besar dan tebal.
1/2 cawan kicap manis
1 sudu besar lada hitam serbuk

Bahan untuk rempah :
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
3 biji bunga lawang

Bahan kuah :
6 -7 sudu besar cili kering - dikisar
2 ulas bawang besar - dikisar
1/4 cawan kicap pekat manis - ikut masin dan manis serta warna kuah
7-8 helai daun kari
2 batang serai - diketuk
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
 4 sudu besar minyak masak

Bahan kisar untuk tumis:
5-6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia



Cara Penyediaan Daging Masak Hitam Berempah

1. Daging diperap seketika bersama kicap dan serbuk lada hitam.
2. Masukkan daging dalam periuk, masukkan bahan rempah dan tuang sedikit air agak mentupi paras daging. Rebus sehingga daging betul betul lembut dan empuk. Tektur daging mestilah empuk dan mudah lerai.
3. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun kari dan serai sehingga wangi. Kemudian masukkan bawang besar kisar, cili kering kisar, serbuk ketumbar, jintan manis, dan jintan putih. Tumis sehingga cili betul-betul masak.
4. Masukkan daging yang direbus bersama rempah-rempah tadi juga bersama air rebusan (kalau air banyak jangan masuk semua). Masukkan kicap dan masak lagi sehingga kuah agak kering dan pekat. Rasa garam dan gula. Selalunya tak perlu tambah garam sebab kicap dah sedia masin dan manis.
5. Bila kuah dah pekat bolehlah diangkat dan hidangkan.
Read More

12 Jun 2018

Resepi Udang Masak Diraja




Resepi Udang Masak Diraja, Resepi, Makanan, Cara - Cara, Bahan - Bahan, Raya, 2018, Juadah Istimewa Hari Raya, Sedap, Prawn, Recipe,
Resepi Udang Masak Diraja

Diam tak diam, dah nak raya dah, so kali ini aku nak share resepi Udang Masak Diraja pula, tengok gambar saja dah yakin mesti masakan ini sedap kan. Mana tahu boleh dijadikan juadah istimewa di hari raya nanti ke kan. Apa pun jom tengok resepinya di bawah ini, selamat mencuba.


Bahan - Bahan untuk dikisar :
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
5 batang lada cili
3 sudu lada kering kisar

Bahan - Bahan lain :
Udang galah / udang kulit putih etc
2 batang serai dititik
Daun kunyit dihiris halus
2 keping Asam keping 
Garam dan gula sesedap rasa
1 cawan santan pekat



Cara - Cara Memasak 

Tumiskan barang yg dikisar, bila minyak naik masukkan serai dan asam keping, kemudian masukkan udang yang telah dibasuh dan ditaburkan garam. Gaulkan sehingga sebati. Last sekali masukkan santan pekat, gaulkan dan masukkan daun kunyit, garam sikit dan gula bagi yang gantikan ajinomoto. Masak jangan lama sangat, nanti udang tak fresh.

Gambar dan Resepi di atas credit to Maheran Nor Sabarina Salim
Read More

8 Jun 2018

Resepi Kek Batik Lembut

Kek Batik, Resepi Kek Batik Lembut, Cara - Cara Membuat Kek Batik, Bahan - Bahan, Cara Penyediaan Kek Batik Lembut, Resepi, Resipi, Raya, 2018,
Resepi Kek Batik Lembut

Kali ini aku nak share satu resipi yang merupakan kegemaran aku iaitu resepi Kek Batik Lembut. Kek Batik ini memang popular dan mudah untuk disediakan, tak payah nak bakar atau kena guna oven sebaliknya hanya perlu sejukkan dalam peti ais saja. Sangat mudah bukan, bahan - bahan yang digunakan untuk membuat Kek Batik ini juga senang didapati dan boleh disediakan pada bila - bila masa, sama ada di bulan Ramadan, musim perayaan mahu pun di hari - hari biasa. Jadi jom tengok resepi tersebut di bawah ini ye, gambar dan resepi ini credit pada ownernya, selamat mencuba.

