29 Apr 2017

Sejenak Tentang Siti Nordiana

Sejenak Tentang Siti Nordiana, Kisah Siti Nordiana, Kisah Aku Berjumpa Dengan Siti Nordiana & Elyana, Kejayaan Siti Nordiana, Lagu - Lagu Best Siti Nordiana, Lagu Duet, Artis dan Peminat, Drama Popular, Alif Satar, Dia Semanis Honey, Gegar Vaganza 2015, Juara, Juara GV2, Pemenang, FMC, Alkisah Siti Nordiana, Nana,
Sejenak Tentang Siti Nordiana

Hari ini aku nak bercerita tentang artis Malaysia pula, iaitu tentang Siti Nordiana yang merupakan seorang penyanyi, pelakon dan juga pengacara. Sebelum ini aku asyik buat Review Drama atau Filem Korea saja dalam blog ini, jadi hari ini kita tukar sikit dan bercerita tentang Siti Nordiana. Kenapa aku memilih Siti Nordiana sedangkan ramai lagi artis lain? sebabnya, aku pernah jumpa Siti Nordiana ini secara live okey masa dia buat show di Pulau Pinang dulu. Tapi masa aku jumpa dia dah lamalah kan, sebelum dia kahwin lagi tau, masa dia muda remaja gitu hehe, sekarang ini pun Siti Nordiana tetap sama macam dulu, maintain ayu dan cantik. Selepas Siti Nordiana menjuarai program Gegar Vaganza Musim Kedua pada tahun 2015, popularitinya mula melonjak naik, kemudian kerjayanya sebagai seorang pelakon juga turut berjaya apabila drama Dia Semanis Honey lakonannya bersama gandingannya iaitu Alif Satar mendapat tempat di hati peminat. Drama tersebut kemudian dilanjutkan lagi ke bentuk teater pula dan turut mendapat pujian peminat. Kemudian dirinya mula berjinak - jinak menjadi hos / pengacara program Gema Gegar Vaganza bersama Achey dan Fikri. Paling baru, dia baru saja memenangi Anugerah Penyanyi Meletop di Anugerah Meletop Era 2017 (AME2017). Manakala single lagunya yang terbaru iaitu Terus Mencintai hasil ciptaannya sendiri mula meniti di bibir - bibir peminat. Muzik Video Lagu Terus Mencintai itu pun best sebab ada Alif Satar tau hehe.

Aku ingat lagi masa Siti Nordiana baru jadi artis dan lagu pertamanya iaitu Cinta Hanya Sandaran popular, masa ini aku masih berada di Sekolah Rendah, dan kawan - kawan aku memang rajin menyanyi lagu Cinta Hanya Sandaran ketika berada dalam kelas. Selain itu ada banyak lagu - lagu best dari album Siti Nordiana start dari album pertama sampailah ke lagu terkini ada dalam handphone aku antaranya adalah Lagu Cinta Hanya Sandaran, Bukan Mengungkit Tapi Membangkit, Gundah Gulana, Seribu Setia, Tak Tahan, Pujuklah Jiwaku, Tak Upaya Menangis Lagi, Paling Comel, Mainan Cinta, Gurauan Berkasih, Memori Berkasih, Resepi Berkasih, Adat Berkasih, Benang Emas, Saat Hilang Kasih, Mungkinkah Terjadi, Bakawali, Pesanan Teragung, Terus Mencintai dan lain - lain lagi. Lagu Duet Siti Nordiana bersama Achik Spin juga best - best belaka. Seperti yang aku katakan sebelum ini, aku pernah tengok Siti Nordiana secara live, apabila dia datang ke tempat aku untuk buat persembahan. Dapatlah aku tengok dia dari dekat gitu serta dapat tengok dia nyanyi secara live, cuma sayangnya aku dan kawan - kawan aku tidak sempat nak bergambar pula dengan Siti Nordiana masa itu. Selain Siti Nordiana / Nana, Elyana dan Zack Budak Kacamata juga turut datang sekali, ke tempat aku di Pulau Pinang. Mereka semua buat show di sebuah sekolah rendah anjuran Radio Malaysia Pulau Pinang ketika itu, iaitu pada tahun 2002 atau 2003, aku dah lupa tahunnya. Elyana masa ini pun baru saja jadi artis dan popular dengan lagu Niat, Elyana ketika ini berimej berambut pendek colour merah okey, orangnya tinggi dan comel. Manakala Siti Nordiana masa ini memang sempoi je dan qiut.

Masa ini first time juga aku dan kawan  kawan aku dapat tengok artis secara live okey so agak terserlah juga keterujaan kami semua bila dapat jumpa artis macam Nana dan Elyana secara dekat. Kami semua sempat bergambar dengan Elyana dan sempat juga dengar dia dan Siti Nordiana menyanyi atas pentas itu. Tak silap aku, Siti Nordiana ketika ini, menyanyikan lagunya yang bertajuk Seribu Setia kemudian dia menyanyikan lagu Gelora (Nyanyian Asal P.Ramlee & Saloma), lagu lain aku tak ingat pula. Tak silap aku mereka datang pada waktu tengahari ke petang, kemudian pada waktu malam, mereka semua ada show dekat tempat lain iaitu di Kompleks Bukit Jambul. Aku dan kawan - kawan aku ada di situ dari waktu Tengahari sampai Petang, sebab kawan - kawan aku dah keletihan dan nak balik rumah, jadi terpaksalah kita semua balik dan tak dapat nak bergambar dengan Nana masa itu. Apa pun dapat tengok mereka semua dari dekat pun dah cukup sebenarnya, kalau dapat bergambar tu memang bonuslah kan. Lagipun ketika itu mana ada kamera digital, atau pun handphone yang ada camera. Masa itu ramai yang pakai handphone jenama Nokia 3310 saja hehehe, dan masa ini aku bawa kamera yang biasanya, yang pakai kodak filem tu. Lepas dah cuci semua gambar, bermulalah sesi jual beli gambar pula dengan kawan - kawan aku, ada yang nak order lagi suruh cuci gambar sekali lagi. Payah juga nak perhatikan negatif filem itu untuk tengok nombor gambar dan pilih gambar yang nak dicuci semula.

Sekarang ini makin senang, sebab tak perlu dah nak bawa kamera, cuma perlu guna handphone saja untuk selfie dan wefie bersama artis kesayangan. Nak transfer gambar pun mudah dah tak perlu nak lihat negatif filem dan sebagainya. Ini kalau aku lihat album - album gambar lama dekat rumah aku ini, pasti akan terjumpa gambar - gambar ketika aku dan kawan - kawan aku berjumpa dengan Siti Nordiana dan Elyana ini. Apa pun ini semua kenangan manis yang dikongsi oleh aku dan kawan - kawan aku. Aku juga tumpang gembira bila tengok Siti Nordiana menang Gegar Vaganza Musim Kedua itu, sekarang dah jadi hos pula, teringin pula aku nak tengok Siti Nordiana jadi Hos bersama Alif Satar, mesti comel. Tak sabar pula nak tengok Drama Terbaru Siti Nordiana dan Alif Satar itu yang bertajuk Klik! Pengantin Musim Salju yang merupakan adaptasi daripada Novel karya Novelis Suri Ryana itu. Apa pun moga Siti Nordiana terus suksess dan berjaya.

