Memaparkan catatan dengan label Saharul Ridzwan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Saharul Ridzwan. Papar semua catatan

18 Mac 2022

Filem Renjana Lakonan Nabila Huda dan Saharul Ridzwan (Astro First)



Filem Renjana, Renjana Movie, Filem Astro First, Filem Renjana 2022, Renjana Full Movie, Renjana Cast, Sinopsis Filem Renjana, Poster Filem Renjana, Pelakon - Pelakon Filem Renjana, Nabila Huda, Saharul Ridzwan, Fauzi Nawawi, Aida Aris, Hasnul Rahmat, Nadia Aqilah, Zamarul Hisham, Kodi Rasheed,

Filem Renjana akan ditayangkan di Astro First, saluran 480 bermula 17 Mac 2022 ini. Antara pelakon filem Renjana ini adalah Nabila Huda, Saharul Ridzwan, Fauzi Nawawi, Aida Aris, Hasnul Rahmat, Nadia Aqilah, Zamarul Hisham, Kodi Rasheed, Sefik Khair, Emma Latah, Kamal Bakar, Ainin Batrisya dan ramai lagi. Filem Renjana ini mengisahkan tentang perjuangan seorang wanita yang menjadi guru pada tahun 1907. Nampak menarik kan filem Renjana ini, sebab lain dari lain gitu. Selain itu filem Renjana ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya dan diterbitkan oleh Mache All Star United Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah okey..




Sinopsis Filem Renjana Lakonan Nabila Huda dan Saharul Ridzwan (Astro First)

Pada tahun 1907, seorang guru dari Pulau Pinang, Che Aminah datang ke Kedah. Che Aminah dikritik dan dianggap terlalu kebaratan oleh penduduk kampung apabila cuba meyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak perempuan mereka ke sekolah dan diberikan pendidikan. Pada mulanya, hanya 5 orang gadis yang hadir ke sekolah Jawi & Al-Quran, keazamannya untuk melihat lebih ramai pelajar mendaftar ke sekolah tersebut. Dia telah mencipta sejarah sebagai guru pertama di sekolah perempuan.

Filem Renjana, Renjana Movie, Filem Astro First, Filem Renjana 2022, Renjana Full Movie, Renjana Cast, Sinopsis Filem Renjana, Poster Filem Renjana, Pelakon - Pelakon Filem Renjana, Nabila Huda, Saharul Ridzwan, Fauzi Nawawi, Aida Aris, Hasnul Rahmat, Nadia Aqilah, Zamarul Hisham, Kodi Rasheed,

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Kerana Dia Suka Lakonan Fikry Ibrahim dan Rita Nadira (TV3)

👉👉 Drama Sayang Tak Dikenang Episod 1 Hingga 28 Di Slot Akasia TV3

⏩⏩ Drama Hindi Meri Gudiya - Slot Sonia TV3

Read More

3 Nov 2021

Drama Mr Bibik Lakonan Saharul Ridzwan dan Zara Zya (Akasia TV3)



Drama Mr Bibik, Drama Slot Akasia TV3, Info dan Sinopsis Drama Mr Bibik, Drama Mr Bibik Slot Akasia TV3, Mr Bibik TV3 Cast, OST Drama Mr Bibik, Pelakon - Pelakon Drama Mr Bibik, Drama Adaptasi Novel, Baca Online Novel Mr Bibik, Saharul Ridzwan, Zara Zya, Raja Afiq,

Drama Mr Bibik lakonan Saharul Ridzwan dan Zara Zya adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang mula bersiaran sejak 29 Oktober yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Wifi Sebelah Rumah lakonan Zul Ariffin & Ruhainies dan Drama Semanis Senyumanmu lakonan Aiman Hakim dan Daiyan Trisha. Antara pelakon drama Mr Bibik ini adalah Saharul Ridzwan, Zara Zya, Raja Afiq, Liza Abdullah, Roy Azman, Norish Karman, Dayang Areeda, Syazuwan Hassan, Wanns Ahmad, Meor Mohd, Balkisyh Semundur Khan dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Mr Bibik karya Aein Dhiyauddin. Selain itu drama 20 episod ini diarahkan oleh Pali Yahya dan diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn.Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus aku suka juga gandingan Saharul Ridzwan dan Zara Zya ini. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Mr Bibik ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Saharul Ridzwan sebagai Firas Iman
Zara Zya sebagai Aulia Izzatunnisa
Raja Afiq sebagai Mukhriz
Roy Azman sebagai Tuan Halim
Dayang Areeda sebagai Arisya
Wanns Ahmad sebagai Hud
Balkisyh Semundur Khan
Meor Mohd sebagai Cumi