Bahan - Bahan untuk Resepi Kek Batik Lembut

250gm Buttercup
1 cawan susu pekat
2 cawan air kosong
2 biji telur- di pukul 
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan milo
3/4 cawan nestum original
2 sudu besar serbuk coklat
600gm Biskut Marrie



Cara - Cara Untuk Membuat Kek Batik Lembut

1. Cairkan Butter dalam periuk dengan api sederhana. 
2. Masukkan susu pekat & kacau guna whisk. 
3. Masukkan air, Milo dan serbuk koko dalam periuk.
Gaul hingga sebati, pastikan tiada milo yang berketul-ketul.
4. Masukkan telur & esen vanilla dalam periuk, gaul sebati. 
5. Masukkan nestum, gaul sekata sehingga adunan jadi likat. Padamkan api. 
6. Alas loyang dengan aluminium foil @ plastik. Saya guna loyang 8x8'.
7. Masukkan lebih kurang 1 senduk adunan coklat tadi ke dalam loyang. Susun biskut marrie selapis demi selapis berselang- selikan dgn coklat tadi. Setelah selesai layerkan coklat & biskut tadi, tekan2 dengan senduk untuk padatkan kek. Tabur nestum. 
8. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam hingga keras. Dah sejuk, telengkupkan loyang untuk keluarkan kek dan potong.
Selamat mencuba

Kredit Resepi: Rodziah Ghazali



Read More

21 Dis 2017

Ayam Goreng McD Spicy

Ayam Goreng McD Spicy, McDonald's, Burger Spicy Chicken McDeluxe, Fast Food, My Favorite Food, McDelivery, Makanan, 2017,
Ayam Goreng McD Spicy

Teringat masa zaman aku sekolah menengah dulu, especially masa tingkatan enam dulu, dari sekolah untuk pulang ke rumah, kena naik bas awam. Kalau bas awam tu masuk ke dalam kawasan rumah aku, senanglah sikit, tak payah nak jalan jauh. Tapi selalunya aku dan kawan aku akan naik bas awam yang lain, sebab lebih cepat sampai, cuma kena jalan jauh sikitlah. Selalunya masa jalan kaki, lepas turun dari bas itu, kami akan singgah ke pusat beli belah yang berdekatan di rumah aku sebagai jalan pintas, sambil dapat merasa penghawa dingin dan sejukkan badan sikit. Dulu di tepi pusat beli - belah tersebut akan ada restoran McDonald's  jadi senanglah kalau teringin nak makan McD boleh jalan kaki untuk ke McDonald's itu. Tak lama kemudian Restoran McDonald's itu tutup terus, diikuti dengan pusat membeli - belah itu juga. Pusat Beli - Belah itu telah bertukar lokasi yang lebih strategik dan lebih jauh dari rumah aku. Jadi nak beli barang sekarang lebih susah sebab semua tempat jauh - jauh. Kalau ada motor senanglah sikit, tapi kalau jalan kaki, memang sakit kakilah jawabnya.