Gambar diatas credit to https://commons.wikimedia.org
Read More

27 Apr 2017

The Wailing - Korean Movie Review

Review Movie Korea - The Wailing, Filem Korea, Korean Movie, Sinopsis, Seram, Thriller, Misteri, Best, Plot Twist, Menarik, Suspen, Senarai Pelakon Filem The Wailing, Pelakon,Kwak Do Won, Hwang Jung Min, Jun Kunimura, Chun Woo Hee, Kim Hwan Hee, Jang So Yeon, Heo Jin, Horror Movie,
Review Movie Korea - The Wailing

Today aku nak buat review filem Korea yang bertajuk The Wailing, filem ini bergenre seram, thriller dan misteri. Filem ini release pada bulan Mei 2016 dan ditulis serta diarahkan oleh Na Hong Jin. Filem The Wailing ini dilakonkan oleh Kwak Do Won, Hwang Jung Min, Jun Kunimura, Chun Woo Hee, Kim Hwan Hee, Jang So Yeon, Heo Jin dan ramai lagi. Lebih menarik lagi, apabila pelakon berbakat dan terkenal Jepun iaitu Jun Kunimura turut berlakon dalam filem ini. Jun Kunimura ini banyak berlakon dalam filem - filem jepun dan merupakan antara watak penting dalam filem The Wailing ini. Aku paling suka dengan lokasi shooting filem ini iaitu di kawasan pedalaman, penuh dengan kehijauan hutan, air terjun, rumah tradisional, pendek katanya sinematografi filem ini sangat cantik dan indah. Semua pelakon yang membintangi filem ini juga berbakat dan terkenal, malah pelakon kanak - kanak dalam filem ini iaitu Kim Hwan Hee yang memegang watak sebagai Hyo Jin turut memberi lakonan yang cemerlang dan terbaik dalam filem ini. Sebelum ini aku ada menonton drama lakonannya dalam Drama Korea yang bertajuk On The Way To The Airport.

Jalan cerita movie ini sememangnya menarik, terutamanya di penghujung cerita, iaitu ketika dalam 15 minit terakhir bila tiba - tiba ada plot twist yang buatkan aku jadi keliru sikit. Ingatkan ending filem ini dah boleh dijangka bila masuk part pertengahan tapi bila sampai endingnya ada plot twist pula yang membuatkan penonton bertambah teruja, suspen dan confius. Lepas menonton filem ini, aku terpaksa google untuk membaca komen - komen dan pendapat penonton lain bagi memudahkan pemahaman aku pada jalan cerita filem ini terutamanya untuk part ending filem The Wailing ini. Akhirnya setelah aku google dan membaca sedikit sebanyak pendapat penonton - penonton lain yang menonton movie ini, barulah aku bertambah faham. Ikutkan sejak dari awal cerita dah banyak hint / clue yang diberikan, mungkin ramai yang terlepas pandang kan, akhirnya baru faham hint - hint yang diberikan ada kena mengena dengan endingnya dan barulah kita boleh tahu siapa yang benar dan siapa yang jahat. Jalan cerita filem ini bermula dengan wabak penyakit serta kes pembunuhan yang berlaku di kawasan terpencil, kes pembunuhan tersebut sangat unik dan pelik, dimana pembunuhnya akan membunuh seluruh ahli keluarganya sendiri, manakala diri pembunuh akan kelihatan seperti dirasuk, tidak waras, serta mengalami penyakit misteri dan akhirnya mati. Kes pembunuhan yang serupa turut berlaku berulang kali dan menimbulkan panik dikalangan penduduk.

Anggota polis Jong Goo dan rakannya mula menyiasat perkara ini, ramai penduduk mengesyaki yang kes pembunuhan ini ada kaitan dengan kehadiran lelaki Jepun yang baru menetap di kawasan tersebut. Hal ini turut diakui oleh seorang perempuan yang bernama Moo Myeong yang menjadi saksi pada kes pembunuhan itu. Lelaki Jepun itu dikatakan bukan manusia sebaliknya hantu / syaitan yang menyerupai manusia. Ada juga beberapa orang yang terserempak lelaki Jepun itu berubah menjadi makhluk yang menakutkan ketika berada di hutan. Jong Goo awalnya kurang percaya dan akhirnya memutuskan untuk pergi ke rumah lelaki Jepun berkenaan. Di rumah lelaki itu, Jong Goo menemui gambar - gambar semua mangsa / keluarga yang dibunuh. Manakala kasut anak perempuan Jong Goo iaitu Hyo Jin turut ditemui di rumah tersebut. Hal ini amat merungsingkan Jong Goo, ini ditambah lagi dengan perangai dan personaliti anak perempuannya mula berubah dan pelik. Anaknya Hyo Jin mula menjadi kasar dan aggresif. Akhirnya ibu Jong Goo membawa Hyo Jin berjumpa dengan seorang bomoh yang bernama Il Gwang. Bomoh tersebut menyakinkan Jong Goo yang lelaki Jepun itu adalah punca segala kejadian yang berlaku di kampung tersebut. Satu ritual / pemujaan perlu dilakukan untuk menyelamatkan anaknya. Namun dipertengahan ritual tersebut, Jong Goo telah menyuruh mereka berhenti dan membawa anaknya ke hospital.

Aku awalnya ingatkan bomoh Il Gwang ini memang baik tapi bukan, pandai betul bomoh tersebut berlakon baik. Jong Goo yang marah terus membawa kawan - kawannya untuk mencari lelaki Jepun itu di rumahnya, namun dia tiada disitu. Masa Inilah yang buat aku keliru sedikit sebab nampak lelaki Jepun ini seperti lemah dan cedera, aku pun konfius sekejap sebab kalau dia hantu dan bukan manusia, macam mana pula dia boleh cedera kan?. Kemudian kalau tak silap aku, ketika Jong Goo memandu kereta, dia telah terlanggar lelaki Jepun dan yakin yang lelaki tersebut telah mati. Ini ditambah lagi dengan keadaan anaknya bertambah baik di hospital itu. Bomoh Il Gwang pula terserempak dengan Moo Myeong yang berada berdekatan dengan rumah Jong Goo, Bomoh tersebut muntah darah ketika terlihat perempuan yang berpakaian putih yang bernama Moo Myeong itu. Setelah pergi dari situ Bomoh tersebut menelefon Jong Goo dan menyakinkan Jong Goo yang Moo Myeong adalah punca segalanya dan bukannya lelaki Jepun itu. Aku pun masa ini, dah confius betul, siapa yang jahat sebenarnya ni? lelaki Jepun itukah? atau pun Moo Myeong? dan apa motif bomoh Il Gwang yang bersungguh - sungguh menyakinkan Jong Goo bahawa Moo Myeong itu bukan manusia dan jahat. Aku masa ini pun rasa macam suspen gitu sebab aku tak tahu sama ada Moo Myeong ini baik atau jahat. Bomoh tersebut menyuruh Jong Goo untuk cepat - cepat pulang ke rumah untuk menyelamatkan keluarganya kerana anaknya Hyo Jin akan membunuh seluruh keluarga.

