Memaparkan catatan dengan label Nadia Aqilah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nadia Aqilah. Papar semua catatan

17 Sep 2022

Telefilem Satu Tong Lakonan Elizabeth Tan (Astro Prima)



Telefilem Satu Tong Astro Prima, Telemovie Satu Tong, Info dan Sinopsis Telefilem Satu Tong, Satu Tong Cast, Poster Telefilem Satu Tong, Pelakon - Pelakon Telefilem Satu Tong, Telemovie Satu Tong Full Movie,

Telefilem Satu Tong akan disiarkan pada hari Malaysia iaitu Jumaat ini ,16 September 2022, jam 12:00 tengah hari di Astro Prima dan kemudian akan diulang siar di Astro Gemilang channel 100 jam 10.30 malam. Antara pelakon telefilem Satu Tong ini adalah Elizabeth Tan, Andy Teh, Shah Iskandar, Nadia Aqilah dan ramai lagi. Selain itu telemovie Satu Tong ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh Playwright Pictures Sdn Bhd. Wah nampak macam best dan menarik je telefilem Satu Tong ni kan, jadi jom tengok sinopsis telemovie Satu Tong di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Satu Tong Lakonan Elizabeth Tan (Astro Prima)

Mengisahkan masalah yang sering dialami rakyat Malaysia termasuk gangguan bekalan air. Keluarga Tan dan keluarga Karim sudah lama berjiran dan mengambil berat antara satu sama lain. Pada suatu hari, mereka mendapat berita akan berlaku gangguan air sementara akibat pencemaran sungai. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Episod Akhir dan Ending Drama Biarkan Ia Pergi

Read More

18 Mac 2022

Filem Renjana Lakonan Nabila Huda dan Saharul Ridzwan (Astro First)



Filem Renjana, Renjana Movie, Filem Astro First, Filem Renjana 2022, Renjana Full Movie, Renjana Cast, Sinopsis Filem Renjana, Poster Filem Renjana, Pelakon - Pelakon Filem Renjana, Nabila Huda, Saharul Ridzwan, Fauzi Nawawi, Aida Aris, Hasnul Rahmat, Nadia Aqilah, Zamarul Hisham, Kodi Rasheed,

Filem Renjana akan ditayangkan di Astro First, saluran 480 bermula 17 Mac 2022 ini. Antara pelakon filem Renjana ini adalah Nabila Huda, Saharul Ridzwan, Fauzi Nawawi, Aida Aris, Hasnul Rahmat, Nadia Aqilah, Zamarul Hisham, Kodi Rasheed, Sefik Khair, Emma Latah, Kamal Bakar, Ainin Batrisya dan ramai lagi. Filem Renjana ini mengisahkan tentang perjuangan seorang wanita yang menjadi guru pada tahun 1907. Nampak menarik kan filem Renjana ini, sebab lain dari lain gitu. Selain itu filem Renjana ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya dan diterbitkan oleh Mache All Star United Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah okey..




Sinopsis Filem Renjana Lakonan Nabila Huda dan Saharul Ridzwan (Astro First)

Pada tahun 1907, seorang guru dari Pulau Pinang, Che Aminah datang ke Kedah. Che Aminah dikritik dan dianggap terlalu kebaratan oleh penduduk kampung apabila cuba meyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak perempuan mereka ke sekolah dan diberikan pendidikan. Pada mulanya, hanya 5 orang gadis yang hadir ke sekolah Jawi & Al-Quran, keazamannya untuk melihat lebih ramai pelajar mendaftar ke sekolah tersebut. Dia telah mencipta sejarah sebagai guru pertama di sekolah perempuan.

