Memaparkan catatan dengan label Kisah Kahwin Paksa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Kahwin Paksa. Papar semua catatan

30 Apr 2022

Drama Sepi Tanpa Cinta Lakonan Nazim Othman dan Yuna Rahim



Drama Sepi Tanpa Cinta, Poster Drama Sepi Tanpa Cinta, Drama Adaptasi Novel Sepi Tanpa Cinta Karya Damya Hanna, Sinopsis Drama Sepi Tanpa Cinta, OST Drama Sepi Tanpa Cinta, Sepi Tanpa Cinta Cast, Drama Sepi Tanpa Cinta Full Episode, Drama Sepi Tanpa Cinta Episod 1 Hingga 20, Pelakon - Pelakon Drama Sepi Tanpa Cinta, Nazim Othman, Yuna Rahim, Fauziah Nawi, Drama Melayu 2022,

Drama Sepi Tanpa Cinta akan disiarkan menerusi platform penstriman Sooka pada setiap Jumaat bermula 8 April 2022 ini. Antara pelakon drama Sepi Tanpa Cinta ini adalah Nazim Othman, Yuna Rahim, Jihaa Sham, Zulhelmy, Asyiqin Zaed, Sheila Mambo, Fauziah Nawi, Fikri Bazli, Rosnah Mat Aris, Maria Farida, Kismah Johar, Norlia Ghani dan ramai lagi. Drama Sepi Tanpa Cinta ini mempunyai 20 episod dan merupakan adaptasi daripada novel Sepi Tanpa Cinta karya Damya Hanna. Selain itu drama ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan Opera Klasik Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus ianya merupakan adaptasi novel popular karya Damya Hanna. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Sepi Tanpa Cinta ini dibawah beserta sinopsisnya sekali okey..

Nazim Othman sebagai Fakrul
Yuna Rahim sebagai Haziqah
Jihaa Sham sebagai Sue
Zulhelmy sebagai Yusri
Asyiqin Zaed sebagai Radiah
Sheila Mambo sebagai Haryati
Fauziah Nawi sebagai Aminah
Fikri Bazli sebagai Amirul 
Rosnah Mat Aris sebagai Senah 
Maisarah Sufia sebagai Zura 
Adam Shadan sebagai Idzham 
Heryanto Hassan sebagai Leman 
Amy sebagai Faremy
Maria Farida sebagai Sakinah
Fateh sebagai Hafiz 
Kismah Johar sebagai Mak Doha 
Zaidi Omara sebagai Fuad
Norlia Ghani sebagai Mak Bedah




Sinopsis Drama Sepi Tanpa Cinta Lakonan Nazim Othman dan Yuna Rahim 

Haziqah memasang impian untuk hidup bahagia disamping Yusri. Namun, dia tidak menduga di saat hari yang dinantikan itu bakal menjelma, timbul fitnah yang mempersoalkan kesucian dirinya. Lantaran itu, pelamin angannya musnah menyebabkan harapannya hancur berkecai umpama terhempas. Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu diteruskan. Apa yang penting, fitnah dapat dihentikan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela menerima lelaki itu sebagai suami asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Malangnya, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan derita yang sedia tergalas di bahunya. Dia dikeji dan digantung tidak bertali! Bagi Fakrul, hatinya telah tertutup untuk mencintai setelah Azura, gadis pertama yang disayanginya bertindak curang. Dia benci kepada perempuan yang tidak setia. Maka, apabila dipaksa menerima Haziqah sebagai isteri, kebenciannya seakan-akan menggunung. Tidak langsung Fakrul menyangka, pertemuan kedua antara dirinya dan Haziqah membuatkan dia tiba-tiba merasakan bahawa Haziqah telah ditakdirkan untuknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz, sepupunya. Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali. Terasa kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali dia dilukai.