Suspen sungguh masa ini sebab Jong Goo memberanikan diri pergi berjumpa dengan Moo Myeong, Jong Goo yakin yang Moo Myeong bukan manusia. Manakala Moo Myeong pula cuba menyakinkan Jong Goo agar jangan pulang ke rumah, sebaliknya menunggu sampai ayam berkokok sebanyak 3 kali baru pulang ke rumahnya kerana Moo Myeong telah memasang perangkap untuk menangkap hantu lelaki Jepun itu, Jika Jong Goo terus pulang ke rumahnya, perangkap tersebut tidak akan berhasil.. Ayam telah berkokok / berbunyi sebanyak 2 kali, Jong Goo mula berasa tidak sedap hati kerana tidak mempercayai Moo Myeong lalu memutuskan untuk pulang ke rumah tanpa menunggu ayam berbunyi buat kali ketiganya, Moo Myeong cuba menghalang namun Jong Goo tetap dengan keputusannya dan segalanya berakhir dengan tragedi. Sinopsis yang aku bagi dalam entry ini tidak lengkap ye, sebab aku tak ceritakan semua yang berlaku, kalau nak tahu lebih detail kenalah tengok movie ini nanti. Ending filem ini memang terbaik sebab banyak twist, Moo Myeong itu sebenarnya baik, dia boleh diibaratkan sebagai angel / roh pelindung kawasan tersebut, namun dia gagal untuk menyakinkan Jong Goo. Manakala Bomoh Il Gwang itu bersubahat dan bekerjasama dengan lelaki Jepun itu, tapi aku tak tahulah bila masa diorang berjumpa semua tu hehe.

Scene ketika lelaki Jepun itu berubah menjadi makhluk yang menakutkan dan bermata merah itu memang scary habis, siap boleh pegang kamera lagi untuk mengambil gambar mangsanya yang seterusnya. Scene anak Jong Goo iaitu Hyo Jin yang macam kena rasuk tu pun menakutkan. Aku juga tak berapa pasti kenapa Jong Goo dan keluarganya menjadi mangsa, adakah lelaki Jepun itu memilih mangsanya secara random atau pun ada sebab - sebab tertentu yang menyebabkan Jong Goo dan keluarganya menjadi mangsa. Paling geram sekali mestilah pada bomoh Il Gwang itu, boleh pula dia bersubahat dengan lelaki Jepun itu. Apa pun aku suka plot twist dalam filem The Wailing ini yang berjaya membuatkan filem ini menjadi semakin menarik.Aku bagi 9 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini. 
Read More

24 Apr 2017

Running Man 2017 Live In Malaysia

Running Man 2017 Live In Malaysia, Ji Seok Jin, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, Lee Kwang Soo, HaHa, Variety Show, Game, Singing, dancing,
Running Man 2017 Live In Malaysia 

Pada 22 April 2017 yang lalu telah berlangsungnya (Konsert) Running Man 2017 Live In Malaysia, 5 Bintang Running Man iaitu Ji Seok Jin, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, Lee Kwang Soo dan HaHa telah datang ke Malaysia untuk mengadakan pertemuan dengan peminat dan juga konsert Running Man 2017 Live In Malaysia. Kesemua mereka telah datang ke Malaysia pada 21 April dan pada 23 April mereka pulang semula ke Korea. Aku memang tak pergilah kan sebab aku duduk jauh dan tiket pun boleh tahan mahal tau hehe. Walaubagaimanapun kehadiran bintang Running Man di Malaysia memang trending di Twitter, bagi yang tak dapat pergi, memang tengok twitter sajalah dan lihat update dari fans lain yang pergi menonton RM (Running Man) live ini. Memang ramai juga yang pergi menonton RM Live ini, kelihatan bintang Running Man membuat persembahan mereka masing - masing, ada yang menyanyi lagu kesukaan mereka, ada juga yang menari, tak silap aku Kim Jong Kook ada menyanyikan lagu Justin Bieber. Bagi peminat yang bertuah, kemungkinan besar dapat bergambar dengan ahli Running Man yang lain.

Rasanya, kebanyakan Bintang Running Man telah datang ke Malaysia lebih dari 2 kali, ada yang datang untuk buat fan meeting, ada juga yang datang untuk buat Konsert seperti Kim Jong Kook, ada juga yang datang Malaysia untuk fan meeting Running Man dan ada juga yang datang ke Malaysia sebagai duta produk tertentu sekaligus merasmikan majlis dan sebagainya. Cuma Yoo Jae Suk saja yang jarang join ahli RM yang lain untuk fan meeting, ini mungkin kerana komitmennya yang terlalu banyak di Korea, maklumlah Yoo Jae Suk merupakan hos / pengacara yang sangat terkenal di South Korea itu. Yoo Jae Suk terlibat dalam banyak program di Korea itu, setiap channel ada muka dia hehehe, jadi memang tak sempatlah dia nak join program - program yang melibatkan ahli RM di luar negara. Dalam ramai - ramai ahli Running Man yang datang ke Malaysia itu, aku rasa Lee Kwang Soo yang paling kerap datang ke Malaysia untuk pelbagai acara. Lagi pun memang ramai peminat Kwang Soo di Malaysia ini kan, jadi memang selalulah kena datang Malaysia lagi. Apa pun selepas kontroversi Running Man yang mengejutkan semua pada penghujung 2016, menjadi reda dan semuanya bertambah baik, aku memang rasa gembiralah bila Running Man tidak jadi dibatalkan dan sehingga kini Running Man terus disiarkan seperti biasa dengan kehadiran 2 ahli tetap yang baru iaitu Jung Soo Min dan Se Chan.