Restoran McDonald's pun lagilah jauh dekat Tesco sana tu, jadi payahlah nak ke Restoran McDonald's itu seperti dulu - dulu. Tapi nasiblah sekarang ini dah ada McDelivery, jadi kalau kadang - kadang teringin nak makan apa - apa menu dekat McDonald'd itu, cuma perlu order online saja. Dalam banyak - banyak menu dekat McD itu, aku paling suka Ayam Goreng McD yang rasa spicy itu, sedap betul, selalunya kalau order, aku akan order 4 ayam. Kalau ada duit lebih, order 5 teruslah hahaha. Tapi biasalah kalau order online ini harganya lebih mahal sikit, berbanding kalau korang makan di restoran McD itu, sebab campur sekali dengan GST dan kos penghantaran. Selalunya kalau aku teringin, barulah order, kadang - kadang aku order 2 ayam goreng McD beserta dengan 1 Burger saja, ada banyak pilihan burger, tapi selalunya aku pilih Burger Spicy Chicken McDeluxe saja. 
Ayam Goreng McD Spicy, McDonald's, Burger Spicy Chicken McDeluxe, Fast Food, My Favorite Food, McDelivery, Makanan, 2017,
Pernah sekali tu, aku teringin nak makan Ayam Goreng McD Spicy yang panas - panas itu, tapi waktu itu hujan renyai - renyai. Jadi kalau korang nak order juga, korang kena tunggu lama sikitlah, tak silap aku, aku order dalam pukul 7.45 malam dan aku kena buat pesanan awal dan dua jam lepas itu baru ianya akan dihantar. Tunggu punya tunggu, dalam pukul 11.45 baru diorang nak hantar pesanan aku itu hahaha. Kemudian orang yang nak hantar pesanan aku itu telefon aku dalam 2 kali juga sebab tak jumpa rumah hahaha. Tapi nasib akhirnya jumpa dan nasib ayam itu panas - panas lagi. Dalam pukul 12.10 am baru dapat makan Ayam Goreng tersebut. Jadi kesimpulannya, kalau korang order waktu sedang hujan kenalah sabar menunggu ye hehehe. Apa pun i love Ayam Goreng McD Spicy, hope nanti - nanti McDonalds boleh bagi diskaun ke, apa ke untuk sesiapa yang rajin order guna McDelivery itu.

Read More

8 Dis 2017

KFC CHIZZA

KFC CHIZZA, Review KFC Chizza, Menu Terbaru KFC, KFC, KFC Delivery, Ayam And Pizza, Kentucky Fried Chicken, Snake Plate, Dinner Plate, Ayam Spicy, Ayam Original, Ayam Set A, Ayam Set B, KFC Chizza Review,
Review KFC Chizza

KFC CHIZZA adalah gabungan Ayam dan Pizza dan merupakan antara menu terbaru di KFC sekarang ini. Iklan KFC Chizza di TV juga nampak menarik dan menyelerakan betul serta membuatkan aku tak sabar nak mencuba menu baru KFC ini. Disebabkan aku selalu juga menggunakan KFC Delivery ini, sudah tentulah aku akan memesan KFC Chizza ini. Ada 3 jenis pilihan untuk KFC Chizza ini iaitu Chizza Box, Chizza Combo dan Chizza Ala Carte. Aku awalnya tertarik nak pesan Chizza Box itu sebab ada ayam sekali tapi akhirnya aku membuat pilihan untuk order Chizza Ala Carter saja, disamping Cheezy Wedges serta menu biasa aku sering aku order iaitu Set B - 3pc Combo yang ada 3 ayam itu yang versi Original. Lepas order secara online, tunggu sajalah ianya dihantar ke rumah hehehe. Rasa tak sabar nak makan menu terbaru KFC ini, berdasarkan review - review yang aku baca mengenai KFC Chizza ini, ada yang suka, ada yang biasa - biasa saja dan ada juga yang tidak begitu suka.
KFC CHIZZA, Review KFC Chizza, Menu Terbaru KFC, KFC, KFC Delivery, Ayam And Pizza, Kentucky Fried Chicken, Snake Plate, Dinner Plate, Ayam Spicy, Ayam Original, Ayam Set A, Ayam Set B, KFC Chizza Review, Gambar KFC Chizza,
Aku antara orang yang biasa makan Pizza dan juga KFC ini, mestilah aku rasa teruja nak makan gabungan ayam dan pizza ini sekaligus. Seperti dalam gambar di atas ini, korang dapat tengok ada banyak nanas di atas sekali beserta cheese, dan aku tak ada masalah nak makan nanas itu sebab dah biasa makan bila order Pizza. Cuma aku tak berapa suka sos yang ada atas ayam itu, sos tomato kot, rasa bercampur - baur pula, rasa masam, pedas, cheese, manis dan lain - lain lagi. Kalau korang makan masa hangat - hangat KFC Chizza ini okeylah juga, tapi kalau makan waktu ayamnya dah sejuk, memang faham - faham sendirilah kan. Ayam tersebut pula adalah ayam yang perisa spicy dan aku tak berapa suka makan ayam yang perisa spicy ini sebab lebih suka yang perisa original. Masa dulu - dulu aku suka yang perisa spicy itu tapi sekarang dah jadi tak suka pula. Pendek katanya KFC Chizza ini tidak begitu menepati selera aku ini. Apa pun ianya terpulang pada citarasa masing - masing kan sebab ada saja orang yang suka akan KFC Chizza ini.