Lagu Tema / OST Drama Sepi Tanpa Cinta

👄👄 Sepi nyanyian Aina Abdul


Baca online Novel Sepi Tanpa Cinta Karya Damya Hanna


Pada yang rajin nak membaca versi novelnya secara online, korang boleh baca di SCRIBD


Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Do You Love Me Captain Episod 1 Hingga 25 Di Slot Lestary TV3


⏩⏩ Drama Nusyuz Berkiblat Cinta Lakonan Fikri Ibrahim dan Emma Maembong (Astro Ria)


👉👉 Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Episod 1 Hingga 35 (Full Episode) Di Slot Akasia TV3

Read More

6 Apr 2022

Sinopsis Penuh Drama Leon Zalika (TV2)




Drama Leon Zalika, Drama Bulan Ramadan, TV Okey, Poster Drama Leon Zalika, Pelakon Utama Drama Leon Zalika, Riena Diana, Dini Schatzmann, Mona Allen, Mathni Razak, Nadia Brian, Raja Ilya, Sinopsis Penuh Drama Leon Zalika,
Drama Leon Zalika ini mempunyai 30 episod dan akan disiarkan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini di TV Okey (RTM) kini diulang siar di TV2. Drama ini mula bersiaran sejak 24 April yang lalu. Antara pelakon drama Leon Zalika ini adalah Dini Schatzmann, Riena Diana, Mona Allen, Mathni Razak, Nadia Brian, Raja Ilya, Maria Farida, Mustapha Kamal, Dazrin Kamarudin, Laila Nasir, Doria Rachel dan ramai lagi. Selain itu drama Leon Zalika ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Orangtree Production Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Leon Zalika Lakonan Dini Schatzmann dan Riena Diana


Drama Leon Zalika mengisahkan tentang Zalika (Riena Diana) yang telah tawar hati untuk bercinta lagi dengan mana-mana lelaki setelah dikecewakan oleh lelaki Melayu dan lelaki dari negara Jerman. Dia akhirnya terpaksa bersetuju dengan pilihan ibu bapanya iaitu lelaki berdarah campuran Melayu Inggeris untuk dijadikan calon suaminya. Lelaki itu bernama Leon (Dini Schatzmann), seorang yang aktif dengan kerja-kerja amal bersama NGO Islam di Perth, Australia. Leon telah lama menetap di London dan akhirnya di Australia. Zalika tanpa berfikir panjang telah menerima cadangan ibu bapanya kerana menjangkakan Leon yang lama menetap di luar negara mestilah berfikiran sosial sepertinya. 

Drama Leon Zalika, Drama Bulan Ramadan, TV Okey, Poster Drama Leon Zalika, Pelakon Utama Drama Leon Zalika, Riena Diana, Dini Schatzmann, Mona Allen, Mathni Razak, Nadia Brian, Raja Ilya, Sinopsis Penuh Drama Leon Zalika,
Anita (Mona Allen) sepupu kepada Zalika pula semakin cemburu dengan kehidupan Zalika kerana sering tidak bernasib baik seperti Zalika. Firas (Mathni Razak) pula mempunyai agenda jahatnya tersendiri ingin membalas dendam sejak bekerja di Jentayu Holdings. Dayana (Nadia Brian) bekas kekasih Leon akhirnya berjaya mendapat alamat Leon di Kuala Lumpur. Dia akan bertemu Firas dan merancang sesuatu untuk mendapatkan semula Leon dengan apa jua cara sekali pun. Bagaimana nasib Leon dan Zalika? Adakah bahagia milik mereka? Jangan lupa saksikan drama leon zalika sepanjang ramadan ini. 

Jom Baca Ini Juga ⏩ Drama Imamku Okey Lakonan Ashraf Muslim dan Sharifah Husna Episod 1 Hingga 26 (Akhir) Di TV Okey
Read More

3 Nov 2021

Drama Mr Bibik Lakonan Saharul Ridzwan dan Zara Zya (Akasia TV3)



Drama Mr Bibik, Drama Slot Akasia TV3, Info dan Sinopsis Drama Mr Bibik, Drama Mr Bibik Slot Akasia TV3, Mr Bibik TV3 Cast, OST Drama Mr Bibik, Pelakon - Pelakon Drama Mr Bibik, Drama Adaptasi Novel, Baca Online Novel Mr Bibik, Saharul Ridzwan, Zara Zya, Raja Afiq,

