18 Sep 2020

Sinopsis Drama Kampung People 2 (TV3)



Drama Kampung People 2, Slot Lestary, TV3, Pelakon Utama Drama Kampung People 2, Poster Drama Kampung People 2, Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Kamarul Eqifshah, Riena Diana, Hun Haqeem,
Drama Kampung People 2 Lakonan Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana, Hun Haqeem - Slot Lestary TV3
 
Drama kesukaan ramai kini kembali ke musim kedua, drama Kampung People yang pernah viral dan trending sebelum ini kembali dengan Kampung People 2. Drama Kampung People 2 ini disiarkan di slot Lestary TV3 bermula 17 September 2020 setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam dan mempunyai 13 episod. Drama ini berjaya mengekalkan kesemua pelakon asal drama Kampung People dengan tambahan beberapa watak baru. Antara pelakon drama Kampung People 2 ini adalah Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Kamarul Eqifshah, Riena Diana, Hun Haqeem, Adibah Noor, Fizz Fairuz, Razak Ahmad, Haeriyanto Hassan, Shah Kimin, Haziq Fadhullah, Nazeri Md Isa, Shahril Sarjen, Lizart Rashid, Kismah Johar, Nam Ron dan ramai lagi. Apa pun memang seronok dan terhibur menonton drama Kampung People 2 ini. So jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Kampung People 2 Lakonan Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana, Hun Haqeem - Slot Lestary TV3

Mengisahkan kehidupan keluarga Razif yang sudah kembali ke rutin hidup lama di bandar selepas Tuan Shuhaimi dipenjarakan dan Cengkih Manis dibubarkan. Namun, kini Razif tertekan dengan kos kehidupan yang tinggi di bandar. Razif mula merindui kehidupan di kampung. Disebabkan rindu kepada Jaafar, Laila berjaya meyakinkan bapanya untuk pindah semula ke kampung. Demi memujuk isterinya Mona, Razif berbohong bahawa mereka masih diancam oleh Cengkih Manis. Jadi, mereka sekeluarga perlu pindah ke kampung dengan kadar segera. Apa yang berlaku seterusnya?. Kalau nak tengok drama ini secara online kenalah tengok dekat IQIYI, install apps IQIYI dan boleh menonton secara percuma disitu.
Drama Kampung People 2, Slot Lestary, TV3, Pelakon Utama Drama Kampung People 2, Poster Drama Kampung People 2, Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Kamarul Eqifshah, Riena Diana, Hun Haqeem,
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Sinopsis Drama Filipina Legally Blind (TV3)

1 ulasan:

  1. best drama ni. over sangat perangai masing-masing..hahaha

    jemput join my segmen https://www.tiarasaphire.com/2020/09/segmen-bloglist-tiarasaphirecom.html

    BalasPadam



My Random Post