Read More

22 Okt 2017

KFC DELIVERY

KFC DELIVERY, KFC, Kentucky Fried Chicken, Perisa Original, Spicy, Whipped, Colonel Chicken Rice,
KFC DELIVERY

Sebelum ini aku pernah buat entry tentang Pizza Hut, jadi kali ini aku nak buat entry pasal KFC pula. Aku memang kerap juga order KFC ini secara online (KFC Delivery). Paling best, penghantarannya sangat cepat okey, baru saja order dan dalam 15 minit kemudian dah sampai pun KFC (Kentucky Fried Chicken) yang aku order itu. Aku juga dah pernah rasa menu terbaru KFC itu iaitu Spicy Sawadee Crunch itu, pendapat aku tentang menu terbaru itu okeylah tapi tak begitu sesuai dengan citarasa aku ini. Masa dulu - dulu aku suka dengan ayam goreng KFC yang spicy itu, tapi lama - kelamaan citarasa aku ini dah bertukar pula. Sekarang ini aku memang akan beli ayam goreng KFC yang original saja, yang spicy itu aku dah tak berapa suka. Teringat masa dulu - dulu masa keluar jalan - jalan dengan kawan - kawan di shopping mall, pastinya aku akan beli KFC dan bawa pulang ke rumah, tapi sekarang ini lebih mudah nak makan KFC dengan adanya KFC Delivery ini. Hanya perlu order saja dan akan ada abang KFC yang menghantar pesanan korang di pintu rumah nanti.

Antara menu yang aku selalu order adalah dalam satu set yang ada 3 ayam itu beserta air tin sekali dan lain - lain lagi. Kemudian aku akan order lagi Whipped Potato (Large) beserta dengan Whipped Potato Gravy. Kadangkala aku turut order Wedges atau Cheezy Wedges (Large) mahu pun Colonel Burger. Manakala air tin pula akan ada 2 pilihan sama ada Pepsi atau 7 Up dan pilihan aku mestilah 7 Up. Baru - baru ini juga aku pernah memesan Colonel Chicken Rice, dan memang sedap nasi ayamnya, tapi sayangnya diorang cuma menyediakan nasi ayam saja, kuahnya korang kena masak or cari sendiri hehehe. Kalau makan Colonel Chicken Rice dengan lauk dan kuah ayam masak merah masakan sendiri konform lagi sedap hehehe. Itu semua adalah antara menu yang selalu aku pesan kalau aku order KFC Delivery ini. Lebih menarik apabila setiap kali korang order secara online korang akan mendapat point, jika korang order di waktu - waktu tertentu, point yang korang akan dapat jadi lebih banyak lagi.

Dengan point berkenaan korang boleh memilih untuk menebus barang - barang yang ditawarkan dengan membida barang tersebut sampailah korang menang. Mahu pun memilih untuk menggunakan point korang itu untuk menebus makanan KFC secara free atau pun diskaun. Aku dah pernah menggunakan point - point aku itu untuk membida Mug dan aku menang. Sekarang ini cuma perlu tunggu diorang pos mug tersebut saja. Selain Mug ada banyak barang lain yang korang boleh bida, handphone pun ada tau cuma belum boleh dibida lagi. Aku juga pernah menggunakan point yang aku dapat itu untuk redeem Whipped Potato mahu pun Wedges secara percuma saja. Selain itu, dari segi harga pula pastilah lebih mahal sedikit kalau korang order online ini disebabkan ada caj kos penghantaran dan GST. Kalau makan di restoran KFC sendiri memang murah sedikitlah kan sebab tiada kos penghantaran semua. Apa pun tepuk dada tanya selera.

