Memaparkan catatan dengan label Bella Dowanna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bella Dowanna. Papar semua catatan

28 Sep 2022

Info dan Sinopsis Drama IMperfect (Astro Ria)



Drama IMperfect Astro Ria, Poster Drama IMperfect Astro Ria, Sinopsis Drama IMperfect Astro Ria, Drama IMperfect Cast, Pelakon - Pelakon Drama IMperfect Astro Ria, Drama IMperfect Astro Ria Full Episode, Bella Dowanna, Nia Atasha, Dini Schatzmann, Daniel Fong, Natrah Khalid, Daniel Cheang, Linda Hashim,

Gempak Original Series membawakan drama IMperfect yang akan mula bersiaran di Astro Ria pada 28 September 2022 ini, setiap Rabu, jam 9.30 malam. Antara pelakon drama IMperfect ini adalah Bella Dowanna, Nia Atasha, Dini Schatzmann, Daniel Fong, Natrah Khalid, Daniel Cheang, Linda Hashim dan ramai lagi. Selain itu drama IMperfect ini diarahkan oleh Helmi Yusof dan diterbitkan oleh Juita Viden & Filmscape. Nampak menarik kan drama ini, poster drama pun cantik dan unik gitu. Apa pun jom watak - watak pelakon dalam drama IMperfect ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama IMperfect

Bella Dowanna sebagai Liza
Nia Atasha sebagai Elena
Natrah Khalid sebagai Alicia
Linda Hashim sebagai Kak Ju




Sinopsis Drama IMperfect (Astro Ria)

Mengisahkan Liza yang berusaha pelbagai cara untuk menjadi pembantu peribadi Elena, influencer terkenal yang dikaguminya. Mereka jadi sahabat baik dan dia menyedari dirinya semakin terjebak dengan gaya hidup glamor Elena. Apa yang berlaku seterusnya?..


Read More

14 Ogo 2022

Telefilem Dosa Terlindung (TV3)



Telefilem Dosa Terlindung TV3, Telemovie Dosa Terlindung TV3, Info dan Sinopsis Telefilem Dosa Terlindung, Telefilem Dosa Terlindung Full Movie, Telefilem Dosa Terlindung Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Dosa Terlindung, Zamarul Hisyam, Eira Syazira, Jue Aziz, Naim Daniel, Bella Dowanna, Hairi Safwan,

Telefilem Dosa Terlindung akan disiarkan pada hari Ahad ini, 14 Ogos 2022, jam 9 malam di TV3. Telefilem ini sudah pernah disiarkan di TV3 pada tahun 2017 dan kini diulang siar kembali. Antara pelakon telefilem Dosa Terlindung ini adalah Zamarul Hisyam, Eira Syazira, Jue Aziz, Naim Daniel, Bella Dowanna, Hairi Safwan, Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan, Ezzrin Loy dan Erynn Erynna dan ramai lagi. Selain itu telemovie Dosa Terlindung ini diarahkan oleh Khalid Nadzri dan diterbitkan oleh Alfanazra Productions Sdn Bhd. Nampak menarik kan telemovie Dosa Terlindung ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Dosa Terlindung TV3

Beberapa tahun lalu, Zie meninggalkan suami, Khairi dan dua anak, Eisya serta Irfan ketika mereka masih kecil. Dia tidak sanggup menjalani hidup serba kekurangan bersama mereka. Ketika itu, Zie dilamun cinta dengan Faizal yang menabur janji memberikan kesenangan kepadanya. Zie menjadi isteri Faizal namun rumah tangganya tidak kekal lama. Dia meminta cerai kerana tidak tahan dengan perangai kaki perempuan dan menjadi mangsa pukul Faizal. Khairi pula kini bergelar usahawan berjaya. Mengetahui perkara itu, Zie nekad mencari Khairi dan anaknya. Dia sanggup menggunakan dua anaknya untuk memenangi kembali hati Khairi. Tapi kewujudan Hana menjadi penghalang untuk Zie berbaik semula dengan bekas suaminya.



