Memaparkan catatan dengan label Cara - Cara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cara - Cara. Papar semua catatan

23 Okt 2019

Tips Putihkan Gigi Menggunakan Kaedah Tradisional




Song Ji Hyo, Senyuman Manis Pelakon Korea Song Ji Hyo, Gambar Hiasan, Tips Putihkan Gigi Menggunakan Kaedah Tradisional,
(gambar hiasan)

Ramai orang inginkan gigi putih bersinar, tetapi tidak semua tahu kaedah tradisional yang terbukti lebih baik berbanding kaedah moden yang banyak menggunakan peralatan canggih. Gigi anda pasti nampak lebih putih berseri selepas mengamalkan tips berikut, selamat mencuba ye..

1 - Makan Makanan Ranggup
Buah - buahan seperti Epal mempunyai Asid Malik, bahan kimia yang sebenarnya kerap digunakan ketika pemutihan gigi. Sayuran seperti Brokoli dan Lobak juga agen pemutih gigi secara semulajadi. Makanan ini boleh mengasingkan gula dan bahan kimia yang menyebabkan kotoran dan kaviti.

2 - Berkumur Selepas Makan
Sisa makanan akan melekat di celah gigi selepas anda menghabiskan hidangan, cuba berkumur dengan secukupnya untuk membuang sisa terbabit. Cara ini boleh mengelakkan kotoran atau gigi berlubang, gigi anda akan nampak lebih berseri dan bebas daripada kotoran.

3 - Gunakan Strawberry
Cuba gosokkan buah Strawberi pada gigi selama seminit, Strawberi bertindak sebagai agen pemutihan semula jadi. Tapi jangan lupa memberus gigi selepas proses itu kerana Strawberi juga mengandungi asid dan gula yang boleh merosakkan gigi.




4 - Makan Kismis

Kismis mempunyai kelebihan sama seperti sayuran ranggup, ia membantu meningkatkan kadar  pengeluaran kelenjar air liur. Pengambilan kismis yang berterusan boleh menghilangkan plak pada gigi dan menghalang plak daripada terus menjangkiti gigi.

5 - Jadikan Susu dan Yogurt Sebagai Diet Harian
Pengambilan susu dan yogurt boleh menjadikan gigi tampak berkilau dan bebas daripada kaviti. Ini berlaku kerana mineral seperti kalsium dan fosforus yang terdapat dalam minuman itu membantu menguatkan enamel pada gigi.

6 - Ambil Sekeping Keju Selepas Makan
Selepas menghabiskan hidangan, jangan lupa makan sekeping keju, pelik tapi benar, pengambilan keju selepas makan dapat menghalang gigi daripada rosak dan menggalakkan pemprosesan enamel yang menjadikan gigi bersinar.

7 - Gunakan Tepung Soda Bikarbonat
Tepung ini adalah agen pemutihan gigi semula jadi selain bertindak membersihkan gigi anda. Apa yang anda perlu buat adalah sediakan pes tepung berkenaan yang dicampurkan dengan air dan secubit garam. Berus gigi anda menggunakan pes ini selama satu minit dan bilas mulut selepas itu, lakukan selama dua kali seminggu.

Jom Baca Ini juga ➔ Raatchasi Filem Tamil Yang Viral Di Malaysia

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~ 
Read More

25 Jan 2019

Cara Mendukung & Mengangkat Kucing Dengan Betul




Kucing, Cat, Tips, Cara - Cara, Tips Mengangkat dan Mendukung Kucing Dengan Betul, Cara Mengangkat Kucing Dengan Betul, Video, My Cat, Kucing Kesayanganku, How To Pick Up A Cat Like A Pro,
Cara Mendukung dan Mengangkat Kucing Dengan Betul

Hari ini aku nak share cara mendukung dan mengangkat kucing dengan betul, kucing pun ada banyak perangai, ada yang suka didukung di bahu, ada yang tak suka, jadi kena tahu cara yang betul untuk mengangkat dan mendukung kucing ni. Aku suka juga angkat kucing dan letak diorang atas bahu, tapi diorang duduk elok sekejap jela, dalam seminit, lepas tu dah kecoh nak turun dari bahu hehe. Dulu aku tak tahu cara betul nak angkat kucing ni, tapi lepas tengok satu video ni, baru aku tahu cara yang betul. So aku akan kongsikan video tersebut di bawah ini ye. Selamat menonton dan semoga semua kucing kita happy dan sihat sentiasa, amin...


