5 Perkara Yang Aku Rindukan..
1- Zaman Sekolah - Kalau boleh nak kembali masa sekolah dulu, rindu betul zaman sekolah. Aku paling stress masa masuk tingkatan 3 dulu, stress sebab apa? stress sebab aku masuk kelas pertama sekali, pendek katanya kelas budak pandai. Dalam kelas itu, persaingan dari segi pelajaran memang sangat sengit, ini ditambah lagi, ramai budak cina yang memang pandai tersenarai untuk masuk dalam kelas itu tetapi budak melayu sedikir saja yang masuk dalam kelas tu, memang aku tak ada kawan rapat dalam kelas tersebut. Semua kawan - kawan baik aku, tercampak kelas no 2, kalau aku tahu jadi begitu, baik masa form 2 tu aku jawab peperiksaan ala kadar saja jadi tak perlulah aku tercampak dalam kelas budak pandai ini, Lebih stress cikgu matematik masa itu sangat garang dan aku selalu yang jadi mangsanya sebab tak pandai dalam subjek matematik. Masa tingkatan 4 dan 5 memang best sebab kali ini, kelas dah ikut aliran yang kita ambil. Ramai kawan aku berada dalam satu kelas yang sama, malah ramai budak melayu dalam kelas itu. Paling tak best bila ada juga budak nakal terselit sekali dalam kelas itu jadi apa lagi, cikgu disiplin memang sayang sangatlah jawabnya sebab kelas kami semua selalu kena denda sebab bising dan lain - lain lagi. Kadang - kadang salah orang lain, tapi satu kelas yang kena denda. Form 6 pula memang best sebab masuk sekolah lain, suasana baru dan kawan baik ada sekali. Happening juga.
2- Zaman Universiti - rindu kawan - kawan masa dekat universiti dulu, rindu dekat kolej kediaman, rindu bilik dan katil aku dekat sana. Rindu rumah sewa, roommate dan housemate, rindu coursemate, rindu bilik aku dekat rumah sewa tu, rindu pensyarah, rindu bilik kuliah, library, rindu fakulti, surau dan suasana disitu, rindu tempat fotostat, Rindu nak buat assignment dan banyak lagi, memang banyak betul rindu ni.
3- Rindu kawan-kawan lama
Kawan datang dan pergi, ada yang loss contact, ada yang busy dengan family masing - masing, maklumlah semua ada tanggungjawab masing - masing kan. Alangkah seronoknya dapat jadi macam dulu - dulu. Bila zaman belajar dah berlalu, memang susah nak berkumpul dan berjumpa semula dengan kawan - kawan lama. Kalau jumpa pun mungkin sebab terserempak dan sebagainya, kalau nak berborak panjang tu memang dalam mimpilah jawabnya.
4- Rindu nak aktif baca novel macam dulu - dulu, sekarang ini dah busy, novel memang tak ada masa nak beli dah. Lagi pun banyak novel dah diadaptasi menjadi drama bersiri, jadi tonton drama di TV lagi senang.
5- Rindukan si Comel - Comel ini kucing aku, kucing betina, dia dulu kerap betul mengandung dan beranak. Jadi aku dapatlah bermain dengan anak - anak dia yang sangat cute tu, rindunya, sekarang ini comel dah hilang, dia tak balik ke rumah pun, dekat rumah aku ini, hanya ada kucing jantan saja, jadi tak dapat nak tengok anak - anak kucing yang baru lahir yang comel - comel tu..
Banyak yang tertinggal dah untuk cabaran 30 hari ini, tak apa, slow - slow buat entry, janji dapat selesaikan cabaran ini betul tak?. Selamat Membaca..
Gambar diatas credit to https://pixabay.com
Gambar diatas credit to https://pixabay.com