Memaparkan catatan dengan label Fahrin Ahmad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fahrin Ahmad. Papar semua catatan

24 Jun 2023

Ending Drama Andai Itu Takdirnya



Drama Andai Itu Takdirnya, Sinopsis Drama Andai Itu Takdirnya, Episod Akhir Drama Andai Itu Takdirnya, Andai Itu Takdirnya Last Episode, Andai Itu Takdirnya Cast, Hannah Delisha, Shukri Yahaya, Puteri Sarah, Fahrin Ahmad, Atikah Suhaime, Sinopsis Episod Akhir Drama Andai Itu Takdirnya,

Berakhir sudah drama 64 episod yang bertajuk Andai Itu Takdirnya yang disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria. Sepanjang menonton drama Andai Itu Takdirnya ini ramai yang emosi kan, geram giler kat Aizril (lakonan Shukri Yahaya) dan kesian pada Aleya (lakonan Hannah Delisha). Tapi dalam masa yang sama memang stress tengok watak Aleya dari mula sebab nampak macam lemah, stil beri peluang pada Aizril walaupun macam - macam dah Aizril buat, dah laa dengan panas baran, kaki pukul, maki hamun, anak pun mati. Aleya stil boleh sabar, cuma bila anak keduanya mati tu memang Aleya dah sampai limit kesabarannya, tapi demi keluarganya dan anak - anaknya, Aleya cuba beri Aizril peluang dan berbaik semula. Walaupun Reen cuba merayu, tapi Aizril dah tak heran, Aizril dah insaf serta cuba untuk menjaga hati Aleya. Namun semua dah terlambat bila Aleya masih trauma dengan kekejaman Aizril sebelum ini. Aleya dah hilang rasa cinta pada Aizril dan ingin mencari kebahagiannya sendiri. Lalu memilih untuk pergi dari hidup Aizril




Rasanya ramai yang puas hati bila Aleya akhirnya buat keputusan untuk meninggalkan Aizril kan, lagipun dah banyak peluang yang Aleya bagi tapi Aizril tetap dengan egonya dengan panas barannya. Bila akhirnya Aizril insaf, segalanya dah terlambat, bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata atau perbuatan buruk padahnya. Tak silap aku dalam novel, Aleya memang terima Aizril kembali, tapi dalam versi drama ending dia lebih best hehehe. Cuma yang kelakarnya dah kenapa part ending tu si Aleya boleh pula terserempak dengan Doktor Khuzairi (dari drama 7 Hari Mencintaiku). Jenuh Mia Adriana dan Mak Leha mengamuk kang hahahaha, kesian Aleya nanti, lembik dikerjakan oleh mereka hehehe. Lagi pun mustahil lah si Aleya ni nak jadi perampas dengan personalitinya yang lemah lembut, baik hati ni semua. Plus aku tak rasa ada sambungan lagi drama Andai Itu Takdirnya 2, manakala Doktor Khuzairi tu saja ja jadi cameo kat ending tu untuk bagi peminat drama ni havoc sikit, baru meriah kan hehehe.
Drama Andai Itu Takdirnya, Sinopsis Drama Andai Itu Takdirnya, Episod Akhir Drama Andai Itu Takdirnya, Andai Itu Takdirnya Last Episode, Andai Itu Takdirnya Cast, Hannah Delisha, Shukri Yahaya, Puteri Sarah, Fahrin Ahmad, Atikah Suhaime, Sinopsis Episod Akhir Drama Andai Itu Takdirnya,
Selepas ini drama ini akan digantikan dengan drama baru yang bertajuk Chinta Wrong Direction lakonan Hun Haqeem dan Erysha Emyra. 

