Memaparkan catatan dengan label komedi seram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label komedi seram. Papar semua catatan

1 Okt 2022

Info dan Sinopsis Telefilem Debunk (Astro Citra)



Telefilem Debunk Astro Citra, Telemovie Debunk Astro Citra, Sinopsis Telefilem Debunk Astro Citra, Telemovie Astro Citra, Telemovie Debunk Cast, Poster Telefilem Debunk, Pelakon - Pelakon Telefilem Debunk, Wan Chai, Sharifah Sakinah,
Info dan Sinopsis Telefilem Debunk Lakonan Wan Chai dan Sharifah Sakinah Di Astro Citra

Telefilem Debunk akan disiarkan pada Sabtu ini, 1 Oktober 2022, jam 10 malam di Astro Citra. Pelakon utama telefilem Debunk ini adalah Wan Chai dan Sharifah Sakinah. Selain itu telemovie Debunk ini diarahkan oleh Reen Emran dan diterbitkan oleh Kl Motion Pictures Sdn Bhd. Telefilem Debunk ini bergenre seram komedi dan disiarkan menerusi slot Citra Exclusive. Apa pun nampak macam menarik dan kelakar je telefilem ni kan, jadi jom tengok sinopsis telemovie Debunk ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Debunk Lakonan Wan Chai dan Sharifah Sakinah Di 
Astro Citra

Sebuah filem horror komedi berkonsepkan mockumentary, menyaksikan pertemuan dua makhluk dari alam yang berbeza di mana Sofi si penyangkal hantu (DeBunker) mula mempercayai kewujudan hantu apabila dia bertemu dengan Edna si hantu. Edna merupakan seorang cheerleader yang tidak sedar dirinya telah mati dan menjadi hantu. Apa yang berlaku seterusnya?...

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review Drama Korea Twenty Five Twenty One

Read More

18 Jun 2022

Cerekarama Misteri Lain Macam (TV3)



Telefilem Misteri Lain Macam TV3, Telemovie Misteri Lain Macam TV3, Sinopsis Telefilem Misteri Lain Macam, Pelakon - Pelakon Telefilem Misteri Lain Macam TV3, Misteri Lain Macam Cast, Cerekarama TV3,

Telefilem Misteri Lain Macam akan diulang siar di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu, 18 Jun 2022 ini, telefilem ini sudah pernah disiarkan di TV3 pada hari raya yang lalu. Antara pelakon telefilem Misteri Lain Macam ini adalah Didie Alias, Azhan Rani, Sissy Imann, Nadzmi Adhwa, Cahaya Eina dan ramai lagi. Selain itu telemovie Misteri Lain Macam ini diarahkan oleh M Nazir Juhan dan diterbitkan oleh Padi Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Misteri Lain Macam - Cerekarama TV3

Cici membawa diri ke Kuala Lumpur kerana mahu mencuba nasib menjadi penulis skrip filem seram misteri. Sementara itu, Man Telor yang menyukai Cici tidak dapat menerima Cici pergi berjauhan darinya. Apa yang berlaku seterusnya?..
Telefilem Misteri Lain Macam TV3, Telemovie Misteri Lain Macam TV3, Sinopsis Telefilem Misteri Lain Macam, Pelakon - Pelakon Telefilem Misteri Lain Macam TV3, Misteri Lain Macam Cast, Cerekarama TV3,
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Lockdown 2 (Astro Ria)


Read More

24 Jan 2022

Telefilem Vampire Masuk Kampung (TV2)



Telefilem Vampire Masuk Kampung, Telemovie Vampire Masuk Kampung, Poster Telefilem Vampire Masuk Kampung, Info dan Sinopsis Telefilem Vampire Masuk Kampung, Vampire Masuk Kampung Cast, Telefilem Vampire Masuk Kampung Full, Pelakon - Pelakon Telefilem Vampire Masuk Kampung, Daler Yusuf, Nadia Brian, Tony Eusoff, Faradhiya