Setakat ini, aku lihat kedua - dua ahli baru nampak okey dan mesra sesama mereka, cuma nampak konsep Running Man yang baru ini agak sedikit bosan, walaubagaimanapun masih kelakar dan boleh diterima lagi. Berbalik pada Running Man 2017 Live In Malaysia ini, aku ada tertengok satu video yang mana ahli Running Man terutamanya Song Ji Hyo dan HaHa ditemubual oleh hos / penterjemah mengenai isu Kang Gary kahwin senyap - senyap tu. Bila Song Ji Hyo ditanyakan tentang isu kahwin Gary itu, semua member RM yang lain dah ketawa hehe dan cara Song Ji Hyo dan HaHa menjawab soalan tentang Gary itu nampak macam kelakar juga, tapi aku tak berapa faham apa yang mereka berdua cakap sebab tiada English Subtitle dalam video tersebut. Sayangnya tiada subtitle kan, aku teringin betul nak faham apa yang mereka berdua jawab tentang kes Gary kahwin tu. Aku juga teringin nak tengok Gary jadi guest lagi dalam Running Man itu dan aku harap juga yang pihak produksi Running Man akan memilih Malaysia sebagai lokasi shooting episod Running Man yang akan datang.

Read More

21 Apr 2017

Tunnel - Korean Movie Review

Tunnel - Korean Movie Review, Filem Korea Tunnel, Sinopsis, Pelakon, Ha Jung Woo, Bae Doo Na, Oh Dal Su, Shin Jung Keun, Nam Ji Hyun, Kim Hae Sook, Yoo Seung Mok, Release 2016, Filem Tunnel,
Review Movie Korea - Tunnel

Filem Korea yang bertajuk Tunnel telah release pada Ogos 2016 yang lalu, jadi hari ini, aku nak buat review mengenai Korean Movie Tunnel ini. Filem Tunnel ini dilakonkan oleh Ha Jung Woo, Bae Doo Na, Oh Dal Su, Shin Jung Keun, Nam Ji Hyun, Kim Hae Sook, Yoo Seung Mok dan ramai lagi. Sudah lama aku teringin nak tengok cerita Tunnel ini, baru sekarang berkesempatan menonton filem ini. Apa pun filem ini memang best untuk ditonton, penuh emosi dan sepanjang menonton filem ini, kita akan tertanya - tanya apakah kesudahan nasib Lee Jung Soo itu, mampukah dia terus bertahan hidup sementara yang lain sudah pun mula putus asa untuk mencarinya. Lepas tengok filem Tunnel ini, aku terbayang juga kalau aku berada di tempat Lee Jung Soo itu, macam manalah agaknya kan?, betapa sukarnya untuk hidup dengan harapan yang tipis itu, namun Lee Jung Soo ini jenis yang kuat semangat, sebab itu dia masih bertahan hidup, walaupun sudah terperangkap selama sebulan lebih di bawah terowong yang runtuh itu. Memang suspen ketika menonton filem ini sebab kita susah nak menjangka kesudahannya. Agak annoying tengok kerenah menteri dan yang seangkatan dengannya yang cuba meraih perhatian dalam politik menggunakan insiden Lee Jung Soo ini.

Awalnya kesemuanya sangat bersemangat untuk menolong Lee Jung Soo ini, tapi selepas beberapa kesilapan yang berlaku serta insiden yang meragut nyawa salah seorang pekerja cari gali membuatkan ramai pihak mula berputus asa dan menyalahkan antara satu sama lain. Paling kesian sekali pastilah pada isteri L.Jung Soo iaitu Se Hyun, dimana dia menjadi perhatian semua pihak, malah dia juga turut disalahkan kerana tidak mahu putus asa dan terus menyuruh agar kerja - kerja pencarian suaminya terus dijalankan dan akhirnya mengorbankan salah seorang pekerja disitu. Keluarga mangsa menyalahkan Se Hyun manakala di pihak lain cuba menggesa Se Hyun supaya redha dan terima kenyataan yang suaminya telah mati. Walaubagaimanapun aku suka dengan sikap bertanggungjawab dan tidak mudah berputus asa ketua keselamatan yang bernama Dae Kyung itu, dia dari awal lagi sememangnya sentiasa berkomunikasi dengan L.Jung Soo menerusi telefon dan sentiasa memberi harapan, nasihat dan kata - kata semangat buat L.Jung Soo supaya terus bertahan. Malah ketika semua orang sudah berputus asa untuk mencari Lee Jung Soo, dia tetap kekal positif dan tetap dengan pendiriannya untuk terus mencuba mencari L.J.Soo walaupun harapan semakin tipis. Bagi dirinya dia tidak mahu mungkir janji pada L.J.Soo itu dan mencuba seboleh mungkin untuk mencarinya.

Selain itu aku juga suka dengan sikap dan personaliti Lee Jung Soo yang baik hati itu, dimana ketika dia berjumpa dengan seorang lagi mangsa yang  turut terperangkap di dalam terowong yang sama, Lee Jung Soo cuba membantu mangsa berkenaan yang bernama Mi Na, malah Lee Jung Soo turut berkongsi airnya dengan Mi Na itu. Sedangkan waktu itu, L.Jung Soo juga turut terdesak kerana air botolnya tinggal sedikit namun masih sanggup berkongsi dengan Mi Na. Walaubagaimanapun tak lama kemudian Mi Na mati kerana keadaannya jauh lebih serius kerana tidak mampu bergerak. Lee Jung Soo kini tinggal seorang diri ditemani dengan anjing Mi Na. Lee Jung Soo juga sering mendengar radio di keretanya itu dan kadang kala, dia akan keluar dari keretanya dan cuba mencari jalan keluar, pelbagai perkara yang dilakukannya untuk terus bertahan hidup. Lagu tema / OST Tunnel ini aku rasa biasa saja, lagi pun aku tak begitu perasan dengan lagu - lagu OST filem ini sebab aku terlebih fokus dengan jalan cerita filem Tunnel ini. Manakala ending filem Tunnel ini memang happy endinglah kan, bila Lee Jung Soo dan anjing Mi Na itu selamat selepas terperangkap dalam runtuhan terowong itu selama 35 hari. Itu pun nasiblah ketua keselamatan bertegas untuk cuba mencari Lee J. Soo buat kali terakhir dan berjaya.

Cuma aku tak pasti dengan anjing Mi Na itu, adakah Lee Jung Soo akan membelanya sebab sebelum ini memang anak perempuannya teringin untuk memelihara anjing. Bagi aku memang sepatutnya, L.J.Soo membela anjing berkenaan sebab dikala dia seorang diri, anjing itulah yang jadi penemannya. Apa pun endingnya memang happy ending sebab semuanya selamat. Apa pun memang best menonton filem ini dan aku bagi 8.6 Bintang dari 10 bintang untuk filem Tunnel ini.