Drama Mr Bibik lakonan Saharul Ridzwan dan Zara Zya adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang mula bersiaran sejak 29 Oktober yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Wifi Sebelah Rumah lakonan Zul Ariffin & Ruhainies dan Drama Semanis Senyumanmu lakonan Aiman Hakim dan Daiyan Trisha. Antara pelakon drama Mr Bibik ini adalah Saharul Ridzwan, Zara Zya, Raja Afiq, Liza Abdullah, Roy Azman, Norish Karman, Dayang Areeda, Syazuwan Hassan, Wanns Ahmad, Meor Mohd, Balkisyh Semundur Khan dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Mr Bibik karya Aein Dhiyauddin. Selain itu drama 20 episod ini diarahkan oleh Pali Yahya dan diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn.Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus aku suka juga gandingan Saharul Ridzwan dan Zara Zya ini. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Mr Bibik ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Saharul Ridzwan sebagai Firas Iman
Zara Zya sebagai Aulia Izzatunnisa
Raja Afiq sebagai Mukhriz
Roy Azman sebagai Tuan Halim
Dayang Areeda sebagai Arisya
Wanns Ahmad sebagai Hud
Balkisyh Semundur Khan
Meor Mohd sebagai Cumi




Sinopsis Drama Mr Bibik Lakonan Zara Zya dan Saharul Ridzwan Slot Akasia TV3

Aulia dan Mukhriz bertunang kerana campur tangan orang tua. Mukhriz obses dengan Aulia dari zaman remaja walaupun semua gadis mampu dimilikinya dengan mudah. Bagi Mukhriz, Aulia amat berbeza baginya. Aulia pula langsung tidak menunjukkan minat terhadapnya sehingga Mukhriz diperlekehkan oleh kawan-kawannya.Firas, seorang lelaki yang berperwatakan biasa sedang melalui fasa kecewa dalam hidupnya. Dia sanggup berhenti kerja dari sebuah syarikat besar untuk memulakan perniagaan dengan tunangnya, Arisya. Sayangnya, Firas dikhianati apabila Arisya telah berkahwin dengan lelaki lain. Hilang kerja dan juga putus tunang, Firas tidak hilang semangat malah dia tidak kisah untuk bekerja di syarikat pembersihan milik kenalannya. Hari pertama Firas memulakan tugasnya, dia telah diarahkan untuk membersihkan rumah Aulia. Oleh kerana ada insiden yang kurang menyenangkan antara mereka berdua sebelum ini, Aulia mahu menolak servis Firas. Tambahan pula, Aulia tidak senang dengan lelaki yang bekerja sebagai pembantu rumah. Akhirnya Aulia terpaksa terima kerana kawannya Siti yang juga pemilik syarikat itu memberikan perkhidmatan percuma apabila tidak dapat menghantar pembantu rumah yang sudah biasa ditugaskan. 
Drama Mr Bibik, Drama Slot Akasia TV3, Info dan Sinopsis Drama Mr Bibik, Drama Mr Bibik Slot Akasia TV3, Mr Bibik TV3 Cast, OST Drama Mr Bibik, Pelakon - Pelakon Drama Mr Bibik, Drama Adaptasi Novel, Baca Online Novel Mr Bibik, Saharul Ridzwan, Zara Zya, Raja Afiq, Drama Mr Bibik Full Episode,
Firas pening dengan sikap pemalas Aulia dan keadaan rumah yang bersepah. Setelah hampir seminggu bekerja di situ dan pada hari terakhir, tiba-tiba rumah Aulia didatangi Mukhriz dan ayah Aulia, Tuan Halim. Mukhriz menuduh Aulia menyimpan lelaki di rumahnya. Puas Aulia dan Firas menerangkan keadaan sebenar tetapi Tuan Halim tetap kecewa. Mukhriz menawarkan diri berkahwin dengan Aulia untuk menutup malu Tuan Halim. Namun, Tuan Halim mahu Firas bertanggungjawab atas perbuatannya terhadap Aulia dan mendesak Firas untuk menikahi anaknya. Tuan Halim sanggup mengugut Firas jika tidak mahu ibunya mengetahui perkara yang memalukan ini. Firas minta diberikan masa untuk membuat persediaan.
Firas tidak dapat menerima Aulia seorang yang pemalas dan pengotor untuk menjadi isterinya. Begitu juga dengan Aulia, tidak sanggup bersuamikan Mr Bibik! Mukhriz pula tidak mahu kehilangan Aulia dan tetap akan mencari jalan untuk merampas Aulia balik! Apakah yang akan berlaku seterusnya? 


