23 Sep 2020

Drama Bicara Cinta Lakonan Dato Adi Putra dan Emma Maembong (TV3)



Drama Bicara Cinta, Slot Samarinda, TV3, Drama TV3, Drama Baru Adi Putra, Drama Baru Emma Maembong, Sinopsis Drama Bicara Cinta TV3,

Drama Bicara Cinta adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang mula disiarkan pada 21 September 2020, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Bicara Cinta ini adalah Emma Maembong, Adi Putra, Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Balkisyh Semundur Khan, Azrel Ismail, Khaty Azean, Syed Aiman, Beego, Khalida Balqis, Eizlan Yusof, Lisdawati, Rahim Jailani, Yumna Ayuna dan ramai lagi. Selain itu drama Bicara Cinta ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Along Kamaludin serta diterbitkan oleh Primeworks Studios. Drama ini juga adalah adaptasi dari novel Bicara Cinta karya Missa J. Nampak menarik drama ini kan, plus aku suka dengan lagu tema / OST drama Bicara Cinta ini iaitu lagu yang bertajuk Semesta nyanyian Syuhada. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Bicara Cinta 
Lakonan Dato Adi Putra dan Emma Maembong - Slot Samarinda TV3

Anis Sofea (Emma Maembong) kehilangan kedua ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya. Penjaganya, Tok Ali (Jalaludin Hassan) dan Nenek Humairah (Fadilah Mansor), memujuk Anis untuk berkahwin dengan Adee (Adi Putra) kerana ingin memastikan kehidupan Anis terjaga. Awalnya, sukar untuk Anis dan Adee hidup bersama apatah lagi dengan perbezaan umur hampir 20 tahun di antara mereka. Namun, bibit cinta dan kasih sayang mula dirasai. Pada suatu hari, Adee tidak pulang dari hutan. Anis sekali lagi diuji dengan kehilangan orang tersayang. Biapun sukar untuk berdepan dugaan yang dihadapi, Anis harus tabah kerana kini dia perlu memikirkan masa depan anak mereka, Hanim. Apa yang berlaku seterusnya?..
Drama Bicara Cinta, Slot Samarinda, TV3, Drama TV3, Drama Baru Adi Putra, Drama Baru Emma Maembong, Sinopsis Drama Bicara Cinta TV3,
Lagu Tema / Lagu Sisipan / OST Drama Bicara Cinta (TV3)

💜 Lagu Semesta nyanyian Syuhada
💜 Lagu Nafas Cinta nyanyian Soffwany Yusoff
💜 Lagu Sandiwara nyanyian Xpose Band

Jom Baca Ini juga 👉👉 Sinopsis Drama Kampung People 2 (TV3)

2 ulasan:

  1. Lama rasanya adiputra tak berlakon

    BalasPadam
  2. adiputraaa!! suka tgk dia sbb my arwah grandpa muka mcm dia time muda2

    BalasPadam



My Random Post