Jom BaCa Ini Juga 👉👉 Cirkus - Hindi Movie Review

Read More

17 Nov 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Suri Hati



Episod Akhir Drama Suri Hati, Ending Drama Suri Hati, Sinopsis Episod Akhir Drama Suri Hati , Drama Slot Samarinda TV3, Suri Hat Cast,

Berakhir sudah drama 20 episod yang bertajuk Suri Hati, selepas ini drama Rindu Kasih lakonan Ummi Nazeera, Amyza Aznan dan Izzue Islam akan menggantikan drama ini. Drama Suri Hati ini mengisahkan tentang suka duka 4 sahabat dalam menghadapi cabaran hidup. Episod akhir drama Suri Hati ini bermula dengan Suraya lakonan Adriana Adnan yang telah mengetahui perkahwinan rahsia suaminya Marzuki (Fahrin Ahmad) dengan kawan baiknya sendiri iaitu Laila (Nadia Brian). Manakala Sarah (Puteri Sarah Liyana) pula dah tawar hati nak meneruskan perkahwinannya dengan Hakim (Ikhwan Khairudin), selepas perkahwinan mereka tidak direstui oleh ibu Hakim. Atikah (Melanie Tan) pula masih ragu - ragu dengan perkahwinannya dengan Azlan (Malek Mccrone) , lebih teruk lagi bila bekas kekasihnya kembali menagih cintanya. 




Irma 
(Shakilla Khoriri) gagal memujuk Hakim untuk rujuk semula, lalu membuat satu rancangan jahat untuk perangkap Sarah namun rancangannya gagal apabila telah diketahui oleh Hakim, Suraya dan Atikah. Lebih memeranjatkan bila Laila turut terlibat sama dalam rancangan Irma itu. Laila mengugut akan mencederakan Sarah jika ada sesiapa yang datang dekat. Laila turut menceritakan tentang penderitaannya selama ini yang dirahsiakan pada kawan - kawannya itu. Apa pun aku ingatkan bila Laila dah kemalangan semua, dia akan insaf tapi hampeh tetap jadi diri dia jugak yang benci melihat kebahagiaan kawan - kawannya tu. Laila tu kalau boleh nak tengok semua kawan dia menderita dan hidup lonely macam dirinya. Ending drama Suri Hati ini menyaksikan semua kawan - kawan Laila ada kebahagiaan masing - masing dan Laila tetap jadi dirinya yang masih meratapi nasib malangnya itu.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Isa & Bella (Awesome TV)

Read More

20 Okt 2022

Drama Suri Hati Episod 1 Hingga 20 Di Slot Samarinda TV3



Drama Suri Hati, Drama Suri Hati TV3, Drama Slot Samarinda TV3, Sinopsis Drama Suri Hati TV3, Poster Drama Suri Hati, Drama Suri Hati Full Episode, Drama Suri Hati Episod 1 Hingga 20, Ending Drama Suri Hati, Episod Akhir Drama Suri Hati TV3, Suri Hati Cast, Pelakon - Pelakon Drama Suri Hati, Nadia Brian, Adriana Adnan, Puteri Sarah Liyana, Melanie Tan, Fahrin Ahmad, Malek Mccrone,

Drama Suri Hati adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Aku Tanpa Cintamu lakonan Zamarul Hisyam dan Bella Astillah yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah mula bersiaran di TV3 sejak 12 Oktober 2022 yang lalu, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, drama ini juga boleh ditonton di platform penstriman Viu. Antara pelakon drama Suri Hati ini adalah Nadia Brian, Puteri Sarah Liyana, Adriana Adnan, Melanie Tan, Fahrin Ahmad, Ikhwan Khairuddin, Shakilla Koriri, Malek Mccrone, Ameerul Asyraf, Faizul Syaharin dan ramai lagi. Selain itu drama Suri Hati ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Azhar Khalid (Apache) serta diterbitkan oleh Million Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, ada ramai pelakon best gitu, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Suri Hati ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Suri Hati