Tonton Online Drama Mr Bibik Full Episode - Akasia TV3

Selain menonton di kaca TV, korang juga boleh menonton drama Mr Bibik ini secara online iaitu di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran tv.
Drama Mr Bibik, Drama Slot Akasia TV3, Info dan Sinopsis Drama Mr Bibik, Drama Mr Bibik Slot Akasia TV3, Mr Bibik TV3 Cast, OST Drama Mr Bibik, Pelakon - Pelakon Drama Mr Bibik, Drama Adaptasi Novel, Baca Online Novel Mr Bibik, Saharul Ridzwan, Zara Zya, Raja Afiq,
Lagu Tema / OST Drama Mr Bibik

Cinta Jatuh nyanyian Kaer

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Pelangi Hati Episod 1 Hingga 20 - TV Okey

Read More

4 Feb 2021

Drama Marry Me Senorita Slot MegaDrama Astro Ria Tonton Episod 1 Hingga 20 (Full Episode)



Drama Marry Me Senorita, Sinopsis Drama Marry Me Senorita, Info Drama Marry Me Senorita, Pelakon - Pelakon Drama Marry Me Senorita, Poster Drama Marry Me Senorita, Drama Marry Me Senorita Full Episode, Drama Baru Janna Nick, Drama Baru Dini Schatzmann, Drama Baru Meerqeen, Drama Baru Shaza Bae,

Drama Marry Me Senorita adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan drama Tercipta Satu Ikatan lakonan Aeril Zafrel dan Hannah Delisha yang telah tamat episod. Drama Marry Me Senorita sudah pun bersiaran di slot MegaDrama Astro Ria pada 2 Februari yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam dan mempunyai 20 episod. Antara pelakon drama Marry Me Senorita ini adalah Janna Nick, Dini Schatzmann, Shaza Bae, Meerqeen, Dato Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Yasmin Hani, Siti Khadijah Halim, Asha Merican, Raja Azura, Nabil Aqil, Daler Yusof, Alif Muhaimin, Natasha Elyzza dan ramai lagi. Lebih menarik bila drama ini diinspirasikan daripada Novel Marry Me Senorita karya novelis terkenal Suri Ryana. Selain itu drama ini diarahkan oleh Nur Ain Sharif dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Memang nampak menarik drama ini kan, okey itu serba sedikit mengenai info drama Marry Me Senorita ini. Apa pun jom tengok - watak pelakon dalam drama Marry Me Senorita ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Barisan Pelakon Drama Marry Me Senorita

  • Janna Nick sebagai Sofiy Leia
  • Dini Schatzmann sebagai Isa Alejandro
  • Shaza Bae sebagai Rosa Arabella
  • Meerqeen Sebagai Amar
  • Yasmin Hani sebagai Engku Marini
  • Jalaluddin Hassan sebagai Engku Aziz
  • Fadilah Mansor sebagai Engku Zaharah
  • Siti Khadijah Halim sebagai Tina
  • Natasha Elyzza sebagai Shelli
  • Asha Merican sebagai Idora
  • Daler Yusuf sebagai Chef Riz
  • Alif Muhaimin sebagai Adam
  • Raja Azura sebagai Mak Long




