Memaparkan catatan dengan label Zahiril Adzim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zahiril Adzim. Papar semua catatan

15 Jun 2022

Drama Lockdown 2 (Astro Ria)




Drama Lockdown 2, Drama Astro Ria, Poster Drama Lockdown 2, Info dan Sinopsis Drama Lockdown 2, Lockdown 2 Cast, Drama Lockdown 2 Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Lockdown 2, Janna Nick, Rozita Che Wan, Dini Schatzmann, Wan Maimunah, Elvina Mohamad, Shahz Jaszle, Elly Mazlein,
Drama Lockdown 2 Episod 1 Hingga 20 Full Episode di Astro Ria

Drama Lockdown 2 telah pun disiarkan di Astro Ria bermula 6 Jun 2022, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Scammer 2 yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Lockdown 2 ini adalah Janna Nick, Rozita Che Wan, Dini Schatzmann, Wan Maimunah, Elvina Mohamad, Shahz Jaszle, Elly Mazlein, Rosnah Mat Aris, Iqram Dinzly, Fify Afrina, Zulaika Zary, Nabila Razali, Syed Iqmal, Zahiril Adzim, Shera Aiyob, Sabhi Sadhi, Natasha Elyzza, Ellie Suriaty, Rosdeen Suboh, Mimi Ernida, Amerul Affendi, Dto Ahmad Tarmimi Siregar, Aida Khalida, Uyaina Arshad dan ramai lagi. Selain itu drama Lockdown 2 ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Izuan Mokhtar & Ain Sharif serta diterbitkan oleh U2 Media Sdn Bhd. Drama Lockdown 2 ini memaparkan kisah masyarakat yang terpaksa menempuhi cabaran-cabaran selepas negara dilanda wabak Covid-19 dan impaknya terhadap kehidupan setiap manusia. Nampak macam best je kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Lockdown 2i ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Lockdown 2

Janna Nick sebagai Lola
Rozita Che Wan sebagai Kak Sal
Shera Aiyob sebagai Fitrah
Zahiril Adzim sebagai Ramadhan
Amerul Affendi sebagai Kamarul
Mimi Ernida sebagai Mariam
Wan Maimunah sebagai Tok Ma
Dini Schatzmann sebagai Kimie
Zulaika Zary sebagai Akila
Sabhi Saddi sebagai Hadi
Rosdeen Suboh sebagai Radhi
Ellie Suriaty Omar sebagai Lisa




Sinopsis Drama Lockdown 2 - Astro Ria

Mengisahkan kehidupan empat buah keluarga dalam menghadapi impak Covid-19 sepanjang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam situasi yang berbeza. 
Cerita pertama mengisahkan Kak Sal yang terpaksa menghadapi cabaran berdepan dengan pandemik dengan perangai anak-anaknya yang sentiasa tidak mendengar kata serta dia terpaksa menjaga ibunya yang sudah tua. Kisah kedua drama ini berkisar tentang Fitrah dan Ramadhan, sebuah pasangan suami isteri yang bertugas sebagai ‘frontliner’ ketika Covid-19. Peningkatan kes Covid-19 dalam masyarakat Malaysia mengakibatkan kesemua hospital penuh dengan pesakit-pesakit yang djiangkiti, termasuklah ibu bapa Fitrah yang juga positif Covid. Fitrah yang sedang hamil tidak sedar yang dirinya telah dijangkiti virus berbahaya ini sehingga akhirnya meragut nyawanya.  

Kisah seterusnya berkisar tentang Radhi yang sangat pentingkan diri apabila dia mengelak daripada memberitahu orang sekelilingnya bahawa dia telah dijangkiti oleh virus ini dan masih pergi berniaga dan berjumpa ‘Reseller’. Kamarul pula yang berniaga di pasar malam tidak dapat berniaga oleh kerana PKP. Dia juga dijangkiti virus merbahaya ini daripada Radhi sehingga akhirnya membawa kepada kematian isterinya sendiri yang sedang sarat mengandung ketika dia berkuarantin di rumah walaupun dia sangat menjaga SOP kerana tidak mahu berjauhan daripada isterinya yang bakal melahirkan anak mereka dalam masa dua minggu. 



Read More

26 Apr 2022

Drama Scammer 2 Episod 1 Hingga 24 Lakonan Beto Kusyairy Di Astro Ria



Drama Scammer 2, Sinopsis Drama Scammer 2, Poster Drama Scammer 2, Drama Scammer 2 Astro Ria, Scammer 2 Cast, Drama Scammer 2 Full Episode, Drama Scammer 2 Episod 1 Hingga 24, Pelakon - Pelakon Drama Scammer 2, Beto Kusyairy, Zahiril Adzim, Farah Nabilah,

Tak sangka ada sambungan drama Scammer ni, tapi dalam Scammer 2 ni semuanya berbezalah dari musim pertama tu, pelakon berbeza dan jalan cerita pun berbeza. Drama Scammer 2 ini mula bersiaran di Astro Ria pada 18 April 2022, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Scammer 2 ini adalah Beto Kusyairy, Zahiril Adzim, Farah Nabilah, Azwan Ali, Enny Ridwan, Iman Corinne Adrienne, Sharifah Sofia, Ainina Ahmad B, Norlia Ghani, Rosli Rahman, Mathni Razak dan ramai lagi. Selain itu drama Scammer 2 ini mempunyai 24 episod dan diarahkan oleh Norhanisham "Labu" Muhamad serta diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Scammer 2 ini dibawah beserta sinopsisnya sekali okey..