Nadia Brian sebagai Laila
Adriana Adnan sebagai Suraya
Puteri Sarah Liyana sebagai Sarah
Melanie Tan sebagai Atikah
Fahrin Ahmad sebagai Marzuki
Ikhwan Khairudin sebagai Hakim
Carissa Azhar sebagai Marissa
Malek Mccrone sebagai Azlan
Aryana Amani sebagai Zahra
Faiz Shafie sebagai Adam 
Ameerul Asyraf sebagai Khader
Shakilla Khoriri sebagai Irma 
Nadia Kesuma sebagai Puan Hasnah 
Faizul Syaharin sebagai Mr Burn
Shajiry Damery sebagai Kamal 
Aisar Khaled sebagai Reza 




Sinopsis Drama Suri Hati Lakonan Puteri Sarah Liyana dan Nadia Brian Di Slot Samarinda TV3

Mengisahkan tentang empat orang gadis iaitu Suraya, Sarah, Laila dan Atikah berkawan rapat ketika menuntut di sebuah kolej. Namun begitu,selepas tamat pengajian mereka berempat membawa haluan masing-masing. Walaupun begitu persahabatan masih diteruskan. Sarah (Puteri Sarah Liyana) mengalami masalah rumah tangga sehingga bercerai dengan suaminya yang panas baran. Setelah bercerai, Sarah membuka sebuah cafe dan mula berkenalan dengan seorang duda bernama Hakim, namun pertelingkahan berlaku apabila orang terdekat mula membantah hubungan mereka. Laila (Nadia Brian) seorang wanita yang berkerjaya mengalami masalah tekanan emosi disebabkan trauma yang dialaminya pada usia yang sangat muda. Keadaan tersebut membuat hidup Laila penuh dendam dan tidak suka melihat kebahagiaan orang lain termasuk rakan-rakannya. 

Drama Suri Hati, Drama Suri Hati TV3, Drama Slot Samarinda TV3, Sinopsis Drama Suri Hati TV3, Poster Drama Suri Hati, Drama Suri Hati Full Episode, Drama Suri Hati Episod 1 Hingga 20, Ending Drama Suri Hati, Episod Akhir Drama Suri Hati TV3, Suri Hati Cast, Pelakon - Pelakon Drama Suri Hati, Nadia Brian, Adriana Adnan, Puteri Sarah Liyana, Melanie Tan, Fahrin Ahmad, Malek Mccrone,
Suraya (Adriana Adnan) seorang suri rumah impikan kehidupan yang bahagia selepas berkahwin bersama seorang duda anak satu. Namun kehidupannya diuji apabila anak tirinya, Marissa tidak dapat menerima beliau selaku ibu tiri dan suaminya Marzuki (Fahrin Ahmad) mula curang dengan kekasih lamanya. 
Atikah (Melanie Tan) seorang wanita yang ceria dan ingin mencari cinta. Bagi Atikah, kebahagiaan terletak dalam cinta sejati. Namun, kisah cinta Atikah tidak menentu dimana beliau mengalami situasi bercinta, bertunang dan melangkah masuk ke alam perkahwinan dengan individu yang berlainan. Ini membuatkan rakan-rakannya keliru dengan sikap Atikah. Selepas beberapa ketika, persahabatan mereka mula diuji. Angkara belenggu perasaan yang diracuni. Mampukah kebahagiaan mengatasi kebencian pada akhirnya?

Lagu Tema / OST Drama Suri Hati 

👄👄 Sepi nyanyian Aina Abdul 

👄👄 Sudah Tentu nyanyian Yazmin Aziz


Read More

27 Jul 2022

Drama Selamanya Suri Cinta Lakonan Siti Nordiana Di TV9



Drama Selamanya Suri Cinta, Poster Drama Selamanya Suri Cinta, Sinopsis Drama Selamanya Suri Cinta, Drama Selamanya Suri Cinta Full Episode, Drama Selamanya Suri Cinta Episod 1 Hingga 20, Selamanya Suri Cinta Cast, Drama Baru Siti Nordiana, Drama Baru Farahdhiya, Drama Lakonan Sham Visa, Drama TV9,

