10 Sep 2020

Sinopsis Novel 1001 Malam Karya Sophilea




Novel 1001 Malam Karya Sophilea, Drama Pengantin Satu Malam,

Novel 1001 Malam karya Sophilea telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri Pengantin Satu Malam yang disiarkan di slot Akasia setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Aku tengok versi drama ni, memang best, syok tengok. Nazim Othman akan melakonkan Zahred Hadri manakala Amelia Henderson pula akan melakonkan watak Zulaikha Nasreen. Fizo Omar pula sebagai Rasul Fadlan, Afifah Nasir sebagai Puteri Rihana. Berbalik pada novel 1001 Malam ini, ianya diterbitkan 2017 oleh Tinta Creative. Apa pun jom tengok sinopsis novel ini di bawah ye.




Sinopsis Novel 1001 Malam Karya Sophilea 

Awak tahu tuan zahred kalau permaisuri shahrzad itu menceritakan setiap satu kisah yang berlainan kepada suaminya raja Shariyar setiap malam selama 1001 malam.

Awak tahu kenapa? " Zulaikha memandang anak mata zahred.

kenapa?

"untuk menangguhkan hukuman mati ke atasnya selama 1001 MALAM.
zahred senyum Itu raja Sharyar tapi saya mahu mencipta seribu mimpi untuk 1001 malam bersama Zulaikha


Zahred Hadri yang membenci wanita dan  Zulaikha Nasreen yang terdesak.
Zahred ketawa sinis.
“Tolak? Berapa? Seribu sebulan? Kemudian sehingga seratus bulan. Seratus bulan baru selesai? Berapa lama tu? Lapan tahun tiga bulan. Apa awak yakin selama itu awak akan terus bekerja di sini?” Sinis suara Zahred bertanya. 
Zulaikha yang masih berdiri sedikit menggeletar. Dia harus kuat. Dia kena cuba dapatkan. Ini saja jalan yang dia ada.
“Saya janji tuan, atau tuan boleh potong lima puluh peratus daripada gaji saya setiap bulan. Saya akan cuba langsaikan secepat mungkin.” Dia masih mengharapkan agar Zahred setuju. Ini sahaja jalan yang dia ada dan dia sudah kesuntukan masa.
Zahred diam seketika. 
Wajah Zulaikha ditenung lama. Zulaikha serba salah.
“Maaf tuan, tapi saya benar-benar mahu buat pinjaman dari syarikat. Kalau tuan nak saya cagarkan rumah saya pada syarikat pun boleh.” Zulaikha masih berharap agar dalam hati Zahred ada sedikit belas kasihan padanya.
“Saya tak nak rumah awak.”
“Saya tak ada apa-apa lagi nak dicagarkan sebagai ganti pinjaman saya. Tanah di kampung bukan sepenuhnya nama ayah saya. Saya merayu tuan. Izinkan saya buat pinjaman dari syarikat.”
Dia benar-benar mengharap ihsan Zahred.
“A night with me… Dan seratus ribu akan jadi milik awak.”
Satulam yang merubah segalanya… 
Antara nyawa si emak dan maruah diri…

Jom Baca Ini juga ⏩ Sinopsis Drama Filipina Legally Blind

1 ulasan:



My Random Post