Sinopsis Penuh Drama Marry Me Senorita

Mengisahkan tentang Sofiy Leia (Janna Nick), seorang anak yatim piatu yang menumpang teduh dengan ibu bapa saudaranya. Sofiy dihalau keluar dari rumah setelah kematian Pak Long oleh Mak Long yang tidak menyukainya selama ini. Malam itu juga Sofiy nekad keluar rumah ingin ke Kuala Lumpur berjumpa dengan kawan baiknya yang sedang melanjutkan pelajaran di sana tanpa Sofiy tahu bahawa kawannya itu bekerja di kelab malam. Pertemuan Sofiy dan Isa Alejandro (Dini Schatzmann) di rumah usang Pak Ngah Leman tanpa dirancang membawa kepada perkahwinan kontrak. Isa terpaksa berkahwin dengan Sofiy untuk memastikan kedudukannya di perusahaan atuknya tidak terjejas, manakala Sofiy mengahwini Isa untuk memastikan keselamatannya daripada menjadi buruan Bard, tauke kelab malam. Isa juga bersetuju untuk membiayai Sofiy yang ingin melanjutkan pelajarannya. Isa Alejandro merupakan pemain tennis kebangsaan dan kacukan Sepanyol (bapa) dan Malaysia (ibu). Demi menutup kesalahan dan ingin buktikan bahawa dia telah berubah, Isa mengajak Sofiy berkahwin.

Drama Marry Me Senorita, Sinopsis Drama Marry Me Senorita, Info Drama Marry Me Senorita, Pelakon - Pelakon Drama Marry Me Senorita, Poster Drama Marry Me Senorita, Drama Marry Me Senorita Full Episode, Drama Baru Janna Nick, Drama Baru Dini Schatzmann, Drama Baru Meerqeen, Drama Baru Shaza Bae,
Sebelum itu, Isa telah dihalau oleh datuknya keluar dari keluarga dan akan dilucut jawatan dalam perusahaan perabot datuknya. Perkahwinan Isa dan Sofiy tidak bertahan lama dan akhirnya mereka bercerai dan membawa haluan masing-masing, walaupun ketika itu sudah terbit rasa cinta di hati. Setelah berpisah, Sofiy melanjutkan pelajarannya di London manakala Isa berkahwin paksa rela dengan bekas kekasihnya, Rosa Arabella (Shaza Bae). Ketika itu adik Isa telah lama menghilangkan diri dan Rosa pernah terlihat adiknya di suatu tempat semasa menjalani pengambaran. Rosa meletakkan syarat supaya Isa perlu berkahwin denganya jika ingin tahu dimana adik Isa berada. Tiga tahun berlalu, Sofiy sudah tamat belajar dan telah diterima bekerja.Sofiy bertemu semula dengan Isa di syarikat tempat dia bekerja. Dan rupanya syarikat itu adalah milik Isa. Adakah bahagia milik Isa dan Sofiy? Bagaimanakah pengakhiran kisah hidup mereka?

Lagu Tema / OST Drama Marry Me Senorita

💓 Surat Akhir nyanyian Amira Othman

Drama Marry Me Senorita, Sinopsis Drama Marry Me Senorita, Info Drama Marry Me Senorita, Pelakon - Pelakon Drama Marry Me Senorita, Poster Drama Marry Me Senorita, Drama Marry Me Senorita Full Episode, Drama Baru Janna Nick, Drama Baru Dini Schatzmann, Drama Baru Meerqeen, Drama Baru Shaza Bae,

👉👉 Baca Online Novel Marry Me Senorita Karya Suri Ryana


Tonton Online Drama Marry Me Senorita Episod 1 Hingga 20 (Akhir)


Drama Marry Me Senorita Episod 1 - https://www.youtube.com/watch?v=py8qK7Qr0n0

Drama Marry Me Senorita Episod 2 - https://www.youtube.com/watch?v=J1WTy0gquHg

Drama Marry Me Senorita Episod 3 -

Read More

28 Jul 2019

Baca Online Novel Kerana Dia Manusia Biasa




Kerana Dia Manusia Biasa, Novel Kerana Dia Manusia Biasa, Karya Wan Nur Najihah, Drama Kerana Dia Manusia Biasa, Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri, Drama Melayu TV3 2019, Slot Samarinda, TV3, Sinopsis Novel Kerana Dia Manusia Biasa, Baca Online Novel Kerana Dia Manusia Biasa Bab 1 Hingga Bab 15, Watak - Watak Pelakon Drama Kerana Dia Manusia Biasa, Pelakon Drama Kerana Dia Manusia Biasa, Syukri Yahaya, Emma Maembong, Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri, Mimi Ernida, Zera Hariz, Afzan A.Rahman, Atikah Suhaime, Afifah Nasir, Aleza Shadan, Arash Mohd, Abbas Mahmood, Aishah Atan, Ali Reza, Shafira Edora, Dhia Ly, Ku Zara Eryna, Kisah Kahwin Paksa, Cover Depan Novel Kerana Dia Manusia Biasa,
Baca Online Novel Kerana Dia Manusia Biasa (Drama Adaptasi Novel)