Drama Selamanya Suri Cinta adalah drama terbaru di TV9 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Air Mata Allisya yang telah tamat episodnya. Drama ini mula bersiaran di TV9 sejak 15 Julai 2022 yang lalu, setiap Khamis dan Jumaat, jam 9.30 malam. Antara pelakon drama Selamanya Suri Cinta ini adalah Siti Nordiana, Sham Visa, Farahdhiya, Fahrin Ahmad, Raja Azmi, Adriana Alyssa, Ziqri Mikhail, Aryan Adzrin, Jesse Lim dan ramai lagi. Selain itu drama Selamanya Suri Cinta ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Zamri Zakaria serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Nampak menarik kan drama ini, plus lama tak nampak Siti Nordiana berlakon lepas drama Satukan Rasa (2019). Rasanya ni macam first time aku tengok Sham Visa berlakon, lebih menarik lagi bila 3 pelakon utama drama ini iaitu Siti Nordiana, Farahdhiya dan Sham Visa adalah bekas peserta Gegar Vaganza gitu. Malah Siti Nordiana dan Farahdhiya adalah Juara dan naib Juara Gegar Vaganza musim kedua. Macam reunion pula dalam drama ini, apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Selamanya Suri Cinta ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Siti Nordiana sebagai Wanda Nurhayati
Sham Visa sebagai Fairuz
Farahdhiya sebagai Maisarah
Fahrin Ahmad sebagai Amirul
Raja Azmi sebagai Hajah Noriah
Adriana Alyssa sebagai Shazwani
Ziqri Mikhail sebagai Shazli
Aryan Adzrin sebagai Shazril




Sinopsis Drama Selamanya Suri Cinta Lakonan Siti Nordiana, Sham Visa dan Farahdhiya Di TV9

Mengisahkan Wanda dan Fairuz yang suka bersaing sejak zaman persekolahan sehinggalah ke alam perkahwinan, mereka tidak mahu kalah dan sentiasa ingin menjadi ibu dan bapa terbaik. Sehinggalah, anak bongsu mereka iaitu Shazni menghidap Hemofilia dan Wanda terpaksa mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan tertinggi di syarikat dan melepaskan impiannya dan kini dia menjadi suri rumah. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?
Drama Selamanya Suri Cinta, Poster Drama Selamanya Suri Cinta, Sinopsis Drama Selamanya Suri Cinta, Drama Selamanya Suri Cinta Full Episode, Drama Selamanya Suri Cinta Episod 1 Hingga 20, Selamanya Suri Cinta Cast, Drama Baru Siti Nordiana, Drama Baru Farahdhiya, Drama Lakonan Sham Visa, Drama TV9,

Lagu Tema / OST Drama Selamanya Suri Cinta

👄👄 Suri Cinta nyanyian Erin CTJ



Read More

24 Jul 2022

Cerekarama Sehelai Selendang Putih TV3



Telefilem Sehelai Selendang Putih, Telemovie Sehelai Selendang Putih, Cerekarama Sehelai Selendang Putih TV3, Sinopsis Telefilem Sehelai Selendang Putih, Sehelai Selendang Putih Cast, Pelakon Telefilem Sehelai Selendang Putih, Elizad Sharifuddin, Fahrin Ahmad, Nad Zainal, Ika Nabella, Cerekarama TV3,

Telefilem Sehelai Selendang Putih akan diulang siar di slot Cerekarama TV3, pada 23 Julai 2022, jam 10 malam. Antara pelakon telefilem Sehelai Selendang Putih ini adalah Elizad Sharifuddin, Fahrin Ahmad, Nad Zainal, Ika Nabella, Hanani Malika, Faiz Fathullah, Norasyikin dan ramai lagi. Selain itu telemovie Sehelai Selendang Putih ini diarahkan oleh Jet Lee (M Nazir Juhan) dan diterbitkan ZK Creative Production. Nampak menarik kan telefilem ni walaupun siaran ulangan, para pelakon pun best - best belaka..