Gambar diatas credit to https://commons.wikimedia.org
Read More

18 Apr 2017

Review Filem Bollywood Diaries

Sinopsis & Review Filem Bollywood Diaries , Pelakon Utama Filem Bollywood Diaries,  Raima Sen, Salim Diwan, Ashish Vidyarthi,
Sinopsis & Review Filem Bollywood Diaries 

Hari ini seperti biasa aku nak buat review tentang satu filem Hindustan / Bollywood yang bertajuk Bollywood Diaries yang release pada tahun 2016 dan dilakonkan oleh Raima Sen, Salim Diwan, Ashish Vidyarthi dan ramai lagi. K.D Satyam menjadi penulis skrip serta pengarah filem ini. Aku suka dengan tagline dan persoalan yang dikemukakan dalam filem ini iaitu "How Far Can You Go To Achieve Your Dreams!". Filem ini berkaitan 3 individu yang berbeza namun mempunyai impian yang sama iaitu ingin melangkah ke industri Bollywood sebagai pelakon. Walaubagaimanapun impian mereka itu tidak semudah yang disangka, pelbagai rintangan, dugaan dan kekecewaan yang perlu dihadapi mereka. Kalau bernasib baik, dapatlah mereka jadi pelakon tapi kalau sebaliknya memang sukarlah kan. Di India industri perfileman mereka sememangnya berkembang pesat, dalam setahun beribu filem yang mereka keluarkan dan dikatakan juga industri perfileman India mengeluarkan jumlah filem yang banyak di dunia. Jadi tidak hairanlah jika ramai yang mempunyai impian dan cita - cita untuk bergelar pelakon terutamanya di Bollywood. 

Walaubagaimanapun tidak semua mempunyai bakat dalam lakonan, hanya segelintir yang berjaya mencipta nama di Bollywood dan kebanyakkannya yang lain terpaksa bermula dari bawah. Ada juga yang gagal. Selalunya jika seseorang itu dilahirkan dari keluarga pelakon Bollywood, harapan untuk berjaya di Bollywood akan lebih cerah. Filem Bollywood Diaries ini akan membawa korang untuk memahami lebih dekat lagi tentang kesusahan yang dialami mereka untuk bergelar pelakon Bollywood. Aku juga tidak ada masalah dengan pemilihan pelakon untuk berlakon dalam filem ini. Aku dah biasa tengok Raima Sen ini berlakon, dia juga ada adik perempuan yang turut bergelar pelakon iaitu Riya Sen. Ini adalah kali pertama aku melihat Salim Diwan berlakon manakala Ashish Vidyarthi pula adalah pelakon berpengalaman yang dah banyak kali berlakon dalam filem Bollywood dan juga filem Tamil dan lain - lain lagi. Ashish Vidyarthi sememangnya terkenal dengan watak - watak jahat gitu. Selain itu filem ini juga banyak memenangi Anugerah Khas Juri dalam pelbagai Festival Filem. Jalan cerita filem ini agak unik dan menarik juga yang memfokuskan pada 3 watak utama iaitu Rohit, Vishnu dan Imli.

Rohit bekerja di Call Center di Delhi, manakala Vishnu pula merupakan pekerja kerajaan yang telah bersara manakala Imli pula dari Kolkata. Ketiga - tiga mereka ini tidak mengenali antara satu sama lain tapi mempunyai impian yang sama untuk bergelar pelakon Bollywood. Rohit melakukan pelbagai cara untuk mendapat peluang berlakon tapi tidak berhasil sehinggalah dia menjalani uji bakat lakoanan dalam satu program realiti tv. Disebabkan sikap dan personaliti Rohit yang pelik membuatkan Juri sengaja mengekalkannya dalam program tersebut untuk menaikkan rating program berkenaan dan dirinya dipilih bukan kerana bakat lakonannya. Setelah berjaya ke pusingan seterusnya, Rohit mula berasa yakin dan semakin popular bila dirinya mula dikenali ramai, disebabkan hal ini Rohit mula over confident dan yakin mampu jadi juara sehinggalah juri singkirkannya dan membuatkan Rohit kecewa dan tidak mampu untuk berhadapan dengan orang ramai lagi. Untuk situasi Rohit ini, juri memang tak patut bagi harapan palsu pada Rohit ini, kalau dia tiada bakat lakonan, juri tak patut pilih dia dari awal kan, dan akhirnya Rohit yang merana. Manakala Imli pula merupakan seorang perempuan cantik dan sanggup buat apa saja agar dirinya berjaya menjadi pelakon. Imli sentiasa akan cuba menggoda lelaki - lelaki yang bekerja di belakang tabir di Industri Bollywood dengan harapan dia akan diperkenalkan kepada pengarah mahupun produser filem.

Imli akhirnya bertemu dengan seorang lelaki yang bekerja sebagai pembantu pengarah filem yang tengah mencari idea untuk mengarah dan membuat filemnya sendiri. Imli berusaha memikat lelaki tersebut dan berjaya, malah Imli juga telah memberikan idea pada lelaki tersebut untuk membuat filem tentang kisah hidupnya dan lelaki tersebut berjanji akan menjadikan Imli sebagai heroin filemnya nanti. Walaubagaimanapun, Imli akhirnya dikecewakan apabila tempatnya sebagai heroin telah digantikan dengan pelakon wanita yang popular. Imli yang begitu kecewa mengambil tindakan drastik untuk berhijrah dan bekerja di Dubai. Walaubagaimanapun kelihatan Imli tidak putus asa apabila terjumpa seorang pengarah filem disana dan cuba mencari jalan untuk mendekati pengarah tersebut. Manakala Vishnu pula sememangnya ingin bergelar seorang pelakon ketika dia masih muda lagi, namun komitmen dan tanggungjawabnya pada keluarganya membuatkan dia menangguhkan hasratnya itu. Selepas anak bongsu Vishnu berkahwin, Vishnu membuat keputusan untuk berpindah ke Mumbai untuk bergelar pelakon. Hasratnya itu telah ditentang oleh isterinya disebabkan usia Vishnu sudah lanjut dan tidak sesuai untuk menjadi pelakon. Namun Vishnu tetap dengan keputusannya, sehari sebelum berpindah, Vishnu pengsan dan masuk hospital dan disahkan menghidap penyakit Barah Perut.

Penyakitnya itu menjadi penghalang pada impian Vishnu, malah dirinya juga dikatakan tidak dapat hidup lama lagi. Vishnu menjadi sangat kecewa dan mengambil tindakan drastik untuk berjumpa dengan seorang sami untuk membolehkan dirinya dilahirkan semula dalam keluarga bintang Bollywood untuk memudahkan dirinya menjadi pelakon di kelahirannya yang seterusnya. Okey untuk part Vishnu memang tak berapa logik sikitlah kan, kiranya itu harapan terakhirnya untuk dilahirkan semula dalam keluarga bintang Bollywood, siap dekat biliknya penuh dengan poster artis Bollywood tu. Lagu Tema / OST Filem Bollywood Diaries ini biasa - biasa saja bagi aku manakala ending filem ini agak sedih jugalah kan sebab ketiga - tiga mereka kecewa apabila impian mereka tidak kesampaian namun nampak jugalah yang mereka tidak berputus asa. Aku bagi 5.9 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini. 