Telefilem Vampire Masuk Kampung akan disiarkan pada 24 Januari 2022 ini, jam 9 malam di TV2. Antara pelakon telefilem Vampire Masuk Kampung ini adalah Daler Yusuf, Nadia Brian, Tony Eusoff, Faradiya, Taib Zamannuri, Qistina dan ramai lagi. Wahh pandai diorang pilih barisan pelakon - pelakon Vampire Masuk Kampung ni, semua mix, pan asian gitu hehehe. Selain itu Telemovie Vampire Masuk Kampung ini diarahkan oleh Zamri Zakaria dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Nampak menarik kan telemovie ni, unik dan lain dari yang lain gitu. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah okey..




Sinopsis 
Telefilem Vampire Masuk Kampung (TV2)

Mengisahkan tentang seorang Vampire yang cuba beradaptasi dengan kehidupan manusia normal di sebuah kampung yang terpencil dan jauh dari arus kemodenan hari ini. Apa yang berlaku seterusnya?..

Read More

6 Dis 2021

Drama Jangan Ganggu Jodohku Episod 1 Hingga 24 (Akhir) Di Astro Ria



Drama Jangan Ganggu Jodohku, Drama Adaptasi Novel, Novel Jangan Ganggu Jodohku Karya Umie Nadzimah, Poster Drama Jangan Ganggu Jodohku, Info dan Sinopsis Drama Jangan Ganggu Jodohku, Drama Jangan Ganggu Jodohku Full Episode, Jangan Ganggu Jodohku Cast, Pelakon - Pelakon Drama Jangan Ganggu Jodohku,

Drama Jangan Ganggu Jodohku adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Jiwa Yang Kau Puja : The Hotel 2. Drama ini mula bersiaran pada 29 November 2021, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria. Selain itu drama ini adalah adaptasi daripada Novel Jangan Ganggu Jodohku karya Umie Nadzimah. Antara pelakon drama Jangan Ganggu Jodohku ini adalah Shaza Bae, Yusuf Bahrin, Aloy Paradoks, Amerul Affendi, Norreen Iman, Salina Saibi, Shah Iskandar, Sabhi Saddi, Hasnul Rahmat, Azizah Mahzan, Ku Fridah, Sherry Ibrahim, Fazlina Ahmad Daud, Rosli Rahman Adam, Syafi Tee dan ramai lagi. Selain itu drama Jangan Ganggu Jodohku ini mempunyai 24 episod dan diarahkan oleh Jamal Khan serta diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama yang bergenre komedi seram ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Jangan Ganggu Jodohku ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Yusuf Bahrin sebagai Dr Imran
Shaza Bae sebagai Aliza 
Aloy Paradoks sebagai Abu
Amerul Affendi sebagai Penjelmaan Abu
Norreen Iman sebagai Shahida
Shah Iskandar sebagai Kamal Hassan
Sabhi Saddi sebagai Ustaz Hadhari
Ku Fridah Ku Shafie sebagai Makcik Ratu Lempeng
Salina Saibi sebagai Saka Ratu Lempeng 
Azizah Mahzan sebagai Mak Nah
Hasnul Rahmat sebagai Paksu
Fazlina Ahmad Daud sebagai Mak Piah
Sherry Ibrahim sebagai Kak Saleha
Syafi Tee sebagai Penjelmaan Abu
Farid sebagai Hantu Keding
Rosli Rahman Adam sebagai Hantu Tok Nek




Sinopsis Drama Jangan Ganggu Jodohku Lakonan Yusuf Bahrin dan Shaza Bae Di Slot MegaDrama Astro Ria

Kisah saka yang menghantui hidup Aliza dan Imran. Aliza dirundung sumpahan akan disusahkan usaha berkahwin selagi dia tidak mewarisi saka dari keturunan nenek saudaranya. Aliza boleh berinteraksi dengan makhluk di alam lain dan rapat dengan jin Abu sejak kecil lagi. Aliza jatuh cinta pada Doktor Imran yang mana tidak disukai oleh Abu. Doktor Imran seorang yang bermikiran moden, kerek, sombong, riak dengan ilmu perubatannya. Imran tidak percaya dengan hal mistik tetapi selepas diganggu oleh saka Makcik Lempeng dia mula berubah menjadi seorang warak. Pada mulanya Imran tidak suka pada Aliza namun selepas berubah dia mula mencintai Aliza dan cuba mempertahankan cintanya pada Aliza agar tidak diganggu oleh Abu. 