Read More

22 Jun 2018

Resepi Daging Masak Hitam Berempah

Resepi Daging Masak Hitam Berempah, Bahan - Bahan Untuk Membuat Daging Masak Hitam Berempah, Cara Penyediaan Daging Masak Hitam Berempah, Bahan - Bahan, Cara - Cara, Resepi, Masakan Melayu, Juadah Hari Raya, My Favorite Food, Food, Malay Food, Resepi Orang Kampung, Cara Memasak Daging Masak Hitam Berempah, 2018, Recipe,
Resepi Daging Masak Hitam Berempah

Kali ini aku nak share resepi Daging masak hitam berempah pula, tengok gambar di atas ini pun dah nampak sedap kan, rasa masakan tu lagilah sedap betul tak hehe. Apa pun gambar dan resepi ini credit to Facebook Resepi Orang Kampung. Daging Masak Hitam Berempah ini memang antara favorite aku juga, rasa lapar pula bila tengok gambar tu hehe. Daging Masak Hitam ini boleh disediakan pada bila - bila masa saja, tambah - tambah sekarang ini kan kita menyambut hari raya, jadi bolehlah dibuat untuk juadah hari raya kan. Apa pun selamat mencuba ye..



Resepi Daging Masak Hitam Berempah

Bahan - Bahan Untuk Membuat Daging Masak Hitam Berempah

800 gm daging - dipotong kepingan besar dan tebal.
1/2 cawan kicap manis
1 sudu besar lada hitam serbuk

Bahan untuk rempah :
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
3 biji bunga lawang

Bahan kuah :
6 -7 sudu besar cili kering - dikisar
2 ulas bawang besar - dikisar
1/4 cawan kicap pekat manis - ikut masin dan manis serta warna kuah
7-8 helai daun kari
2 batang serai - diketuk
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
 4 sudu besar minyak masak

Bahan kisar untuk tumis:
5-6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia



Cara Penyediaan Daging Masak Hitam Berempah

1. Daging diperap seketika bersama kicap dan serbuk lada hitam.
2. Masukkan daging dalam periuk, masukkan bahan rempah dan tuang sedikit air agak mentupi paras daging. Rebus sehingga daging betul betul lembut dan empuk. Tektur daging mestilah empuk dan mudah lerai.
3. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun kari dan serai sehingga wangi. Kemudian masukkan bawang besar kisar, cili kering kisar, serbuk ketumbar, jintan manis, dan jintan putih. Tumis sehingga cili betul-betul masak.
4. Masukkan daging yang direbus bersama rempah-rempah tadi juga bersama air rebusan (kalau air banyak jangan masuk semua). Masukkan kicap dan masak lagi sehingga kuah agak kering dan pekat. Rasa garam dan gula. Selalunya tak perlu tambah garam sebab kicap dah sedia masin dan manis.
5. Bila kuah dah pekat bolehlah diangkat dan hidangkan.
Read More

12 Jun 2018

Resepi Udang Masak Diraja




Resepi Udang Masak Diraja, Resepi, Makanan, Cara - Cara, Bahan - Bahan, Raya, 2018, Juadah Istimewa Hari Raya, Sedap, Prawn, Recipe,
Resepi Udang Masak Diraja

Diam tak diam, dah nak raya dah, so kali ini aku nak share resepi Udang Masak Diraja pula, tengok gambar saja dah yakin mesti masakan ini sedap kan. Mana tahu boleh dijadikan juadah istimewa di hari raya nanti ke kan. Apa pun jom tengok resepinya di bawah ini, selamat mencuba.