Gambar diatas credit to Bollywood Hungama

Read More

15 Apr 2017

Pelakon Utama Bertukar Dalam Drama Korea & Hindi

Ku Hye Sun, Jang Hee Jin, Pelakon Utama Bertukar Dalam Drama Korea & Hindi, Pelakon, Drama Korea, Korean Drama, Drama You Are Too Much, Drama Hindi, Bollywood,
Pelakon Utama Bertukar Dalam Drama Korea & Hindi

Hari ini nak bercerita tentang pelakon utama drama yang bertukar secara tiba - tiba dalam Drama Korea mahupun Drama Hindi / Hindustan / Bollywood. Selalunya benda ini sering terjadi untuk drama - drama bersiri yang panjang episodnya contohnya 50 episod ke atas. Tak pernah lagi aku tengok heroin drama bertukar atau diganti untuk drama yang ada hanya 16 episod saja. Berbanding drama Korea, hal ini seringkali terjadi dalam drama hindi, dulu aku memang rajin menonton drama Hindi di TV tapi sekarang ini dah tak begitu rajin dah hehehe. Aku dapati memang benda ini dah jadi trend dalam drama hindi, tapi selalunya pelakon utama, terutamanya untuk watak hero dan heroin akan kekal, cuma untuk watak pelakon pembantu memang hal pertukaran pelakon sering terjadi. Walaubagaimanapun ada je drama - drama hindi yang menukar pelakon utamanya, sama ada watak hero ataupun heroin dengan pelakon lain atas pelbagai sebab dan alasan. Selalunya hal ini terjadi apabila pelakon utamanya (pelakon asal) yang ingin menarik diri dari meneruskan berlakon drama tersebut atas sebab masalah kesihatan, ingin mencuba sesuatu yang baru mahupun bosan dengan watak yang dilakonkan. Dalam sesetengah hal, ada juga pengarah sendiri yang membuang pelakon asal drama tersebut disebabkan masalah disiplin, masalah mengada -ngada dan menyusahkan semua orang lalu digantikan dengan pelakon lain.

Misalnya dalam drama hindi Pavitra Rishta,apabila watak heronya digantikan dengan orang lain, apabila hero asalnya iaitu Sushant Singh Rajput ingin berhenti dari berlakon drama tersebut kerana ingin fokus berlakon dalam filem - filem Bollywood pula berbanding drama. Ternyata keputusannya membuahkan hasil apabila banyak filem - filem lakonannya popular dan mendapat sambutan. Ketika dirinya berlakon dalam drama tersebut, dia juga turut bercinta dengan heroin drama Pavitra Rishta itu iaitu Ankita, lama juga hubungan mereka ini bertahan. Walaubagaimanapun pada tahun 2016, mereka dah putus pula, alahai sayangnya sebab kedua - dua mereka sepadan. Lepas Sushant Singh Rajput digantikan dengan pelakon lain dalam drama tersebut, aku rasa drama tersebut mula jadi tak best sebab macam pelik pula hehehe dan last sekali aku terus tak tonton dah drama tersebut. Ada lagi satu kes apabila watak heroin digantikan dengan pelakon lain, hal ini terjadi dalam drama Hindi Ram Milaye Jodi. Watak heroin dalam drama tersebut ditukarkan dengan orang lain disebabkan pelakon asalnya tidak dapat memberi lakonan dan komitmen yang terbaik. Setelah beberapa lama, watak hero asalnya pula digantikan dengan orang lain dan macam biasa aku terus tak nak menonton drama tersebut. Selain drama yang aku sebutkan diatas ini, ada banyak lagi drama - drama hindi yang mempunyai kes yang serupa.

Dalam Drama Korea pula, kes pertukaran pelakon jarang - jarang juga berlaku, cuma baru - baru ini aku perasan dalam drama Korea Our Gab Soon, salah seorang pelakon wanita yang melakonkan watak sebagai kakak kepada hero drama tersebut telah hilang secara tiba - tiba dalam drama tersebut. Sampai ke episod akhir drama tersebut iaitu episod 61, watak kakak Gab Dol itu hilang macam tu saja, macam tak pernah wujud pula dalam drama tersebut, sedangkan dalam poster drama tersebut juga kelihatan gambarnya, patutnya buatlah satu alasan kan mengenai kehilangan watak itu, contohnya dia berhijrah ke luar negara ke apa ke kan?, Ini terus hilang macam Gab Dol itu anak tunggal pula hehe. Paling terbaru sekali adalah menerusi Drama You Are Too Much yang tengah disiarkan sekarang ini, heroin asal drama tersebut iaitu Ku Hye Sun hanya sempat berlakon dalam drama tersebut sampai episod keenam saja kerana terpaksa menarik diri akibat masalah kesihatan. Bermula episod ketujuh hingga ke episod akhir nanti, pelakon Jang Hee Jin akan menggantikan Ku Hye Sun itu. Ramai juga penonton yang complaint tidak berpuas hati kerana heroin drama itu bertukar serta berasa pelik dan sukar untuk terus menonton drama tersebut. Kesian juga pada Jang Hee Jin kerana terpaksa berdepan dengan kritikan penonton, bukan senang nak menggantikan pelakon lain untuk watak utama pula tu. Tapi aku merindui juga lakonan Ku Hye Sun itu, sayangnya dia sakit pula kan.

Apa pun aku akan terus menonton drama Korea You Are Too Much itu sebab jalan ceritanya best dan kesemua pelakon dalam drama tersebut juga best dan dikenali ramai. Selain itu aku juga dah biasa tengok lakonan Jang Hee Jin ini dalam drama - drama lain seperti drama On The Way To The Airport, My Shy Boss dan banyak lagi.

Gambar diatas credit to https://commons.wikimedia.org




Read More

13 Apr 2017

Horror Stories 2 VS Horror Stories 3

Horror Stories 2 VS Horror Stories 3 (Korean Movie), Filem Korea, Korean Movie, Korean Film, Filem Seram, Pelakon Filem Horror Stories 1, 2 & 3, Hantu, Go Kyung Pyo,
Horror Stories 2 VS Horror Stories 3 (Korean Movie)

Akhirnya aku dah menonton ketiga - tiga siri filem Horror Stories ini bermula dengan filem Horror Stories yang release pada tahun 2012, diikuti filem Horror Stories 2 pada tahun 2013 dan Horror Stories 3 yang release pada tahun 2016. Jadi bila dah tengok ketiga - tiga siri filem ini, barulah boleh buat perbandingan, filem mana yang paling best, betul tak?. Pada pendapat aku, kalau disuruh pilih filem mana yang paling best, aku akan pilih filem yang pertama iaitu Horror Stories (2012) sebab filem yang pertama mengandungi himpunan kisah seram yang menarik dan best berbanding yang kedua mahupun yang ketiga. Manakala Filem yang paling kurang best sekali adalah Horror Stories yang kedua kerana himpunan jalan ceritanya kurang seram, tak logik dan merapu. Untuk yang ketiga pula jalan cerita kesemua kisah seramnya boleh tahan tapi masih tak boleh lawan yang pertamanya.
Kalau tengok pada tempoh masa kesemua filem ini release, kita dapat melihat jarak masa yang dekat antara Horror Stories pertama dan kedua manakala yang ketiga mengambil masa agak lama dalam 3 tahun, barulah release yang ketiganya.