Novel Kerana Dia Manusia Biasa karya Wan Nur Najihah telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 15 episod yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, di slot Samarinda TV3, bermula 24 Julai 2019 yang lalu. Dalam drama Kerana Dia Manusia Biasa ini, Syukri Yahaya akan memegang watak sebagai Tengku Shamil manakala Emma Maembong pula akan memegang watak sebagai Nurin Aira. Selain itu Afifah Nasir akan melakonkan watak sebagai Tengku Shakira, Atikah Suhaime sebagai Tengku Aura, Sasqia Dahuri sebagai Nora / Yasmin, Zera Hariz sebagai Najwa, Azwan Kombos sebagai Syed Ilham dan ramai lagi. Rasanya ni kisah kahwin paksa gitu, berbalik pada novel Kerana Dia Manusia Biasa ini, ianya diterbitkan pada bulan Ogos 2015. Jadi sambil - sambil tengok versi drama di TV tu, korang juga boleh baca novel ini secara online saja. Caranya korang hanya perlu klik link di bawah sekali tu okey, apa pun sebelum tu, jom tengok dulu sinopsis novel ini di bawah ye, selamat membaca..




Sinopsis Novel 
Kerana Dia Manusia Biasa

Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit. Tengku Shamil Zaquan. Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan. “Abang minta maaf. Abang tak boleh biarkan peragut tu macam tu aje. Hati abang sakit. Abang kena balas. Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan.
“Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi, paling kesian akulah. Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni. Kau dengan anak kau sama aje.” – Tengku Shamil
“Walau apa pun yang awak cakap pasal Alia, Alia itu anak halal. Saya tak pernah buat kerja terkutuk. Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka. Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. 

Kerana Dia Manusia Biasa, Novel Kerana Dia Manusia Biasa, Karya Wan Nur Najihah, Drama Kerana Dia Manusia Biasa, Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri, Drama Melayu TV3 2019, Slot Samarinda, TV3, Sinopsis Novel Kerana Dia Manusia Biasa, Baca Online Novel Kerana Dia Manusia Biasa Bab 1 Hingga Bab 15, Watak - Watak Pelakon Drama Kerana Dia Manusia Biasa, Pelakon Drama Kerana Dia Manusia Biasa, Syukri Yahaya, Emma Maembong, Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri, Mimi Ernida, Zera Hariz, Afzan A.Rahman, Atikah Suhaime, Afifah Nasir, Aleza Shadan, Arash Mohd, Abbas Mahmood, Aishah Atan, Ali Reza, Shafira Edora, Dhia Ly, Ku Zara Eryna, Kisah Kahwin Paksa,

Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.

“Kau jangan risaulah,aku tak akan sentuh kau sebab nak pegang kau pun aku dah geli tau. Aku benci dengan keturunan pembunuh macam kau.” – Tengku Shamil.

Sehebat mana dendam yang ada, Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta. Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya.

Saat hati mula bahagia, dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang luar. Rumah tangga mereka bergoncang.
“Penipu. Kau tahu tak kau penipu? Aku dah jadi bodoh sebab percayakan kau. Ini yang kau balas kat aku. Aku punyalah sayang kau, tapi kau senang-senang curang depan aku. Kau ni perempuan jenis apa?!” – Tengku Shamil
“Habis abang nak Aira buat apa? Sujud kat kaki abang, macam tu?” – Nurin Aira
Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Adakah dendam dalam hati Tengku Shamil akan hadir semula?