Beto Kusyairy sebagai Taqriz
Zahiril Adzim sebagai Rudi
Farah Nabilah sebagai Liya
Azwan Ali sebagai Hanif
Enny Ridwan sebagai Hajar
Iman Corinne Adrienne sebagai Muna
Razzuan Rosli sebagai Paup
Sharifah Sofia sebagai Sofia
Shatirah Amanda sebagai Yanti
Sadiq M. Jamil sebagai Lobak
Gobbinath Batumalai sebagai Praba / Prabu
Ainina Ahmad sebagai Imah
Norlia Ghani sebagai Nenek
Adam Darwisyh sebagai Adam
Auni Zahra sebagai Mila
Rosli Rahman sebagai Wak
Rafe Sumantri sebagai Hajah Dollah
Din Tamam sebagai Kadir
Bihzlu sebagai PA Muna
Razali Ghani sebagai Haji Burhan
Mathni Razak sebagai Inspektor Farid
Juwita Rosli sebagai Asst. Insp. Farid
Aghonderan Sahadevan sebagai Brian
Edaman Othman sebagai Pusher Kokain
Yusri Saleh sebagai Zaidi
Anuar Rahman sebagai Azlan 
Emma Tosh sebagai PA Yanti 
Danial sebagai Ali
Shahruddin Thamby sebagai Cikgu Shah
Manan Holiau sebagai Haji Rejab




Sinopsis Drama Scammer 2 Lakonan Beto Kusyairy, Zahiril Adzim dan Farah Nabilah Di Astro Ria

Kisah tentang penipuan hartanah dan penunggang agama.
Taqriz (Beto Kusyairy) mahu menuntut bela atas kematian ayahnya, Cikgu Shah, yang menjadi mangsa fitnah dalam urusan penjualan tanah di kampung mereka. Arwah Cikgu Shah dituduh menipu orang kampung dan mengaut semua duit jualan tanah. Rudi (Zahiril Adzim), kawan sekampung Taqriz tawarkan diri untuk membantunya tetapi Taqriz tidak percayakan sesiapa. Sasaran Taqriz ialah Muna (Iman Corinne) pemilik syarikat hartanah dan Hanif (Azwan Ali), peguam yang dipercayai telah menipu pemilik tanah dan jadikan arwah ayah Taqriz sebagai kambing hitam. Untuk menyelinap masuk dalam syarikat Muna, Taqriz mempergunakan Liya (Farah Nabila), seorang bekas ‘scammer’ yang diburu polis untuk menyamar sebagai pekerja baru syarikat Muna untuk mengumpul bukti kes penipuan tanah itu. Manakala Taqriz pula menyamar sebagai pembantu peguam dan bekerja dengan Hanif untuk mencari bukti penglibatan Hanif dalam kes yang menyebabkan kematian ayahnya.Satu demi satu pembongkaran didedahkan sehingga Taqriz sedar ada ramai lagi yang terlibat dalam penipuan tanah itu, termasuklah orang yang dekat dengan dirinya. Siapakah yang bakal menjadi mangsa scammer kali ini? Siapa pula yang menunggang agama?

Lagu Tema / OST Drama Scammer 2

👄👄 Topeng - Caprice feat Sherry Ibrahim
👄👄 Rekayasa - Nuha Ibrahim



Read More

27 Nov 2021

Telefilem Saka MySejahtera Lakonan Zahiril Adzim (Astro Citra)



Telefilem Saka MySejahtera, Telemovie Saka MySejahtera, Info dan Sinopsis Telefilem Saka MySejahtera, Poster Telefilem Saka MySejahtera, Saka MySejahtera Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Saka MySejahtera, Telefilem Saka MySejahtera Astro Citra, Telefilem Saka MySejahtera Full, Zahiril Adzim, Aziz M Osman, Fadhli Masoot, Atikah Suhaime,

Telefilem Saka MySejahtera akan disiarkan di Astro Citra pada 27 November 2021 ini, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Saka MySejahtera ini adalah Zahiril Adzim, Aziz M Osman, Fadhli Masoot, Atikah Suhaime, Arie Zaharie, Tuan Asmawi, Bohari Ibrahim dan ramai lagi. Nampak menarik kan telefilem ini, tajuk telefilem pun dah up to date gitu okey hehe. Selain itu telemovie Saka MySejahtera ini diarahkan oleh Azhari Zain dan diterbitkan oleh Arie Zaharie Production Sdn Bhd. Jadi jom baca sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Saka MySejahtera Lakonan Zahiril Adzim (Astro Citra)

Satu dunia dilanda Covid 19. Tidak terkecuali di Kampung Keras Kepala. Malah mereka juga dilanda serangan hantu di musim pandemik. Hantu dan saka itu sering menganggu orang kampung yang tidak mengikut SOP. Remy, seorang pemuda kampung dan merupakan anak kepada tok penghulu memulakan penyiasatan siapakah dalang di sebalik semua kejadian tersebut. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Jin Lakonan Wany Hasrita Di Astro Citra


Read More


My Random Post