Dalam entry ini aku tak akan sentuh banyak pasal Filem yang pertamanya sebaliknya aku fokus untuk filem yang kedua dan ketiga. Filem Horror Stories 2 dibarisi oleh pelakon best dan popular iaitu Sung Joon, Lee Soo Hyuk, Park Sung Woong, Baek Jin Hee, Kim Seul Gi, Go Kyung Pyo, Kim Ji Won dan ramai lagi. Filem Horror Stories 2 ini mengandungi 4 kisah seram bermula dengan kisah di antara Se Young dan Manager Park yang bekerja di Syarikat Insurans, kedua - dua mereka berdua berbual - bual tentang kes - kes pelik tuntutan insurans yang mencurigakan. Kisah kedua adalah kisah 2 kawan baik yang jatuh dari tebing namun terselamat, walaubagaimanapun kedua - dua mereka terperangkap disitu dan hanya mampu menunggu bantuan tiba. Persahabatan mereka diuji apabila kedua - dua mereka berebut satu coklat dan menyebabkan salah seorang dari mereka mati. Kisah ketiga pula menceritakan tentang tiga wanita muda yang gagal dalam exam lalu mereka bertiga cuba untuk bergembira dengan bersiar - siar dan bermalam di sebuah Villa di yang berdekatan dengan gunung. Walaubagaimanapun mereka mengalami kemalangan dan cedera, lalu mereka bertiga memutuskan untuk berjalan dan terjumpa sebuah rumah. Kisah seram yang keempat adalah mengenai Byeong Shin yang merupakan seorang guru pelatih. Dirinya telah dimalukan oleh pelajarnya ketika hari pertama dia mengajar.

Akibat terlalu malu, Byeong Shin cuba untuk bunuh diri tapi gagal kerana dia takut dan kemudian dia berjumpa dengan Tan Hee yang merupakan salah seorang pelajar disitu yang obses dengan ilmu hitam. Byeong Shin cuba mengikut nasihat Tan Hee untuk cuba ke dunia lain dengan melakukan satu ritual di dalam lif dan akhirnya dirinya terperangkap di dalam dunia lain dan sukar untuk kembali. Dalam keempat - empat kisah seram yang ada dalam Horror Stories 2 ini, satu pun tidak seram, Kisah pertama langsung tak seram, kisah kedua sangat tak seram, kisah ketiga biasa saja dan kisah keempat paling mengarut, gila dan tak masuk akal hehehe. Kesian dekat pelakon Go Kyung Pyo yang berlakon dalam kisah ke-4 yang sangat merapu itu. Pendek kata, Horror Stories 2 memang tak best dan aku bagi 4 Bintang dari 10 Bintang. Manakala Horror Stories 3 juga turut mempunyai 4 kisah seram dan kesemua kisah tersebut dimulakan dengan zaman dahulu diikuti dengan zaman kini dan juga zaman akan datang. Pelakon - pelakon untuk siri ketiga ini boleh tahan juga cuma tidaklah sepopular seperti pelakon - pelakon lain di dalam siri pertama dan kedua itu. Antara pelakonnya terdiri daripada Im Seul Ong, Kyung Soo Jin, Park Jung Min, Hong Eun Hee, Lee Jae In dan ramai lagi. 

Kisah seram pertama mengisahkan seorang kanak - kanak perempuan yang bukan manusia yang berada di suatu planet. Dirinya seorang yang terselamat dan meminta pertolongan dari robot untuk mengizinkan dirinya tinggal disitu. Kisah kedua pula berlatarbelakangkan zaman dulu yang mengisahkan tentang Yi Sang dan Yoon Sung yang tersesat lalu bermalam di sebuah rumah yang didiami oleh seorang tua dan menantunya. Yi Sang yang cedera di kakinya mendapati kawannya Yoon Sung telah hilang, walaubagaimanapun dirinya telah dipaksa untuk bekerja bagi membayar kos bermalam disitu. Semakin lama disitu, Yi Sang mendapati pelbagai pelik yang berlaku disitu dan membuatkan dirinya cuba untuk melarikan diri. Kisah seram yang ketiga berlaku di jalan raya, dimana Soo Jin dan Dong Geun berada di highway ketika itu, kemudian mereka diganggu dengan seorang pemandu trak yang gila. Pemandu Trak tersebut cuba mengganggu mereka, memukul, mencederakan dan juga menculik mereka. Pemandu trak berkenaan terus - terusan cuba mengganggu mereka dengan pelbagai cara yang ekstrim. Kisah yang ke-4 bertajuk Hantu Mesin yang mengisahkan Ye Sun yang merupakan seorang ibu dan menggunakan robot khas yang bernama Dunko untuk menjaga dan menjadi teman pada anak lelakinya. Dunko dan anak Ye Sun sangat rapat, walaubagaimanapun suatu hari Dunko telah mengalami kerosakan yang teruk dan sukar dibaiki dan membuatkan Ye Sun terpaksa mematikan Dunko.

Ye Sun akhirnya mengambil robot baru untuk menggantikan Dunko, walaubagaimanapun hantu Dunko kembali dan cuba menuntut janji Ye Sun dan anaknya pada dirinya. Pada pendapat aku kisah robot - robot ini serta kisah budak yang berada di planet lain tu agak boring bagi aku, manakala kisah seram yang kedua di zaman dulu kala itu juga tidak seram pada aku. Tetapi kisah seram di jalan raya itu agak menarik bagi aku sebab terdapat plot twistnya, dimana pemandu trak tersebut mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya tu. Walaubagaimanapun Horror Stories 3 ini lebih okey sedikit berbanding Horror Stories 2 yang tak best dan merapu itu. Apa pun aku bagi 5.7 Bintang dari 10 bintang untuk siri yang ketiga ini.

Gambar diatas credit to https://commons.wikimedia.org
Read More

10 Apr 2017

Rasa Maggi Tomyam Tak Sama Macam Dulu?

Maggi Tomyam, Perencah Maggi Tomyam Tak Sedap, Rasa Maggi Tomyam Yang Diperbaharui,
Rasa Maggi Tomyam Tak Sama Macam Dulu?