Jom Baca ini juga ➔ Review Drama Korea Haechi

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

22 Jun 2019

Baca Online Novel Setelah Terlafaznya Akad




Setelah Terlafaznya Akad, Novel Setelah Terlafaznya Akad, Sinopsis Novel Setelah Terlafaznya Akad, Karya Anna Milia, Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri 28 episod, Drama Melayu 2019 Astro, Cast, Pelakon Drama Setelah Terlafaznya Akad, Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Nadya Syahera, Erwin Dawson, Zulhemy, Sharifah Shahora, Alif Muhaimin, Norlia Ghani, Hamidah Wahab, Rashdan Baba, Ikhram Juhari, Cover Depan Novel Setelah Terlafaznya Akad, Drama Baru Kamal Adli, Kisah Kahwin Paksa,

Novel Setelah Terlafaznya Akad karya Anna Milia telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 28 episod yang akan disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria bermula 17 Jun 2019 yang lalu. Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose akan menjadi hero dan heroin drama Setelah Terlafaznya Akad ini. Kamal Adli akan memegang watak sebagai Hanan manakala Uqasha Senrose sebagai Nawal, Zeera Azizi sebagai Hani, Nadya Syahera sebagai Milah, Alif Muhaimin sebagai Roslan, Azza Suaymi sebagai Diyan dan ramai lagi. Jadi sambil - sambil tengok drama ini di TV, korang juga boleh baca novel Setelah Terlafaznya Akad ini secara online gitu. Caranya korang cuma perlu klik link di bawah tu ye. Sebelum tu jom tengok sinopsis novel ini di bawah okey, selamat membaca..




Sinopsis Novel Setelah Terlafaznya Akad

Berkahwin dengan Nawal si berhingus hijau tu? Memang taklah. Budak perempuan itu mencacatkan keindahan zaman kanak-kanaknya. Namun, apabila Nawal dengan senang hati menerima pinangan dan umi main peras ugut, Hanan tidak ada pilihan. Bagi Nawal pula, dia terpaksa menerima pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Ikutkan hati, tak sudi dia berlakikan Hanan si lembik yang selalu merajuk. Apa susah? Buatlah macam main pondok-pondok dulu. Mereka kan sudah sepuluh kali kut berkahwin sebelum ini. Apabila, bergaduh, larilah balik rumah masing-masing.
“Awak kena masak setiap hari. Tak pakai dah jadual yang kita buat tu. Semua kerja rumah awak kena buat seorang. 

Setelah Terlafaznya Akad, Novel Setelah Terlafaznya Akad, Sinopsis Novel Setelah Terlafaznya Akad, Karya Anna Milia, Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri 28 episod, Drama Melayu 2019 Astro, Cast, Pelakon Drama Setelah Terlafaznya Akad, Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Nadya Syahera, Erwin Dawson, Zulhemy, Sharifah Shahora, Alif Muhaimin, Norlia Ghani, Hamidah Wahab, Rashdan Baba, Ikhram Juhari, Cover Depan Novel Setelah Terlafaznya Akad, Drama Baru Kamal Adli, Kisah Kahwin Paksa, Poster Drama Setelah Terfaznya Akad, Drama Baru Uqasha Senrose,

Kita kena duduk sebilik. Kena berlakon yang kita pasangan paling bahagia di muka bumi ni.” – Hanan

“Beres!” – Nawal
Apa yang berada dalam gambaran minda Hanan dan Nawal sama sekali tidak benar. Kali ini berlainan benar karakter masing-masing. Hanan dengan sikap terlalu melindungi. Nawal pula dengan bajet isteri mithali. Lalu, mereka pun melayari alam rumahtangga dalam versi mereka sendiri. Tetapi, kali ini Nawal tidak lagi berkahwin pondok apabila dia jatuh cinta berkali-kali dengan Hanan. Dia tidak rela berpisah dengan Hanan. Untuk itu, dia perlu menjadi wanita sempurna di mata lelaki itu. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya dan anak mereka.


➢ Kalau nak baca bab yang seterusnya, sila dapatkan novel ini di pasaran ye..