Sinopsis Drama Mr Bibik Lakonan Zara Zya dan Saharul Ridzwan Slot Akasia TV3

Aulia dan Mukhriz bertunang kerana campur tangan orang tua. Mukhriz obses dengan Aulia dari zaman remaja walaupun semua gadis mampu dimilikinya dengan mudah. Bagi Mukhriz, Aulia amat berbeza baginya. Aulia pula langsung tidak menunjukkan minat terhadapnya sehingga Mukhriz diperlekehkan oleh kawan-kawannya.Firas, seorang lelaki yang berperwatakan biasa sedang melalui fasa kecewa dalam hidupnya. Dia sanggup berhenti kerja dari sebuah syarikat besar untuk memulakan perniagaan dengan tunangnya, Arisya. Sayangnya, Firas dikhianati apabila Arisya telah berkahwin dengan lelaki lain. Hilang kerja dan juga putus tunang, Firas tidak hilang semangat malah dia tidak kisah untuk bekerja di syarikat pembersihan milik kenalannya. Hari pertama Firas memulakan tugasnya, dia telah diarahkan untuk membersihkan rumah Aulia. Oleh kerana ada insiden yang kurang menyenangkan antara mereka berdua sebelum ini, Aulia mahu menolak servis Firas. Tambahan pula, Aulia tidak senang dengan lelaki yang bekerja sebagai pembantu rumah. Akhirnya Aulia terpaksa terima kerana kawannya Siti yang juga pemilik syarikat itu memberikan perkhidmatan percuma apabila tidak dapat menghantar pembantu rumah yang sudah biasa ditugaskan. 
Drama Mr Bibik, Drama Slot Akasia TV3, Info dan Sinopsis Drama Mr Bibik, Drama Mr Bibik Slot Akasia TV3, Mr Bibik TV3 Cast, OST Drama Mr Bibik, Pelakon - Pelakon Drama Mr Bibik, Drama Adaptasi Novel, Baca Online Novel Mr Bibik, Saharul Ridzwan, Zara Zya, Raja Afiq, Drama Mr Bibik Full Episode,
Firas pening dengan sikap pemalas Aulia dan keadaan rumah yang bersepah. Setelah hampir seminggu bekerja di situ dan pada hari terakhir, tiba-tiba rumah Aulia didatangi Mukhriz dan ayah Aulia, Tuan Halim. Mukhriz menuduh Aulia menyimpan lelaki di rumahnya. Puas Aulia dan Firas menerangkan keadaan sebenar tetapi Tuan Halim tetap kecewa. Mukhriz menawarkan diri berkahwin dengan Aulia untuk menutup malu Tuan Halim. Namun, Tuan Halim mahu Firas bertanggungjawab atas perbuatannya terhadap Aulia dan mendesak Firas untuk menikahi anaknya. Tuan Halim sanggup mengugut Firas jika tidak mahu ibunya mengetahui perkara yang memalukan ini. Firas minta diberikan masa untuk membuat persediaan.
Firas tidak dapat menerima Aulia seorang yang pemalas dan pengotor untuk menjadi isterinya. Begitu juga dengan Aulia, tidak sanggup bersuamikan Mr Bibik! Mukhriz pula tidak mahu kehilangan Aulia dan tetap akan mencari jalan untuk merampas Aulia balik! Apakah yang akan berlaku seterusnya? 


Tonton Online Drama Mr Bibik Full Episode - Akasia TV3

Selain menonton di kaca TV, korang juga boleh menonton drama Mr Bibik ini secara online iaitu di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran tv.
Drama Mr Bibik, Drama Slot Akasia TV3, Info dan Sinopsis Drama Mr Bibik, Drama Mr Bibik Slot Akasia TV3, Mr Bibik TV3 Cast, OST Drama Mr Bibik, Pelakon - Pelakon Drama Mr Bibik, Drama Adaptasi Novel, Baca Online Novel Mr Bibik, Saharul Ridzwan, Zara Zya, Raja Afiq,
Lagu Tema / OST Drama Mr Bibik

Cinta Jatuh nyanyian Kaer

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Pelangi Hati Episod 1 Hingga 20 - TV Okey