Filem Renjana, Renjana Movie, Filem Astro First, Filem Renjana 2022, Renjana Full Movie, Renjana Cast, Sinopsis Filem Renjana, Poster Filem Renjana, Pelakon - Pelakon Filem Renjana, Nabila Huda, Saharul Ridzwan, Fauzi Nawawi, Aida Aris, Hasnul Rahmat, Nadia Aqilah, Zamarul Hisham, Kodi Rasheed,

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Kerana Dia Suka Lakonan Fikry Ibrahim dan Rita Nadira (TV3)

👉👉 Drama Sayang Tak Dikenang Episod 1 Hingga 28 Di Slot Akasia TV3

⏩⏩ Drama Hindi Meri Gudiya - Slot Sonia TV3

Read More

13 Dis 2021

Drama Dukun Diva (Astro Citra)



Drama Dukun Diva, Poster Drama Dukun Diva, Info dan Sinopsis Drama Dukun Diva, Sinopsis Penuh Drama Dukun Diva, Dukun Diva Cast, Drama Dukun Diva Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Dukun Diva,

Drama Dukun Diva adalah drama terbaru di Astro Citra yang disiarkan bagi menggantikan Drama I- Tanggang yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Dukun Diva ini adalah Nadia Aqilah, Eyka Farhana, Emelda Rosemila, Tony Eusoff, Siti Khadijah Halim, Kahoe Hon, Adlin Aman Ramlie , Aloy Paradoks, Che Puan Juliana Evans dan ramai lagi. Drama Dukun Diva ini mula bersiaran di Astro Citra sejak 6 Disember 2021 yang lalu, setiap hari Isnin, jam 9 malam. Idea asal dan lakon layar drama ini adalah daripada Alfie Palermo dan diarahkan oleh Ariff Zulkarnain. Drama 8 episod Dukun Diva ini Dukun Diva merupakan drama tempatan pertama yang membawakan kisah ‘female con artist’ dan 'anti-heroes' gitu.Memang nampak menarik kan drama ini, para pelakon pun mantap - mantap belaka. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Dukun Diva ini beserta sinopsisnya juga di bawah ini okey..

Nadia Aqilah sebagai Che Yah (Rubiah Samsudin)
Eyka Farhana sebagai Lola (Norlela Binti Hashim) 
Emelda Rosemila sebagai Dato’ DD (Dahlia Deela Binti Idrus) 
Tony Eusoff sebagai Zul (Zulkarnain Lim Abdullah) 
Siti Khadijah Halim sebagai Baby Riena (Sabriena Lim Binti Zulkarnain Lim) 
Kahoe Hon sebagai Daniel (Daniel Lim Bin Zulkarnain Lim) 
Adlin Aman Ramlie sebagai Dato’ Saddiq (Muhd Saddiq Bin Jermal)
Aloy Paradoks sebagai Sarjan Anep (Hanif Bin Zulkifli)




Sinopsis Drama Dukun Diva Lakonan Nadia Aqilah dan Eyka Farhana (Astro Citra)

Mengisahkan tentang Rubiah Samsudin atau dengan gelaran popularnya Che Yah gagal menjadi pelakon terkenal dan kini bekerja sebagai wanita pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam. Hakikat tersebut menyebabkan Che Yah sangat malu untuk pulang menemui keluarganya di kampung. Satu hari, Che Yah menerima panggilan daripada hospital memaklumkan kakaknya, Aishah sedang nazak. Di sini bermulanya perubahan dalam hidup Che Yah bila mengetahui dia bakal menjaga anak saudaranya, Lola seorang remaja yang bermasalah. Ketegangan mula berlaku di antara Che Yah dan Lola. Dalam pada masa yang sama mereka telah didatangi didatangi oleh Abang Long yang mengugut untuk membunuh Che Yah jika tidak membayar hutangnya. Mereka terpaksa mencari jalan bagi menyelesaikan hutang Che Yah serta menyelamatkan nyawa mereka. Lola mendapat idea. Jadi apakah yang mereka lakukan? ...‘They Put The Sham In Shaman’.
Episod 1 (Rubiah Samsudin The Primadona) 
Episod 2 (Happy, Together, Forever)
Episod 3 (Giselle, Oh Giselle)
Episod 4 (Kita Family)
Episod 5 (Camp Cinta Abadi)
Episod 6 (Che Yah’s Beauty Cream)
Episod 7 (You, Me and Jeju)
Episod 8 (Mengejar Mimipi)

Lagu Tema / OST Drama Dukun Diva

👄👄 Jangan Terlepas Pandang nyanyian Wani Kayrie



Read More


My Random Post