Sinopsis Telefilem Sehelai Selendang Putih lakonan Elizad Sharifuddin, Fahrin Ahmad dan Nad Zainal - Slot Cerekarama TV3

Mengisahkan Zahra yang tidak dapat menerima kenyataan apabila dia dimadukan kerana dia merasakan dia sudah cukup sempurna, cantik dan mempunyai pendapatan sendiri selaku pengasas produk kecantikan.  Zahra menyimpan dendam kepada suaminya, Anuar dan madunya, Aisyah hingga dia sanggup membiarkan dua orang anaknya merindui ayah mereka. Namun segalanya berubah apabila dia mengetahui yang Aisyah menghidap kanser tahap 4. Walaupun pada mulanya dia sukar menerima kehadiran Aisyah, namun hatinya berubah dan nekad untuk menjaga Aisyah hingga ke akhir hayat.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Isyarat Cinta Alya (TV1)


Read More

10 Mei 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Khilaf Asmara



Ending Drama Khilaf Asmara, Episod Akhir Drama Khilaf Asmara, Sinopsis Episod Akhir Drama Khilaf Asmara, Khilaf Asmara Cast, Fasha Sandha, Nelydia Senrose, Fahrin Ahmad, Fattah Amin,

Berakhir sudah drama Khilaf Asmara ini, antara tarikan utama drama ini mestilah sebab barisan pelakonnya yang best - best belaka. Cuma tak sangkalah bila watak Aizad lakonan Fahrin Ahmad mati macam tu saja. Seperti selalunya, drama - drama terbitan Radius One ni pasti ada plot twist di penghujung episod akhir drama tersebut. Begitu juga dengan drama Khilaf Asmara ini, bila tiba - tiba ada plot twist gitu jeng jeng jeng jeng tak sangka semuanya rancangan Irma lakonan Nelydia Senrose untuk membalas dendam pada kecurangan Luqman lakonan Fattah Amin dan Hanim lakonan Fasha Sandha. Cuma tertanya - tanya juga adakah kematian Aizad juga adalah sebahagian daripada rancangan Irma sebab nampak Irma tu sayang pada Aizad. Ke ni rancangan Saiful tapi Irma tak tahu, sebab Saiful ni dah jadi orang suruhan Irma sebab Saiful memang dah lama suka pada Irma. Maybe Irma akan rujuk semulalah kot dengan Luqman, lagipun Hanim dah jadi gila. Apa pun syok juga tengok Nelydia Senrose jadi jahat walaupun sekejap dan dihujung - hujung saja. Hope nanti dapat tengok Nelydia pegang watak antagonis di drama - drama yang lain.




Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Republik Gombak Episod 1 Hingga 20 Di Slot Sakura TV3


Read More

22 Apr 2022

Drama Khilaf Asmara Episod 1 Hingga 15 (Akhir) Di Slot Samarinda TV3



Drama Khilaf Asmara, Sinopsis Drama Khilaf Asmara, Drama Khilaf Asmara Slot Samarinda TV3, Drama Slot Samarinda TV3 2022, Drama Khilaf Asmara Full Episode, Drama Khilaf Asmara Episod 1 Hingga 15, Khilaf Asmara Cast, Poster Drama Khilaf Asmara, OST Khilaf Asmara, Pelakon - Pelakon Drama Khilaf Asmara, Fattah Amin, Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Nelydia Senrose, Amy Mastura,

Drama Khilaf Asmara sudah mula disiarkan di slot Samarinda TV3 bermula 18 April 2022, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Bila Hati Memilih Dia lakonan Aedy Ashraf dan Eyka Farhana yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Khilaf Asmara ini adalah Fattah Amin, Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Nelydia Senrose, Amy Mastura, Josiah Hogan, Rahim Jailani dan ramai lagi. Selain itu drama Khilaf Asmara ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Uchee Fukada serta diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Wah nampak menarik kan drama ini, plus barisan pelakon drama ini juga hebat dan mantap belaka. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Khilaf Asmara ini di bawah okey beserta sinopsisnya sekali..