Sinopsis Novel Jangan Ganggu Jodohku

Aliza tak pernah suka pada mana-mana lelaki walaupun tak putus-putus orang datang meminang. Jauh dalam sudut hati, dia juga seperti gadis-gadis lain, ada keinginan untuk punya pasangan dan berumah tangga. Namun, setiap kali hal kahwin disebut, emosinya akan berkecamuk dan jatuh sakit. Dan penyakitnya pula sangat aneh! Entah macam mana, Aliza boleh jatuh cinta sakan pada Imran dan berkobar-kobar hendak berkahwin dengan lelaki pujaannya itu. Pelbagai cara dia cuba untuk memikat Imran supaya memberi perhatian kepadanya, walaupun penyakit anehnya semakin menjadi-jadi setiap kali dia cuba mendekati Imran. Sayang sekali, cinta Aliza dipandang sepi. Malah Imran membalas dengan hinaan dan herdikan. Imran menuduh penyakit Aliza tak masuk akal dan Aliza sekadar berpura-pura untuk mengambil kesempatan terhadap keluarganya. Aliza dikatakan sakit mental! Sombong, berlagak, bajet bagus, poyo dan ego, gelaran yang sinonim dengan Imran.

Mentang-mentang la tunangnya orang bandar. Lawa dan pandai pula tu. Siapa sangka, wanita yang disayangi pergi meninggalkan dia ketika dia ditimpa musibah? Dan siapa sangka hatinya terbuka untuk mengahwini Aliza? Tapi, Aliza tiba-tiba tidak mahu berkahwin dengan pujaan hatinya itu.Tak sudah-sudah Imran yang sudah berubah menjadi lelaki baik itu dikutuk dan dimaki. Calang-calang orang, sudah lama angkat kaki. Namun, Imran tetap bersabar. Penyakit Aliza mesti dirawat. Itu tekad Imran. Apa sebenarnya penyakit aneh yang dialami Aliza sehingga dia seolah-olah disumpah tidak boleh berkahwin? Setelah mengharungi pelbagai halangan, berjayakah Imran menikahi dan mengubati penyakit Aliza?

Lagu Tema / OST Drama Jangan Ganggu Jodohku
👄👄 Hendaklah Cari Pengganti nyanyian Arief


Jom Baca Ini Juga 👉👉 Episod Akhir dan Ending Drama I - Tanggang (Astro Citra)


Read More

13 Mac 2021

Info dan Sinopsis Telefilem Matilah Nak Kembali (Astro Citra)



Telefilem Matilah Nak Kembali, Telemovie Matilah Nak Kembali, Sequel Telefilem Matilah Nak Pontianak, Sinopsis Telefilem Matilah Nak Kembali, Poster Telefilem Matilah Nak Kembali,


Telefilem Matilah Nak Kembali akan disiarkan pada Sabtu ini, iaitu pada 13 Mac 2021 ini, jam 9 malam di Astro Citra. Kalau tak silap aku, telefilem Matilah Nak Kembali ini adalah sequel atau pun sambungan pada telefilem sebelum ini iaitu Telefilem Matilah Nak Pontianak. Cuma kali ni tak ada Usop dalam telefilem ini. Antara pelakon Telefilem Matilah Nak Kembali ini adalah Shiha Zikir, Arie Zaharie, Azzam Sham, Qody Rany, Anas Ridzuan, Danish Daniel (Coki), Bohari Ibrahim dan ramai lagi. Selain itu Telemovie Matilah Nak Kembali ini diarahkan oleh Azhari Zain dan diterbitkan oleh Arie Zaharie Production dan Knack Knack Studios. Wow nampak macam best je kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh 
Telefilem Matilah Nak Kembali (Astro Citra)

Mengisahkan tentang tiga jejaka yang berkawan baik dengan pontianak jelita. Namun terpaksa mengkhianati pontianak tersebut demi untuk membantu orang kampung yang diganggu saka. Apa yang berlaku seterusnya?..