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

1 Nov 2018

Sinopsis Drama Isteri Dalam Sangkar




Drama Isteri Dalam Sangkar, Novel Isteri Dalam Sangkar, Karya Wardina Aisyah, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri 30 Episod, Sinopsis Isteri Dalam Sangkar, Poster Drama Isteri Dalam Sangkar, Unifi TV, 2018, Saluran Hypp Sensasi 116, Pelakon Drama Isteri Dalam Sangkar, Azrel Ismail, Nina Iskandar, Sherie Merlis, Aishah Azman, Aidil Aziz, Ungku Hariz, Dayang Areeda, Amreen Shukry, Azwan Kombos, Shima Anuar, Nazia Mustafar, Edika Yusof, Elmy Moin, Watak Dalam Drama Isteri Dalam Sangkar,
Sinopsis Drama Isteri Dalam Sangkar (Unifi TV)

Drama Isteri Dalam Sangkar ini adalah drama terbaru di Unifi TV (HyppSensasi 116) yang disiarkan bagi menggantikan drama Yes Sir Nak Pergi Mana yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Isteri Dalam Sangkar ini adalah Azrel Ismail, Nina Iskandar, Sherie Merlis, Aishah Azman, Aidil Aziz, Ungku Hariz, Dayang Areeda, Amreen Shukry, Azwan Kombos, Shima Anuar, Nazia Mustafar, Edika Yusof, Elmy Moin dan ramai lagi. Drama 30 episod ini adalah adaptasi daripada Novel Isteri Dalam Sangkar karya Wardina Aisyah. Selain itu drama Isteri Dalam Sangkar ini sudah disiarkan di Unifi tv sejak 17 Oktober 2018 yang lalu, setiap Rabu dan Khamis, jam 9.30 malam. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Isteri Dalam Sangkar 

AISYAH (lakonan Nina Iskandar) -  hidupnya tidak seindah yang disangka. Dalam usia yang muda, dia kehilangan kedua ibu bapa. Pada Mak Su Ainin (Sherie Merlis) dan dua orang anaknya dia menumpang teduh. Tetapi dia dilayan tak ubah seperti seorang hamba.
TENGKU ISKANDAR (lakonan Azrel Ismail) - dia punya segala-galanya namun gaya hidupnya tidak digemari Tengku Maria (Nazia Mustafa), membuatkan ibunya itu bercadang untuk menjodohkannya. Rimas dengan desakan hidup, Tengku Iskandar mengajak Tengku Haziq (Aidil Aziz) bercuti. Di situlah dia berjumpa dengan Aisyah dan dia terpaksa mengahwini Aisyah demi menjaga maruah keluarga. Pasrah dengan nasib diri, Aisyah melangkah ke kota bersama lelaki yang membencinya. Hidup dalam sangkar serba mewah, tetapi miskin kasih sayang. Dia bagaikan perempuan simpanan. Namun dia tiada pilihan.
Drama Isteri Dalam Sangkar, Novel Isteri Dalam Sangkar, Karya Wardina Aisyah, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri 30 Episod, Sinopsis Isteri Dalam Sangkar, Poster Drama Isteri Dalam Sangkar, Unifi TV, 2018, Saluran Hypp Sensasi 116, Pelakon Drama Isteri Dalam Sangkar, Azrel Ismail, Nina Iskandar, Sherie Merlis, Aishah Azman, Aidil Aziz, Ungku Hariz, Dayang Areeda, Amreen Shukry, Azwan Kombos, Shima Anuar, Nazia Mustafar, Edika Yusof, Elmy Moin, Watak Dalam Drama Isteri Dalam Sangkar,
Hari demi hari, hati Tengku Iskandar kian terpaut. Aisyah yang manis, Aisyah yang lembut, dan Aisyah yang tidak pernah membantah. Dia jatuh cinta. Sungguh, hatinya tidak berbohong! Saat cinta terluah, saat bahagia dikecapi, Tengku Maria datang menuntut janji. Tengku Iskandar perlu berkahwin dengan Puteri Waiduri (Shima Anuar). Tengku Maria mengamuk apabila mengetahui hubungan rahsia mereka. Tanpa belas kasihan, dia menghalau Aisyah dari kondominium anaknya. Dia tidak mahu mendengar sebarang penjelasan. Kehilangan Aisyah menjadikan Tengku Iskandar murung. Sasau dia jadinya. Mengapa dugaan harus terjadi saat hati melakar cinta? Ke mana agaknya Aisyah menghilang? Mampukah dua hati bersatu kembali mengecapi bahagia?
Read More


My Random Post