  • Nelydia Senrose sebagai Irma
  • Fasha Sandha sebagai Hanim
  • Fattah Amin sebagai Luqman
  • Fahrin Ahmad sebagai Aizat
  • Amy Mastura sebagai Wan Su
  • Rahim Jailani sebagai Dato Amir
  • Wan Raja sebagai Saiful
  • Jeffry Zainudin sebagai Ryzal
  • Auni Zahra sebagai Tasya




Sinopsis Drama Khilaf Asmara Lakonan Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Fattah Amin dan Nelydia Senrose - Slot Samarinda TV3

Aizad dan Hanim hidup bahagia sebagai suami isteri. Aizad ialah seorang suami yang penyayang dan juga seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak mereka. Hanim pula seorang wanita yang bercita-cita tinggi. Hanim membuat keputusan untuk menceburi bisnes setelah dia berjumpa dengan kawan lamanya, Irma, seorang pengusaha yang menjalankan bisnes berjaya dengan suaminya, Luqman. Namun lama-kelamaan, Hanim mula mempunyai perasaan dengan Luqman. Mereka berdua mula mengadakan  hubungan sulit dan apabila rahsia itu terbongkar, Luqman kembali ke pangkuan isterinya. Luqman tidak bersikap serius dan dia tidak pernah mencintai Hanim. Bagaimanakah mereka berhadapan dengan niat sebenar masing-masing?
Drama Khilaf Asmara, Sinopsis Drama Khilaf Asmara, Drama Khilaf Asmara Slot Samarinda TV3, Drama Slot Samarinda TV3 2022, Drama Khilaf Asmara Full Episode, Drama Khilaf Asmara Episod 1 Hingga 15, Khilaf Asmara Cast, Poster Drama Khilaf Asmara, OST Khilaf Asmara, Pelakon - Pelakon Drama Khilaf Asmara, Fattah Amin, Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Nelydia Senrose, Amy Mastura,
Tonton Online Drama Khilaf Asmara Full Episode

Selain di kaca TV, drama Khilaf Asmara ini juga boleh ditonton secara online di Disney+ Hotstar

Lagu Tema / OST Drama Khilaf Asmara 

👄👄 Melepaskanmu nyanyian Amylea Azizan
👄👄 Khilaf Asmara nyanyian Shila Amzah



Read More

4 Apr 2022

Drama 30 Hari Sebelum Raya Slot Diandra TV9



Drama 30 Hari Sebelum Raya, Drama 30 Hari Sebelum Raya Slot Diandra TV9, Info dan Sinopsis Drama 30 Hari Sebelum Raya, Poster Drama 30 Hari Sebelum Raya, 30 Hari Sebelum Raya Cast, Pelakon - Pelakon Drama 30 Hari Sebelum Raya, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Sufian Suhaimi, Chacha Maembong, Fahrin Ahmad, Aprena Manrose, Mark Adam, Shakilla Khoriri, Ariff Bahran, Shamsul Ghau Ghau,


Drama 30 Hari Sebelum Raya adalah drama terbaru di slot Diandra TV9 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Tumpang Lalu Bang yang telah tamat episodnya. Drama ini mempunyai 28 episod dan mula bersiaran di TV9 sejak 29 Mac 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam. Antara pelakon drama 30 Hari Sebelum Raya ini adalah Kazar Saisi, Liza Abdullah, Sufian Suhaimi, Chacha Maembong, Fahrin Ahmad, Aprena Manrose, Mark Adam, Shakilla Khoriri, Ariff Bahran, Shamsul Ghau Ghau, Umar Al-Amsyar, Zalela Kadir, Baby Azreen, Aida Aris dan ramai lagi. Selain itu drama 30 Hari Sebelum Raya ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production. Nampak menarik kan drama ini, tambah - tambah dah nak puasa ni, memang sesuailah drama ini disiarkan kan. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama 30 Hari Sebelum Raya beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..Selamat membaca..

