Memaparkan catatan dengan label Shasha Abedul. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shasha Abedul. Papar semua catatan

18 Dis 2022

Drama Air Mata Di Bumi Matador 2 (TV2)



Drama Air Mata Di Bumi Matador 2, Slot Drama On 2, Drama TV2, Drama Air Mata Di Bumi Matador 2 TV2, Sinopsis Drama Air Mata Di Bumi Matador 2, Drama Air Mata Di Bumi Matador 2 Full Episode, Drama Air Mata Di Bumi Matador 2 Episod 1 Hingga 13, Air Mata Di Bumi Matador 2 Cast, Pelakon - Pelakon Drama Air Mata Di Bumi Matador 2, Nafiez Zaidi, Amalina Arham, Shasha Abdul, Mathni Razak, Neera Azizi, Razzy Adnan, Mustapha Kamal,

Drama Air Mata Di Bumi Matador 2 adalah drama terbaru di slot Drama On 2 TV2 yang mula bersiaran sejak 7 November 2022 yang lalu, setiap Isnin dan Selasa, jam 8 malam. Drama ini adalah sambungan atau sekuel pada drama Air Mata Di Bumi Matador yang disiarkan pada tahun 2018 yang lalu. Antara pelakon drama Air Mata Di Bumi Matador 2 ini adalah Nafiez Zaidi, Amalina Arham, Shasha Abdul, Mathni Razak, Neera Azizi, Razzy Adnan, Mustapha Kamal dan ramai lagi. Selain itu drama Air Mata Di Bumi Matador 2 ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Anwardi Datuk Jamil serta diterbitkan oleh Nafalia Corporation Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis Drama Air Mata Di Bumi Matador 2 (TV2)

Kisah percintaan suami isteri Qaisara dan Adib yang teruji oleh dendam bekas kekasih yang hadir untuk memusnahkan ikatan mereka serta ketulusan persahabatan Paloma dari Matador menjadi seri perjalanan hidup mereka. Saksikan kesinambungan kisah percintaan di antara Qaisarah dan Adib dan juga misi Paloma untuk mencari keluarganya di Malaysia. Apakah konflik yang bakal dihadapi oleh Qaisarah setelah kematian Iskandar dan adakah perkahwinan nya dengan Adib akan kekal bahagia? Tonton Drama Air Mata Di Bumi Matador 2 secara online menerusi portal RTM Klik atau aplikasi RTM Klik.


Read More

30 Ogo 2022

Drama Kau vs Aku (Siri Originals Sooka)



Drama Kau vs Aku, Poster Drama Kau vs Aku, Sinopsis Drama Kau vs Aku, Drama Kau vs Aku Full Episode, Drama Kau vs Aku Episod 1 Hingga 8, Kau vs Aku Cast, Pelakon - Pelakon Drama Kau vs Aku, Shasha Abedul, Dini Schatzmann, Mia Sara Shauki, Atikah Suhaime, Drama Sooka,

Drama Kau vs Aku adalah drama siri originals Sooka yang diinspirasikan daripada webnovel Wattpad popular hasil sentuhan penulis, Nurul Husnina Binti Mockthar atau Shieyeruna yang mencatatkan lebih 2 juta bacaan di platform tersebut. Antara pelakon drama Kau vs Aku ini adalah Shasha Abedul, Dini Schatzmann, Mia Sara Shauki, Chubb-E, Imran Aqil, Arena Wan, Fimie Don, Atikah Suhaime dan ramai lagi. Selain itu drama Kau vs Aku ini mempunyai 8 episod dan diarahkan oleh tiga pengarah Shamyl Othman (pengarah Ex Aku Pontianak dan Gantung), Megat Shahrizal (pengarah Jibril) dan Siti Afizah (pengarah Sa-balik Baju) serta diterbitkan oleh Wattpad WEBTOON Studios. Siri ini juga akan menampilkan integrasi PUBG MOBILE dalam plot kisah cinta yang dipaparkan sebagai penggalak berputiknya cinta antara dua watak Kau vs Aku, yang dimainkan oleh Chubb-E dan Mia Sara Shauki. Episod pertama untuk siri Kau vs Aku ini boleh ditonton secara percuma di Sooka bermula pada 19 Ogos. Penonton boleh mengikuti episod seterusnya dengan melanggan pelan langganan mudah alih sooka - pelan VIP Entertainment pada harga RM15.90/bulan, atau pelan VIP TV pada harga RM42.50 sebulan. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Kau vs Aku ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..