Read More

12 Jun 2021

Telefilem Mufariq Di Slot Panggung RTM TV1

Telefilem Mufariq, Telemovie Mufariq TV1, Sinopsis Telefilem Mufariq, Pelakon - Pelakon Telefilem Mufariq, Nazim Othman, Saharul Ridzwan, Tiz Zaqyah, Mimi Lana,

Telefilem Mufariq akan disiarkan pada Sabtu ini, 12 Jun 2021, jam 9.30 malam di slot Panggung RTM TV1. Menariknya telefilem ini bila ianya dibarisi oleh pelakon - pelakon hebat dan popular gitu. Antara pelakon telefilem Mufariq ini adalah Nazim Othman, Saharul Ridzwan, Tiz Zaqyah, Mimi Lana, Ainin Batrisya, Dato Ahmad Tarmimi Siregar dan ramai lagi. Selain itu telemovie Mufariq ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) dan diterbitkan oleh JMI Communications Sdn Bhd. Nampak best kan telefilem ini. Jadi jom tengok sinopsis telemovie Mufariq ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Mufariq Lakonan Nazim Othman, Saharul Ridzwan, Tiz Zaqyah dan Mimi Lana (TV1)

Mirza hilang ingatan semasa kemalangan yang dialaminya dua tahun lalu. Anaknya meninggal dunia dan isterinya koma. Mirza hidup dalam bayangan anak dan isterinya. Nina hadir cuba membantu memulihkan Mirza. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Masih Ada Rindu - Slot Akasia TV3

Read More

17 Mei 2021

Drama Sabarlah Duhai Hati Episod 1 Hingga Episode 35 (Akhir) Di Slot Akasia TV3



Drama Sabarlah Duhai Hati, Drama Sabarlah Duhai Hati Full Episode, Info dan Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati, Novel Sabarlah Duhai Hati, Poster Drama Sabarlah Duhai Hati, Pelakon - Pelakon Drama Sabarlah Duhai Hati, Drama Baru Amyra Rosli, Drama Baru Saharul Ridzwan,

Drama Sabarlah Duhai Hati adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Tak Sempurna Mencintaimu lakonan Redza Rosli dan Intan Najuwa. Drama Sabarlah Duhai Hati ini mulai bersiaran di TV3 sejak 28 April 2021 yang lalu setiap Isnin hingga Ahad, jam 7 malam. Selain itu drama ini adalah adaptasi daripada Novel Sabarlah Duhai Hati karya Mimie Afinie. Aku memang suka baca novel - novel karya Mimie Afinie ni tau. Berbalik pada drama ini, ianya mempunyai 35 episod dan diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya dan Eez Jalaluddin serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam Drama Sabarlah Duhai Hati ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Saharul Ridzwan sebagai Affan
Amyra Rosli sebagai Fira
Izzue Islam sebagai Nazim
Puteri Sarah Liyana sebagai Dian
Iman Suhana sebagai Nadia
Aiman Badrul sebagai Danish
Fadilah Mansor sebagai Opah
Balkisyh Semundur Khan sebagai Mak Teh Zana
Haleeda sebagai Laila
Emelda Rosemila sebagai Shima
Kodi Rasheed sebagai Rizal
Hisyam Bakar sebagai Pak Teh
Pablo Amirul sebagai Johan




Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati Lakonan Amyra Rosli dan Saharul Ridzwan Di Slot Akasia TV3

Hidup Fira berubah sejak kelahiran adik bongsunya, Danish (Aiman Badrul) ketika usianya 20 tahun. Selepas 4 tahun, Fira terpaksa menjaga Danish apabila ibu bapa mereka meninggal dunia. Tiada sesiapa lagi untuk bergantung, Fira perlu menjaga Danish yang masih kecil. Ketika sedang terkapai-kapai dengan fasa baharu dalam hidupnya, Fira dilamar oleh Affan. Bagi mengelak rancangan Opah, Affan memilih Fira untuk dijadikan isteri. Mereka rapat semasa kecil, tetapi kisah lama yang memalukan membuatkan Fira cuba mengelak bertentang mata dengan Affan. Perkahwinan Affan dan Fira mendapat tentangan daripada sepupu Affan, Nadia. Nadia adalah calon isteri yang dipilih oleh Opah Affan Nadia dapat tahu yang Affan bekerja sebagai cikgu sementara. Ini membuatkan Nadia mengambil keputusan untuk menjadi murid di dalam kelas Affan supaya Nadia dapat bertemu dengan Affan lebih kerap. Rumahtangga mereka sentiasa diuji sehinggakan Fira menghilangkan diri. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Affan dan Fira menggapai bahagia?..