Hari ini nak sembang pasal Mi Segera yang sememangnya menjadi kesukaan rakyat Malaysia, Maggi Tomyam sememangnya menjadi favourite aku ketika zaman belajar di UM dulu. Awalnya aku memang tak makan mi segera ini sebab perencahnya tak begitu sedap dan tak kena dengan citarasa aku. Sampailah satu hari, roomate aku masa dekat rumah sewa dulu makan maggi tomyam nii dan pelawa aku untuk cuba rasa Maggi Tomyam tu dan lepas aku rasa aku terus jadi suka pula, sebab rasanya sedap dan keesokkan harinya aku terus beli 5 bungkus Maggi Tomyam untuk dijadikan stok makanan aku hehehe. Kiranya Maggi Tomyam ini memang menjadi makanan favourite aku dikala lapar, selalunya aku akan maggi tomyam ini dan juga aku sediakan segelas Coffee Mix sebagai minuman, memang sedap tau. Aku juga selalu makan Maggi ini dengan cara paling mudah sekali iaitu hanya tuang air panas saja dan tak guna kuali mahupun masukkan bahan - bahan lain. Dengan cara paling mudah dan senang aku dapat menikmati Maggi Tomyam yang sedap, aku juga sukakan perencah Maggi Tomyam ini kerana ada 2 bahagian, satu bahagian ada serbuk satu lagi berbentuk cecair memang wow. Walaubagaimanapun lepas aku tamat belajar di UM dan telah pulang ke hometown aku, aku memang dah jarang makan Maggi ini. Salah satunya sebabnya mak aku selalu masak jadi tak perlulah nak makan mi segera lagi kan. 

Kalau tinggal sendiri macam dekat rumah sewa dulu memang rasa malas nak masak atau pun pergi beli makanan dekat luar rumah jadi just makan mi segera sajalah. Tapi sekali sekala bila teringin nak makan Maggi Tomyam itu, aku makanlah juga tapi tidak begitu kerap, cuma sesekali je. Bila dah lama tak makan Mi Segera kegemaran aku ini, maka dalam bulan lalu (2017) aku teringin pula nak makan, so aku beli Maggi Tomyam yang jenis cup tu, perencahnya tak sama macam dulu, cuma ada serbuk saja dan satu lagi berisi sayur sayur. Aku tak kisahlah dan terus makan dan rasanya tak begitu sedap dan tak menepati citarasa aku. Aku mengagak perencah yang versi Cup ini mungkin sedikit berbeza dengan Maggi yang bungkus tu kan, jadi aku cuba makan Maggi Tomyam yang versi bungkusnya, aku lihat perencahnya juga tak sama macam dulu - dulu, perencahnya hanya serbuk saja, aku dah mula tak sedap hati hahaha, tapi aku cubalah juga rasa sebab dekat Paket Maggi tu tulis rasa yang diperbaharui kot, entahlah apa yang ditulis, aku dah tak ingat sangat, bila makan Maggi Tomyam ini, rasanya lebih kurang sama macam dalam Maggi berbentuk Cup itu. Aku tak begitu puas hati kenapa rasanya berbeza, tak sama macam dulu?, perencahnya juga bertukar hanya ada bentuk serbuk saja, aku check juga Maggi bungkus yang lain dan aku tengok perencahnya memang ada jenis serbuk saja yang perencah satu lagi dah tiada ke? kenapa perlu berubah?, aku ini memang jenis cerewet sikit tentang rasa ni, Perencah terbaru ini memang tak menepati citarasa aku dah huhuhu.

Apa pun semuanya terpulang pada citarasa masing - masing kan, mungkin aku tidak begitu suka dengan rasa yang baru ini, tapi orang lain suka pula kan, citarasa masing - masing berbeza kan.
Read More

6 Apr 2017

Kang Gary Kahwin Bukan Dengan Song Ji Hyo?

Gary Mengumumkan Yang Dirinya Sudah Berkahwin di Instagram, Gary, Kang Gary, Isteri Kang Gary, Kang Gary Wife, Song Ji Hyo, Monday Couple, Running Man, Gary Announcement, Love, Marriage,
Kang Gary Kahwin Bukan Dengan Song Ji Hyo?

Bekas Ahli Running Man iaitu Kang Gary dah Kahwin? ramai yang terkejut dengan berita ini, tak kurang juga yang sedih bila fantasi mereka tentang Monday Couple (Ketika Gary dan Song Ji Hyo dalam Running Man) benar - benar berakhir dengan berita Gary dah Kahwin. Ketika aku buka Twitter semalam, aku lihat nama Kang Gary Trending No 1 gitu dan terkejut juga aku bila dapat tahu yang Gary dah kahwin, macam - macam reaksi ada di Twitter tu, kebanyakannya memang terkejut dan sedih apabila harapan mereka untuk Monday Couple bersatu dah hancur. Bagi aku pula, aku memang terkejut tapi tidak sedihlah kan sebab aku memang dah boleh agak yang Gary dan Song Ji Hyo memang tiada hubungan pun, walaupun mereka digosipkan dan kelihatan juga Gary memang suka pada Ji Hyo di episod2 awal Running Man dan di beberapa episod lain tapi memang nampaklah Gary dah move on, lagipun soal hati dan perasaan tak boleh dipaksa kan. Buat fans Monday Couple tu moga bertabahlah ye. Teringin pula nak tengok reaksi ahli Running Man yang lain terutamanya Song Ji Hyo pasal berita Gary dah kahwin ni hehe. Aku yakin mereka semua pun gembira dengan perkahwinan Gary ni dan suka bila Gary dah bertemu jodohnya, lagipun semua dah macam family gitu. Alangkah bagusnya kalau Gary buat majlis perkahwinan, jadi semua ahli RM yang lain pun boleh datang kan.
Kang Gary Kahwin Bukan Dengan Song Ji Hyo?, Gary, Kahwin, Cinta, Marriage, Monday Couple, Running Man, Song Ji Hyo, 2017, Announcement, News,
Isteri Kang Gary juga bukan selebriti tapi orang biasa, moga Gary bahagia dan aku harapkan dapat tengok Gary datang lagi ke Running Man untuk jadi guest. Sebenarnya seronok bila dapat tengok diorang bertujuh semula. Bila sebut pasal Running Man, pastinya ramai tahu yang Running Man dah tambah ahli baru 2 orang dan mereka berdua akan menjadi ahli tetap dalam Running Man. Aku tidak begitu kenal dengan 2 ahli baru tu, walaupun mereka berdua pernah jadi guest sebelum ini tapi aku tak berapa ingat. Ramai juga yang susah nak terima ahli baru ini, walaupun yang perempuan tu juga seorang pelakon tapi biasalah kan, baru - baru lagi kan memang susahlah nak terima tapi lama - lama okeylah kan. Kalau diorang ambik ahli baru yang terkenal dan famous mungkin susah sikit kot sebab bayaran mahal plus komitmen artis yang terkenal ni selalunya banyak kan, nanti last - last tarik diri, kan susah pula nak cari pengganti. Aku gembira bila Running Man tidak jadi dibubarkan dan aku harapkan Running Man makin best dengan kehadiran dua ahli tetap yang baru.

Gambar Song Ji Hyo diatas credit to https://commons.wikimedia.org

Read More


My Random Post