Read More

23 Jul 2022

Telefilem Isyarat Cinta Alya (TV1)



Telefilem Isyarat Cinta Alya, Telemovie Isyarat Cinta Alya TV1, Sinopsis Telefilem Isyarat Cinta Alya, Isyarat Cinta Alya Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Isyarat Cinta Alya, Atiq Azman, Bella Dowanna, Hafidzuddin Fazil, Telefilem Isyarat Cinta Alya Full Movie,
Telefilem Isyarat Cinta Alya - Slot Panggung RTM (TV1)

Telefilem Isyarat Cinta Alya akan disiarkan di slot Panggung RTM TV1 pada hari Sabtu, 23 Julai 2022, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Isyarat Cinta Alya ini adalah Atiq Azman, Bella Dowanna, Hafidzuddin Fazil, Rahim Jailani, Amai Kamarudin, Myra Natasya, Alaina Yusni, Liyana Yusof dan ramai lagi. Selain itu telemovie Isyarat Cinta Alya ini diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dan diterbitkan oleh Fifteen Empire Sdn Bhd. Nampak menarik kan telemovie ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Isyarat Cinta Alya di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Isyarat Cinta Alya - Slot Panggung RTM (TV1)

Mengisahkan percintaan seorang gadis bisu bernama Alya dan Shah mula goyah apabila Shah menghilangkan diri selepas bertemu dengan ayah Alya. Alya yang berasa sangat kecewa cuba melupakan Shah. Suatu hari Shah muncul kembali dan permintaannya untuk bertemu dan meminta maaf telah ditolak oleh Alya. Berjayakah Shah mendapatkan kemaafan dari Alya? kenapa Shah menghilangkan diri dahulu?



Read More

25 Jun 2022

Telefilem Tilam Kekabu Kampung Berserah (TV1)



Telefilem Tilam Kekabu Kampung Berserah, Telemovie Tilam Kekabu Kampung Berserah, Slot Panggung RTM TV1, Info dan Sinopsis Telefilem Tilam Kekabu Kampung Berserah, Pelakon - Pelakon Telefilem Tilam Kekabu Kampung Berserah, Tilam Kekabu Kampung Berserah Cast,

Telefilem Tilam Kekabu Kampung Berserah akan disiarkan di slot panggung RTM TV1 pada hari Sabtu, 25 Jun 2022, jam 10 malam. Antara pelakon telefilem Tilam Kekabu Kampung Berserah ini adalah Hazama, Bella Dowanna, Bohari Ibrahim, Mohd Latif Zami, Nico G, Ezud RIC, Azza Elite, Mohd Haminder Singh dan ramai lagi. Selain itu telemovie Tilam Kekabu Kampung Berserah ini diarahkan oleh Opie Zami dan diterbitkan oleh Opyglobal Pictures Sdn Bhd. Nampak macam menarik je telemovie ni kan, jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis 
Telefilem Tilam Kekabu Kampung Berserah - Slot Panggung RTM TV1

Kerana sekeping tilam, Pak Malim menjadi resah hingga sanggup mencari semula tilam yang telah dibuang oleh anak saudaranya, Nor. Apa yang berlaku seterusnya? Apakah rahsia disebalik tilam itu?



Read More

4 Jun 2022

Cerekarama Dendam Penunggu TV3



Filem Dendam Penunggu, Dendam Penunggu Movie, Movie Dendam Penunggu Cerekarama TV3, Dendam Penunggu Cast, Sinopsis Dendam Penunggu TV3, Pelakon - Pelakon Filem Dendam Penunggu, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Atiq Azman, Shasha Abedul,