Lagu Tema / OST Drama Sabarlah Duhai Hati
💕 Hanyut nyanyian Black Hanifah
Drama Sabarlah Duhai Hati, Drama Sabarlah Duhai Hati Full Episode, Info dan Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati, Novel Sabarlah Duhai Hati, Poster Drama Sabarlah Duhai Hati, Pelakon - Pelakon Drama Sabarlah Duhai Hati, Drama Baru Amyra Rosli, Drama Baru Saharul Ridzwan,
Sinopsis Novel Sabarlah Duhai Hati Karya Mimie Afinie

Dugaan berat yang menimpa, merubah seluruh hidup Nur Syafira. Saat bergelut dengan ujian, dia tiba-tiba dilamar untuk Muhammad Affan. Sungguh, dia tak percaya. Tegur pun tak pernah, tiba-tiba nak jadikan dia isteri. Lagipun, dia masih tak lupa cerita lama. Cerita memalukan yang hanya mereka berdua saja yang tahu. Hatinya kuat mengatakan Affan terpaksa. Affan hanya menurut kehendak orang tua tanpa rela. Namun, kalau dah tertulis jodoh mereka, elak macam mana sekalipun, tetap bersatu juga. Walau dihati ada curiga, Fira tetap mengharap bahagia.
“Sejak bila abang suka Fira?”
“Sejak Fira curi hati abang.”
“Abang kan pernah cakap, abang tak suka Fira. Abang takkan kahwin dengan Fira.”
Tawa Affan memecah suasana hening malam. Kuat dan lama.
Dalam suram cahaya lampu, Fira pandang suaminya. Geram dengan suara tawa itu.
“Ini cerita tahun bila Fira bawa keluar ni?”
“Tak kisahlah tahun berapa pun, yang penting abang pernah cakap macam tu, kan? Kecil hati Fira, tau!”
“Kecik hati dengan abang la ni?”
“Memang pun. Dah buat orang macam tu, pandai pulak ajak orang kahwin. Tak malu.” Fira mengejek.
Lagi sekali Affan hamburkan tawanya.
Bahagia yang disangka sampai ke petang, rupanya masih ada halangan dan rintangan.
“Kalau you nak tahu, bukan Affan yang nak sangat kahwin dengan you tapi mak teh yang paksa dia. Sebabnya mak teh kesiankan you.” - Nadia
Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya?

Baca Online Novel Sabarlah Duhai Hati Bab 1 Hingga Bab 20

Kalau korang teringin nak baca bab - bab awal novel Sabarlah Duhai Hati ini korang boleh baca di blog penulis novel ini iaitu Mimie Afinie 👉 Di Sini
Drama Sabarlah Duhai Hati, Drama Sabarlah Duhai Hati Full Episode, Info dan Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati, Novel Sabarlah Duhai Hati, Poster Drama Sabarlah Duhai Hati, Pelakon - Pelakon Drama Sabarlah Duhai Hati, Drama Baru Amyra Rosli, Drama Baru Saharul Ridzwan,
Tonton Drama Sabarlah Duhai Hati Full Episode
Bagi yang terlepas menonton drama ini di TV, korang boleh menonton drama ini secara online di IQIYI

Read More

5 Jan 2021

Tonton Drama Tercipta Satu Ikatan Full Episode Lakonan Aeril Zafrel dan Hannah Delisha Di Astro Ria



Pelakon - Pelakon Drama Tercipta Satu Ikatan, Baca Online Novel Tercipta Satu Ikatan Karya Laydee Amarfi (Drama Adaptasi Novel), Drama Tercipta Satu Ikatan, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Baru Hannah Delisha, Drama Baru Aeril Zafrel, Drama Baru Izzue Islam, Info dan Sinopsis Drama Tercipta Satu Ikatan,

 Drama Tercipta Satu Ikatan adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan drama Biar Mereka Cemburu lakonan Aiman Hakim dan Nabila Razali yang telah tamat episodnya. Drama Tercipta Satu Ikatan lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha, Izzue Islam dan ramai lagi sudah mula bersiaran sejak 29 Disember 2020 yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Tercipta Satu Ikatan karya Laydee Amarfi. Selain itu drama 20 episod ini diarahkan oleh Fazli Yahya (Pali Yahya) dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Manakala lagu tema / OST Drama Tercipta Satu Ikatan ini bertajuk Kesempatan Bagimu nyanyian Adira Suhaimi. Nampak best kan drama ini, apa pun jom tengok senarai pelakon drama Tercipta Satu Ikatan ini beserta watak - watak mereka dibawah ini ye.