Bahan - Bahan untuk dikisar :
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
5 batang lada cili
3 sudu lada kering kisar

Bahan - Bahan lain :
Udang galah / udang kulit putih etc
2 batang serai dititik
Daun kunyit dihiris halus
2 keping Asam keping 
Garam dan gula sesedap rasa
1 cawan santan pekat



Cara - Cara Memasak 

Tumiskan barang yg dikisar, bila minyak naik masukkan serai dan asam keping, kemudian masukkan udang yang telah dibasuh dan ditaburkan garam. Gaulkan sehingga sebati. Last sekali masukkan santan pekat, gaulkan dan masukkan daun kunyit, garam sikit dan gula bagi yang gantikan ajinomoto. Masak jangan lama sangat, nanti udang tak fresh.

Gambar dan Resepi di atas credit to Maheran Nor Sabarina Salim
Read More

9 Jun 2018

Resepi Biskut Raya Chocolate Chip




Cara - Cara Membuat Biskut Chocolate Chip, Bahan - Bahan untuk membuat Biskut Chip Coklat,
Cara - Cara Membuat Biskut Chocolate Chip

Resepi diatas ini credit untuk owner resepinya. Kena tengok betul - betul untuk part bahan - bahan tu sebab tulisan tak berapa nampak, boleh klik untuk besarkan ye. Apa pun biskut Chocolate Chip ini memang sedap pun, sekali makan memang tak boleh berhenti kan hehe. Selamat Mencuba.



Read More

8 Jun 2018

Resepi Kek Batik Lembut

Kek Batik, Resepi Kek Batik Lembut, Cara - Cara Membuat Kek Batik, Bahan - Bahan, Cara Penyediaan Kek Batik Lembut, Resepi, Resipi, Raya, 2018,
Resepi Kek Batik Lembut

Kali ini aku nak share satu resipi yang merupakan kegemaran aku iaitu resepi Kek Batik Lembut. Kek Batik ini memang popular dan mudah untuk disediakan, tak payah nak bakar atau kena guna oven sebaliknya hanya perlu sejukkan dalam peti ais saja. Sangat mudah bukan, bahan - bahan yang digunakan untuk membuat Kek Batik ini juga senang didapati dan boleh disediakan pada bila - bila masa, sama ada di bulan Ramadan, musim perayaan mahu pun di hari - hari biasa. Jadi jom tengok resepi tersebut di bawah ini ye, gambar dan resepi ini credit pada ownernya, selamat mencuba.

Bahan - Bahan untuk Resepi Kek Batik Lembut

250gm Buttercup
1 cawan susu pekat
2 cawan air kosong
2 biji telur- di pukul 
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan milo
3/4 cawan nestum original
2 sudu besar serbuk coklat
600gm Biskut Marrie



Cara - Cara Untuk Membuat Kek Batik Lembut

1. Cairkan Butter dalam periuk dengan api sederhana. 
2. Masukkan susu pekat & kacau guna whisk. 
3. Masukkan air, Milo dan serbuk koko dalam periuk.
Gaul hingga sebati, pastikan tiada milo yang berketul-ketul.
4. Masukkan telur & esen vanilla dalam periuk, gaul sebati. 
5. Masukkan nestum, gaul sekata sehingga adunan jadi likat. Padamkan api. 
6. Alas loyang dengan aluminium foil @ plastik. Saya guna loyang 8x8'.
7. Masukkan lebih kurang 1 senduk adunan coklat tadi ke dalam loyang. Susun biskut marrie selapis demi selapis berselang- selikan dgn coklat tadi. Setelah selesai layerkan coklat & biskut tadi, tekan2 dengan senduk untuk padatkan kek. Tabur nestum. 
8. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam hingga keras. Dah sejuk, telengkupkan loyang untuk keluarkan kek dan potong.
Selamat mencuba

