26 Sep 2020

Sinopsis Telefilem Gangguan Psiko Stalker Lakonan Ismail Izzani (Astro Citra)



Telefilem Gangguan Psiko Stalker, Telemovie  Gangguan Psiko Stalker, Pelakon Telefilem Gangguan Psiko Stalker, Ismail Izzani, Astro Citra, Poster Telefilem Gangguan Psiko Stalker,

Telefilem Gangguan Psiko Stalker akan disiarkan di Astro Citra pada 26 September 2020, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Gangguan Psiko Stalker ini adalah Shalma Eliana, Ismail Izzani, Zarul Umbrella, Wafariena Roslan, Akmal Ahmad, Fiza Halim, Ameerul Asyraf dan ramai lagi. Diserikan lagi dengan penampilan istimewa Ziana Zain dan Ku Frida. Selain itu telemovie Gangguan Psiko Stalker ini diarahkan oleh Rahim Zali dan diterbitkan oleh Dear Creative Media. Lebih menarik bila telefilem ini diadaptasikan daripada Novel Ganggu karya Ayumi Syafiqah. Nampak menarik kan telefilem ini. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini dibawah ye..




Sinopsis Telefilem Gangguan Psiko Stalker 
Lakonan Shalma Eliana dan Ismail Izzani (Astro Citra)

Mikayla menghadapi tekanan yang sangat hebat setelah satu demi satu ahli keluarga dan sahabatnya mati di depan matanya. Z sentiasa ada untuk menghapuskan mereka yang bersifat jahat kepada Mikayla.
Dua tahun lalu, Mikayla hilang seluruh ahli keluarga dan rakan-rakannya. Mereka semua mati di tangan seorang pembunuh bersiri bernama Z. Setiap gangguan telefon daripada Z pasti akan berakhir dengan kematian. Kata Z, dia lakukan semua itu untuk Mikayla. Mereka semua penipu. Mereka semua tidak pernah peduli tentang Mikayla, kecuali dia.
Dua tahun kemudian, Mikayla akhirnya meninggalkan pusat rawatan psikiatri dengan satu misi, untuk menyiasat siapa sebenarnya Z. Z masih dan terus mengganggunya dengan pelbagai gangguan sehinggakan rahsia yang selama ini disimpan kukuh oleh kedua-dua orang tuanya mula tersingkap. Ketika dia sedar siapa sebenarnya Z, sanggupkah dia tinggalkan kehidupannya demi lelaki itu?

2 ulasan:

  1. Ismail Izzani berlakon komedi not bad. Gerne macam ni tak tau lagi best ke x.

    BalasPadam



My Random Post