Aeril Zafrel sebagai Daniyal
Hannah Delisha sebagai Leanna
Izzue Islam sebagai Zhafran
Sophia Barakbah sebagai Rissa
Nadhir Nasar sebagai Sirhan
Nadiyah Shahab sebagai Anita
Esma Daniel sebagai Dato Jeffrey
Hasnol Rahmat sebagai Kobeng
Saharul Ridzwan sebagai Zainudin
Fazira Shafinaz sebagai Azizah
Nada Syuhada sebagai Kak Nida
Elnisa Ryun sebagai Sandra 
Qhaira Imani sebagai Aleeya 
Zazly Baginda sebagai Razili 
Liyana Yusof sebagai Datin Rogayah
Azhar Amir ssebagai Dato Imran 
Ratu Fyda sebagai Qish
Mia Deen sebagai Intan 




Sinopsis Drama Tercipta Satu Ikatan 
Lakonan Aeril Zafrel dan Hannah Delisha

Drama ini mengisahkan Leanna seorang anak usahawan yang berjaya iaitu Dato' Jeffery. Daniyal dan rakan-rakannya merancang dengan baik untuk membalas dendam kepada seseorang. Dato’ Jeffery sangat berminat dengan Daniyal dan menemukan Daniyal dengan Leanna. Daniyal dan Leanna bersetuju ingin berkahwin. Tetapi sesuatu terjadi kepada Dato’ Jeffery. Rissa yang sudah pulang dari luar negara ingin memastikan Daniyal kekal dengan tujuan utama dia. Daniyal mendapat tahu Zhafran cuba untuk mengagalkan rancangannya. Leanna mula meragui tentang kematian bapanya selepas menerima satu mesej yang mencurigakan. Rissa dan Sirhan tidak puas hati apabila Daniyal cuba mengubah perancangan asal mereka. Leanna mula menyiasat tentang syarikat bapanya kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan Daniyal. Daniyal dan Zhafran mula meragui antara satu sama lain. Daniyal menuduh Zafran meracuni fikiran Leanna. Bagaimana pengakhiran drama ini, kena lah tonton nanti kan.

Kalau nak baca sinopsis versi novel dan baca online novelnya bolehlah klik sini ye 👉👉 Baca Online Novel Tercipta Satu Ikatan Karya Laydee Amarfi (Drama Adaptasi Novel)
Pelakon - Pelakon Drama Tercipta Satu Ikatan, Baca Online Novel Tercipta Satu Ikatan Karya Laydee Amarfi (Drama Adaptasi Novel), Drama Tercipta Satu Ikatan, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Baru Hannah Delisha, Drama Baru Aeril Zafrel, Drama Baru Izzue Islam, Info dan Sinopsis Drama Tercipta Satu Ikatan,
Tonton Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 1 Hingga Episod 20 (Akhir)

Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 1  👫 https://t.me/DramatelemovieChannel/59
Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 2 👫 https://t.me/DramatelemovieChannel/62
Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 3 👫 https://t.me/DramatelemovieChannel/67
Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 4 
👫 https://t.me/DramatelemovieChannel/118
Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 5 
👫 https://t.me/DramatelemovieChannel/120
Tercipta Satu Ikatan Episod 6 
👫 https://t.me/DramatelemovieChannel/124
Tercipta Satu Ikatan Episod 7 
👫 https://t.me/DramatelemovieChannel/130
Tercipta Satu Ikatan Episod 8 
👫 https://t.me/c/1393367717/4565
Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 9
👫 https://t.me/c/1393367717/4571
Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 10
👫 https://t.me/c/1393367717/4584
Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 11
👫 https://t.me/c/1393367717/4591
Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 12
👫 https://t.me/c/1393367717/4607
Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 13 - https://t.me/DramatelemovieChannel/224
Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 14 - https://t.me/DramatelemovieChannel/232
Tercipta Satu Ikatan Episod 15 - https://t.me/DramatelemovieChannel/237
Tercipta Satu Ikatan Episod 16 - https://t.me/DramatelemovieChannel/256
Tercipta Satu Ikatan Episod 17 - https://t.me/DramatelemovieChannel/268
Tercipta Satu Ikatan Episod 18 - https://t.me/DramatelemovieChannel/280
Tercipta Satu Ikatan Episod 19 - https://t.me/DramatelemovieChannel/286
Episod Akhir Drama Tercipta Satu Ikatan (Episod 20) - https://t.me/DramatelemovieChannel/300