Watak dan Barisan Pelakon Drama Kau vs Aku

Shasha Abedul sebagai Aulia Zulaikha
Dini Schatzmann sebagai Danish Aryan
Mia Sara Shauki sebagai Shanina
Chubb-E sebagai Zafran (Zhaf)
Arena Wan sebaga Syafikah
Imran Aqil sebagai Ashraf
Fimie Don sebagai Luqman
Atikah Suhaimie sebagai Hanniya
Marisa Yasmin sebagai Puan Shikin
Arash Mohamad sebagai Encik Ridhuan
Hafidz Roshdi sebagai Emir
Emelda Rosemila sebagai Puan Emelda

Sinopsis Drama Kau vs Aku (Siri Originals Sooka)

Memaparkan kisah cinta penulis berbakat berusia 16 tahun yang hidupnya menjadi huru-hara apabila remaja popular di Instagram yang diminatinya, berpindah ke sekolahnya. Dunia Aulia Zulaikha digoncangkan bila bertembung dengan 'influencer' yang dibencinya, Danish Aryan. Tapi bila bapanya mula mengatur masa depannya, Aulia melihat Danish sebagai jalan keluar. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah permusuhan remaja bakal berbunga menjadi cinta?.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Demi Lakonan Puteri Aishah (TV Okey)


Read More

27 Jan 2022

Drama Life Lila Slot Lestary TV3



Drama Life Lila, Slot Lestary TV3, Info dan Sinopsis Drama Life Lila, Poster Drama Life Lila, Pelakon - Pelakon Drama Life Lila, Life Lila Cast,
Drama Life Lila Slot Lestary TV3 

Drama Life Lila adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang mula disiarkan pada 21 Januari 2022 yang lalu, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Antara pelakon drama Life Lila ini adalah Shasha Abedul, Nia Atasha, Siti Hariesa, Aniq Suhair, Nik Rifa'ie, Marisa Yasmin, Razak Ahmad, Dilla Ahmad dan ramai lagi. Selain itu drama Life Lila ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Liyana Jasmay serta diterbitkan oleh Mermaid Studios Sdn Bhd. Nampak macam menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Life Lila ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Shasha Abedul sebagai Lila
Aniq Suhair sebagai Zack
Nia Atasha sebagai Bibi
Siti Hariesa sebagai Aina
Nik Rifa'ie sebagai Jeff
Dilla Ahmad sebagai Julia
Dhuha Mansor sebagai Udin




Sinopsis Penuh Drama Life Lila - Slot Lestary TV3

Lila, bekerja di sebuah syarikat kosmetik Glow N Go dan pada masa yang sama dia merupakan seorang influencer di media sosial. Lila seorang yang berbakat dalam bidang kosmetik namun dia tidak serius dalam melakukan perkerjaannya kerana rasa dirinya sudah cukup bagus dengan populariti yang diterima di media sosial. Setelah kehilangan segalanya dalam masa satu hari,  Lila memilih untuk berbohong tentang hidupnya, sehinggalah dia lemas dalam helahnya sendiri.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Primadona Makyung Bedah (TV2)

 ⏩⏩ Drama Bunga Hati Lakonan Intan Najuwa dan Redza Rosli (Astro Ria)

👉👉 Drama Kau Cipta Kasih Lakonan Nazim Othman dan Uyaina Arshad (TV3)

Read More


My Random Post