Read More

6 Mac 2021

Telefilem Penunggu Soldorm (Astro Citra)



Telefilem Penunggu Soldorm, Telemovie Penunggu Soldorm, Telefilem Astro Citra, Pelakon - Pelakon Telefilem Penunggu Soldorm, Telefilem Lakonan Kumpulan Floor88, Ayie Floor88, Info dan Sinopsis Telefilem Penunggu Soldorm, Kisah Seram,

Telefilem Penunggu Soldorm akan disiarkan pada hari sabtu, 6 Mac 2021 di Astro Citra, antara pelakon telefilem Penunggu Seldorm ini adalah Ayie Elham, Eric Fuzi, Wafiy Ilhan, Daniah Daneal (Coki), Fizz Fairuz, Sara Ali dan ramai lagi. Selain itu telemovie Penunggu Soldorm ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Arie Zaharie Production dan Knack Knack Studios. Wah nampak menarik kan telefilem ini. Bila tengok dari trailer pun memang nampak best telefilem Penunggu Soldorm ini. Jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Penunggu Soldorm 
(Astro Citra)

Daniel dan kawan-kawan, menghadapi gangguan misteri oleh ‘Penunggu Sol-Dorm’ ketika bersolat secara berjemaah di Dorm Asrama dan keadaan bertambah kelam kabut, seram apabila mereka bertemu kelibat menyerupai Cikgu Azizi. Apa yang berlaku seterusnya?..

Read More

23 Dis 2020

Sinopsis Penuh Telefilem Mohon Hantuan (Astro Citra)



Telefilem Mohon Hantuan, Telemovie Mohon Hantuan, Poster Telefilem Mohon Hantuan, Sinopsis Penuh Telefilem Mohon Hantuan Lakonan Saharul Ridzwan, Azar Azmi dan Riena Diana (Astro Citra),

Telefilem Mohon Hantuan telah pun disiarkan di Astro Citra pada 19 Disember yang lalu iaitu pada hari Sabtu. Antara pelakon telefilem Mohon Hantuan ini adalah Saharul Ridzwan, Azar Azmi, Jay Iswazir, Zalif Sidek, Riena Diana, Tajuddin Bakar, Zarina Zainuddin, Esma Daniel dan ramai lagi. Selain itu Telefilem Mohon Hantuan ini bergenre seram komedi dan diarahkan oleh Ismail Bob Hashim serta diterbitkan oleh Dream At Work Sdn Bhd. Lagu tema / OST telefilem Mohon Hantuan ini dinyanyikan oleh Awi Rafael bertajuk Mohon Bantuan. Nampak menarik kan telefilem ini, lawak pun lawak. Jadi jom tengok sinopsis lengkap telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Mohon Hantuan Lakonan Saharul Ridzwan, Azar Azmi dan Riena Diana (Astro Citra)