Read More

23 Dis 2020

Sinopsis Penuh Telefilem Mohon Hantuan (Astro Citra)



Telefilem Mohon Hantuan, Telemovie Mohon Hantuan, Poster Telefilem Mohon Hantuan, Sinopsis Penuh Telefilem Mohon Hantuan Lakonan Saharul Ridzwan, Azar Azmi dan Riena Diana (Astro Citra),

Telefilem Mohon Hantuan telah pun disiarkan di Astro Citra pada 19 Disember yang lalu iaitu pada hari Sabtu. Antara pelakon telefilem Mohon Hantuan ini adalah Saharul Ridzwan, Azar Azmi, Jay Iswazir, Zalif Sidek, Riena Diana, Tajuddin Bakar, Zarina Zainuddin, Esma Daniel dan ramai lagi. Selain itu Telefilem Mohon Hantuan ini bergenre seram komedi dan diarahkan oleh Ismail Bob Hashim serta diterbitkan oleh Dream At Work Sdn Bhd. Lagu tema / OST telefilem Mohon Hantuan ini dinyanyikan oleh Awi Rafael bertajuk Mohon Bantuan. Nampak menarik kan telefilem ini, lawak pun lawak. Jadi jom tengok sinopsis lengkap telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Mohon Hantuan Lakonan Saharul Ridzwan, Azar Azmi dan Riena Diana (Astro Citra)

Akim (Saharul Ridzwan) merupakan seorang penulis Novel, akibat didesak oleh bapanya, Akim bertindak untuk pergi bercuti di sebuah Villa untuk menyiapkan novel terbarunya dengan lebih cepat. Villa tersebut sememangnya berhantu, salah seorang pekerja villa itu iaitu Lela (Riena Diana) sering dikacau dan diganggu oleh hantu tersebut. Malangnya tiada siapa yang percaya cerita Lela, sehinggalah Akim tiba dan tinggal di Villa tersebut. Akim mula diganggu oleh hantu Suraya (Azar Azmi) yang kemudiannya meminta pertolongan Akim untuk mengubah perangai suaminya yang juga hantu untuk jadi lebih romantik. Disebabkan Akim turut menerima gangguan dari hantu disitu, dia mula menjadi rapat dengan Lela kerana mereka sering berkongsi cerita mengenai hantu. Lela juga senang berkawan dengan Akimkerana Akim mempercayainya. Akhirnya mereka sama - sama jatuh hati. Disebabkan satu hal Akim ingin meminta bantuan daripada Hantu Suraya dan sebagai balasan, Akim akan memberitahu sebab dan cara kematian hantu suraya dan suaminya itu. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Slot Akasia Bidadari Salju Episod 1 Hingga Episod 28 (Full Episode) Lakonan Sweet Qismina dan Adam Lee Di TV3

⏩⏩ Drama Biar Mereka Cemburu Episod 1 Hingga 16 (Full Episode) Di Slot Megadrama Astro Ria

Read More

13 Nov 2020

Tonton Drama Cinta Sekali Lagi Episod 1 Hingga Episod 28 (Full Episode)



Drama Cinta Sekali Lagi, Slot Akasia, TV3, Drama Slot Akasia TV3 2020, Drama Bersiri, Drama Baru Saharul Ridzwan, Drama Baru Nelydia Senrose, Drama Baru Hannah Delisha, Drama Baru Raja Afiq, Sinopsis Drama Cinta Sekali Lagi, Poster Drama Cinta Sekali Lagi, OST,

Memang menarik drama Cinta Sekali Lagi lakonan Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha yang disiarkan di slot Akasia TV3. Dibarisi pelakon - pelakon yang best dan semuanya aku minat. Drama 28 episod arahan Pali Yahya ni memang syok untuk ditonton disebabkan jalan ceritanya serta keserasian para pelakonnya. Aku suka tengok watak Nelydia Senrose dan Hannah Delisha jadi adik - beradik dalam drama ini. Ini juga adalah kali pertama Hannah Delisha memegang watak antoganis (watak jahat) dalam drama. Apa pun jom tengok senarai pelakon drama ini serta sinopsisnya di bawah ini okey..

