25 Sep 2020

Drama Dendam Cinta Arissa Lakonan Hisyam Hamid dan Atikah Suhaime (Astro Prima)



Drama Dendam Cinta Arissa, Slot Tiara, Astro Prima, Drama Baru Hisyam Hamid, Drama Baru Atikah Suhaime, Drama Baru Aidil Aziz, Drama Baru Shiqin Kamal, Drama Astro Prima 2020, Poster Drama Dendam Cinta Arissa,

Drama Dendam Cinta Arissa akan diulang siar di slot Tiara Astro Prima, setiap Isnin hingga Jumaat mulai 21 September 2020 bagi menggantikan drama Jalan Sesat Ke Syurga yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah pernah disiarkan di Astro Ria pada bulan Mac yang lalu namun jalan ceritanya tak habis dan tergantung kerana diorang tak sempat nak habiskan shooting sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Antara pelakon drama Dendam Cinta Arissa ini adalah Hisyam Hamid, Atikah Suhaime, Fezrul Khan, Ruzana Ibrahim, Aidil Aziz, Shiqin Kamal, Arash Mohd, Putri Hanan, Noryati Taib, Dilla Ahmad dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin & Uchee Fukada serta diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Memang menarik drama ini, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Dendam Cinta Arissa Lakonan Hisyam Hamid dan Atikah Suhaime (Astro Prima)

Setelah lama bercinta, Zariman (Fezrul Khan) akhirnya melamar Arissa (Atikah Suhaime) untuk menjadi isterinya dan mula membuat perancangan perkahwinan. Arissa dilanda dilema, takut sekiranya selepas dia berkahwin dan berpindah, Suraya (Putri Hanan) tidak dapat menjaga nenek mereka (Saleha) dengan baik. Sementara itu, Rafael (Hisyam Hamid) dilanda kemelut rumahtangga apabila dia syak Diana (Ruzana Ibrahim) curang dengan dia. Diana akhrinya mengaku yang dia curang dan meminta Rafael supaya lepaskan dia. Perkahwinan Arissa dan Zariman musnah apabila Rafeal melanggar Zariman ketika Rafael mengejar isterinya Diana yang cuba melarikan anaknya Mimi. Zariman meninggal dunia dalam kemalangan tersebut, dan Arissa mengalami kemurungan yang teruk. Zaki (Aidil Aziz) menjaga Arissa dan kebajikan keluarga Arissa, dalam diam masih menaruh hati pada Arissa.  Arissa terima lamaran Zaki, walaupun dia masih gusar dan tahu hatinya masih lagi pada Zariman. Rafeael yang ingin berterus terang pula jatuh cinta dengan Arissa tanpa sengaja. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Arissa bahagia akhirnya?.. 

Drama Dendam Cinta Arissa, Slot Tiara, Astro Prima, Drama Baru Hisyam Hamid, Drama Baru Atikah Suhaime, Drama Baru Aidil Aziz, Drama Baru Shiqin Kamal, Drama Astro Prima 2020, Poster Drama Dendam Cinta Arissa, OST Drama Dendam Cinta Arissa,

Lagu Tema / OST Drama Dendam Cinta Arissa 

💕 Retak nyanyian Han Byul

💕 Hadiah nyanyian Amylea 

💕 Tegas nyanyian Faradhiya

💕 Begini Aku nyanyian Rina Lee

Jom Baca Ini Juga ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Drama Bicara Cinta Lakonan Dato Adi Putra dan Emma Maembong (TV3)

⏩ Sinopsis Drama Kampung People 2 (TV3) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post