Review Filem Housefull 3 (Bollywood Movie)
Hari ini aku nak buat review filem Bollywood yang bertajuk Housefull 3 yang dilakonkan oleh ramai pelakon hebat Bollywood seperti Akshay Kumar, Abhishek Bachchan, Riteish Deshmukh, Jacqueline Fernandez, Nargis Fakhri, Lisa Haydon dan ramai lagi. Filem yang bergenre komedi ini release pada 3 Jun 2016 dan mendapat kutipan box office. Aku juga dah menonton kesemua siri filem Housefull ini bermula dengan Filem Housefull 1 yang release pada tahun 2010, Housefull 2 pula release pada tahun 2012 dan Housefull 3 yang release pada tahun 2016. Manakala Housefull 4 pula boring, aku tengok tak habis pun. Dalam semua siri filem Housefull ini, aku paling suka dengan Housefull 2 dan Housefull 3 kerana jalan ceritanya lebih kelakar berbanding siri yang pertamanya. Jalan cerita setiap siri berbeza - beza walaupun mempunyai tajuk dan pelakon yang hampir sama. Pelakon Akshay Kumar, Riteish Deshmukh, Jacqueline Fernandez, Boman Irani, Chunkey Pandey menjadi pelakon tetap Filem Housefull 1 hingga 3, walaubagaimanapun Jacqueline Fernandez hanya menjadi cameo ketika siri pertama filem Housefull itu dan kemudiannya menjadi watak utama untuk dua filem ini yang seterusnya iaitu untuk siri yang kedua dan ketiga.
Filem Housefull (2010) diserikan dengan kehadiran pelakon seperti Deepika Padukone, Lara Dutta, Jiah Khan dan Arjun Rampal manakala untuk Filem Housefull 2 (2012) diserikan pula dengan kehadiran pelakon - pelakon seperti Asin, Shreyas Talpade, John Abraham, Mithun Chakraborthy, Zarine Khan dan ramai lagi. Manakala untuk Housefull 3 pula dimeriahkan lagi dengan kehadiran Abhishek Bachchan, pelakon jelita seperti Nargis Fakhri dan Lisa Haydon, Jackie Shroff dan ramai lagi. Nampaknya Jacqueline Fernanderz bergandingan dengan Riteish Deshmukh lagi, bagi yang belum tahu, Filem pertama yang Jacqueline Fernandez berlakon adalah filem Aladin dan hero filem tersebut adalah Riteish Deshmukh juga. Walaubagaimanapun untuk filem ini, Jacqueline akan berpasangan dengan Akshay Kumar, manakala Ritesh pula akan berpasangan dengan Lisa Haydon. Berbalik pada Filem Housefull 3 ini, aku memang suka jalan ceritanya yang kelakar, ketika di scene awal pun aku dah rasa kelakar, bila dengar nama - nama anak perempuan Batook Patel ini iaitu Ganga, Jamuna dan Saraswati. Bukan main tradisional lagi nama anak - anak orang kaya ini, sopan santun dan pakaian mereka bertiga juga manis dipandang. Tapi itu di depan bapa mereka saja tapi sebenarnya ketiga - tiga mereka ini seksi dan moden, nama pun diorang tukar untuk nampak lebih moden iaitu Gracy, Jenny dan Sarah. Jalan cerita filem ini makin menarik bila 3 watak hero filem ini diperkenalkan iaitu Sandy, Teddy dan Bunty.
Sandy, Teddy dan Bunty mendekati Ganga, Jamuna dan Saraswati disebabkan duit, mereka inginkan harta girlfriend mereka itu. Apa pun dalam banyak - banyak watak dalam filem ini, aku paling suka dengan watak Akshay Kumar iaitu sebagai Sandy dan Sundi. Akshay Kumar membawakan 2 watak dalam filem ini, satu watak sebagai Sandy, dimana Sandy ini mengalami satu penyakit psikologi yang dikenali sebagai DID ( Dissociative Identity Disorder). Setiap kali Sandy mendengar perkataan "Indian", Sandy akan berubah menjadi Sundi dan setiap kali personaliti Sundi ini muncul, akan timbullah huru hara dalam hidup Sandy. Sundi akan menjadi penghalang segala impian Sandy, dia juga yang akan membocorkan rahsia, dan melakukan pelbagai perkara lain. Apa pun memang terhibur setiap kali tengok watak Sundi ini. Ada satu scene yang kelakar bila Sundi ingin memberitahu tentang penipuan Sandy kepada bakal bapa mertuanya iaitu Batook Patel, Teddy dan Bunty cuba menghalangnya namun tidak berjaya, Akhirnya segala rahsia mereka bertiga terbongkar, namun mereka terselamat, apabila mereka telah tersalah sangka, kerana telah menganggap patung lilin Batook Patel itu adalah orang yang sebenar. Memang lawak betul scene tersebut, sebab aku sendiri tidak menyangka yang benda itu adalah patung dan bukan manusia sebenar.
Scene seterusnya yang aku suka adalah scene ketika Batook Patel cuba menguji Sandy, Teddy dan Bunty untuk mengetahui sama ada mereka bertiga menipu menjadi Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu buta, bisu dan tidak boleh berjalan atau pun mereka sememangnya bercakap benar. Walaubagaimanapun ketiga - tiga mereka lulus dalam ujian Batook Patel itu dan Batook Patel mula percaya yang ketiga - tiga mereka memang buta, bisu dan tidak boleh berjalan. Keadaan mula menjadi kelam - kabut dengan kehadiran ayah kandung Ganga, Jamuna dan Saraswati iaitu Urja Nagre. Sandy, Teddy dan Bunty mula keliru dengan penipuan mereka sendiri, apabila masing - masing terpaksa membuat 2 penipuan berbeza pada Batook Patel dan Urja Nagre dan sekaligus menimbulkan kekecohan dalam rumah tersebut. Apabila makin banyak penipuan dan makin banyak kekeliruan maka makin lawaklah jadinya filem ini. Keadaan makin kecoh dengan kehadiran 3 anak lelaki Batook Patel yang ingin dikahwinkan dengan Ganga, Jamuna dan Saraswati itu. Bermulalah persaingan sengit antara mereka. Scene ketika Sundi cuba nak bunuh Sandy tu juga kelakar sebab samalah macam nak bunuh diri sendiri. Kemudian dihujung cerita Batook Patel mengalah dan memutuskan untuk berkongsi harta Urja Nagre sesama mereka saja termasuklah Sandy, Sundi, Bunty dan Teddy itu juga kelakar.
Ending filem Housefull 3 ini mestilah happy ending kan, cuma part Sandy, Bunty dan Teddy kena tikam itu macam tak logik pula, dah kena tikam tapi masih sihat dan gembira pula tu. Apa pun, filem ini memang lawak dan menghibukan, aku pun ada beberapa kali tergelak masa tengok filem ini dan aku bagi 8.6 Bintang dari 10 bintang untuk filem ini.
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Kalung Episod 1 Hingga 26 Lakonan Aprena Manrose Di TV Okey