Dendam Penunggu adalah filem asli pertama tonton CINEMA dan merupakan sebuah filem seram gitu yang telah ditayangkan pada 5 November 2021. Antara pelakon filem Dendam Penunggu ini adalah Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Atiq Azman, Shasha Abedul, Imran Aqil, Sherry Alhadad, Hasnul Rahmat, Amerul Affendi dan ramai lagi. Movie Dendam Penunggu ini diarahkan oleh Faizul Jais dan diterbitkan oleh Parallax Pictures Sdn Bhd. Filem Dendam Penunggu ini akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 4 Jun 2022 ini, jam 10 malam. Aku sebenarnya dah tengok pun filem Dendam Penunggu ni, tapi serius langsung tak seram hahaha, jalan ceritanya lebih pada isu buli contohnya pelajar senior buli pelajar junior. Cikgu pula langsung tak ambil berat pasal kes buli di sekolah walaupun nampak apa yang terjadi. Pelajar yang mati dibuli tulaa yang menghantui sekolah tersebut. Bagi aku movie ni biasa - biasa saja, bolehlah nak tengok kalau tak ada apa nak buat kan. Jom tengok sinopsis movie Dendam Penunggu di bawah ini okey.




Sinopsis Filem Dendam Penunggu - Slot Cerekarama TV3

Mengisahkan lima orang pelajar baharu di Kolej Kebangsaan Malaya menemui rahsia-rahsia gelap yang menghantui sekolah mereka. Zul dan rakan-rakannya kini menghadapi pelbagai gangguan ghaib setelah menceroboh blok terlarang di kolej mereka. Mampukah mereka menghentikan gangguan ngeri ini atau sejarah bakal berulang kembali?



Read More

15 Sep 2021

Episod Akhir Drama Hawa (Astro Ria)



Drama Hawa, Drama Hawa Slot MegaDrama Astro Ria, Info dan Sinopsis Drama Hawa, Poster Drama Hawa, Drama Hawa Full Episode, Drama Hawa Cast, Pelakon - Pelakon Drama Hawa, Nadiya Nisaa, Ruzana Ibrahim, Bella Dowanna, Hamidah Wahab, Donna Muslim, Akmal Abdullah, Shah Faris, Episod Akhir dan Ending Drama Hawa,

Tamat sudah drama Hawa 13 episod ni, drama Hawa lakonan Nadiya Nisaa, Ruzana Ibrahim, Bella Dowanna, Hamidah Wahab, Donna Muslim, Akma Abdullah akan digantikan dengan drama baru bertajuk The Hotel lakonan Mira Filzah. Berbalik pada drama ini, episod akhir drama Hawa ini menyaksikan Angah / Fauziah bersedih selepas suaminya Musa ingin bercerai. Manakala Hajjah Imaan berasa lega apabila peguamnya menghubunginya bahawa kesnya dah ada saksi utama iaitu Jijie. Namun selepas Jijie diugut, dia mula berasa takut. Akhirnya anak - anak Hajah Imaan iaitu Along / Saadah, Angah dan Acu / Raudah berbincang dan mencari satu jalan untuk memujuk Jijie untuk tampil menjadi saksi. Manakala Along dan madunya Azizah dah tinggal serumah dan Azizah menggalakkan Along untuk menjadi chef pastry dan membuka kedainya sendiri. 




Azizah juga berjanji akan membantu Along dalam perniagaan itu nanti dan kedai mereka mendapat sambutan hebat. Manakala Angah pula mula insaf dan sedar dengan perangainya yang teruk dalam menjadi isteri yang baik untuk Musa. Angah turut berdepan dengan masalah baru bila pesaingnya Nuna mula mencari pasal dengannya. Tu antara sinopsis episod akhir drama Hawa ini, manakala ending drama Hawa ini memang happy endinglah kan bila semua pun happy dengan kehidupan masing - masing. Ending drama Hawa ini berakhir dengan majlis sambutan hari lahir Naim anak Angah. Musa juga dah berbaik dengan Angah dan turut hadir ke majlis hari lahir Naim.