Pelakon Drama Cinta Sekali Lagi Dan Watak 

  • Saharul Ridzwan sebagai Fahad
  • Nelydia Senrose sebagai Amanda
  • Hannah Delisha sebagai Amani
  • Raja Afiq sebagai Mukhlis
  • Luqman Hafidz sebagai Dr Izamel
  • Ezzaty Abdullah sebagai Farhana
  • Dilla Ahmad sebagai Ungku Nadrah
  • Iman Zulkarnain sebagai Muiz
  • Zara Shelby sebagai Danisha
  • Alessandra Alyssa sebagai Daniya




Tonton Drama Cinta Sekali Lagi Episod 1 Hingga Episod 28 ( Akhir ) 


Bagi yang terlepas untuk menonton di TV, kalian boleh tonton terus di iq.com. Selepas disiarkan di TV3, drama ini dapat ditonton di aplikasi IQIYI. Apa pun aku akan kemaskini linknya di bawah okey.

Untuk menonton Full Episod Drama Cinta Sekali Lagi Episod 1 - Episod 28 (Akhir) boleh tonton di aplikasi iQYI --> https://www.iq.com/play/1xe2qpf4mlp?frmrp=search&frmb=list&frmrs=image

Coming Soon

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Tonton Drama Perempuan Tanpa Dosa Episod 1 Hingga Episod 28 ( Full Episod ) Lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose

Read More

10 Nov 2020

Drama Cinta Sekali Lagi Lakonan Nelydia Senrose, Saharul Ridzwan dan Hannah Delisha (TV3)



Drama Cinta Sekali Lagi, Slot Akasia, TV3, Drama Slot Akasia TV3 2020, Drama Bersiri, Drama Baru Saharul Ridzwan, Drama Baru Nelydia Senrose, Drama Baru Hannah Delisha, Drama Baru Raja Afiq, Sinopsis Drama Cinta Sekali Lagi, Poster Drama Cinta Sekali Lagi, OST,

Drama Cinta Sekali Lagi adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Ryan Aralyn lakonan Zul Ariffin dan Raysha Rizrose yang telah tamat episodnya. Drama Cinta Sekali Lagi ini mempunyai 28 episod dan mula bersiaran di TV3 bermula 4 November yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Antara pelakon drama Cinta Sekali Lagi ini adalah Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha, Raja Afiq, Ezzaty Abdullah, Haziq Fadhullah, Dilla Ahmad, Haleeda Mazlin, Arash Mohd, Luqman Hafidz, Elnisa Ryun, Mustaqim Bahadon, Iman Zulkarnain dan ramai lagi. Nampak menarik kan drama ini, pelakon - pelakonnya juga best belaka, masa berlakon drama ni, Hannah Delisha masih belum berhijab, tapi sekarang ni dia dah berhijab. Selain itu drama ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Lagu Tema / OST Drama Cinta Sekali Lagi ini dinyanyikan oleh Misha Omar bertajuk Tanpa Rela. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye.




Sinopsis Penuh Drama Cinta Sekali Lagi Lakonan Nelydia Senrose, Saharul Ridzwan dan Hannah Delisha - Slot Akasia TV3