Read More

19 Okt 2017

Aloha Chicken From Pizza Hut

Aloha Chicken From Pizza Hut, Pizza, Restoran Pizza Hut, Pizza Hut Delivery, Makanan Kegemaranku, Order Pizza Secara Online, Island Tuna Pizza, KFC Delivery, McDelivery, Fast Food,
Aloha Chicken From Pizza Hut

Dalam zaman serba canggih ini, semua kerja jadi mudah, tambah - tambah bila nak makan kan, sekarang ini kalau rasa nak makan apa - apa saja, dah boleh order melalui telefon  mahu pun secara online saja. Selepas itu, makanan tersebut akan dihantar ke rumah anda, paling best makanan itu masih panas - panas lagi. Antara makanan kegemaran aku pastilah Pizza yang ada di Pizza Hut itu, Ada banyak pilihan pizza disana, sampai susah nak pilih tapi dalam banyak - banyak Pizza yang ada di Pizza Hut itu, Pizza Aloha Chicken memang antara yang paling aku suka. Kalau ke Pizza Hut mahu pun order secara online di laman web Pizza Hut (Pizza Hut Delivery), aku memang selalu akan order Pizza Aloha Chicken ini. Selain Pizza ini, aku juga pernah rasa Pizza Island Tuna, sedap juga tapi aku lebih suka Aloha Chicken lagi. Teringin juga nak rasa Pizza - Pizza lain yang ada tapi tak berkesempatan nak order lagi sebab takut tak kena dengan selera aku pula. Selalunya kalau nak makan pizza ini aku akan order online saja, sebab kedainya agak jauh jugalah dari rumah. Tapi kadang - kadang ada juga pesan dekat orang lain suruh tolong belikan. Lagi pun kalau beli sendiri Pizza ini di Restoran Pizza Hut, harganya jauh lebih murah berbanding kalau korang order delivery.

Order Online Pizza ini memang free delivery tapi harganya memang mahal, tapi aku dah pernah beberapa kali order online saja. Kalau dulu harga Pizza secara online ini untuk pizza yang bersaiz biasa dalam RM25 saja, tapi bila aku check harganya yang terkini dah jadi RM27.90, manakala untuk Pizza Aloha Chicken yang bersaiz besar, harganya dah jadi RM37.90 dan harga Pizza lain adalah dalam RM 29.90 untuk regular saiz. Boleh tahan mahal juga harganya, tapi bila dah teringin nak makan tu, aku order jugalah hehe tapi tak boleh nak makan selalulah kan, hope Pizza Hut akan buat promosi nanti mahu pun bagi diskaun best - best, jadi harga semua Pizza akan jadi lebih murah sikit berbanding biasa. Walaubagaimanapun yang paling best adalah penghantaran Pizza ke rumah aku memang sangat cepat, dan Pizzanya masih panas - panas lagi. Kalau nak makan Pizza dengan harga yang lebih murah, aku sarankan korang makan di restoran Pizza Hut itu sendiri, sebab harganya murah sikit berbanding order online. Tapi kalau dah malas nak keluar rumah, boleh saja order online nanti. Bila tengok gambar pizza Aloha Chicken di atas ini rasa lapar pula hehehe.

Selain Pizz Hut, Mc Donalds dan KFC juga turut menyediakan khidmat penghantaran makanan ke rumah anda dan aku juga biasa menggunakan McDelivery dan juga KFC Delivery ini. Apa pun nanti di lain entry, aku cerita pula pasal McDelivery dan KFC Delivery ini okey. Pada yang akan makan Pizza nanti, aku ucapkan selemat menjamu selera ya. 
Read More


My Random Post