Kredit Resepi: Rodziah Ghazali



Read More

23 Apr 2018

Resepi Biskut Sarang Semut Rangup

Cara - Cara Membuat Biskut Sarang Semut, Cara - Cara Membuat Kuih Raya Sarang Semut


Cara - Cara Membuat Biskut Sarang Semut Rangup

Hari ini aku nak kongsikan salah satu Biskut Kegemaran aku terutamanya ketika musim - musim perayaan, pendek katanya orang panggil Kuih Raya Sarang Semut. Walaupun belum masuk bulan puasa, tapi aku saja nak berkongsi Resepi Biskut Sarang Semut ini, lagi pun tak perlu tunggu Raya untuk buat biskut - biskut ini, hari tak raya pun boleh buat dan makan biskut juga, betul tak? hehehe. Selain Almond London, Snow Almond, Biskut Tart, Semperit Dahlia, Biskut Sarang Semut ini juga antara favorite aku. Sedap dan ranggup biskut ini. Kalau ada masa lapang bolehlah cuba resepi ini, tapi pada kebiasaannya aku memang ambil jalan mudah dengan membeli saja biskut ini tapi masa perayaan jela. Lagipun sejak kecil, mak aku lebih selesa beli segala kuih raya berbanding buat kuih raya tu sendiri, lagi pun oven kat rumah ini dah rosak, jadi malas nak beli baru, baik beli saja biskut - biskut tu semua. 



Resepi yang aku kongsikan di sini credit untuk Facebook Jom Belajar Buat Biskut. Jadi pada yang rajin dan suka membuat segala biskut yang rangup dan sedap, maka bolehlah cuba resepi Biskut Sarang Semut ni. Tengok gambar pun dah nampak sedap, kalau biskut tersebut ada di depan aku sekarang, memang dah lama habis aku makan hahaha. Di entry yang akan datang, mungkin aku akan kongsikan resepi membuat Biskut Samperit / Semperit Dahlia pula. Teringat pula raya tahun lepas apabila 3 balang biskut semperit habis di makan secara beramai - ramai dalam masa yang sekejap saja. Biskut dah sedap kan memang lajulah masuk dalam mulut. Aku tak nak membebel panjang lagi, jadi korang boleh tengok resepi berkenaan kat bawah ini ye. 


BISKUT SARANG SEMUT RANGUP


- 1 Buku Buttercup (250g)

- 1 1/4 Cawan Gula Kastor

- 1 Cawan Tepung Naik Sendiri

- 2 1/2 Cawan Tepung Gandum

- 1/2 Cawan Tepung Jagung
- 1 Cawan Tepung Kastard
- 1/2 Sudu Teh Baking Powder
- 1 Sudu Teh Esen Vanilla
- 1 Biji Telur
- Chocolate Rice

Cara - Cara membuat Biskut Sarang Semut

1. Pukul buttercup dan gula kastor hingga agak kembang sedikit.
2. Masukkan telur dan esen vanilla kemudian pukul lagi hingga kembang dan sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung dan baking powder. Pukul lagi hingga sebati. Pukul dengan perlahan. Tinggalkan sedikit tepung gandum untuk masukkan last sekali sambil uli dengan tangan, supaya kita boleh kurangkan bila adunan dah jadi doh.
4. Pastikan ianya menjadi doh bila kita genggam, kalau lembik, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.
5. Sagat doh menggunakan sagat timun. Sagat sikit-sikit supaya tak tertekan dan melekat. atau masukkan ke dalam acuan berlubang (alat penekan ubi kentang), dan tekan doh keluar
6. Masukkan kedalam cup dan taburkan choclate rice diatasnya.
7. Susunkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 10-15 minit.

Selamat Mencuba..
Read More


My Random Post