Mengupas kisah hidup dua adik-beradik iaitu Amanda (Nelydia Senrose) dan Amani (Hannah Delisha). Amanda sentiasa dipersalahkan oleh Amani kerana menyebabkan Amani mempunyai parut kekal di tangannya. Rentetan daripada kejadian itu, Amani sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal. Amanda baru dilantik sebagai ‘jewellery designer’ di Anggun Jewels. Dia mempunyai masalah dengan Fahad Iman (Saharul Ridzwan), pengurus di situ. Ibu Fahad, Ungku Nadrah (Dilla Ahmad) berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah dia mendapat tahu mengenai sengketa anaknya dengan Amanda. Amani pula sibuk nak berkahwin dengan Ungku Mukhlis (Raja Afiq), sepupu kepada Fahad bagi memenuhi impian ‘Cinderella’nya untuk hidup senang walaupun dia masih belajar. Ibu Amanda dan Amani, Puan Nazira (Haleeda) mengenakan syarat iaitu Amani perlu menamatkan pengajiannya dahulu dan pastikan Amanda juga menikah pada hari yang sama. Amani menganggap syarat tersebut sebagai penghalang. Amani lebih berminat dengan rumah banglo keluarga Mukhlis dan tidak tahu mengambil hati orang tua Mukhlis. Hubungan Fahad dan Amanda semakin buruk dengan hasutan Muiz (Iman Zulkarnain), rakan sekerja mereka yang sentiasa iri hati dengan Fahad. Keadaan menjadi gawat apabila Fahad digantung kerja. 
Drama Cinta Sekali Lagi, Slot Akasia, TV3, Drama Slot Akasia TV3 2020, Drama Bersiri, Drama Baru Saharul Ridzwan, Drama Baru Nelydia Senrose, Drama Baru Hannah Delisha, Drama Baru Raja Afiq, Sinopsis Drama Cinta Sekali Lagi, Poster Drama Cinta Sekali Lagi, OST,
Amanda mula menyedari kejahatan Muiz. Dia telah bekerjasama dengan Taqiudin (Mustaqim Bahadon) sehingga Muiz tertangkap dan Fahad kembali bekerja. Sejak hari itu, Fahad dan Amanda menjadi rapat. Ungku Nadrah telah melamar Amanda untuk Fahad. Amani mengimpikan majlis perkahwinan yang gah. Dia amat kecewa apabila keluarga Mukhlis hanya mengadakan majlis secara bersederhana. Impiannya untuk hidup senang bagai Cinderella telah hancur kerana Mukhlis hanyalah lelaki biasa. Amanda dan Amani telah mengandung anak pertama. Amanda dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Fahad manakala Amani dan Mukhlis sering dilanda masalah. Selepas tujuh tahun, Amanda dan Fahad bahagia dengan dua orang anak dan berpindah ke rumah baharu bersama Mak Wan, orang gaji di rumah Fahad. Amani cemburu apabila Mukhlis masih simpan hati pada Farhana sehingga akhirnya dia menyerang Mukhlis di rumah Ungku Nadrah. Amani diceraikan Mukhlis! Amani dan Mukhlis menghilangkan diri selepas bercerai, meninggalkan anak mereka, Fizri di bawah jagaan Fahad dan Amanda. Amani kembali dan dalam diam, dia menggoda Fahad kerana ingin merampas kebahagiaan milik Amanda. Fahad pula dibutakan dengan nafsu dan terperdaya dengan fitnah yang dibuat oleh Amani. Adakah kejahatan Amani akan terbongkar? Masihkah ada peluang bagi Fahad untuk merayu ‘CINTA SEKALI LAGI’ daripada Amanda?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Biodata Terkini Hannah Delisha
Read More

31 Jul 2020

Sinopsis Telefilem Panggilan Haji (TV2)




Telefilem Panggilan Haji (TV2), Telemovie Panggilan Haji, TV2, Telefilem Istimewa Sempena Hari Raya Haji, Sinopsis Telefilem Panggilan Haji, Poster Telefilem Panggilan Haji,

Sempena Hari Raya Haji ini, RTM TV2 akan menyiarkan satu telefilem bertajuk Panggilan Haji yang akan ditayangkan pada 31 Julai 2020 (Jumaat) jam 9.30 malam di TV2. Antara pelakon telefilem Panggilan Haji ini adalah Saharul Ridzwan, Aishah Atan, Puteri Sarah Liyana, Anne Abdullah, Dynas Mokhtar, Azhar Emir, Izzue Islam, Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah, PU Riz, Emelie Hanif dan ramai lagi. 3 Pelakon dari drama popular Korban Kasih turut berlakon dalam telefilem Panggilan Haji ini iaitu Saharul Ridzwan, Dynas Mokhtar dan Ezzaty Abdullah. Selain itu telefilem ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) dan diterbitkan oleh Primeworks Studios. Nampak macam best kan telemovie Panggilan Haji ini. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye.



Sinopsis Telefilem Panggilan Haji

Ragam empat keluarga dalam persiapan mereka untuk menunaikan Haji.Cerita ini bermula dengan Hussin, seorang posmen yang menghantar surat panggilan haji kepada empat keluarga tanpa menyedari yang surat itu bakal mengubah kehidupan mereka semua.

Read More


My Random Post