Kazar Saisi sebagai Pak Jeri
Liza Abdullah sebagai Mak Tom
Sufian Suhaimi sebagai Harraz
Chacha Maembong sebagai Saodah
Fahrin Ahmad sebagai Izham
Aprena Manrose sebagai Rosnah
Mark Adam sebagai Hafiz 
Shakilla Khoriri sebagai Hamidah
Ariff Bahran sebagai Aiman
Shamsul Ghau Ghau sebagai Pak Hamid
Umar Al-Amsyar sebagai Danial
Baby Azreen sebagai Laila
Aida Aris sebagai Cik Kiah 
Adam Mikhail sebagai Adam




Sinopsis Drama 30 Hari Sebelum Raya Slot Diandra TV9

Mak Tun seorang yang cepat melatah dan membuat andaian sendiri tanpa usul periksa apabila berhadapan dengan apa jua keadaan. Kali ini, Mak Tun beranggapan suaminya mengidap penyakit kanser tahap 4 dan hanya berbaki 30 hari untuk meneruskan hidupnya. Mak Tun semakin tertekan kerana Hari Raya bakal tiba dalam tempoh 30 hari ini.



Read More

19 Nov 2021

Info dan Sinopsis Drama Tikam (Astro Ria)



Drama Tikam, Drama Tikam Astro Ria, Poster Drama Tikam, Info dan Sinopsis Drama Tikam, Drama Tikam Cast, Fahrin Ahmad, Ben Amir, Intan Najuwa, Yuna Rahim, Jasmin Hamid,

Astro Gempak Original Series kembali dengan drama terbaru bertajuk Tikam yang bergenre jenayah dan misteri yang bersiaran setiap hari Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria. Drama Tikam ini sudah mula bersiaran sejak 3 November 2011 dan mempunyai 8 episod. Antara pelakon drama Tikam ini adalah Fahrin Ahmad, Ben Amir, Michael Ang, Intan Najuwa, Jasmin Hamid, Yuna Rahim,  Ellyas Abdullah, Josiah Lim dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Michael Ang dan Hadith Omar. Michael Ang turut berlakon dalam drama ini, apa pun nampak menarik drama ini kan, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Tikam ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Fahrin Ahmad sebagai Shahrol
Ben Amir sebagai Nik Johan (NJ)
Intan Najuwa sebagai Akma
Michael Ang sebagai Mike
Jasmin Hamid sebagai Madam Joan
Yuna Rahim sebagai Ika
Ellyas Abdullah sebagai Sap
Josiah Lim sebagai Ed




Sinopsis Penuh Drama Tikam (Astro Ria)

Mengisahkan tentang satu kes pembunuhan yang berlaku di dalam sebuah pejabat. Dalam tempoh 24 jam, sekumpulan pekerja harus mencari dalang di sebalik pembunuhan tersebut. Kegiatan songlap sekumpulan pekerja membuahkan hasil yang lumayan tapi siapa sangka ada pembelot dalam kumpulan, adakah nyawa melayang kerana kecewa atau ada yang main tikam belakang?

Episod 1 - Pagi Penuh Tragedi
Shahrol ditemui mati ditikam di pejabat. Satu nota bunuh diri ditinggalkan bahawa antara mereka terdapat pengkhianat. NJ kunci pejabat untuk cari siapa pembelot di antara Ika, Mike, Akma, Sap dan Ed.
Episod 2
NJ mula siasat seorang demi seorang. Rupanya setiap daripada mereka ada masalah dengan Shahrol. Mereka mula saling tuduh-menuduh. Tiba-tiba Mike tersedar ada sesuatu tak kena pada mayat Shahrol!


 ⏩⏩ Drama Jangan Pernah Lupakan Aku Full Episode Di TV2

Read More


My Random Post