Akim (Saharul Ridzwan) merupakan seorang penulis Novel, akibat didesak oleh bapanya, Akim bertindak untuk pergi bercuti di sebuah Villa untuk menyiapkan novel terbarunya dengan lebih cepat. Villa tersebut sememangnya berhantu, salah seorang pekerja villa itu iaitu Lela (Riena Diana) sering dikacau dan diganggu oleh hantu tersebut. Malangnya tiada siapa yang percaya cerita Lela, sehinggalah Akim tiba dan tinggal di Villa tersebut. Akim mula diganggu oleh hantu Suraya (Azar Azmi) yang kemudiannya meminta pertolongan Akim untuk mengubah perangai suaminya yang juga hantu untuk jadi lebih romantik. Disebabkan Akim turut menerima gangguan dari hantu disitu, dia mula menjadi rapat dengan Lela kerana mereka sering berkongsi cerita mengenai hantu. Lela juga senang berkawan dengan Akimkerana Akim mempercayainya. Akhirnya mereka sama - sama jatuh hati. Disebabkan satu hal Akim ingin meminta bantuan daripada Hantu Suraya dan sebagai balasan, Akim akan memberitahu sebab dan cara kematian hantu suraya dan suaminya itu. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Slot Akasia Bidadari Salju Episod 1 Hingga Episod 28 (Full Episode) Lakonan Sweet Qismina dan Adam Lee Di TV3

⏩⏩ Drama Biar Mereka Cemburu Episod 1 Hingga 16 (Full Episode) Di Slot Megadrama Astro Ria

Read More

9 Dis 2020

Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri Arahan Mamat Khalid (Astro Citra)



Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri, Poster Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri, Info Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri, Sinopsis Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri, Watak - Watak Pelakon Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri,
Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri Arahan Mamat Khalid (Astro Citra)

Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri akan bersiaran di Astro Citra bermula 7 Disember 2020, setiap Isnin, jam 9 malam. Astro membawakan francais filem Kampung Pisang ke skrin televisyen dalam bentuk drama bersiri premium menerusi jenama ‘Astro Originals yang diarahkan oleh Mamat Khalid. Rasanya semua pun pernah tengoh filem - filem popular arahan Mamat Khalid seperti filem Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan banyak lagi. Lebih menarik pelakon - pelakon asal dalam filem tersebut akan membuat penampilan istimewa dalam 
Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri ini. Antara pelakon drama Kampong Pisang Bersiri-Siri ini adalah Kazar Sairi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Aziz M. Osman, Mat London (Ahmad Ibrahim), Avaa Vanja, Nazeera Sardi, Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, Joey Daud, Kamarool Hj Yusof dan ramai lagi. Masih berlatarbelakangkan Kampung Pisang, drama siri berdurasi satu jam ini menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu. Antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa. Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun. Konform menarik drama 12 episod ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Kampong Pisang Bersiri-Siri beserta sinopsisnya di bawah ini ye..




Kazar Sairi sebagai Pak Din
Bell Ngasri sebagai Barkoba
Aziz M. Osman sebagai Pak Jabit
Dewa Sapri sebagai Cik Purnama
Mat London sebagai Pak Karim
Nazeera Sardi sebagai Cik Chun
Awie sebagai Husin
Sharwani sebagai Wani
Latiff Zami sebagai Manap
Joey Daud sebagai Daud M
Jasper Supayah sebagai Izlin
Avaa Vanja sebagai Cik Nab
Reza Hasbi sebagai Ehson
Ozlynn sebagai Chik Chom

Sinopsis Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri Arahan Mamat Khalid (Astro Citra)

Mengisahkan penduduk Kampung Pisang yang dilanda misteri dan masalah. Setiap minggu ada sahaja yang datang menggangu penduduk kampung, dan yang menghairankan, semuanya berbeza-beza seperti toyol, hantu rempit, serigala jadian, hantu sungai, orang minyak, zombi, makhluk asing, pocong dan paling unik hantu Kak Limah! Huru-hara jadinya penduduk kampung dan mereka akan bergandingan untuk mengharmonikan semula kampung kesayangan mereka. Apa yang akan dilakukan oleh penduduk Kampung Pisang itu untuk menyelesaikan semua masalah itu?..