Read More

5 Sep 2021

Drama Hawa Episod 1 Hingga 13 Di Slot MegaDrama Astro Ria



Drama Hawa, Drama Hawa Slot MegaDrama Astro Ria, Info dan Sinopsis Drama Hawa, Poster Drama Hawa, Drama Hawa Full Episode, Drama Hawa Cast, Pelakon - Pelakon Drama Hawa, Nadiya Nisaa, Ruzana Ibrahim, Bella Dowanna, Hamidah Wahab, Donna Muslim, Akmal Abdullah, Shah Faris, Yusri Saleh,

Drama Hawa sudah mula disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria bermula 24 Ogos yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Cik Ayu Mee Sanggul lakonan Aqasha dan Amelia Henderson yang tamat episodnya. Antara pelakon drama Hawa ini adalah Nadiya Nisaa, Ruzana Ibrahim, Bella Dowanna, Hamidah Wahab, Donna Muslim, Akmal Abdullah, Shah Faris, Yusri Saleh dan ramai lagi. Selain itu drama Hawa ini hanya mempunyai 13 episod saja dan diarahkan oleh Tam Suhaimi serta diterbitkan oleh Infinitus Productions Sdn Bhd. Apa pun memang menarik drama ini, para pelakon pun best - best, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Hawa berserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Nadiya Nisaa sebagai Along/Hajjah Saadah
Ruzana Ibrahim sebagai Angah / Fauziah
Bella Dowanna sebagai Acu / Raudah
Hamidah Wahab sebagai Hajjah Imaan
Donna Muslim sebagai Musa
Akmal Abdullah sebagai Azizah
Shah Faris sebagai Naim
Yusri Saleh sebagai Haji Ali 




Sinopsis Penuh Drama Hawa  Lakonan Nadiya Nisaa, Ruzana Ibrahim, Bella Dowanna dan Hamidah Wahab Episod 1 Hingga 13 Di Slot MegaDrama Astro Ria

Mengisahkan tentang keluarga Hajjah Imaan yang mempunyai 3 orang anak perempuan. Di luaran keluarga Hajjah Imaan kelihatan sempurna dan bahagia. Hakikatnya kesemua mereka mengalami masalah mereka yang tersendiri. Hajjah Imaan terpaksa berdepan dengan tuntutan saman selepas ditipu oleh pengurus cawangan syarikatnya dan kini terpaksa mengupah peguam. Manakala anak sulungnya Saadah atau Along pula seorang isteri solehah yang bahagia dengan suaminya Haji Ali, namun mereka tidak dikurniakan anak. Hidup Along mula berubah bila dapat tahu yang suaminya curang dan kini sudah mempunyai isteri kedua bernama Azizah. Walaubagaimanapun suaminya masih enggan berterus - terang mengenai perkahwinan keduanya pada Along walaupun Along sudah mampu mengagak. Tak lama kemudian Haji Ali pengsan dan koma, ketika inilah Along bertemu dengan Azizah dan dapat tahu Azizah dan suaminya itu sudah pun mempunyai anak. 
Drama Hawa, Drama Hawa Slot MegaDrama Astro Ria, Info dan Sinopsis Drama Hawa, Poster Drama Hawa, Drama Hawa Full Episode, Drama Hawa Cast, Pelakon - Pelakon Drama Hawa, Nadiya Nisaa, Ruzana Ibrahim, Bella Dowanna, Hamidah Wahab, Donna Muslim, Akmal Abdullah, Shah Faris, Yusri Saleh, Drama Baru Nadiya Nisaa,
Along tak dapat menerima hal tersebut dan membenci Azizah sepenuh hatinya. Anak kedua Hajjah Imaan bernama Fauziah atau Angah, Angah telah mengalami bercerai dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Naim dan kini Angah telah berkahwin lain dengan lelaki lebih muda dari dirinya bernama Musa. Namun Angah juga sering mengesyaki yang suaminya juga curang dengannya. Manakala Acu pula adalah anak bongsu Hajjah Imaan yang aktif di media sosial dan mempunyai ramai follower. Namun disebabkan mengejar populariti dan content yang disukai ramai menyebabkan Acu sengaja mendedahkan masalah dan rahsia keluarganya pada pengikutnya di media sosial. Hal ini telah diketahui oleh Hajjah Imaan dan Angah dan mereka cuba menasihati Acu. Apa yang berlaku seterusnya??..

Lagu Tema / OST Drama Hawa 

Lagu : Hawa 
Komposer : Tilla Hanna & Lo Shi Seng 
Lirik : Tilla Hanna 
Muzik: Lo Shi Seng



Read More


My Random Post