Tonton Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 1 Hingga Episod 12 (Akhir)
  • Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 1 - https://t.me/c/1393367717/4317
  • Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 2 - https://t.me/c/1269207334/742
  • Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 3 - https://t.me/c/1393367717/4429
  • Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 4 - https://t.me/c/1256511102/42
  • Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 5
-  https://t.me/DramatelemovieChannel/100
  • Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 6
  • - https://t.me/DramatelemovieChannel/175
  • Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 7
  • - https://t.me/DramatelemovieChannel/219
  • Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 8
- https://t.me/DramatelemovieChannel/257
Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 9 -
Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 10 -
Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 11 -
Episod Akhir Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri (Episod 12) -

Read More

10 Okt 2020

Telefilem Rahsia Malam Jumaat Lakonan Janna Nick dan Elfira Loy (TV3)



Cerekarama Rahsia Malam Jumaat Lakonan Janna Nick, Elfira Loy dan Azlee Khairi (TV3)

Telefilem Rahsia Malam Jumaat akan disiarkan pada 10 Oktober 2020 ini di slot Cerekarama TV3, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Rahsia Malam Jumaat ini adalah Janna Nick, Elfira Loy, Azlee Khairi, Zila Bakarin, Danish Hazriq, Kamarool Hj Yusoff dan ramai lagi. Selain itu telemovie Rahsia Malam Jumaat diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, plus para pelakonnya juga best - best kan. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini dibawah ye..




Sinopsis Telefilem Rahsia Malam Jumaat Lakonan Janna Nick, Elfira Loy dan Azlee Khairi (Cerekarama TV3)

Mengisahkan Hana dan Nani yang balik kampung untuk melawat ibu dan adik mereka. Ketika itu, heboh tentang isu pembunuh bersiri. Suatu malam, ketika pulang dari tengok konsert, mereka ternampak tangan terkapai-kapai dari sebuah lubang di tepi jalan. Apa yang berlaku seterusnya?..

👉👉 Sinopsis Telefilem Kisah Seram Hospital Lakonan Fattah Amin dan Fatin Afeefa (Astro Citra)

⏩⏩ Sinopsis Novel Perempuan Tanpa Dosa Karya Fatinilam Sari Ahmad

Read More

25 Mei 2020

Sinopsis Telefilem Hantu Penunjuk Jalan (TV3) Lakonan Izzue Islam dan Bella Dally




Telefilem Hantu Penunjuk Jalan, Telemovie Hantu Penunjuk Jalan, TV3, Telefilem Raya, Telefilem Raya TV3 2020, Poster Telefilem Hantu Penunjuk Jalan, Sinopsis Telefilem Hantu Penunjuk Jalan, Pelakon - Pelakon Telefilem Hantu Penunjuk Jalan, Izzue Islam, Bella Dally, Faiz Tapaw,

Telefilem Hantu Penunjuk Jalan akan disiarkan di TV3 pada hari raya kedua, iaitu 25 Mei 2020, jam 4 petang. Antara pelakon telefilem Hantu Penunjuk Jalan ini adalah Izzue Islam, Bella Dally, Faiz Tapaw, Shashaa Raman, Razzuan Rosli dan ramai lagi. Selain itu telemovie Hantu Penunjuk Jalan ini diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan diterbitkan oleh Layar Consult Sdn Bhd. Nampak menari telefilem ini kan, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Hantu Penunjuk Jalan (TV3)


Kampung Naga Kapitan dikenali sebagai sebuah kampung yang misteri kerana ia hanya dapat dikesan dengan alat pengesan lokasi Antoo GPS. Tidak pernah ada orang yang terselamat setelah masuk ke kampung itu. Lin, seorang social media influencer yang popular bercadang untuk membuat ulasan tentang kampung tersebut. Di situ, Lin telah bertemu dengan seorang pemandu e-hailing, Jay yang telah sesat jalan selepas menghantar penumpangnya. Dalam usaha untuk meninggalkan kawasan kampung itu, cinta mula berputik antara Lin dan Jay.

Jom Baca Ini juga 👉👉 Sinopsis Telefilem Aku Benci Kpop (Astro Ria) Lakonan Sherry Al - Hadad, Han Byul dan Syafiq Farhain

Read More


My Random Post